Tak Ada Perbincangan Keluar Pn Dalam Pertemuan Tertutup Umno Kata Shahidan

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen PN (PNBBC), Shahidan Kassim  menafikan dakwaan bahawa Umno telah berbincang untuk keluar daripada  gabungan Perikatan Nasional (PN) dalam satu pertemuan bersama perdana  menteri hari ini.
Sebaliknya beliau berkata pertemuan tertutup itu hanya membincangkan isu untuk memperkukuhkan PN dan perihal Dewan Rakyat.
Beliau juga menyifatkan dakwaan itu berniat jahat dan pembohongan pihak tidak bertanggungjawab.
"Tiada  perbincangan berkenaan perkara itu dibangkitkan. Jika betul ada dakwaan  sedemikian, ia sepatutnya dibincangkan dalam platform antara Presiden  parti sahaja dan bukan bersama Ahli Parlimen.
"Saya tidak tahu  dari mana wujudnya dakwaan ini. Umno yang sama-sama menubuhkan kerajaan,  takkan kita hendak keluar daripada PN. Tiada sebab untuk Umno keluar  daripada PN.
"Kami membincangkan bagaimana untuk memperkukuh  parlimen, selain menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana  menteri," katanya kepada BH Online, hari ini.
Laporan itu  menyebut pertemuan tertutup itu diketuai Pengerusi BN yang juga Presiden  Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan berlangsung selama sejam di bangunan  parlimen, jam 1 tengah hari tadi.
Shahidan, yang juga anggota  parlimen Arau turut menjelaskan tiada perbincangan mengenai kedudukan  bekas Perdana Menteri, Najib Razak dibangkitkan dalam pertemuan  berkenaan.
"Ini adalah pertemuan biasa yang saya aturkan antara ahli parlimen BN bersama Muhyiddin, dari semasa ke semasa.
"Kita  juga tidak membincangkan sesuatu perkara secara spesifik. Pertemuan  bersama Muhyiddin dilakukan secara berkala dari semasa ke semasa,"  katanya.
MR :  Yang besarkan berita geng PH, nak gegarkan PN
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/tak-ada-perbincangan-keluar-pn-dalam.html