Kfc Spicy Smoky Crunch Baharu Dengan Aroma Salai Dan Pedas


Dah Cuba KFC Spicy Smoky Crunch BAHARU? Baca dari KFC Spicy Smoky Crunch review, semua cakap sedap! Jadi tak nak ketinggalan keretapi, kita cubalah juga KFC Spicy Smoky Crunch ni. 
Mulanya encik suami nak beli secara pandu lalu je di KFC Bandar Seremban lebih kurang pukul 8 malam macam tu. Sekali KFC Spicy Smoky Crunch tak ada stok katanya. Pergilah encik suami ke cawangan KFC lain, KFC Centerpoint Seremban Shopping Mall

Di situlah baru ada stok KFC Spicy Smoky Crunch. Terpaksalah parkir dan membeli secara walk in. Beli satu set kombo 2 ketul dengan harga RM17 lebih tak silap. Jadilah buat raso raso. Satu set lagi beli snack plate macam biasa. Encik suami taknak KFC Spicy Smoky Crunch takut tak sedap katanya

Nak selamat beli lah satu set snack plate. Lepas tu kita buat sistem barter, dapatlah sorang satu seketul ayam KFC Spicy Smoky Crunch dan seketul ayam KFC hot & spicy. Adil dan saksama gitu dapat merasa dua-dua

Ayam goreng Hot & Spicy signature KFC memang sedap. Dah lupa dah rasa ayam KFC original tu sebab setiap kali beli mesti pilih ayam Hot& Spicy. Ayam KFC memang tiada tandingan lah. Ingat ayam goreng mesti ingat KFC. 
Kini diolah salai dengan inovasi menu terbaharu, KFC Spicy Smoky Crunch! Haruslah kita cuba juga. Sejenis pempedas memang wajib cuba. Pempedas eh? Ada ke istilah pempedas? hehe... 
KFC Spicy Smoky Crunch BAHARUKFC Spicy Smoky Crunch diinspirasikan dari espetadas, iaitu hidangan tradisi Portugis yang terkenal dengan rasa salai yang sempurna. Rasa salai Portugis dengan kehangatan ekstra serta kerangupan yang sedap hingga menjilat jari

Gabungan herba dan rempah ratus Portugis seperti paprika salai, lada benggala merah, bawang putih, lada hitam, dan serbuk tomato bergabung dengan satu-satunya perasa Hot & Spicy ikonik ini memberikan rasa yang sedap dalam setiap gigitan rangup!

Tudiaa dia punya penerangan. Boleh terbayang kepedasan dan kehangatan rasa pedas tu. Encik suami bawa masuk rumah pun dah terbau aroma rempah. Tak sabar nak makan!

Dalam tak sabar sempat juga digambarkan KFC Spicy Smoky Crunch ni. Kerja seorang blogger, kena ambil gambar barulah ada modal untuk content blog. Bukan begitu



Dia punya rupa paras wow sangat. Boleh nampak kepedasan tu. Kan? Tepung bersalut tebal dengan taburan rempah tak nak kalah. Paduuu

Satu set dengan 2 ketul ayam sama macam set snack plate cuma KFC Spicy Smoky Crunch tak ada roti bun tu je. Biasanya macam tu lah kan. Kalau set baru mesti tak ada roti bun. Kenapa ek? Soalan tak wajib jawab tapi kalau tahu boleh jawabkan



Nampak macam pedas tapi bagi seorang pempedas, rasa dia taklah pedas melampau. Pedas masih boleh bawa bincang. Budak budak yang boleh makan pedas rasanya masih tahan dan boleh makan kot

Aroma salai dan rempah KFC Spicy Smoky Crunch je tak boleh bawa bincang. Aroma bau dia tu menawan selera betullah. KFC Spicy Smoky Crunch sedap sehingga menjilat jari. Slogan KFC tu dah digunakan semula ke tidak
Kentucky Fried Chicken menggantung secara sementara slogan iklan lamanya "sedap sehingga menjilat jari" atau "it's finger lickin' good" dan menyifatkannya tidak sesuai dalam situasi pandemik Covid-19 sekarang di mana kebersihan peribadi telah menjadi keutamaan untuk menghentikan penularan.Rasa rempah dan kepedasan tu bukan hanya salutan tepung di luar je. Rasa dia sampai ke dalam isi juga. Walaupun tak sepenuhnya terasa tapi terasa jugalah

Tercari cari sos cili tapi tak jumpa sos cili yang biasa tu. Yang ada sos cili ni, adakah KFC dah tukar pek sos baru atau hanya didatangkan bersama KFC Spicy Smoky Crunch sahaja? Almaklumlah dah lama tak makan KFC kan.



Selain KFC Spicy Smoky Crunch BAHARU, boleh cuba KFC Banana Chocolate Ball pemanis terbaharu KFC. 
KFC Banana Chocolate BallKemanisan inti coklat dengan ketulan pisang sebenar disaluti bebola emas rangup. Sesuai dinikmati selepas hidangan salai dan pedas

Nanti boleh cuba KFC banana chocolate ball. KFC Spicy Smoky Crunch ni pun tak pasti sampai bila. Nak cuba silakan. KFC Spicy Smoky Crunch viral juga agaknya, itu yang cepat sangat habis



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/11/kfc-spicy-smoky-crunch-baharu-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Ucap Tahniah Kepada Pm Baharu Uk

Ismail Sabri Ucap Tahniah Kepada Pm Baharu Uk

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 220 hits
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Rishi Sunak di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri United Kingdom yang baharu Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook hari ini melahirkan keyakinan dengan dedikasi ...
Rishi Sunak Bakal Pm Uk Baharu

Rishi Sunak Bakal Pm Uk Baharu

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 190 hits
Rishi Sunak bakal PM UK baharu Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 24 Oct 2022 11 51PM
Amanah Beri Muka Calon Baharu

Amanah Beri Muka Calon Baharu

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 189 hits
Ketua Pemuda Amanah Mohd Hasbie Muda berkata Amanah akan mengetengahkan muka muka baharu untuk PRU15 bagi memberi peluang kepada barisan kepimpinan muda parti tersebut Beliau berkata demikian dalam program Wacana Sinar Harian siri 371 yang ...
Ethereum Mencapai Sasaran Menaik Baharu

Ethereum Mencapai Sasaran Menaik Baharu

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 200 hits
ETH USD melonjak lebih tinggi apabila harga Bitcoin meningkat Seperti yang anda sedia maklum kenaikan BTC USD telah membantu altcoin untuk berkembang juga Ethereum mencatatkan pertumbuhan 14 25 daripada tahap rendah hari ini iaitu 1 335 kep...
Elon Musk Rasmi Bos Baharu Twitter Terus Pecat Ceo Cfo

Elon Musk Rasmi Bos Baharu Twitter Terus Pecat Ceo Cfo

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 378 hits
Jutawan dan pemilik syarikat Tesla Elon Musk dilapor telah menjadi pemilik twitter yang baharu secara sah dan selepas menyelesaikan pengambilalihan Twitter berjumlah 44 bilion Menurut beberapa laporan media Elon Musk dilaporkan turut memeca...
Pesanan Kepada Pengundi Baharu Pru15

Pesanan Kepada Pengundi Baharu Pru15

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 253 hits
Selaku pengundi berpengalaman izinkan aku bagi unsolicited advice kepada pengundi baru 1 Undi anda berharga 2 Mana mana parti akan cuba pengaruhi pendakwaan Bukan kehakiman 3 Mana mana parti akan lantik menteri sampah 4 Takkan ada parti yan...
Pemimpin Umno Pkr Setuju Bakal Wujud Jajaran Baharu Selepas Pru

Pemimpin Umno Pkr Setuju Bakal Wujud Jajaran Baharu Selepas Pru

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 230 hits
agendaily com22 10 2022Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Azalina Othman Said muncul pada program Astro Awani malam tadi Dua pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Harapan mewakili wanita dilihat tidak yakin parti masing masing akan memenangi ...
Asam Pedas Bukit Rambai Tersedap

Asam Pedas Bukit Rambai Tersedap

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 271 hits
Bahan bahannya Bawang BesarBawang PutihKunyitHaliaBiji sawi 1 sudu besarJintan manis 1 suduAsam jawa segengam Halba 1 sudu besarcili giling dalam 2 sudu besarDaun kariCara caranya Mesin cili giling bawang besar bawang putih kunyit halia bij...
Ikan Kerisi Goreng Dan Kacang Botol Tumis Pedas

Ikan Kerisi Goreng Dan Kacang Botol Tumis Pedas

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 306 hits
Kadang otak kosong habis idea nak masak apa Nak makan telur goreng macam bosan pula Tekak tak rasa nak makan telur goreng mahupun telur goreng kicap Sambil tu fikir apa yang ada dalam kulkas Teringat ada baki ikan kerisi 2 ekor Goreng pun s...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord

Canopy House By Studio Mk27 A White Prism Suspended In Brazil S Atlantic Forest