Keutamaan Berdoa Dalam Islam


Berdoa itu sebenarnya satu bentuk ibadah yang sangat istimewa. Allah SWT sangat suka bila hamba-Nya berdoa kepada-Nya. Malah, Allah tak sekadar mendengar doa kita, Dia juga berjanji untuk memberi bonus berupa keampunan dosa kepada sesiapa yang memohon kepada-Nya dengan penuh harapan


Sabda Nabi SAW:
يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلاَ أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلاَ أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لاَ تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً
Maksudnya: “Wahai anak Adam, selagi kalian berdoa dan berharap kepada-Ku, pasti Aku ampuni dosa yang telah dilakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sekiranya sampai dosamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunan, nescaya akan Aku ampunkan. Wahai anak Adam, sekiranya kamu datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu, pasti Aku mendatangimu dengan pengampunan sepenuh bumi.” Riwayat al-Tirmizi (3540) dan Ahmad (21804)
Bila baca hadis ni, kita boleh nampak betapa Allah Maha Pengampun dan Maha Pemurah. Dia tahu kita ni manusia biasa, tak sempurna, selalu buat silap, dan sentiasa perlukan pertolongan-Nya.


Kenapa Kita Perlu Berdoa?Berdoa bukan sekadar meminta sesuatu daripada Allah, tapi ia tanda kita sedar siapa kita di hadapan-Nya. Kita ni hamba yang lemah dan bergantung sepenuhnya kepada Allah. Malah, Allah sendiri menyuruh kita berdoa dalam firman-Nya:
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (QS. Ghafir: 60)
Bayangkan, Allah yang Maha Besar suruh kita berdoa terus kepada-Nya tanpa perlu melalui sesiapa. Tapi kalau kita sombong, tak nak berdoa, Allah anggap itu satu bentuk kesombongan yang akan dihukum dengan neraka. Nauzubillah

Adab-Adab Dalam BerdoaAdab dalam berdoa juga sangat ditekankan dalam Islam. Allah SWT menyuruh kita berdoa dengan penuh tadharru' (kerendahan hati) dan khufyah (suara yang lembut). 
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." (QS. Al-A'raf: 55)
Ini menunjukkan bahawa doa bukan sekadar permohonan, tetapi juga wujud penghambaan dan penghormatan kepada Allah SWT

Berikut adalah adab-adab penting dalam berdoa:1. Memilih Waktu yang MustajabDoa lebih mudah dikabulkan jika dilakukan pada waktu-waktu tertentu seperti sepertiga malam terakhir, waktu sahur, hari Jumaat, hari Arafah, dan bulan Ramadan

2. Dalam Keadaan IstimewaBerdoalah pada saat-saat istimewa seperti ketika bersujud, semasa hujan turun, selepas iqamah solat, atau ketika dua pasukan berhadapan di medan perang

3. Menghadap Kiblat dan Mengangkat TanganMenghadap kiblat, mengangkat tangan ketika berdoa, dan mengusap wajah selepasnya adalah sunnah yang menunjukkan etika dan keistimewaan doa dalam Islam

4. Menjaga Tekanan SuaraBerdoalah dengan suara yang sederhana—tidak terlalu kuat atau terlalu perlahan—dan penuh pengharapan kepada Allah SWT

5. Tidak Berlebihan dalam Kata-KataHindari sikap putus asa seperti berkata, "Aku telah berdoa tetapi tidak dikabulkan." Doa tidak perlu terlalu puitis, cukup dengan makna yang jelas dan tulus

6. Khusyuk, Takut, dan Tunduk kepada AllahKetiga-tiga elemen ini adalah bukti penghambaan diri kepada Allah SWT. Berdoalah dengan hati yang tenang dan penuh rasa rendah diri

7. Yakin dalam BerdoaKetika berdoa, yakinlah bahawa doa tersebut akan dikabulkan. Percayalah bahawa apa sahaja yang diberikan oleh Allah adalah yang terbaik untuk kita


8. IstiqamahJangan cepat berputus asa jika doa lambat dikabulkan. Allah menguji kesabaran kita, dan apabila doa diterima, bersyukurlah dengan sepenuh hati

9. Memulakan Doa dengan Zikir dan SelawatMulakan doa dengan memuji Allah, berzikir, dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Ini akan menambah keberkatan doa kita

10. BertaubatSebelum berdoa, mohonlah ampun kepada Allah atas segala dosa. Taubat menunjukkan keinsafan dan membuat doa lebih mudah diterima

Jangan Pernah Malu atau Malas BerdoaKadang-kadang kita rasa malu nak berdoa sebab rasa diri ni penuh dosa. Tapi sebenarnya, lagi banyak dosa kita, lagi kita kena dekatkan diri kepada Allah. Allah sentiasa tunggu hamba-Nya untuk meminta ampun dan berdoa

Jadi, jangan pernah berhenti berdoa, walaupun doa kita belum dikabulkan. Sebab Allah tahu bila masa yang terbaik untuk beri apa yang kita minta, atau mungkin Dia akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik

KesimpulanBerdoalah kepada Allah dalam apa jua keadaan, sama ada waktu senang atau susah. Jadikan doa itu rutin harian, bukan sekadar bila kita perlukan sesuatu. Ingat, Allah itu Maha Pemurah, dan Dia suka kepada hamba-Nya yang selalu berdoa kepada-Nya

Semoga kita semua jadi hamba yang sentiasa bergantung kepada Allah dan tak pernah putus harapan. Aamiin.  

Rujukan:Maktabah AlBakri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.siinurul.com/2024/12/keutamaan-berdoa-dalam-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 286 hits
Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina merupakan secebis ayat yang boleh ditemui dalam Surah Al Fath Ia merupakan potongan ayat pertama dalam surah tersebut yang menyatakan bahawa kemenangan telah diberikan ke atas umat Islam Potongan ayat i...
Resit Hina Islam Polis Johor Buka Siasatan

Resit Hina Islam Polis Johor Buka Siasatan

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 179 hits
Mary Victoria Dassam hmetro com myJohor Bahru Polis Johor membuka kertas siasatan susulan gambar tular resit pembelian makanan segera yang didakwa mengandungi perkataan menghina Islam Ketuanya Datuk M Kumar berkata resit bertarikh 19 dan 20...
Pdrm Siasat Resit Makanan Cepat Saji Di Johor Didakwa Mengandungi Teks Menghina Islam

Pdrm Siasat Resit Makanan Cepat Saji Di Johor Didakwa Mengandungi Teks Menghina Islam

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 230 hits
Baru baru ini laporan portal berita BuletinTV3 menunjukkan gambar resit pembelian makanan segera yang didakwa mengandungi kata kata yang menghina Islam Susulan penyebaran resit tersebut polis Johor kini sedang menyiasat perkara ini Menurut ...
Kerajaan Salur Bantuan Khas Rm3 17 Juta Kepada 90 Rumah Ibadat Bukan Islam

Kerajaan Salur Bantuan Khas Rm3 17 Juta Kepada 90 Rumah Ibadat Bukan Islam

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 247 hits
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan mewakili perdana menteri pada Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Rumah Rumah Ibadat Masyarakat India 2024 di Kalamandapam Hall Brickfields Kuala Lumpur hari ini KUALA LUMPUR Keraj...
Projek Memperkasakan Politik Fitnah Parti Islam Buat Rayuan Derma Jihad

Projek Memperkasakan Politik Fitnah Parti Islam Buat Rayuan Derma Jihad

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 221 hits
Pas buat rayuan derma jihad tolonglah bantu MP Kepala BatasHarapandailyPas membuat rayuan derma jihad bagi membiayai perintah mahkamah berjumlah RM825 000 yang dihadapi Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad Menerusi surat yang...
Dr Mujahid Yusof Rawa Di Manakah Adab Politik Islam Pas

Dr Mujahid Yusof Rawa Di Manakah Adab Politik Islam Pas

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 181 hits
HarapandailyTimbalan Presiden AMANAH Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mempersoal adab politik Islam Pas yang berusaha meneutralisasi fitnah menerusi infaq melalu kempen derma jihad Kita tahu derma atau infaq itu adalah suatu perbuatan ya...
Pm Anwar Berduka Atas Pemergian Aktivis Gerakan Islam Youssef Nada

Pm Anwar Berduka Atas Pemergian Aktivis Gerakan Islam Youssef Nada

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 123 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga aktivis gerakan Islam Mesir Youssef Nada yang meninggal dunia pada Ahad KUALA LUMPUR 22 Dis Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepa...
Polis Kesan Individu Hina Melayu Islam Guna Resit Pesanan

Polis Kesan Individu Hina Melayu Islam Guna Resit Pesanan

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 125 hits
Ketua Polis Johor M Kumar berkata kes disiasat di bawah Akta Hasutan Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia PETALING JAYA Polis Johor sedang mengesan seorang individu menggunakan resit pesanan mengandungi...
Johor Cops Probe Derogatory Message Insulting Islam Printed On Fast Food Restaurant S Receipts

Johor Cops Probe Derogatory Message Insulting Islam Printed On Fast Food Restaurant S Receipts

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 157 hits
JOHOR BARU The police have started investigations into a derogatory message insulting Islam printed on three separate receipts of a fast food restaurant Johor police chief Comm Datuk M Kumar said three investigation papers have been opened ...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asian K Pop Stars As A Platform For Uniting New Talents Across Asia

Advertorial Rahsia Pengiklanan Yang Menjana Jualan Tahun Demi Tahun

Minuman Belgian Chocolate Choco Albab Rasa Kaya Khasiat Mantap

Lirik Lagu Penantian Lah Ahmad

Lirik Lagu Suci Sekeping Hati 2025 Saujana Wany Hasrita Dan Amin Idris

Beli Mata Wang Kripto Di Luno