Khairy Disaman Ibu Kanak Kanak Divaksin
Khairy disaman ibu kanak-kanak divaksin
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerima dua saman berhubung Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).
Khairy pada sidang media hari ini memberitahu, salah satu daripada saman itu menamakan beliau dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebagai responden.
“Ada seorang (wanita) itu menyaman saya dan Tan Sri (Noor Hisham) sebab anaknya divaksin. Tetapi anak dia tu dibawa oleh suami dia.
“Dan dia saman suami dia juga,” katanya pada sidang media di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, hari ini.
Ahli Parlimen Rembau itu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai saman lain.
Menurut laporan The Malaysian Insight, saman itu, yang juga menamakan Noor Hisham, difailkan oleh peguam Asiah Jalil, ibu kepada 10 anak, pada Januari.
Sehingga 15 April, kira-kira 308,116 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun telah diberi vaksin sepenuhnya terhadap Covid-19 bawah PICKids, menurut portal CovidNow Kementerian Kesihatan.
Sementara itu, 1,390,105 kanak-kanak dalam kumpulan umur sama telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
PICKids akan tamat pada 15 Mei, walaupun kanak-kanak dalam kumpulan umur berkenaan masih boleh diberi vaksin dengan suntikan Sinovac di kemudahan penjagaan kesihatan swasta, tetapi ibu bapa atau penjaga perlu membayar kos vaksin berkenaan. FMT
Khairy disaman ibu kanak-kanak divaksin
Baca Artikel Menarik:
Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman
Cara Mohon Laptop Percuma 2022
Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…
Setiap inci Tok Ram saya tak suka – Alyah
Resepi Udang Khamped Thai Padu
Ustazah Asma Selar Model Berhijab Pakai Baju Raya Ketat
Ebit belanja minyak percuma untuk ‘rider’ di Jakarta
Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi
Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka – Karim Hamzah
Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO]
DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB
Kes langgar mati: Penangguhan hukuman ditolak, MP pembangkang melompat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/16/khairy-disaman-ibu-kanak-kanak-divaksin/