Khatan Perempuan Tuntutan Agama Atau Budaya


Isu berkaitan khatan bayi perempuan menjadi polimik sejak dahulu yang ditimbulkan di kalangan pejuang hak asasi di Barat. Mereka menuduh perbuatan itu zalim.  

Di Malaysia yang turut tempias dengan bantahan itu menyebabkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan berhubung isu khatan bayi perempuan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keputusan tersebut merupakan susulan daripada kritikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap Putrajaya kerana kenyataannya mengenai khatan bayi perempuan di Malaysia sebagai satu amalan budaya.

"Kita dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan kerana sebenarnya ia merupakan praktis budaya yang diamalkan sebelum ini dan cara kita bersunat (berkhatan) tidak sama seperti di Afrika.

"Tetapi, kita akan buat perbincangan dan lihat jika betul (khatan) pada perempuan tidak beri kebaikan, maka kita harus buat sesuatu," katanya.

Pengerusi Suhakam Razali Ismail berkata kenyataan daripada wakil kementerian itu dalam program Semakan Berkala Sejagat Pusingan Ketiga di Geneva, Switzerland pada awal November 2018 tidak menyakinkan dan disalah tafsir.

Sebelum ini, wakil itu mempertahankan amalan berkhatan di kalangan perempuan dengan mendakwa ia merupakan sebahagian daripada budaya.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata amalan sunat merupakan pencabulan hak remaja dan wanita.

--------------- 
Elok kita lihat perkara ini mengikut pandangan Islam:

Perbuatan berkhatan bagi wanita sudah menjadi amalan kebiasaan sebahagian masyarakat termasuk masyarakat Arab sejak dahulu kala. Pada zaman Rasulullah SAW, amalan ini berlaku dan Rasulullah SAW mengiktirafnya di samping meletakkan beberapa kaedah.
Allah berfirman di dalam al-Quran: "Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.
(Surah al-Nahl, ayat 123)

Telah sabit daripada hadis bahawa Nabi Ibrahim melaksanakan khatan seperti mana yang diarahkan oleh Allah. Daripada Abu Hurairah SAW bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Nabi Ibrahim AS berkhatan menggunakan qaddum (alat seperti beliung, kapak kecil) pada umur beliau 80 tahun. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 3356) dan Imam Muslim (no. 2370) dalam al-Sahihain).

Sabitnya pensyariatan khatan ini juga dikuatkan dengan hadis daripada Humaid bin Bilal, bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi. (Hadis riwayat Imam Muslim dalam al-Sahih no. 349).

Hadis ini menunjukkan bahawa wanita juga berkhatan.

Dalam mazhab al-Syafie, hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib mengikut pendapat yang masyhur dan seperti mana yang diputuskan oleh Imam al-Syafie. Imam al-Rafie daripada Syafieyyah ada menyebutkan suatu wajah (pendapat) dalam mazhab Syafie bahawa hukumnya sunat ke atas wanita, tetap pendapat ini dianggap syadz (ganjil).


Imam Ahmad turut menyatakan kewajipannya tetapi Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan majoriti ulama menyatakan ianya sunat. (Rujuk Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/300-301) oleh Imam al-Nawawi)

Timbul isu dalam kalangan masyarakat bahawa khatan wanita mencacatkan anggota dan tafsiran bahawa khatan wanita itu tidak disyariatkan di dalam Islam. Sebenarnya kami berpendapat isu ini berpunca daripada pengamalan budaya yang bukan Islam dan kejahilan sebahagian orang yang mengendalikan khatan yang melampau sehingga mencacatkan fungsi kemaluan wanita.

Berkata Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi: “Dan wajib dipastikan tidak berlaku pencacatan oleh mereka yang mengendalikan urusan khatan anak perempuan mereka berdasarkan cara yang datang daripada hadis. Dan tidak boleh dilabelkan perbuatan khatan itu sebagai satu bentuk jenayah yang dilakukan dalam kurun ke 21, melainkan dalam kes-kes yang melanggar had-had yang disepakati dalam Syarak, iaitu al-isti’sal (pemotongan/pengembirian kemaluan), berlebihan dalam memotong, dan dikendalikan oleh orang-orang yang jahil daripada kalangan bidan dan selainnya, dan janganlah ubatan yang digunakan itu memandulkan.”

Berkata Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili: “Berkhatan itu disyariatkan, dan tidak ada pendapat yang boleh menidakkan perkara ini sama ada bagi lelaki mahupun wanita. Yang penting adalah hendaklah ianya disempurnakan oleh doktor yang dipercayai. Jika seorang wanita tidak melakukan khatan, tidak ada dosa ke atasnya kerana itu merupakan haknya dan satu bentuk penghormatan atas qaul yang rajih dan ianya bukanlah wajib dan tidak perlulah kamu mewajibkannya.”

Tarjih dan Kaifiat berkhatan.
Kami mentarjihkan pendapat bahawa wajib hukumnya berkhatan bagi lelaki dan perempuan.
Adapun bahagian yang wajib untuk dibuang ketika berkhatan ialah:
- Bagi lelaki, bahagian kulit yang menutupi hasyafah (kepala zakar).
- Bagi perempuan, bahagian kulit di atas saluran kencing (klitoris), yang seperti balung ayam jantan. Bagi perempuan disunatkan agar dinipiskan atau dikemaskan sahaja, dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation yang mana sehingga merosakkan dan mencacatkan klitoris.

Bahkan perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam. Ini berdalilkan hadis daripada Ummu Atiyyah al-Ansariyyah bahawa perlaksanaan khatan berlaku dalam kalangan kaum perempuan di Madinah, lalu Rasulullah SAW berpesan kepada beliau yang bermaksud: “Janganlah engkau potong semuanya, kerana itu menguntungkan bagi wanita dan disukai oleh suami.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunan no. 5271).

Beliau mendaifkannya. Ini dipersetujui oleh Syeikh Syuaib al-Arnaut, tetapi disahihkan oleh Syeikh al-Albani. (Rujuk Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/301-302) oleh Imam al-Nawawi.)

Begitulah cara mengkhatan lelaki dan wanita yang betul. Hendaklah dalam urusan ini kita bersikap adil, tidak cenderung kepada masyarakat yang menzalimi wanita dan tabiatnya, dan tidak pula cenderung kepada mereka yang memperlekehkan Syariat Islam dan pengamalannya.

Sumber:
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1336-al-kafi-419-hukum-berkhatan-bagi-kaum-wanita

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/11/det.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Kira Lelaki Atau Perempuan Siapa Yang Salah Perlu Minta Maaf

Tak Kira Lelaki Atau Perempuan Siapa Yang Salah Perlu Minta Maaf

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 3593 hits
Orang perempuan memang terkenal dengan sikap suka merajuk Sikit sikit nak merajuk Tapi bukan semua la Kan Ada juga yang kata dia tak suka merajuk Tak tahu la betul atau sekadar nak up diri sendiri Tapi saya memang akan merajuk untuk perkara...
Komnas Perempuan Nilai Ketum Psi Dituduh Penistaan Agama Bukan Diskriminasi

Komnas Perempuan Nilai Ketum Psi Dituduh Penistaan Agama Bukan Diskriminasi

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 209 hits
Komnas Perempuan Nilai Ketum PSI dituduh Penistaan Agama Bukan Diskriminasi Azriana mengatakan pembicaraan mereka pun sebenarnya lebih banyak membahas cerita dimana diskriminasi itu terjadi
Sambangi Komnas Perempuan Ketum Psi Diskusi Soal Politik Hingga Perda Agama

Sambangi Komnas Perempuan Ketum Psi Diskusi Soal Politik Hingga Perda Agama

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 230 hits
Dia mencontohkan dirinya sendiri sebagai salah satu yang dirugikan Menurutnya dalam setengah tahun terakhir ini saja ia sudah diserang dua kali Kebanyakan serangan tersebut terkait dengan perihal fisik perempuan
Menteri Tegaskan Amalan Khatan Bayi Perempuan Fgm Tidak Sama

Menteri Tegaskan Amalan Khatan Bayi Perempuan Fgm Tidak Sama

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 552 hits
Menteri tegaskan amalan khatan bayi perempuan FGM tidak sama Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 16 Nov 201
Khatan Bayi Perempuan Tak Sama Dengan Fgm

Khatan Bayi Perempuan Tak Sama Dengan Fgm

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 329 hits
by Published on November 16 2018PUTRAJAYA Amalan berkhatan umat Islam membabitkan bayi perempuan di negara ini berbeza dengan amalan pemotongan genitalia wanita yang diamalkan dalam kalangan wanita di beberapa negara lain kata Menteri Kesih...
Khatan Wanita Bukan Sekadar Budaya Dr Ahmad Sanusi Azmi

Khatan Wanita Bukan Sekadar Budaya Dr Ahmad Sanusi Azmi

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 393 hits
1 SUHAKAM dilaporkan mengkritik pendirian kerajaan berhubung isu khatan wanita Putrajaya dikatakan tidak memberikan penjelasan yang jelas berhubung perkara ini Ekoran dari kritikan itu Dr Wan Azizah menyatakan amalan yang telah menjadi buda...
Mau Beasiswa Atau Magang Ikutan Ini Yuk

Mau Beasiswa Atau Magang Ikutan Ini Yuk

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 263 hits
GenPI co kembali terlibat dalam kegiatan seru Kali ini platform No 1 Pariwisata Indonesia ini digandeng dalam penyelenggaraan Dream Action sebuah kegiatan yang diadakan oleh Badan Eksekutif Mahasiswa Universitas Jenderal Achmad Yani Cimahi
Tuam Ais Atau Tuam Haba Lebih Baik Untuk Surutkan Bengkak Selepas Kecederaan Sukan

Tuam Ais Atau Tuam Haba Lebih Baik Untuk Surutkan Bengkak Selepas Kecederaan Sukan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 614 hits
Tuam ais ke tuam haba lebih baik untuk surutkan bengkak selepas kecederaan sukan Cedera selepas bersukan adalah perkara biasa berlaku kepada sesiapa sahaja Anggota badan bengkak dan mula timbul rasa kurang selesa Macam apa yang Diah alami b...
Lynas Selamat Atau Tidak Itu Saja Tak Perlu Ucapan Politik

Lynas Selamat Atau Tidak Itu Saja Tak Perlu Ucapan Politik

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 365 hits
Rakyat khususnya masyarakat yang tinggal berhampiran kilang Lynas mahukan jawapan yang telus tanpa ucapan pemimpin politik berhubung sama ada operasi syarikat pemprosesan nadir bumi di Kuantan itu selamat atau tidak Perkara itu disuarakan o...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage