Penganalisis Pm Masih Ada Jalan Boleh Capai Persetujuan Dengan Kluster Mahkamah


malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan 9 Aug 2021, 10:07 am
Dikemaskini 10:12 am

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih memiliki beberapa pilihan untuk menyelamatkan kedudukannya, menurut penganalisis politik.

Antaranya adalah mencapai persetujuan dengan pemimpin Umno yang kini berdepan pendakwaan jenayah di mahkamah.

James Chin dari Universiti Tasmania berkata, Muhyiddin juga kini memiliki lebih banyak perkara untuk ditawarkan kepada ahli parlimen agar menyokongnya, susulan peletakan jawatan sejumlah pemimpin Umno untuk pelbagai jawatan, termasuk dua menteri kabinet.

"Apa yang perlu diingat, tak kira sejauh mana mereka (PN dan Umno) bergaduh, persetujuan masih tidak mustahil.

"Muhyiddin masih boleh menukar pendirian dan kata dia akan campur tangan dalam kes mahkamah mereka, dan buat persetujuan untuk membolehkannya kekal setahun lagi.

"Dengan berbuat demikian, ahli parlimen Umno (yang berdepan dakwaan) masih boleh bertanding dalam PRU akan datang. Jika tidak, kalau mereka didapati bersalah di mahkamah, ahli parlimen ini bukan saja kehilangan kerusi tetapi peluang untuk bertanding lagi.

"Jadi mereka akan hilang satu setengah penggal. Inilah yang mereka lawan. Mereka lawan untuk masa depan sebagai wakil rakyat," katanya kepada Malaysiakini.
Muhyiddin kini berdepan laluan sukar untuk mengekalkan pentadbirannya susulan keputusan Umno untuk menarik balik sokongan terhadap PN.

Terdahulu, dia menegaskan masih memiliki sokongan majoriti dan berkata akan membuktikannya menerusi undi percaya pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.

Dia juga mendakwa ada pihak yang mendesaknya untuk campur tangan dalam urusan mahkamah bagi membebaskan beberapa individu yang kini sedang dibicarakan.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama secara khusus, dia dipercayai merujuk kepada sejumlah pemimpin Umno yang didakwa dengan kes rasuah.

Ditanya jika Muhyiddin mampu menarik cukup sokongan menjelang sidang bulan depan, Chin berkata dia tidak dapat menyatakannya secara pasti.

"Anda perlu andakan yang jika anda perdana menteri, ia seperti anda ada kad kredit tanpa had. Anda boleh beli apa saja," katanya lagi.

Bertentangan dengan tanggapan umum, katanya lagi, peletakan jawatan sejumlah pemimpin Umno mutakhir ini bukanlah tanda kelemahan pada perdana menteri, tetapi sebenarnya memberi lebih kuasa kepadanya.
Chin berkata, Muhyiddin kini memiliki lebih banyak yang boleh ditawarkan, yang boleh digunakan untuk mendapatkan sokongan ahli parlimen lain.

"Itu juga sebab dia melantik bekas menteri besar Perak (Ahmad Faizal Azumu) sebagai penasihat khas bertaraf menteri.

"Dia menghantar isyarat yang jika anda setia kepadanya, anda boleh jadi menteri, walaupun tidak secara langsung.

"Dan dengan peletakan jawatan dua menteri Umno, dia boleh tawarkan jawatan itu kepada orang lain," katanya lagi.

Chin berkata lagi, akan timbul satu lagi isu jika Muhyiddin tewas dalam undi percaya nanti.

Dia membangkitkan pembangkang yang masih tidak mencapai persetujuan dalam soal calon perdana menteri untuk menggantikan Muhyiddin.

"Apabila Muhyiddin tewas, speaker akan minta calon pengganti, sesiapa saja di Dewan Rakyat boleh mencalonkannya.

"Malah Dr Mahathir Mohamad, atau anaknya boleh mencalonkannya, atau ada yang kata Tengku Razaleigh Hamzah. Ia terbuka kepada sesiapa saja," katanya lagi.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/penganalisis-pm-masih-ada-jalan-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Boleh Bantu Tentukan Keabsahan Pm Peguam

Mahkamah Boleh Bantu Tentukan Keabsahan Pm Peguam

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 244 hits
Malaysiakini Seorang peguam berpendapat bahawa Mahkamah Persekutuan boleh membantu menghentikan krisis politik yang sedang berlangsung dengan menjawab pertanyaan mengenai keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Dalam video Youtub...
Jika Zahid Jadi Pm Dap Perlu Sedia Terima Kluster Mahkamah

Jika Zahid Jadi Pm Dap Perlu Sedia Terima Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 236 hits
agendadaily com11 8 2021Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dikatakan antara calon Perdana Menteri baharu Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku ia termasuk jika Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri bah...
Masih Boleh Ke Kita Terima Kalau Orang Tukar Muka Ayah Kita Jadi Anjing Shuk

Masih Boleh Ke Kita Terima Kalau Orang Tukar Muka Ayah Kita Jadi Anjing Shuk

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 392 hits
Kontroversi melibatkan pelawak terkenal Shuk Sahar dengan bekas kekasih gelapnya kerap kali menjadi perbualan di media sosial susulan serang serangan di Instagram antara mereka berdua
Kluster Mahkamah Dipersilakan Tubuh Kerajaan Kleptokrat Pak Wan

Kluster Mahkamah Dipersilakan Tubuh Kerajaan Kleptokrat Pak Wan

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 260 hits
MOHD REDZUAN MD YUSOF SHAH ALAM Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mempersilakan 15 ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional untuk menubuhkan sebuah kerajaan kleptokrat M...
Pesan Nazri Buat Semua Kluster Mahkamah Bersama Zahid Tu

Pesan Nazri Buat Semua Kluster Mahkamah Bersama Zahid Tu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 365 hits
Pendedahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ada yang mendesak beliau campur tangan urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah membuktikan bahawa keputusan menarik sokongan t...
Tolak Kluster Mahkamah Jadi Pm

Tolak Kluster Mahkamah Jadi Pm

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 302 hits
LIYANA MARZUKIRamai yang tidak tahu apa yang jadi semalam bukan pertembungan antara PN dan PH tetapi a war between PN and Kluster Mahkamah Kalau hendak difikirkan agak janggal YDPA mendapat nasihat daripada Tun M Anwar Ibrahim atau Lim Guan...
Letak Jawatan Mp Masih Boleh Berkhidmat Untuk Rakyat

Letak Jawatan Mp Masih Boleh Berkhidmat Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 380 hits
Kalau demi untuk Gaji pangkat kuasa segala mak nenek lain memang kena pegang jawatan kalau boleh biar sampai kiamat Letak jawatan kerajaan tidak AKAN LUMPUH fronliner ada Menteri biasa PALING belakang di kerusi empuk beri arahan Kalau terpu...
Peringatan Tak Boleh Lakukan Senaman Berat Selepas Vaksin Covid 19 Ini Sebabnya

Peringatan Tak Boleh Lakukan Senaman Berat Selepas Vaksin Covid 19 Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 475 hits
Tidak boleh bersenam selepas vaksin Covid 19 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Hari ini merupakan hari ke 6 Sha telah disuntik vaksin dose kedua Hari ke 3 mengambil vaksin baru Sha rasa tidak sedap badan iaitu rasa nak muntah Bila b...
Anak Lelaki Memang Istimewa Tapi Tersalah Didik Anak Lelaki Boleh Jadi Raja Elakkan 5 Perkara Ni

Anak Lelaki Memang Istimewa Tapi Tersalah Didik Anak Lelaki Boleh Jadi Raja Elakkan 5 Perkara Ni

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 471 hits
Anak anak lelaki kita sebenarnya cukup istimewa Lebih lebih lagi bagi ibu yang mempunyai anak lelaki ramai teramatlah beruntung Sama seperti anak perempuan anak lelaki juga punya kelebihan Pun begitu dalam mendidik anak lelaki janganlah dib...
Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

Every Malaysian Family Can Now Enter Oil Biz With Budi Madani Ron95 E Hailing Drivers Be Instant Oil Merchants

Siti Nurhaliza Aliff Syukri Jadi Penyumbang Zakat Perniagaan Tertinggi Lzs

Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ciri Ciri Makanan Kucing Yang Bagus Sihat Panduan Pemilik Kucing

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Ideas Simple Beef Biryani Recipe Muslim Style

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas