Mungkin Bangkai Pesawat Mh370


Sebuah syarikat penerokaan Australia mendakwa ia menemui bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, enam minggu selepas ia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing pada 8 Mac lalu.


GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide pada Isnin berkata, ia mula melakukan pencariannya sendiri terhadap pesawat Boeing 777 pada 10 Mac lalu dan mengesan kemungkinan bangkai pesawat itu di Teluk Bengal, kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi carian semasa di selatan Lautan Hindi dekat Perth.

Pencarian GeoResonance itu meliputi 2,000,000 kilometer persegi zon kemungkinan berlakunya nahas, menggunakan imej yang diperolehi dari satelit dan pesawat, dengan pakar-pakar sains syarikat itu menumpukan usaha mereka di utara dari lokasi terakhir MH370 yang diketahui, menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis data yang termasuk reaktor nuklear.

Menurut jurucakap syarikat itu, David Pope, “Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu mencuba dan membantu.”

Pope menambah bahawa GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej yang diambil pada 5 Mac lalu, tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang dan mereka tidak mencari apa yang dikesan mereka di tempat itu.

“Bangkai itu tidak ada sebelum kehilangan MH370. Kita bukan cuba untuk mengatakan bahawa ia adalah pasti MH370, bagaimanapun ia merupakan petunjuk yang harus kita ikuti,” kata Pope.

Sementara itu, seorang lagi jurucakap GeoResonance, Pavel Kursa menambah, beberapa elemen yang terdapat dalam pesawat komersial itu dikesan di kawasan Teluk Bengal.

“Kami mengenal pasti unsur-unsur kimia dan bahan-bahan yang membentuk satu Boeing 777… ianya adalah aluminium, titanium, tembaga, aloi keluli dan bahan-bahan lain,” kata Kursa dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh saluran berita Australia 7News .

MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi 8 Mac lalu dan hilang dari skrin radar kira-kira sejam kemudian, ketika berada di ruang udara Laut China Selatan.

Ia sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Satu operasi pencarian antarabangsa dilakukan bagi mencari pesawat yang hilang, dengan yang pertama di Laut China Selatan dan kemudian selepas ia dikatakan menyimpang dari laluan penerbangan, pencarian beralih ke dua koridor, meliputi koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan, dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis data satelit yang belum pernah belaku sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 terbang ke koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi di barat Perth.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Mungkinkah Dakwaan Jemaah Umrah Itu Benar?

Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/04/mh370-mungkin-bangkai-pesawat-mh370.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mh370 As Bertegas Tidak Terlibat Kehilangan Pesawat

Mh370 As Bertegas Tidak Terlibat Kehilangan Pesawat

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 117 hits
Amerika Syarikat menafikan sekeras kerasnya dakwaan percubaan menutup misteri kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia itu lapor New Straits Times Pihak Washington berkata tuduhan yang tersebar di media sosial yang mengatakan AS ...
Mh370 Kehilangan Pesawat Paling Misteri Di Dunia

Mh370 Kehilangan Pesawat Paling Misteri Di Dunia

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 107 hits
Kini sudah masuk beberapa hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam usaha untuk menemukan pesawat MAS MH370 model Boeing 777 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu Misteri kehilangan pesawat malang itu sehingga kini masih lagi be...
Mh370 Amerika Syarikat Tembak Pesawat

Mh370 Amerika Syarikat Tembak Pesawat

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 89 hits
Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan kini cuba untuk menutupinya Menulis di dalam John Chuckman mantan ketua p...
Mh370 Isteri Pramugara Yakin Pesawat Dirampas

Mh370 Isteri Pramugara Yakin Pesawat Dirampas

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 100 hits
Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370 isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial Insta...
Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 310 hits
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penerbangan Perancis Marc Dugain mendakwa pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 lalu terhempas kerana ditembak oleh tentera Amerika Syarikat lapor MailOnline Marc Dugain...
Mh370 Hanya Dua Cara Pesawat Boleh Ditemui

Mh370 Hanya Dua Cara Pesawat Boleh Ditemui

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 101 hits
Kita ketika ini dihujani pelbagai penjelasan dan ulasan daripada mereka yang pakar dalam dunia penerbangan pasca kehilangan pesawat MH370 Semuanya menyentuh soal teknikal pesawat operasi CARI DAN MENYELAMAT dan sebagainya Namun bagi juruter...
Berita Tergempar Pesawat Mh370 Dijumpai

Berita Tergempar Pesawat Mh370 Dijumpai

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 110 hits
Penjenayah siber dikesan mengeksploitasi kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia dengan menarik pengguna melayari sebuah laman web palsu yang memaparkan berita terkini kehilangan kapal terbang berkenaan sebelum mencuri data peribadi ...
Mh370 Penduduk Dakwa Mendengar Letupan Kuat

Mh370 Penduduk Dakwa Mendengar Letupan Kuat

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 85 hits
Selepas terdapat beberapa laporan polis berkenaan cahaya aneh yang dilihat dan pesawat terbang rendah lapan orang pemuda mendakwa terdengar bunyi yang kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas di Marang Terengganu pada hari kehilangan pesawat M...
Mh370 Kisah Raja Bomoh Dan Ramalan Penilik Nasib

Mh370 Kisah Raja Bomoh Dan Ramalan Penilik Nasib

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 89 hits
Di sebalik kesediaan banyak pihak yang mahu membantu membongkar misteri kehilangan MH370 salah satunya adalah Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Ibrahim Mat Zin Menggunakan bubu mata pancing dan teropong kuning mati beragan aksi Ibrahim mendapat ...
12 Minyak Hitam Kereta Terbaik Untuk Melindungi Enjin

Myborderpass Cara Muat Turun Daftar Guna Semasa Di Klia

Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Resipi Puding Gula Hangus Sedap Mudah Tak Hanyir

Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Rumah Kenduri Deena S Menu Kenduri Harian Dan Katering Di Kulim

Haiwan Yang Tertangkap Melakukan Kesalahan Lazim Dalam Dunia Manusia

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Borneo Access Adventure Your Gateway To Unforgettable Wilderness Experiences In Malaysia

Cara Hapus Akun Dana Lewat Aplikasi Langkah Mudah Untuk Gen Z

Cara Menyampaikan Kritik Yang Baik Dan Membangun

Dampak Teknologi Terhadap Dunia Kerja Membuat Generasi Muda Semakin Bodoh

Teman Ummi Beli Barang

The Hidden Advantages Of Hour Building Programs For Aspiring Commercial Pilots