Khaled Batal Ecrl Tapi Mahu Buat Jambatan Bengkok


Khaled Nordin    


ULASAN l Saya sejujurnya kesal dengan pengumuman bahawa kerajaan akan mengadakan mesyuarat dengan Singapura untuk melihat kebarangkalian menghidupkan dan menjalankan semula projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dan Singapura.

Lebih dikesalkan, cadangan ini datang daripada menteri besar Johor sendiri.

Keseluruhan projek jambatan ini telah dihentikan pada tahun 2006 kerana Malaysia perlu mengambil keputusan yang betul untuk tidak akur kepada tuntutan timbal balik Singapura yang melibatkan penjualan pasir dan penggunaan ruang udara Johor oleh Singapura, susulan bangkangan kuat negara tersebut ke atas projek ini.

Keputusan tersebut dijelaskan selepas kejayaan Malaysia meneliti Wayleave Agreements, Perjanjian Air Singapura-Johor 1961 dan 1962, Perjanjian Pemisahan 1965 dan setelah mengambil kira nasihat daripada Pejabat Peguam Negara.

Kerajaan sering menegaskan bahawa keputusannya adalah keputusan politik, yang bersandarkan sentimen, kedaulatan dan integriti rakyat Malaysia. Kesannya, Gerbang Perdana Sdn Bhd telah dibayar lebih daripada RM100 juta sebagai ganti rugi untuk menghentikan cadangan projek tersebut.

Projek tersebut dianggarkan menelan belanja sebanyak RM1.1 bilion pada tahun 2003. Mengikut kadar semasa, kos projek ini boleh mencecah sehingga tiga atau empat kali ganda.

Adalah memeranjatkan untuk sebuah projek mega pada skala yang sangat besar ini mahu dihidupkan semula sedangkan matlamat kerajaan kini adalah untuk menguruskan struktur fiskal negara dengan lebih baik terlebih dahulu.

Tumpu projek prorakyat

Justeru, adalah tidak perlu untuk berbelanja secara tidak wajar dan terlibat dalam percaturan genting untuk membincangkan kebarangkalian menghidupkan semula projek ini semata-mata atas kepentingan politik.

Sedangkan pembinaan kereta api laju yang akan memangkin pelbagai aktiviti ekonomi di wilayah selatan Malaysia ditangguhkan kerana kedudukan fiskal negara yang lemah. Jadi, mana mungkin kerajaan mempertimbangkan untuk melabur wang secara besar-besaran dalam pembinaan jambatan bengkok.

Kita memerlukan keutamaan yang lebih besar dalam projek infrastruktur yang membawa faedah kepada seluruh Johor dan Malaysia secara keseluruhannya.




Malah, projek infrastruktur yang berimpak besar seperti aliran mass rapid transit line (MRT3), East Coast Rail Link (ECRL), saluran paip gas asli Sabah telah dibatalkan.

Jumlah dana yang sedemikian boleh diperuntukkan kepada pelbagai lagi projek prorakyat yang lain, yang boleh meringankan beban kos sara hidup atau melonjakkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam.

Sekiranya perbincangan berkenaan pembinaan jambatan ini diteruskan, saya menggesa kerajaan negeri Johor untuk melakukan satu analisis cost-benefit ke atas kesesuaian untuk menghidupkan semula projek ini.

Kajian sedemikian juga mesti mempertimbangkan kesan ke atas kedaulatan negara kita memandangkan kita boleh menjangkakan bahawa Singapura akan menuntut satu timbal balik yang lebih besar susulan pelaksanaan semula jambatan ini, yang sudah pastinya akan memberi kesan yang jauh lebih kritikal kepada kedaulatan negara kita.

Lebih penting, perkembangan ini menggambarkan bahawa kerajaan hari ini hanya lebih berminat untuk meneruskan agenda dan impian Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak tercapai sebelum ini.

Ini bukanlah sesuatu yang baru dan ini pastinya bukan Malaysia Baru.

MB perlu ada pendirian sendiri

Pada masa yang sama, saya sangat pelik dan bimbang dengan sikap kerajaan negeri Johor, khususnya menteri besar yang nampaknya hanya menurut dan akur sahaja dengan segala arahan dan kemahuan Putrajaya.

Lebih pelik dan membimbangkan, kerajaan negeri pula yang kelihatan lebih bersungguh-sungguh untuk menghidupkan projek jambatan bengkok ini.

Sedangkan kerajaan negeri, atas dasar Malaysia Baru, mestilah mempamerkan pendirian sendiri yang berasaskan keperluan dan kemahuan rakyat Johor. Bukannya mengambil segala impian kerajaan pusat dan menjadikannya agenda kerajaan negeri.

Yang terakhir, menteri besar Johor seharusnya menegaskan keperluan Johor yang lebih utama.

Misalnya, pelebaran lebuh raya, pertambahan sekolah dan hospital besar serta inisiatif berfokus yang dapat membantu melindungi dan merancak masa depan komoditi sawit di Johor atau menyediakan jaringan keselamatan dan kebajikan sosial yang lebih pelbagai.

Kesemua ini jauh lebih diperlukan oleh negeri Johor berbanding menghidupkan kembali projek mega pembinaan sebuah jambatan bengkok yang telah kita sendiri batalkan sebelum ini.

*  DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN merupakan bekas mentebi besar Johor. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/10/khaled-batal-ecrl-tapi-mahu-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Tak Sesuai Bina Jambatan Bengkok Sekarang Kerana Ekonomi Negara

Azmin Tak Sesuai Bina Jambatan Bengkok Sekarang Kerana Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 294 hits
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pembinaan jambatan bengkok tidak sesuai dilaksanakan sekarang berdasarkan ekonomi negara sebaliknya keutamaan kerajaan ialah projek yang boleh memberi kebaikan kepada rakyat Ia ...
Jambatan Bengkok Quot Itu Kehendak Tun Quot Mb Johor

Jambatan Bengkok Quot Itu Kehendak Tun Quot Mb Johor

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 332 hits
Projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura bakal diteruskan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata jambatan yang menjadi salah satu daripada projek utama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini diteruskan...
Jambatan Bengkok Bukan Keutamaan Kata Azmin

Jambatan Bengkok Bukan Keutamaan Kata Azmin

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 303 hits
Jambatan bengkok bukan keutamaan kata Azmin Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 17 Oct 2018 1 42PM midd
Jambatan Bengkok Akan Buka Tembelang Apa Yang Tersembunyi Di Bawah Tambak Johor Semenjak 1924 8441

Jambatan Bengkok Akan Buka Tembelang Apa Yang Tersembunyi Di Bawah Tambak Johor Semenjak 1924 8441

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 601 hits
Sejarah Tambak Johor Sejarah Tambak Johor bermula pada tahun apabila landasan keretapi dari Singapura ke Johor Bahru siap dibina Pada masa itu perhubungan ke Singapura yang merupakan Ibu Pejabat di hanya dengan menggunakan Tambak Johor dire...
Najib Ini Sebab Kenapa Singapura Tidak Setuju Jambatan Bengkok

Najib Ini Sebab Kenapa Singapura Tidak Setuju Jambatan Bengkok

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 672 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sebelum ini beliau pernah cuba meyakinkan Singapura untuk meruntuhkan Tambak Johor dan menggantikannya dengan sebuah jambatan baru yang sesuai dengan zaman sekarang Bagaimanapun katanya k...
Syed Saddiq Sokong Pembinaan Semula Jambatan Bengkok

Syed Saddiq Sokong Pembinaan Semula Jambatan Bengkok

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 292 hits
PUTRAJAYA Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen dari Johor menyokong cadangan meneruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok di Johor yang diilhamkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebel...
Jambatan Bengkok Dan Segenting Kra

Jambatan Bengkok Dan Segenting Kra

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 1002 hits
JIKA British membuat Jambatan Johor dan bukan Tambak Johor pada tahun 1923 tentunya Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri Malaysia tidak berada dalam keadaan yang serba salah Tun Dr Mahathir ketika menjadi PM telah memulakan asas pembi...
Jambatan Bengkok Bukan Keutamaan Ekonomi Tak Mengizinkan Azmin

Jambatan Bengkok Bukan Keutamaan Ekonomi Tak Mengizinkan Azmin

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Azmin Ali mendakwa sekarang bukan masa sesuai untuk meneruskan pembinaan jambatan bengkok ke Singapura Menteri hal ehwal ekonomi berkata sekarang bukan masa sesuai memandangkan keadaan ekonomi negara yang tidak mengi...
Jambatan Bengkok Ph Tabur Umpan Janji Lagi

Jambatan Bengkok Ph Tabur Umpan Janji Lagi

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 672 hits
Keadaan ekonomi sekarang tidak sesuai laksana jambatan bengkok AzminKUALA LUMPUR Keadaan ekonomi semasa dilihat tidak sesuai kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan semula projek jambatan bengkok di antara Johor Bahru dan Singapura M...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

Ratu Elizabeth Ii Meninggal Dunia

Mindarakyat Tidak Dikemaskini Sila Ke 1 Media Https Www 1media My