Khairy Yang Ketinggalan Bukan Umno Kata Shahrir Samad


Ketua Umno Johor Bahru Shahrir Abd Samad menempelak bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin susulan kenyataannya sebelum ini yang menggesa Umno bergerak ke depan dan tidak dikaitkan dengan keputusan mahkamah dalam kes bekas perdana menteri Najib Razak.
Shahrir berkata, ahli Parlimen Rembau itu seolah-olah ketinggalan dan berada dalam penafian berhubung perubahan yang berlaku sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH).
“Saya hairan kenapa Khairy berpendapat semacam Umno belum mampu bergerak ke hadapan. Seolah-olah Umno masih berada dalam kebingungan akibat kekalahan dalam pilihan raya umum ke-14.
“Seolah-olah Umno masih terperangkap dalam kenafian realiti dan masih mahu mempertahan bekas presiden dan perdana menteri, Najib,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Khairy menggesa Umno melakukan proses rejuvenasi, susulan sabitan bersalah bekas presiden parti itu Najib atas 7 pertuduhan membabitkan dana SRC International sebanyak RM42 juta.
Menteri sains, teknologi dan inovasi itu turut berharap Umno tidak diheret sekali dalam kes membabitkan Najib yang dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta oleh mahkamah. .
Shahrir berkata, banyak perubahan berlaku dalam Umno sejak Khairy tewas pemilihan parti sebelum ini.
Antaranya ialah gabungan Umno-PAS dalam Muafakat Nasional, peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan peralihan pentadbiran kepada Muhyiddin Yassin.
“Peletakan jawatan perdana menteri oleh Mahathir sehingga munculnya kerajaan Muhyiddin, kedua-dua ini melibatkan kepimpinan.
“Tanpa perpaduan dalam Umno dan kepimpinan parti yang memahami kehendak ahli dan pimpinan bawahan, kedua-dua peristiwa terpenting ini pasti tidak akan berlaku,” katanya.
Beliau berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah pun ke hadapan dan akan terus ke hadapan dengan memantapkan kesiapsagaan untuk mendapat kembali mandat rakyat secara terhormat dan berprinsip pada pilihan raya umum ke-15.
“(Oleh) kerana itu Umno dan PAS memahami sokongan kepada kerajaan Muhyiddin, yang Khairy menjadi seorang menteri dalamnya, sedangkan ia sesuatu jawatan yang boleh ditolak, adalah untuk menyelamatkan keadaan buat sementara waktu,” katanya.
Katanyanya, Umno dan BN hari ini sangat berbeza daripada keadaan parti itu pada Mei 2018, iaitu selepas ia tumbang kepada PH pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sekali gus menyaksikan Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi perdana menteri.
“Kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin Umno, termasuk saya sendiri, akan terus berjalan. Saya tidak pun melibatkan Umno dalam kes ini dan saya tetap bersama Umno, menyokong perjuangan parti walaupun saya menghadapi pendakwaan di mahkamah.
“Kes di mahkamah tetap tanggungan kami sendiri. Ia sama sekali tidak akan menghalang kelangsungan perjuangan bangsa, agama dan negara melalui Umno.
Beliau berkata, tidak juga timbul soal biadap di pihak Khairy kerana Umno ketika ini sudah jauh ke hadapan, dengan meninggalkan dilema yang dihadapi selepas PRU14. FMT
The post Khairy yang ketinggalan, bukan Umno, kata Shahrir Samad appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/03/khairy-yang-ketinggalan-bukan-umno-kata-shahrir-samad/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shahrir Says Khairy Not Umno Is The One Left Behind

Shahrir Says Khairy Not Umno Is The One Left Behind

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 479 hits
Former Umno Youth chief Khairy Jamaluddin who had urged Umno to move on from Najib Razak was criticised today for seeming to be in denial about changes that had taken place in the party Johor Umno veteran Shahrir Abdul Samad said it was Kha...
Bukan Kami Di Sebalik Rancangan Rampas Kuasa Kata Umno Sabah

Bukan Kami Di Sebalik Rancangan Rampas Kuasa Kata Umno Sabah

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 506 hits
Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin menolak spekulasi yang mengaitkan parti itu dengan khabar angin mengenai rampasan kuasa terhadap kerajaan negeri pimpinan Warisan awal minggu ini Saya tegas dalam hal ini Umno Sabah bukan dalang di seb...
Ppbm Jangan Gelojoh Umum Jumlah Kerusi Mahu Ditandingi Kata Umno Sabah

Ppbm Jangan Gelojoh Umum Jumlah Kerusi Mahu Ditandingi Kata Umno Sabah

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 595 hits
KOTA KINABALU Pengarah komunikasi Umno Sabah Ghazalie Ansing berkata parti itu tetap dengan pendirian untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi dan pernah ditandingi sebelum ini Selain itu katanya Umno Sabah juga...
Keputusan Najib Bersalah Umno Tentukan Hala Tuju Kerajaan Pn Dalam Masa Terdekat Kata Zahid

Keputusan Najib Bersalah Umno Tentukan Hala Tuju Kerajaan Pn Dalam Masa Terdekat Kata Zahid

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 444 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran pihaknya akan membuat satu keputusan politik besar susulan keputusan kes mahkamah Najib Razak hari ini Zahid berkata demikian selepas mahkamah mendapati Najib bersalah dalam tujuh tuduhan te...
Najib Kata Duit Src Dibelanja Untuk Anak Yatim Dan Umno

Najib Kata Duit Src Dibelanja Untuk Anak Yatim Dan Umno

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 409 hits
Kira kira seminggu selepas didapati bersalah atas pertuduhan pengubahan wang haram pecah amanah dan salah guna kuasa dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd Najib Razak tampil menegaskan bahawa RM42 juta wang itu digunakan bukanlah untu...
Akur Keputusan Umno Kata Najib

Akur Keputusan Umno Kata Najib

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 406 hits
Najib berkata beliau sedia menerima sebarang keputusan yang akan dibuat Umno susulan penghakiman hari ini Ahli Parlimen Pekan itu menyifatkan pendirian secara terbuka Umno itu sejajar prinsipnya sendiri dirinya Tak tahu tapi saya ini orang ...
73 Kerusi Bersatu Mahu 45 Umno Mahu 32 Bung Kata Mesyuarat Esok

73 Kerusi Bersatu Mahu 45 Umno Mahu 32 Bung Kata Mesyuarat Esok

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 630 hits
Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata bahawa partinya akan bermesyuarat esok untuk akan membuat keputusan berhubung kerjasama antara Umno dengan Bersatu menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah Menurutnya Umno Sabah akan mengadakan mes...
Tak Ada Perbincangan Keluar Pn Dalam Pertemuan Tertutup Umno Kata Shahidan

Tak Ada Perbincangan Keluar Pn Dalam Pertemuan Tertutup Umno Kata Shahidan

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 252 hits
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen PN Shahidan Kassim menafikan dakwaan bahawa Umno telah berbincang untuk keluar daripada gabungan Perikatan Nasional dalam satu pertemuan bersama perdana menteri hari ini Sebaliknya beliau berkata pertemuan ter...
Serah Kerusi Kepada Bersatu Ahli Umno Akan Berontak Kata Ku Li

Serah Kerusi Kepada Bersatu Ahli Umno Akan Berontak Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 538 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah memberi amaran ahli Umno akan menolak parti itu jika peminpin mereka dengan mudah tunduk memberikan laluan kerusi kepada parti serpihan mereka Bersatu Memetik Utusan Malaysia Pengerusi Jemaah Penasihat U...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story