Khabar Duka Dari Kampung Di Johor



02 Ogos 2025 - Sabtu (8 Safar 1447H)
Pagi.
Mengambil dak Kakak pulang kerana cuti semester sudah bermula. Dak Nuha ada kawan selepas abangnya, dak Adik melanjutkan pelajaran di [SINI]



Tengah hari.
Sementara dak Kakak dengan dak Nuha melakukan 5S [Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal] di dalam bilik mereka, aku ambil peluang berehat. Letih sangat badan, mata pula asyik tersengguk-sengguk menahan mengantuk tapi tetap cuba mencari idea untuk update blog tapi.

Petang.
Sekitar pukul empat petang, aku dikejutkan dengan panggilan dari kampung di Johor, mak saudara aku telah meninggal dunia pukul 2:50 petang

Tak tunggu lama, sejam kemudian kami terus bertolak ke Selatan. Dak Jasmine pula macam mana? Asalnya nak hantar dak Jasmine ke hotel tapi en. Hubby dah minta bantuan kakaknya a.k.a mySIL tolong jagakan. Ok, selesai satu hal. 
Perjalanan yang terasa panjang kerana perlu berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Kami sampai di surau kawasan rumah Paklong sebelum solat Isyak dan aku sempat melihat jenazah waktu sedang dikapankan. Rezeki dak Kakak dan Nuha cuma kami tak sempat ambil dak Adik untuk di bawa sekali kerana mengejar masa. Dak Adik pun faham situasi dan minta kami berhati-hati sepanjang jalan

Paklong sendiri terkejut kami sempat sampai dari jauh. Dia tanya, 'Dari mana kamu tahu?''Dak Ida yang telefon', aku jawab. 'Dapat je berita, terus kami gerak balik'

Tenangnya Paklong.. tak nampak langsung air mata, malah dia yang tenangkan kami agar jangan menangis. Wajahnya jelas keletihan — katanya tiga hari terakhir ni dia hampir tak tidur jaga arwah

Lepas solat Isyak, jenazah disolatkan dan juga turut dibuat tahlil ringkas sebelum dibawa terus ke tanah perkuburan. Alhamdulillah, selesai urusan mengenai arwah, kami kembali ke rumah Paklong, bertanya khabar dan mendengar Paklong bercerita keadaan arwah sebelum pemergiannya

Bukan kami tak mahu bermalam di rumah Paklong tapi kami faham, anak-anak beliau perlukan ruang untuk menguruskan semuanya dengan tenang. Kami cuma berpesan pada anak-anak beliau, sekiranya ada apa-apa, jangan lupa bagitahu kepada kami.
Sedih nak tinggalkan paklong.. hanya doa mengiringi. Hampir lewat malam kami bertolak balik ke rumah mak saudara aku, 
'Selamat Datang ke Daerah Tangkak'
Sebelum kami keluar ke Plaza Tol Tangkak, kami sempat singgah di sebuah kedai makan kerana dak Nuha sudah merengek lapar. Selesai makan, waktu hendak membayar terasa seram pula — rupa-rupanya sudah tengah malam, dan pembayaran secara online tidak dapat dilakukan. Mujur ada wang tunai dalam tangan. Fuh… kalau tidak, jawabnya kena masuk dapur kedai basuh pinggan..!
Laici kang - cantik bekasnya
Kami ambil keputusan untuk terus ke rumah mak saudaraku di Melaka — untuk menjenguk dak Adik. Perjalanan diteruskan perlahan-lahan, en. Hubby mengantuk, berhenti rehat sekejap di RnR sebelum menyambung semula pemanduan. Aku pula memang tak larat nak memandu dan en. Hubby memang tak benarkan pun

Alhamdulillah, kami selamat sampai sekitar jam dua pagi. Sunyi malam terasa panjang, tapi aku tahu — dalam kepenatan hari ini, Tuhan sedang ajar sesuatu. Tentang masa. Tentang kehilangan. Tentang menghargai mereka yang masih ada, sebelum kita hanya mampu menatap mereka untuk kali terakhir. 

Moga Allah merahmati roh mak saudaraku, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dikalangan orang-orang yang beriman. Dan buat kami yang masih di sini, semoga terus diberi kekuatan untuk menghargai hidup — selagi waktu masih berbaki.

Sebab Kematian: Ischemic Heart Disease (IHD)Merujuk kepada masalah bekalan darah yang tidak mencukupi ke otot jantung. Ia biasanya berlaku disebabkan salur darah ke jantung (arteri koronari) menjadi sempit atau tersumbat — selalunya kerana pembentukan plak kolesterol (aterosklerosis).Maksud ringkas: Jantung tak dapat cukup oksigen sebab aliran darah terganggu — ini boleh menyebabkan sakit dada (angina) atau serangan jantung (myocardial infarction).

==================================
03 Ogos 2025 - Ahad (9 Safar 1447H)
Pagi Berehat seketika sebelum memulakan perjalanan pulang. Kali ini terasa lain kerana dak Adik perlu ditinggalkan. Demi masa depan, usaha dan sabarlah, Adik. Walau jarak tidak sejauh mana, hati ibu tetap terasa — cuma sedikit terubat bila tahu dak Adik masih di bawah pengawasan keluarga.
Petang Hampir lewat petang, kami tiba di rumah mySIL untuk mengambil dak Jasmine pulang. Penat mula terasa, apatah lagi Isnin nanti sudah kembali bekerja.
Malam..Hanya berehat di rumah..
@RemajaPurba: [Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizamia3.blogspot.com/2025/08/khabar-duka-dari-kampung-di-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
26 April 2025 Khabar Duka Dari Bumi Malaysia

26 April 2025 Khabar Duka Dari Bumi Malaysia

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 113 hits
Assalammualaikum Dunia Diam tak diam sudah menjengah hari Sabtu Kepenatan turun dari Jabar Nur masih terasa Malam semua tidur lena yer lar sampai hotel pun dah tengah malam Makkah Clock Royal Tower Misi mencari souvenir Cari pelan pelan yer...
Gembira Mendarat Di Johor Negeri Yang Indah Masyarakatnya Ramah Tamah

Gembira Mendarat Di Johor Negeri Yang Indah Masyarakatnya Ramah Tamah

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 131 hits
Catatan ini diulang kembali catatan di blog pesona Etuza tahun 2022 Berminat sila klik Catatan sebenar tahun 2022 boleh baca komen rakan blogger sisini Agak lama tidak mengetuk pintu maya Bagaikan kehilangan kunci untuk buka pintu laman Pes...
Johor Cops To Charge Father Of Boy Found Buried In Negeri Sembilan

Johor Cops To Charge Father Of Boy Found Buried In Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 116 hits
Johor police chief M Kumar says the man is accused of assaulting his wife and filing a false report over his missing son The boy who was reported missing at Taman Bukit Indah in Johor on July 24 was found buried in Jempol Negeri Sembilan fo...
Kpdn Johor Buka Kertas Siasatan Kenderaan Asing Isi Ron95 Dalam Tong Plastik

Kpdn Johor Buka Kertas Siasatan Kenderaan Asing Isi Ron95 Dalam Tong Plastik

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 93 hits
KPDN Johor Buka Kertas Siasatan Kenderaan Asing Isi RON95 Dalam Tong Plastik ISKANDAR PUTERI 5 Ogos Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian tular melibatkan sebuah kender...
Pengalaman Bazar Buku Antarabangsa Johor

Pengalaman Bazar Buku Antarabangsa Johor

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 133 hits
Masa cuti Hari Hol Negeri Johor 31 Julai 2025 Suami bawa MY dan anak anak ke Paradigm Mall Sebab Mama Yan nak sangat ke Bazar buku Antarabangsa Johor Suami pun bawakan aje la Mama Yan Sarah dan Ucid aje yang bersesak sesak dalam bazar buku ...
Pelarasan Tarif Air Johor Tak Jejas Majoriti Pengguna Domestik Kelompok E Kasih

Pelarasan Tarif Air Johor Tak Jejas Majoriti Pengguna Domestik Kelompok E Kasih

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 161 hits
Pengguna dalam Jalur Satu dan Dua kekal nikmati tarif lama Industri perkapalan dikenakan kadar baharu RM8 03 setiap meter padu manakala kategori pusat data yang diperkenal kali pertama dikenakan kadar RM5 33 setiap meter padu PETALING JAYA ...
Johor S Healthcare Crisis Deepens Amidst Staffing Shortages Singapore S Pull

Johor S Healthcare Crisis Deepens Amidst Staffing Shortages Singapore S Pull

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 126 hits
JOHOR is facing a severe healthcare staffing crisis driven by overworked personnel a surging population and the steady migration of medical talent to neighbouring Singapore According to The Straits Times the state urgently requires at least...
Empat Penguat Kuasa Ditahan Terima Suapan Rm3 000 Di Sempadan Johor Singapura

Empat Penguat Kuasa Ditahan Terima Suapan Rm3 000 Di Sempadan Johor Singapura

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 148 hits
KUALA LUMPUR Empat pegawai penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki menerima suapan RM3 000 ketika bertugas di kaunter zon masuk motosikal di sempadan Johor Singapura Menurut sumber dua suspek utama ditaha...
Lirik Lagu Kopi Nazu Fahimi

Kenapa Rezeki Datang Dengan Cara Tak Disangka

Dapat Hadiah Yang Tak Disangka Dari Blogger Kak Amie

Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

Netanyahu Sanggup Korbankan Tebusan Demi Kepentingan Sendiri Hamas Utusan Malaysia

Kompilasi Lagu Patriotik Malaysia Perpaduan Patriotisme

Sumbangan Asas Rahmah Bantuan Rm100

Benefits Of Engaging A Top Cleaning Service In Klang Valley


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tragedi Zara Qairina Laungan Allahuakbar Iringi Zara Qairina Penduduk Dakwa Hidu Bau Harum

Khabar Duka Dari Kampung Di Johor

Wang Tidak Dituntut Harta Kita Yang Kita Tak Sedar Kita Ada

Rahsia Lavender Herba Wangi Yang Banyak Manfaatnya

Swimming Class

Chukwu Perkuat Cabaran Perak Fa Di Liga A1