Kg Kayu Madang Di Telipok Kena Pkpd Akibat Kluster Pekerja Kilang


Pegawai kawalan kualiti cetus kluster pekerja kilang - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein


PUTRAJAYA: Sejumlah 18 kes direkodkan menyebabkan seluruh Kampung Kayu Madang di Sabah bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), terletak di Telipok, Daerah Kota Kinabalu itu bermula lusa sehingga 26 Ogos ini.

Perkampungan itu dikesan mencipta Kluster Jalan Kayu Madang berpunca kes pertama dari wanita tempatan berusia 31 tahun yang juga pegawai kawalan kualiti sebuah syarikat swasta.

Pesakit itu bergejala pada 27 Jun sebelum disah positif Covid-19 pada 2 Julai hasil saringan di Klinik Kesihatan Menggatal namun sudah menjangkiti pekerja kilang di zon industri di situ.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, baki tujuh lokaliti lain pula kesemuanya terletak di negeri itu dengan Kampung Bergosong, Daerah Tawau sekali lagi dikenakan PKPD selepas pernah dilaksanakan dari 2 hingga 15 Mei.

Hishammuddin menambah, dua lokaliti dalam daerah sama turut diwartakan PKPD secara serentak selama tempoh 14 hari iaitu Kampung Kongsi 8 dan PPR Taman Sri Apas di Batu 8; selain Kampung Batition, Daerah Kota Marudu; Kampung Sunsuron, Tambunan serta Perumahan Ladang syarikat Reka Halus dan Boustead Trunkline di Daerah Beluran.

Sementara itu, katanya, dua lokaliti di Daerah Kinabatangan sepatutnya tamat PKPD esok, namun disambung lagi iaitu Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1; juga 11 lokaliti di Daerah Tuaran iaitu Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop, Kampung Sungai Damit, Kampung Timbok, Kampung Simpangan, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria.

“Satu lagi lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Lahat-Lahat, Pulau Sebatik, Tawau manakala di Kelantan pula, tiga perkampungan Orang Asli Pos Brooke di Jajahan Gua Musang iaitu Kampung Jedip WCT, Kampung Sendrop dan Kampung Seng Sang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun ujar Hishammuddin, tiga jiran perkampungan Orang Asli di situ ditamatkan PKPD secara serentak esok iaitu Kampung Cekau, Kampung Lojing dan Kampung Penangau, termasuk Ladang Bukit Berembun, Daerah Rompin dan Taman Amalina Lestari, Daerah Raub, Pahang serta kuarters pekerja Ladang Pelitanah 1 dan 2, Bahagian Mukah, Sarawak.

Selebihnya berakhir PKPD esok ialah 17 lokaliti di Sabah antaranya Kampung Pengalat Besar serta Blok Angsana dan Blok Sumboi-Sumboi di Kampung Seberang Benoni, Daerah Papar.

Dua lokaliti lagi di Daerah Putatan iaitu Kampung Meruntum Fasa 3 dan PPR Sri Keramat manakala dua di Daerah Tenom iaitu Kampung Mamaitom dan SKIM Kuala Tomani; juga tiga lokaliti di Daerah Penampang iaitu Apartment Taman Suria, Taman Penampang Fasa 2 dan Kampung Mangkadatan Notoruss selain Kampung Ayer, dalam Daerah Kudat.

Empat lokaliti pula, ujarnya, dalam Daerah Sandakan iaitu Flat LPPB Sri Taman, Taman Mawar, PPR Taman Murni serta kawasan Lorong 1 sehingga Lorong 8, Taman Kenari serta dua lokaliti dalam Daerah Tawau iaitu Taman Perwira Ranggu dan Blok 5 Kampung Titingan manakala baki satu lokaliti dalam Daerah Kota Marudu iaitu Kampung Talantang 1. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/kg-kayu-madang-di-telipok-kena-pkpd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Kawalan Kualiti Cetus Kluster Pekerja Kilang Kg Kayu Madang Di Telipok

Pegawai Kawalan Kualiti Cetus Kluster Pekerja Kilang Kg Kayu Madang Di Telipok

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 205 hits
Kluster Jalan Kayu Madang itu berpunca daripada wanita tempatan berusia 31 tahun yang juga pegawai kawalan kualiti sebuah syarikat swasta PUTRAJAYA Sejumlah 18 kes direkodkan menyebabkan seluruh Kampung Kayu Madang di Telipok Kota Kinabalu ...
Terkini Dua Lagi Pekerja Dari Kilang Sama Mninggai Dunla Sudah 18 0rang Jumlahnya

Terkini Dua Lagi Pekerja Dari Kilang Sama Mninggai Dunla Sudah 18 0rang Jumlahnya

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 474 hits
Johor Bharu Semalam 31 Julai lagi 2 orang perkerja kiIang eIektronik ST di T4njung Ag as Muar mninggal dunia aklbat C0VlD19
2 Kilang Dan 3 Pekerja Dikompaun Di Kkip

2 Kilang Dan 3 Pekerja Dikompaun Di Kkip

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 411 hits
Yusuh memeriksa dokumen berkaitan operasi kilang dalam Ops Patuh yang dijalankan di KKIA Kota Kinabalu pada Isnin 2 pemilik 3 pekerja kilang dikompaun gagal patuhi SOP Dalam operasi jam 2 petang itu polis turut mengeluarkan tiga kompaun kep...
Akibat Pandemi 116 Perusahaan Di Tangsel Phk 2 752 Pekerja

Akibat Pandemi 116 Perusahaan Di Tangsel Phk 2 752 Pekerja

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 167 hits
Sukanta menjelaskan untuk tahun 2021 sampai bulan Juli kemarin saja sebanyak 398 pekerja di PHK Menurutnya rata rata industri yang mengencangkan ikat pinggang dengan jalan PHK bergerak di sektor perdagangan dan jasa
Akibat Perjumpaan Rakan Felda Sg Panching Selatan Kena Pkpd

Akibat Perjumpaan Rakan Felda Sg Panching Selatan Kena Pkpd

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 268 hits
Oleh AMREE AHMAD Gambar hiasan PUTRAJAYA Sebuah lagi skim tanah rancangan persekutuan di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula Isnin ini yang membabitkan Felda Sungai Panching Selatan dalam Mukim Kuala Kuantan 2...
Penghidap Kanser Sertai Ibadah Korban Cetus Kluster Timbua

Penghidap Kanser Sertai Ibadah Korban Cetus Kluster Timbua

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 167 hits
Ibadah korban Ranau mencetus kluster baharu COVID 19 Seorang lelaki penghidap kanser yang menyertai majlis ibadah korban di masjid mencetuskan satu lagi kluster baharu Kluster Timbua di Sabah Jurucakap perkembangan harian COVID 19 Sabah Dat...
Penganalisis Pm Masih Ada Jalan Boleh Capai Persetujuan Dengan Kluster Mahkamah

Penganalisis Pm Masih Ada Jalan Boleh Capai Persetujuan Dengan Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 243 hits
malaysiakini comDiterbitkan 9 Aug 2021 10 07 amDikemaskini 10 12 amPerdana Menteri Muhyiddin Yassin masih memiliki beberapa pilihan untuk menyelamatkan kedudukannya menurut penganalisis politik Antaranya adalah mencapai persetujuan dengan p...
Majlis Korban Punca Tercetus Kluster Timbua Ranau

Majlis Korban Punca Tercetus Kluster Timbua Ranau

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 190 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun KOTA KINABALU Aktiviti berkumpul oleh masyarakat untuk majlis ibadah korban di Masjid Timbua Ranau dipercayai punca tercetusnya Kluster Timbua Ranau yang direkodkan s...
Majlis Keagamaan Di Rumah Cetus Kluster Batu Linting Di Kuala Penyu

Majlis Keagamaan Di Rumah Cetus Kluster Batu Linting Di Kuala Penyu

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 260 hits
Jurucakap perkembangan harian Covid 19 Sabah Datuk Masidi Manjun Kota Kinabalu Penganjuran majlis keagamaan di rumah mencetuskan satu lagi kluster baharu berkaitan komuniti hari ini Kluster Batu Linting Jurucakap perkembangan harian Covid 1...
Falling Trees Reveal Nation S Rotting Roots

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Why The Us Can T Win The Trade War With China And Shouldn T Try

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Khai Bahar Bawa Hatiku Bersama Kamu Chord



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Gulai Udang Nenas

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Mitarashi Dango