Khasiat Ulam Buah Kerdas




Kerdas atau keredas (nama saintifiknya archidendron bubalinum) merupakan sejenis buah dari pokok kerdas yang sering dijadikan sebagai ulam serta dimakan bersama nasi. Kerdas juga dipanggil genuak dalam dialek Pulau Pinang. Pokok kerdas juga dipanggil geredas padi, giring antan dan merambung bukit.

Apapun nama panggilan, buah kerdas mengeluarkan bau yang agak kuat sama seperti ulam petai dan jering. Pokok kerdas merupakan sejenis pokok berkayu, saka dan malar hijau.
Kulit kerdas agak keras dan liat serta mempunyai saiz memanjang dan isi di dalamnya berulas-ulas. Ulas isinya agak kecil di antara (10 mm-15 mm) dan ianya berkulit nipis sama seperti kulit isi jering.
Warna isinya bergantung kepada ketuaan buah ini jika sudah tua atau disimpan lama warnanya akan menjadi kehitaman dan jika isinya masih muda atau baru dipetik ianya bewarna kuning pucat (keputih-putihan).
Isi buah kerdas agak lembut walau pun sudah tua dan matang. Selain dijadikan ulaman, buah kerdas juga boleh dimasak sambal atau dibuat jeruk. Biarpun sambal kerdas ikan bilis tidak sehebat sambal petai ikan bilis, ia tetap menyelerakan.
Selain buah kerdas, pucuk daun pokok kerdas juga ada yang memakannya sebagai ulaman. Daun pokok kerdas ini bertekstur nipis dan lembut daun mudanya pula bewarna ungu.
Buah kerdas dijadikan sebagai ulam bagi menambah selera makan. Baunya agak kuat hingga melekat pada bau nafas selepas memakan ulam ini. Kerdas ini boleh bertahan lama jika disimpan bersama kulitnya. Bagi penduduk luar bandar mereka sering mencari pokok kerdas yang tumbuh meliar di dalam hutan.
Memakan buah kerdas juga akan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan pada mulut dan urin kita. Buah kerdas matang tidak boleh dimakan mentah terlalu banyak sekali gus kerana ia mengandungi bahan kapur yang boleh menyekat saluran kencing dan akan menyebabkan pemakannya sukar membuang air kecil.
Buah kerdas mengandungi nilai herba yang boleh membersihkan buah pinggang, melawaskan kencing dan dapat mengurangkan risiko penyakit kencing manis. Ia juga dikaitkan dengan awet muda. Yang pentingnya amalan memakan buah kerdas sebagai ulaman dengan nasi panas menjadi pembuka selera semasa kita menghadapi hidangan.
Kerdas kaya Vitamin A, Vitamin B dan Vitamin C selain daripada kandungan Protin (3.5%), Karbohiderat (1.7%), Lemak (0.3%) dan pelbagai zat galian seperti P, Fe, Ca dan sebagainya.
Buah kerdas juga didapati mengandungi bahan koloid yang membantu dalam melawaskan sistem perkumuhan terutama membantu dalam ransangan untuk kencing.
Terdapat dakwaan yang menyatakan buah kerdas membantu meneuteralkan kandungan gula dalam darah dan membantu dalam mengawal masalah darah tinggi.



 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2020/12/gtl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khasiat Buah Anggur Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Anggur Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 801 hits
Khasiat buah anggur Anggur ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman kismis jus wain dan sebagainya Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub tropika at...
Ustaz Ebit Lew Ajar Tujuh Sekeluarga Penjual Buah Ucap Khalimah Syahadah Di Ipoh Perak

Ustaz Ebit Lew Ajar Tujuh Sekeluarga Penjual Buah Ucap Khalimah Syahadah Di Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 520 hits
PETALING JAYA Pendakwah terkenal Ebit Lew mengajar ucapan kalimah syahadah kepada tujuh sekeluarga yang berniaga buah di Medan Gopeng Ipoh Perak hari ini Menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini Ebit memaklumkan setiap hari ibu dan a...
Pedagang Buah Keluhkan Turunnya Daya Beli

Pedagang Buah Keluhkan Turunnya Daya Beli

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 295 hits
Pedagang Buah Keluhkan Turunnya Daya Beli Pedagang buah mengatakan daya beli masyarakat menurun hingga 50 persen seiring tingginya curah hujan serta adanya pandemi Covid 19
Doktor Kongsi Bahaya Ambil Vitamin C Berlebihan Ia Boleh Merosakkan Buah Pinggang

Doktor Kongsi Bahaya Ambil Vitamin C Berlebihan Ia Boleh Merosakkan Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 331 hits
Memandangkan pandemik Covid 19 pada hari ini masih belum berakhir kebanyakan masyarakt masih mengamalkan pengambilan vitamin C agar tidak diserang pelbagai penyakit dan dalam masa sama mendapatkan kulit yang cantik Namun tahukah anda akan b...
Dialisis Semulajadi Rawat Masalah Buah Pinggang

Dialisis Semulajadi Rawat Masalah Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 624 hits
Dialisis semulajadi rawat masalah buah pinggang Tak payah lagi cari dyuit mahal mahal cara semulajadi pun ada
Buah Saya Suka Makan Buah

Buah Saya Suka Makan Buah

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 387 hits
selamat berhujung minggu pada semua gantong piok hari ni makan buah jer lah ya buah pisang kaki sunkist oranges dan betik suka makan campur2 cam ni apa buah pun memang tukang makan dan tukang dapo ni tak pernah tak suka terima kasih pada tu...
Pokok Dan Buah Ciku Manilkara Zapota

Pokok Dan Buah Ciku Manilkara Zapota

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 515 hits
Pokok ciku atau sawa atau sawo di laman belakang rumah kampung JomTanamSayur Pokok yang rendang dan berbuah lebat sehingga tak habis makan Kawasan tanah yang asalnya hutan nipah berselut dan telah ditambak dengan tanah merah dan berdekatan ...
Pokok Buah Nam Nam

Pokok Buah Nam Nam

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 1281 hits
Pokok buah nam nam Itu salah satu nama merujuk kepada satu jenis pokok yang juga dikenali pokok buah katak puru Pokok ini juga dikenali dengan nama pokok buah kopi anjing Tidak cukup dengan tiga nama itu ada lagi nama lain iaitu pokok buah ...
Hampir 1 Kampung Jual Buah Pinggang Kampung Ini Dikenali Sebagai Kidney Village

Hampir 1 Kampung Jual Buah Pinggang Kampung Ini Dikenali Sebagai Kidney Village

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 885 hits
HAMPIR 1 KAMPUNG JUAL BUAH PINGGANG KAMPUNG INI DIKENALI SEBAGAI KIDNEY VILLAGE Beruntung lah jika kita masih ada buah pinggang yang sihat dan berfungsi dengan baik Kalau di Malaysia ni ada yang cuma punya 1 buah pinggang mungkin kerana ian...
Zafrul Malaysia Could Face Tariff Up To 100pct If Us Trade Deal Rejected

Politicians Fire At Anwar For Unfair Trade Deal That Sells The Country S Rights

Understanding Malaysia Us Reciprocal Tariff Deal

Zaid Hopes Barisan Nasional 2 0 Will Emerge Amid Rifts In Bersatu

200 000 Accounts Affected As Sungai Johor Contamination Halts Water Supply

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 34

Kejayaan Teknologi Purba Yakhch L Penyimpan Ais Pertama Di Iran

China Sudah Gantikan Cip Ai Nvidia Dan Kini Tak Perlukan Lagi Teknologi As


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perjalanan Ke Zermatt Day 5

Tapai Pulut

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Call To Boycott Sue Rhb Bank For Illegal Dismissal Of Siti Nurziswanis Erupts Among Opposition Faction

Nga Kor Ming Minta Maaf Kepada Pengamal Media

Start Work On Election Strategy Soon Shamsul Tells Melaka Bn Ph