Khatan Wanita Jika Tiada Sebarang Kebaikan Akan Cari Jalan Lain Wan Azizah



Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkata amalan berkhatan terhadap wanita merupakan satu budaya yang dilaksanakan sejak dahulu lagi.

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian mempertahan kenyataan yang dibuat wakil kementeriannya kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selepas mendapat kritikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Suhakam).

“Perkara ini sebenarnya satu budaya yang diamalkan sejak sekian lama, tapi yang pasti kita tidak sama dengan dengan cara berkhatan yang dilakukan di Afrika,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau juga berkata kementeriannya sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan berhubung isu amalan berkhatan itu.

Katanya, perkara itu dibincangkan bagi mengenalpasti jika ada sebarang keburukan sebelum membuat sebarang ketetapan terhadap FGM (mutilasi alat kelamin wanita).

“Kita akan bincang dan lihat jika ia tidak memberi sebarang kebaikan, jadi kita perlu lakukan sesuatu,” katanya.

Semalam, Suhakam mengkritik kerajaan yang dikatakan memberi penjelasan tidak meyakinkan serta mengelirukan dalam Laporan Berkala Sejagat (UPR) kepada PBB di Geneva, Switzerland, mengenai amalan “berkhatan” melibatkan wanita di Malaysia.

Sebelum ini dilaporkan wakil kementerian itu ketika membentangkan UPR kepada PBB berkata, FGM tidak diamalkan di Malaysia tetapi berlaku untuk bayi kerana nilai budaya.

Dalam perkembangan lain, Wan Azizah berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memastikan kebajikan guru dan keluarga mereka tidak diketepikan.

Beliau mengulas mengenai laporan seorang guru yang terpaksa “melelong” 6 anaknya selepas gagal mendapat pertukaran sekolah.

Wan Azizah berkata pihaknya menghantar beberapa pegawai untuk mengenal pasti kes tersebut sehingga memaksa guru berkenaan berpisah dengan anak-anaknya.

“Mereka murung, guru penting dan kita mesti menjaga kebajikan mereka dan ini salah satu daripada pendekatan baharu dan kita kena teliti apakah persekitaran guru-guru ini diambil kira supaya kebajikan mereka diambil perhatian.

“Jika anak-anaknya perlukan perlindungan mereka boleh mengambil alih perlindungan itu,” katanya.

Semalam dilaporkan seorang guru wanita terpaksa menyerahkan 6 anaknya kepada sesiapa sahaja selepas kecewa keputusan pertukaran sekolah tidak diluluskan.

Menerusi perkongsian di Facebook, guru tersebut berkata dia berada selama 13 tahun di Johor ditemani 6 orang anaknya kerana bercerai.

Kini, rumahnya dijual dan perlu mencari rumah sewa malah menyindir pegawai KPM agar menjaga anak-anaknya, sementara proses permohonan pertukaran guru diluluskan.

Guru berkenaan juga mengakui mengalami kemurungan dan menyatakan anak-anaknya berusia 2, 3, 7, 8, 9 dan 14 tahun. – FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2018/11/khatan-wanita-jika-tiada-sebarang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Suami Yang Menyamakan Isteri Dengan Wanita Lain Yang Diharamkan Berkahwin Dengannya Hukumnya Haram

Jika Suami Yang Menyamakan Isteri Dengan Wanita Lain Yang Diharamkan Berkahwin Dengannya Hukumnya Haram

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 554 hits
Suami Yang Menyamakan Isteri Dengan Wanita Lain Yang Diharamkan Berkahwin Dengannya Hukumnya Haram Zihar ialah perbuatan seorang suami menyamakan isterinya dengan mana mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya Perempuan yang dihara...
Ulang Tegas Oleh Dr Wan Azizah Penting

Ulang Tegas Oleh Dr Wan Azizah Penting

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 351 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Yang di Pertuan Agong be...
In Final Speech Wan Azizah Urges Members To Accept Poll Results

In Final Speech Wan Azizah Urges Members To Accept Poll Results

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 324 hits
PKR AGM In her final address as PKR president Deputy Prime Minister Dr Wan Azizah Wan Ismail has urged all members to be magnanimous and accept the outcome of its just concluded polls While pointing out that there is no one infallible elect...
Perempuan Lepas Mengandung Akan Gemuk Dan Berbau Hak Suami La Untuk Cari Lain Firdaus

Perempuan Lepas Mengandung Akan Gemuk Dan Berbau Hak Suami La Untuk Cari Lain Firdaus

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 958 hits
Perempuan lepas mengandung akan gemuk dan berbau hak suami la untuk cari lain FirdausBaru baru ini media hiburan memuat naik laporan mengenai gossip rumah tangga pelakon Mia Ahmad dan suaminya Mohd Izham Tarmizi sedang diuji Difahamkan si s...
Pkr Approves Motion To Appoint Wan Azizah As Advisory Council Chair

Pkr Approves Motion To Appoint Wan Azizah As Advisory Council Chair

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 342 hits
PKR AGM The PKR congress has unanimously approved a motion to appoint outgoing party president Dr Wan Azizah Wan Ismail as the PKR advisory council chairperson The motion was put forth by Fahmi Fadzil on behalf of the party central leadersh...
Dr Wan Azizah Bukan Berkempen Hadir Sebagai Tpm

Dr Wan Azizah Bukan Berkempen Hadir Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 462 hits
Rashid Din menjelaskan Wan Azizah tidak membawa penyokong dan juga tidak bertanding pada Pemilihan PKR 2018
Jangan Sampai Rakyat Kata Kita Sama Dengan Kerajaan Dulu Wan Azizah

Jangan Sampai Rakyat Kata Kita Sama Dengan Kerajaan Dulu Wan Azizah

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 373 hits
Jangan Sampai Rakyat Kata Kita Sama Dengan Kerajaan Dulu Wan Azizah Jangan Sampai Rakyat Kata Kita Sama Dengan Kerajaan Dulu Wan Azizah
Mungkin Wujud Musuh Dalam Selimut Dalam Pkr Kata Wan Azizah

Mungkin Wujud Musuh Dalam Selimut Dalam Pkr Kata Wan Azizah

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 396 hits
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak kemungkinan wujud musuh dalam selimut dalam PKR yang cuba merosakkan pemilihan parti di bahagian Julau Sarawak semalam Presiden PKR itu berkata Jawatankuasa Pemilihan Parti dipertanggungjawa...
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery

Usno Chief Switches To Support Grs Ph Alliance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Reward Whistleblowers In Civil Service Says Deputy Speaker

Lake Neuron Inside The World S Largest Underground Thermal Lake Discovered Beneath Albania

Yeoh Li Tian Grandmaster Catur Pertama Malaysia

Khairul Aming Lancar Rendang Nyet Berapi Sedia Battle 70 000 Paket Jumaat Ini

A Brick Built Love Letter To The Lion City Legoland Malaysia Unveils Refreshed Miniland Singapore To Celebrate Sg60

Tight Control On Political Speech Can Cause Election Shock Says Kj