Khasiat Temu Mangga Dan Resepi Acar Temu Yang Mudah


Khasiat  Temu Mangga Dan Resepi Acar Temu Yang Mudah | Temu mangga dah termasuk dalam keluarga kunyit sebab rupanya tu macam kunyit tapi bau dan rasa berbeza. Nama lain temu mangga sebab rizomnya bau macam buah mangga atau pauh. Kali pertama sis makan rumah Mak Long sis, kebetulan atas meja makan ada acar temu. Mula - mula sis pelik rasa macam mangga tapi bukan mangga sebab nampak hirisan halus batang mancis macam tu. Bila Mak Long sis bagi tahu itu temu mangga.


Baru lah sis melopong mulut, sebenarnya tak tahu pun rupa temu mangga tu macam mana. Itu yang melopong mulut tu. Sejak sis makan acar temu, kadang- kadang teringat akan sedapnya temu mangga tu mana nak cari.

Sampai lah bonda sis terjumpa dekat pasar pagi, ada penjual tu siap dah hiris dijadikan acar. Tapi bukan hiris batang mancis, dia hiris macam gambar di bawah. Ada juga yang jual selonggok temu mangga yang segar. Harganya dalam RM 2. Mula - mula tu beli yang dah siap dalam harga RM 2 juga sebab nak cuba dulu. Tapi bila makan, ya Allah masam terlebih pula cuka. Sampai tak boleh nak telan.

Acar temu yang dah siap jual di pasar tapi hirisannya tu tak berapa nak berkenan sangat. Kalau hiris batang mancis tu lagi sedap makan.Rupanya kat pasar pagi tu dah biasa jual temu mangga yang segar, cuma sebab sis tak berapa kenal dan tak tahu nak buat apa itu yang tengok saja. Ya lah sekali tengok macam halia muda pun ada. Sana sini orang jual temu mangga. Sejak kenal temu mangga, terlintas nak buat sendiri acar temu, beli lah dalam RM 2. Murah juga ya. Tapi dah terfikir bercinta juga lah nak hiris batang mancis nanti. Itu yang paling malas sebenarnya. Lambat kerja. Tapi bila terfikir sedapnya acar temu, sanggup la juga buat.

Sis tak kenal pernah kenal pokok temu mangga macam mana. Tak boleh bayang sebab tak pernah tanam sendiri. Bila sis google sendiri baru sis kenal pokoknya. Rupanya berbeza dengan pokok kunyit. Daunnya lebar macam daun kunyit, cuma sepanjang tengah ikut urat daun tu berwarna merah tua.Generasi sekarang tak berapa nak kenal dah kot, kalau tanya orang yang lebih tua daripada kita, biasanya mereka buat ulam makan dengan nasi. Ya lah, banyak khasiat yang ada dalam temu. Khasiat herba yang ramai orang tak tahu.

Tapi di Kelantan, mereka biasanya buat acar. Ok, sebelum itu, sis nak cerita sikit pasal temu. Apa yang sis baca dari info lain,temu sebenarnya banyak jenis. Dan salah satu temu yang biasanya buat ulam dan juga acar adalah temu mangga. Yang kat pasar jual tu memang untuk temu buat ulam kot. Lain kali kena ambil tahu jenis - jenis tanaman herba pulak ya.

Jenis - Jenis Temu 

Di antara jenis - jenis temu yang lain yang biasa digunakan untuk perubatan disebabkan temu mempunyai khasiat yang luar biasa. Temu mangga pun termasuk sekali ya.

1. Temu Lawak
Sedikit penerangan ringkas temu lawak. Tumbuhan ini hampir menyerupai kunyit. Ia mempunyai bau yang wangi terutama di rizomnya. Pokok ini boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter. Biasanya pokok ini boleh tumbuh di kawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis.

Temu lawak banyak digunakan dalam perusahaan kosmetik kerana dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan juga menjadi penawar kepada masalah sakit puan kepada wanita.

2. Temu Pauh atau mangga
Temu pauh, rizomnya berwarna kuning muda dan berbau seperti pauh ataupun mangga. Biasa dibuat ulam atau acar.

3. Temu Hitam
Temu hitam juga dikenali sebagai temu giring, temu ireng, temu erang, temu arang, atau pink and blue ginger kerana rizomnya yang memiliki mata berwarna merah jambu dan bertukar warna daripada kuning coklat kepada kelabu kebiruan apabila mengering. Rizomnya mempunyai aroma dan khasiat yang tersendiri.

4. Temu Kunci
Temu kunci tergolong dari sejenis tumbuhan dari keluarga halia. Biasanya tumbuh liar di kawasan hutan yang tidak tebal. Temu kunci ni tumbuh di kawasan yang agak lembap seperti dalam kebun getah. Rizomnya berbentuk panjang dan berbau wangi. Selain itu, ia uga dijadikan rempah dalam masakan. Antara kegunaan lain temu kunci adalah merupakan bahan popular yang digunakan sebagai jamu lepas bersalin.

Khasiat Temu Mangga Yang Ramai Orang Tak tahu 



Walaupun banyak jenis - jenis temu yang ada, sis nak fokuskan temu mangga untuk kali ini. Temu mangga selalunya dikenali dengan temu ulam. Temu ini yang biasanya orang selalu sebut temu mangga ataupun temu pauh. Kalau orang yang pertama kali tengok temu mangga ini mesti kata halia muda. Kali ini sis dah kenal dah. Kalau nak uji cuba patahkan dan bau, memang sebiji macam buah mangga muda.

Herba ini mempunyai daun yang lebar, panjang, sedikit tebal dan berjalur merah sepanjang urat tengah daun. Macam pokok kunyit yang kita buat masak tapi bukan ya. Rizomnya kalau ambil yang tua, isinya makin berserat, jadi kena ambil yang muda sahaja. Herba ini banyak membantu untuk kesihatan kerana berfungsi sebagai anti oksidan, anti inflamasi dan juga anti bakteria.

Khasiat herba yang lain temu mangga ini adalah mampu untuk menurunkan suhu badan ketika demam. Disebabkan temu mangga ini adalah temu yang dibuat ulam, ia juga merupakan pembuka selera untuk menambahkan selera makan.

Temu mangga juga digunakan sebagai bahan campuran dalam jamu untuk kesihatan badan.

Kali ini, sis nak kongsi resepi acar temu yang mudah. Apa lagi orang masak guna temu mangga ni. Ada siapa yang tahu tak, boleh bagi tahu kat komen ya. Sis pun tertanya - tanya orang masak apa lagi guna temu ini. Selain ada orang makan saja, ada tak yang untuk masak. Ingin tahu sangat sis sejak dah mula minat makan temu mangga ni.


Resepi Acar Temu Mangga Yang Mudah

Bahan - Bahan
Temu mangga ( beli dalam RM 2 )
1/2 cawan cuka makan
3 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
3 tangkai lada burung dihiris serong

Cara - Cara
1. Kikis kulit nipis temu mangga dengan pisau. Kemudian basuh bersih dan sejatkan.
2. Hiris temu mangga dalam bentuk batang mancis.
3. Dalam bekas besar yang lain, satukan cuka makan, gula pasir, garam secukup rasa dan lada burung
4. Kacau rata sehingga gula larut dan masukkan temu mangga
5. Gaul rata sehingga ke semua sebati.
6. Simpan dalam peti

Nota : 1. Acar temu mangga lagi lama simpan lagi sedap sebab ke semua bahan jadi sebati.
           2. Cara penyimpanan kena simpan dalam peti, nanti nak makan boleh keluarkan dari peti.
           3. Sedap dimakan dengan nasi panas.

Bila dah banyak kali buat dan boleh masuk anak tekak ni, selalu buat dah acar temu ni. Kalau rasa rindu, mesti akan buat lagi. Kalau sebelum ni kat pasar tak berapa kenal, ni lebih pada kenal dah. Orang yang pertama kali merasa, mungkin akan cakap tak sedap sebab temu mangga ni, rasanya macam agak menyengat sikit. Nama pun dah herba kan.

Macam sis pun, mula - mula tu macam makan tak makan jer. Bila selalu cuba - cuba, memang sedap dah. Jadi, jangan risau buat yang pertama kali nak rasa, sudah tentu, korang akan jatuh cinta. Untuk perempuan ni, memang bagus untuk kesihatan dalaman.

Selamat mencuba ya. Terima kasih sudi singgah baca blog sis dan kalau rasa entri ini bermanfaat boleh lah kongsi tekan butang share ya. Banyak lagi resepi menarik dalam blog ini. Jemput follow blog ini ya.

Baca sini : Buah Mata Kucing Brazil Atau Longan Brazil
Baca sini : Sapodilla Aka Buah Ciku Besar Kena Serang ?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2019/12/resepi-acar-temu-mangga-yang-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Spaghetti Bolognese Mudah Guna Prego

Resepi Spaghetti Bolognese Mudah Guna Prego

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 2030 hits
Original Content Spaghetti bolognese sememangnya antara menu biasa didapati bagi masakan spaghetti di Malaysia selain spaghetti yang menggunakan sos carbonara dan spaghetti aglio olio Cara yang paling mudah memasak spaghetti bolognese adala...
Resepi Mudah Macaroni Cheese Bakar Tanpa Oven

Resepi Mudah Macaroni Cheese Bakar Tanpa Oven

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 807 hits
Ye den mana ada oven Tak pernah ada tak pernah pun beli Tapi sejak bermenjak ni suka pulak try resepi resepi bakar buat kek roti bagai Tapi tak ada masalah pun kalau tak ada oven kalau hangpa ada pemanggang ajaib magic pan Boleh je berfungs...
Resepi Pancake Mudah Simple Gebu Lembut Ala Pancake Mcd

Resepi Pancake Mudah Simple Gebu Lembut Ala Pancake Mcd

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 867 hits
Resepi Pancake Mudah Simple Gebu Lembut ala pancake McD Siapa peminat tegar pancake angkat kakiiii hahaha I m not a fan of pancake but I m not hating it either Pancake mcd pun den tak pernah rasa sebenarnya muahaha Korang dah try Sedap kah ...
Resepi Popia Goreng Inti Sayur Yang Sedap Rangup Dan Mudah Disediakan

Resepi Popia Goreng Inti Sayur Yang Sedap Rangup Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 1289 hits
As salam Resepi Popia Goreng Inti Sayur Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Cuti sekolah ni tak habis habis buat stok makanan untuk anak beranak kat rumah ni Nampak nau family saya ni ahlinya asyik makan saja Tengok badan pun tahu haha Popia Go...
Lebih 2k Shares Chef Cilik Ini Kongsi Resepi Sloppy Joe Casserole Mudah Lazatnya

Lebih 2k Shares Chef Cilik Ini Kongsi Resepi Sloppy Joe Casserole Mudah Lazatnya

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 560 hits
Jom hasilkan resepi oleh chef cilik Danish Harraz ini Simple sangat Cover image via Danish Harraz Sloppy Joe merupakan sejenis sandwic popular yang digemari ramai kerana ia mempunyai kuah daging yang dimasak dengan sos tomato Memang sedap T...
5 Resepi Sarapan Pagi Mudah Untuk Anak Anak Sebelum Ke Sekolah

5 Resepi Sarapan Pagi Mudah Untuk Anak Anak Sebelum Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 750 hits
Anak anak sudah bermula kembali ke sekolah untuk sessi 2020 Para ibu mesti pening memikirkan sarapan pagi yang mudah dan semestinya berkhasiat untuk anak anak makan sebelum ke sekolah Tidak kira suri rumah dan wanita bekerjaya inilah dilema...
Bayam Brazil Paling Mudah Ditanam Dan Paling Banyak Khasiat

Bayam Brazil Paling Mudah Ditanam Dan Paling Banyak Khasiat

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 1328 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Tahun baru 2020 telah kita masuki dan apa azam baru korang Maha tak ada pun azam baru tapi tahun baru ini ada satu hobi baru lak Tiba tiba lak berm...
Suka Makan Tat Keju Ini Resepi Mudah Anda Boleh Cuba

Suka Makan Tat Keju Ini Resepi Mudah Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 401 hits
Pastri yang rangup serta inti yang gebu berkrim pastinya menjadikan tat keju ni sangat enak serta tak puas dimakan Memang layan Rasanya pun tidak terlalu manis dan tak muak Jom cuba BAHAN PASTRY 170gm butter 50gm gula aising 1 biji telur gr...
Cara Mudah Belanja Furniture

Cara Mudah Belanja Furniture

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 343 hits
Sekarang ini banyak toko online yang jual peralatan rumah tangga dengan harga yang menarik Meskipun ada beberapa orang yang menganggap jika berbelanja dengan sistem online banyak yang tertipu dengan barangnya Namun hal tersebut sebetulnya k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization