Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam
Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina merupakan secebis ayat yang boleh ditemui dalam Surah Al-Fath. Ia merupakan potongan ayat pertama dalam surah tersebut yang menyatakan bahawa kemenangan telah diberikan ke atas umat Islam.
Potongan ayat ini, sangat digalakkan untuk kita amalkan sebagai zikir harian kita. Hal ini demikian kerana maksudnya yang baik, boleh membawa kebaikan kepada kita. Untuk mengetahui lebih lagi tentang potongan ayat ini, teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel ini.
Surah Al-Fath
Surah Al-Fath merupakan surah ke-48 yang diturunkan ke dalam Al-Quran. Surah Al-Fath ini terdiri daripada 29 ayat dan merupakan salah satu surah madaniyah, yang bermaksud ia diturunkan di Madinah.
Surah ini dinamakan Al-Fath yang membawa maksud kemenangan. Perkataan Fath ini diambil dari perkataan Fathan yang juga merupakan antara kata yang terdapat dalam potongan ayat dari zikir dan ayat pertama surah ini, Inna Fatahna Laka Fathan Mubina.
Surah ini diturunkan selepas Perjanjian Hudaibiyyah, di mana umat Islam mengalami satu titik perubahan yang signifikan dalam sejarah Islam, iaitu penandaan awal kepada penaklukan semula Kota Mekkah.
Surah ini menekankan bahawa walaupun pada pandangan manusia perjanjian tersebut mungkin dilihat sebagai kekalahan, tetapi sesungguhnya ia adalah kemenangan yang nyata bagi umat Islam.
Sumber: elzattabanyuwangi_official
Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina
Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina merupakan satu zikir yang dibaca apabila kita ingin memohon kemenangan atau kemudahan daripada Allah S.W.T. Zikir ini merupakan potongan ayat pertama dalam Surah Al-Fath.
Zikir ini diturunkan sebagai berita gembira kepada Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam dan kegembiraan Baginda telah diriwayatkan dalam Sahih Bukhari seperti berikut:
Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku satu surat, yang surat itu benar-benar lebih aku cintai dari seluruh apa yang disinari matahari.
Kegembiraan Nabi Muhammad S.A.W ini adalah kerana ayat pertama dalam surah ini menerangkan tentang kemenangan yang akan diperoleh baginda dan umat Islam pada waktu itu, dalam perjuangan mereka dan tentang kesempurnaan nikmat Allah S.W.T
Teks Bacaan Rumi & Maksud Doa
Bagi anda yang ingin belajar cara membaca zikir Inna fatahna laka fathan mubinaI, berikut merupakan teks asal, dan cara bacaan rumi beserta makna zikir buat pengetahuan anda:
اِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا
Inna fatahna laka fathan mubina
Makna: Sesungguhnya Kami telah menganugerahkan kepadamu kemenangan yang nyata
Kelebihan Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina
Berikut merupakan beberapa manfaat yang akan anda peroleh jika anda mengamalkan Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina ini dalam kehidupan seharian anda:
Hidup diberkati Allah S.W.T
Dimurahkan rezeki
Dipermudahkan urusan dalam semua perkara
Mampu melembutkan hati pembaca dan juga orang lain
Menemui jalan penyelesaian bagi setiap masalah
Zikir “Inna fatahna laka fathan mubina” yang merupakan potongan ayat dari Surah Al-Fath, bukan sahaja merupakan lafaz kemenangan tetapi juga simbol harapan dan keyakinan kepada pertolongan Allah.
Mengamalkan ayat ini dapat mendatangkan pelbagai manfaat, baik dari segi spiritual mahupun material, dan mengingatkan umat Islam tentang janji-janji Allah dalam memberikan kemenangan kepada hamba-Nya yang beriman.
Baca juga: Allahumma Barik: Mendoakan Keberkatan, Peroleh Kebahagiaan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/zikir-inna-fatahna/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=zikir-inna-fatahna