Khalid Ibrahim Hero Guthrie Dawn Raid



Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah figura penting yang membantu Malaysia mendapatkan Guthrie, sebuah syarikat perladangan yang ketika itu dimiliki British.
Misi yang dipanggil 'Dawn Raid' itu berlaku pada 1981 ketika Abdul Khalid yang baru berusia 35 tahun bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Guthrie ketika itu adalah syarikat perladangan terbesar dunia yang mengambil hasil kelapa sawit dan getah dari Malaysia untuk dieksport ke luar negara yang ketika itu milik sepenuhnya British.
Dalam misi khas itu, Khalid bersama Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Gabenor Bank Negara, Datuk Ismail Ali merancang menjadikan Guthrie milik Malaysia.
Kehebatan strategi dirancang Khalid dalam misi khas itu berlaku kurang empat jam pada pagi 7 September 1981 yang akhirnya syarikat milik British itu bertukar tangan kepada Malaysia melalui pembelian saham di Bursa Saham London yang memulakan dagangan pada pagi.
Kini Guthrie menjadi sebahagian syarikat gergasi milik Sime Darby Berhad dan misi Dawn Raid itu berjaya memakmurkan ekonomi negara hasil bumi Malaysia.
Laporan berkaitan dipetik dari Berita Harian
SHAH ALAM: Jasa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meninggal dunia malam tadi pastinya dikenang rakyat antaranya peranan beliau dalam Serangan Subuh Guthrie (Guthrie Dawn Raid) pada 7 September 1981.
Sebelum bergelar Menteri Besar Selangor pada 13 Mac 2008 hingga 22 September 2014, Abdul Khalid, 76, adalah antara individu penting terbabit dalam misi Malaysia mengambil alih Guthrie Corporation daripada British menerusi 'serangan' terhadap Bursa Saham London.
Abdul Khalid dimasukkan dalam rancangan yang disusun rapi oleh Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Gabenor Bank Negara yang juga Pengerusi PNB ketika itu Tun Ismail Ali.
Pengalaman beliau bekerja di sebuah syarikat penasihat kewangan di London membantu usaha pasukan mengembalikan segala hasil perladangan Guthrie Corporation kepada rakyat Malaysia.
Abdul Khalid memperoleh Ijazah dalam jurusan Ekonomi di Universiti Malaya pada 1971 dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di University of Queensland, Australia pada 1976.
Beliau memulakan kerjaya sebagai guru dan pensyarah, sebelum beralih ke bidang korporat dengan memegang pelbagai jawatan tinggi seperti Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB; Pengarah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB); Pengarah Kumpulan Guthrie Bhd dan Pengarah Pelaburan Hartanah Nasional Berhad.
Abdul Khalid mula berkecimpung dalam politik sekitar 1995 menerusi UMNO serta merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian Kuala Selangor, namun tewas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Datuk Miskon Sutero ketika itu.
Pada kemunculan semulanya pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 dengan mewakili PKR, beliau telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, yang turut menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) merangkumi PKR, DAP dan PAS membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Abdul Khalid seterusnya diangkat menjadi Menteri Besar Selangor pertama bukan dari Barisan Nasional pada 13 Mac 2008.
Selama enam tahun memimpin Selangor, beliau antara lain memperkenalkan Dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat dengan pelbagai program di bawah agenda 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' membabitkan perbelanjaan lebih RM1.6 bilion untuk inisiatif dan skim bersifat kebajikan.
Dasar berjimat cermat dan perbelanjaan berhemah yang dilaksanakan pentadbirannya, turut membolehkan rizab simpanan negeri meningkat kepada RM3.3 bilion setakat September 2014 dan sebahagian simpanan itu telah digunakan untuk projek pembangunan seperti pembinaan Jambatan Ketiga Klang dan perumahan mampu milik.
Di bawah pentadbirannya juga, Selangor meneruskan tradisi sebagai pemangkin ekonomi negara dengan menyumbang 24 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), di samping kekal menjadi antara destinasi pelaburan terunggul.
Kerajaan negeri di bawah Abdul Khalid juga telah mencapai persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan dan empat syarikat konsesi untuk menstruktur semula perkhidmatan air dan usaha yang bermula sejak 2008 itu, membolehkan semua aset air dikembalikan kepada rakyat.
Meskipun tidak lagi menjadi menteri besar, ternyata khidmatnya masih diperlukan apabila Allahyarham dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Terengganu pada 2018 sehingga kini.
Pemimpin yang sangat disayangi rakyat Selangor itu meninggal dunia pada 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, akibat jangkitan kuman pada injap jantung.
Allahyarham yang merupakan anak jati Jeram, Kuala Selangor, meninggalkan isteri Puan Sri Salbiah Tunut, empat orang anak dan dua cucu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/08/khalid-ibrahim-hero-guthrie-dawn-raid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khalid Was Guthrie Dawn Raid Hero Before He Was Selangor Mb

Khalid Was Guthrie Dawn Raid Hero Before He Was Selangor Mb

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 150 hits
Former Selangor menteri besar Abdul Khalid Ibrahim who breathed his last on Sunday will surely be remembered for being one of the individuals who played a significant role in the Guthrie Dawn Raid on Sept 7 1981 Long before he led Selangor ...
Khalid Ibrahim Banyak Berjasa Kehilangan Besar Buat Negara Idris Ahmad

Khalid Ibrahim Banyak Berjasa Kehilangan Besar Buat Negara Idris Ahmad

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 157 hits
KUALA LUMPUR Pemergian bekas Menteri Besar Selangor ke 14 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi satu kehilangan besar buat negara ARTIKEL BERKAITAN 8211 KHALID IBRAHIM MENINGGAL DUNIA Menteri di Jabatan Perdana Menteri D
Khalid Ibrahim Meninggal Dunia Disemadikan Di Makam Di Raja Shah Alam

Khalid Ibrahim Meninggal Dunia Disemadikan Di Makam Di Raja Shah Alam

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 248 hits
NASUHA RAHMANBekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia pada pukul 11 08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala LumpurMenurut kenyataan di Facebook rasminya jenazah Allahyarham akan dibawa ke Ma...
Bekas Mb Selangor Khalid Ibrahim Meninggal Dunia

Bekas Mb Selangor Khalid Ibrahim Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 531 hits
Bekas MB Selangor Khalid Ibrahim meninggal dunia Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Aug 2022 12 14AM
Former Selangor Mb Khalid Ibrahim Passes Away At Age 76

Former Selangor Mb Khalid Ibrahim Passes Away At Age 76

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 219 hits
Former Selangor menteri besar Abdul Khalid Ibrahim passed away tonight after a long battle with illness Khalid 76 breathed his last at the Cardiac Vascular Sentral Hospital surroundd by his family according to the admin of his Facebook page...
An Eulogy To Khalid Ibrahim A Great Boss Person And Politician

An Eulogy To Khalid Ibrahim A Great Boss Person And Politician

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 180 hits
Malaysia has lost a statesperson Abdul Khalid Ibrahim passed away peacefully at Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur last Sunday July 31 in the presence of his family members his wife four children and two grandsons He had been hospitalise...
Jasa Tan Sri Khalid Ibrahim

Jasa Tan Sri Khalid Ibrahim

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 323 hits
TOWERING MALAYSIAN Semalam kita dikejutkan dengan berita pemergian Tan Sri Khalid Ibrahim seorang figura politik yang disegani kawan dan digeruni lawan Saya pertama kali mendengar nama beliau ketika saya membaca kisah mengenai Dawn Raid di ...
Khalid Ibrahim Masih Dirawat Berita Kematian Adalah Palsu

Khalid Ibrahim Masih Dirawat Berita Kematian Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 243 hits
CYBERJAYA 8211 Berita yang mendakwa bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia pada adalah berita palsu Berita itu dinafikan oleh pentadbir laman Facebook rasmi Abdul Khalid Ibrahim malam tadi dalam satu kenya...
Al Fatihah Ts Khalid Ibrahim Kembali Rahmatullah

Al Fatihah Ts Khalid Ibrahim Kembali Rahmatullah

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 204 hits
Bekas menteri besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11 08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur Pemergian Allahyarham pada usia 76 tahun dengan tenang dan disaksikan oleh se...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab