Lima Remaja Didakwa Guna Perkataan Mencela Terhadap Zara Qairina


Lima Remaja Didakwa Guna Perkataan Mencela Terhadap Zara Qairina
KOTA KINABALU, 20 Ogos (Bernama) — Lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap seorang pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, bulan lepas.
Kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, pada prosiding yang dijalankan secara tertutup.
Mereka didakwa dalam mencapai niat bersama, telah menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina, 13, yang mana perkataan tersebut didengari oleh mangsa yang mungkin menyebabkan pelajar itu terganggu dengan perkataan tersebut.
Kelima-lima pelajar didakwa melakukan perbuatan itu di blok Asrama Rabiatul Adawiyah Dorm A-3-6, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan W.D.T 15, Papar, dekat sini antara jam 10 malam dan 11 malam, pada 15 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad ketika ditemui media di luar mahkamah selepas prosiding berkata kesemua pelajar tersebut mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
“Mahkamah menetapkan 25 Sept ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin untuk setiap remaja itu,” katanya yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim dan Deepa Nair Thevaharan.
Peguam Datuk Ram Singh mewakili tertuduh pertama manakala empat lagi diwakili peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar, Farah Nazriah Chun Lee, Fareez Salleh dan ⁠Sylyester Kuan.
BACA: Zara Qairina: Lima Remaja Berdepan Tuduhan Buli Sebelum ini Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah meneliti kertas siasatan kes kematian pelajar itu yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan memutuskan untuk mendakwa beberapa suspek berdasarkan keterangan yang ada.
AGC turut memaklumkan prosiding inkues masih perlu dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina.
Pada 12 Ogos, AGC memutuskan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu, selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan PDRM berhubung kes tersebut.
Mahkamah Koroner di sini pada Isnin menetapkan 3 Sept ini untuk memulakan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Zara Qairina.
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai.
Sumber: Bernama
The post Lima Remaja Didakwa Guna Perkataan Mencela Terhadap Zara Qairina appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/20/lima-remaja-didakwa-guna-perkataan-mencela-terhadap-zara-qairina/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Remaja Didakwa Hina Allahyarham Zara Qairina Mengaku Tidak Bersalah

Lima Remaja Didakwa Hina Allahyarham Zara Qairina Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 875 hits
KOTA KINABALU Lima remaja yang dikaitkan dengan kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap arwah Pertuduhan di Mahkamah Tim...
Seramai 5 Remaja Bakal Didakwa Berhubung Kes Zara Qairina Rabu Ini

Seramai 5 Remaja Bakal Didakwa Berhubung Kes Zara Qairina Rabu Ini

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 646 hits
Seramai lima remaja perempuan berusia bawah 18 tahun akan didakwa di Mahkamah Kanak kanak Kota Kinabalu Sabah pada Rabu ini atas pertuduhan membuli pelajar Tingkatan Satu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dengan mengugut melalui komunikas...
Kes Zara Qairina Lima Individu Yang Didakwa Tidak Boleh Didedahkan Identiti Suhakam

Kes Zara Qairina Lima Individu Yang Didakwa Tidak Boleh Didedahkan Identiti Suhakam

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 509 hits
Kes Zara Qairina Lima Individu Yang Didakwa Tidak Boleh Didedahkan Identiti SUHAKAM KUALA LUMPUR Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia menggesa orang awam terutamanya pihak media agar memastikan hak kanak kanak dilindungi sepenuhnya dalam ...
Zara Qairina Lima Remaja Berdepan Tuduhan Buli

Zara Qairina Lima Remaja Berdepan Tuduhan Buli

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 440 hits
Zara Qairina Lima Remaja Berdepan Tuduhan Buli KOTA KINABALU 20 Ogos Lima remaja perempuan bawah umur dijadual didakwa di Mahkamah Kanak Kanak di sini pagi ini berhubung kes buli pelajar Zara Qairina Mahathir Mereka yang berumur di bawah 18...
Tragedi Zara Qairina Akhirnya 5 Remaja Didakwa Hari Ini Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu Jadi Tumpuan

Tragedi Zara Qairina Akhirnya 5 Remaja Didakwa Hari Ini Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 963 hits
Tragedi menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir masih menghantui hati ramai Seorang gadis kecil yang sepatutnya membesar dengan penuh kasih sayang pergi meninggalkan kita dengan cara yang cukup memilukan akibat perbuatan buli yang tidak b...
Kes Zara Qairina Yang Pertama Didakwa Di Bawah Akta Kanun Keseksaan 2025

Kes Zara Qairina Yang Pertama Didakwa Di Bawah Akta Kanun Keseksaan 2025

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 902 hits
Kes Zara Qairina Yang Pertama Didakwa Di Bawah Akta Kanun Keseksaan 2025 KUALA LUMPUR 20 Ogos Kes membabitkan pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir merupakan yang pertama didakwa di bawah Seksyen 507C Akta Kanun Keseksaan 2025 yang m...
Guru Didakwa Buat Kenyataan Timbulkan Kegentaran Awam Berhubung Kematian Zara Qairina

Guru Didakwa Buat Kenyataan Timbulkan Kegentaran Awam Berhubung Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 1069 hits
Guru Didakwa Buat Kenyataan Timbulkan Kegentaran Awam Berhubung Kematian Zara Qairina SEPANG 21 Ogos Seorang guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menimbulkan kegentaran awam deng...
Guru Bahasa Inggeris Didakwa Sebar Kenyataan Palsu Kes Zara Qairina

Guru Bahasa Inggeris Didakwa Sebar Kenyataan Palsu Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 1226 hits
SEPANG Seorang guru bahasa Inggeris dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kegentaran awam menerusi akaun TikTok berhubung kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir Mengaku tid...
Siap Gelak Dasar Menunggang Didakwa Selit Agenda Politik Di Solidariti Zara Qairina Rafidah Teruk Dikecam

Siap Gelak Dasar Menunggang Didakwa Selit Agenda Politik Di Solidariti Zara Qairina Rafidah Teruk Dikecam

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 712 hits
Sedia maklum semalam dan hari ini orang ramai dijemput untuk menyertai himpunan solidariti Allahyarham Zara Qairina bagi menuntut keadilan buat arwah di Sogo Kuala Lumpur Rafidah selitkan agenda politik ketika solidariti Zara Tidak terkecua...
Pas Mp Shows The Blackness Of The People S Hearts Grateful For Pas Ins

Travelogue Skytrex Bbq Sungai Congkak Bersama 26 Ahli Ksr

Kes Pelajar Dibuli Hingga Murung Cederakan Diri Dalam Tindakan Kpm Fadhlina Kosmo 27 09 2025

Aktiviti Aktiviti Ppim Pkb Jalin Kerjasama Perkukuh Ekonomi Islam Ppim 30 09 2025

Happy Birthday Emak Nona

Ekspo Kucing 2025 Mitec Kuala Lumpur

How Concord Pacific Developments Redefines What It Means To Build Homes For The Future

Siti Nurhaliza Raikan 30 Tahun Karier Seni Menerusi Konsert Legacy 30 Di Stadium Nasional Bukit Jalil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Program Makan Bergizi Gratis Antara Cita Cita Realita Dan Tantangan

Top 3 Reksadana Pasar Uang Per September 2025 Ini

Recon Pr 2 0 Perhumas Muda Jakarta Raya Dorong Generasi Muda Jadi Pemimpin Narasi Di Era Polarisasi

Alhamdullilah Oktober Datang Lagi

Meekin365 17 July Meekin365 Top 66 By Rosaline

666 1 000 Alot666 Top 96 By Shellie Alot666 Alott Site 7 October 2025