Khasiat Kacang Bendi
Siapa suka makan kacang bendi. Ada orang suka masak kacang bendi ni, contohnya campurkan dalam kuah asam pedas, kuah kari tak pun tumis gitu je dengan belacan.
Tapi, ada gak memakan kacang bendi ni sebagai ulam. Cicah pulak dengan sambal belacan. Perghhh, sedap wehh. Tak sedar licin nasi dua pinggan. Haha.
Khasiat kacang bendi. Kredit Google
Kacang bendi ni pulak sebenarnya banyak khasiatnya. Nak tau ke? Jom baca ni;
Mencuci hati.Menstabilkan kandungan gula dalam darah.Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tak selesa.Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.Sifat yang beralkali membantu meneutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.Dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan di samping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Caranya, rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan.Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.Dalam bidang perubatan tradisional pulak, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum. Ia dikatakan mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak/radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.Manakala, lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
Kredit telepesanbonda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2022/10/khasiat-kacang-bendi.html