Kerajaan Salur Bantuan Khas Rm3 17 Juta Kepada 90 Rumah Ibadat Bukan Islam


 
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan mewakili perdana menteri pada Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Rumah-Rumah Ibadat Masyarakat India 2024 di Kalamandapam Hall, Brickfields, Kuala Lumpur, hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Kerajaan Madani bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyalurkan bantuan khas berjumlah RM3.17 juta kepada 90 rumah ibadat bukan Islam.
Bantuan kepada wakil pengurusan 89 kuil dan satu gereja di seluruh negara itu disampaikan hari ini menerusi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan
Ramanan berkata, peruntukan itu bukan untuk memperbaik kuil atau gereja, tetapi lebih kepada program membantu rakyat dan inisiatif lain, seperti tuisyen atau bantuan kelas agama.
“(Ini) peruntukan bawah Kementerian Kewangan yang telah diluluskan perdana menteri, sekali gus menunjukkan komitmen beliau terhadap komuniti India,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Rumah-Rumah Ibadat Masyarakat India di Brickfields.
Ramanan berkata, bantuan itu juga sekali gus menafikan dakwaan bahawa perdana menteri meminggirkan masyarakat India di negara ini.
Katanya, walaupun perdana menteri tidak menyampaikan sumbangan tersebut sendiri, beliau sentiasa mengambil berat hal ehwal masyarakat India dan sering meminta pemimpin kaum itu untuk menjalankan amanah yang diberikan.
“Kerja perlu dilakukan. Rakyat harus mendapat faedah. Isu sekarang mungkin kadang kita tak lihat beliau di pentas tetapi kami semua termasuk Ahli Parlimen, Adun berbangsa India, menjalankan kerja dan amanah diberikan,” katanya.
Ramanan berkata, sepanjang dua tahun pentadbiran kerajaan Madani, hampir RM300 juta telah diperuntukkan dalam pelbagai program bagi peningkatan sosioekonomi masyarakat itu, meliputi 275 inisiatif bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).
Sejak kerajaan Madani ditubuhkan pada Nov 2022, MITRA berjaya menggunakan 100% peruntukannya pada 2023 dan 98.9% pada tahun ini untuk kesejahteraan dan kebajikan masyarakat India di negara ini, katanya.
“Ini sama sekali berbeza daripada tahun sebelumnya, iaitu dari 2016 hingga 2022 dengan setiap tahun banyak baki peruntukan tidak habis dibelanjakan oleh kerajaan terdahulu untuk pembangunan masyarakat India,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan perpaduan bawah pimpinan Anwar telah memberi peruntukan tambahan RM136 juta secara keseluruhan untuk komuniti India di negara ini menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan memperkasa kaum India.
Perdana menteri semalam menegaskan agar segala naratif berkaitan pemprofilan perkauman dalam isu pemberian bantuan dan usaha pembasmian kemiskinan tegar di negara ini dihentikan segera. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/kerajaan-salur-bantuan-khas-rm317-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluarga Penyanyi Sohor Kelantan Mungkin Jual Tanah Amp Rumah Biaya Kos Guaman Rm1 3 Juta

Keluarga Penyanyi Sohor Kelantan Mungkin Jual Tanah Amp Rumah Biaya Kos Guaman Rm1 3 Juta

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 132 hits
Keluarga penyanyi sohor Kelantan dengan lagu berunsurkan dikir barat mungkin akan menjual tanah dan rumah untuk menanggung kos guaman yang dipercayai mencecah sehingga RM1 3 juta Ahli keluarga terdekat berkata mereka tidak mampu untuk m
Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 164 hits
RAUB Kerajaan Negeri Pahang menyediakan insentif RM1 juta buat golongan muda yang cemerlang dalam pendidikan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata insentif diagih tanpa mengira kaum termasuk masyarakat orang as...
Igp Razarudin Saman Papagomo Rm3 Juta

Igp Razarudin Saman Papagomo Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 107 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memfailkan saman terhadap blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo KUALA LUMPUR 28 Dis Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memfailkan saman terhadap blogger...
Terjawab Kenapa Kerajaan Rugi Rm4 5 Juta Sehari Sebab Diesel

Terjawab Kenapa Kerajaan Rugi Rm4 5 Juta Sehari Sebab Diesel

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 130 hits
SITI NUR ZAWANIDecember 20 2024Di sebalik kegiatan penyelewengan diesel yang menyebabkan kerajaan kerugian RM4 5 juta sehari sebuah stesen minyak didakwa berkomplot membiarkan kegiatan itu berlaku Atas sebab itu syarikat stesen minyak terba...
Bantuan Kerajaan Kurangkan Kos Haji B40 Kepada Rm15 000 Pada 2025

Bantuan Kerajaan Kurangkan Kos Haji B40 Kepada Rm15 000 Pada 2025

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 254 hits
Terkini pada tahun 2025 bakal jemaah haji Muassasah daripada kumpulan B40 dan M40 akan menerima bantuan kewangan khas bagi meringankan beban kos menunaikan haji Lembaga Tabung Haji bersama Kerajaan terus komited membantu rakyat melaksanakan...
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2025 Pesara Dibayar Februari Ini

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2025 Pesara Dibayar Februari Ini

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 164 hits
Penjawat awam pastinya mampu tersenyum lebar kerana bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Pesara sekali lagi tahun hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kep...
Peruntukan Rm1 Juta Bina Pusat Pengajian Islam Di Chemor

Peruntukan Rm1 Juta Bina Pusat Pengajian Islam Di Chemor

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 125 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis Kenduri Rakyat dan Ziarah Mahabbah di Pusat Pengajian Islam At Taiyibin Tanah Hitam di Chemor hari ini Foto NSTP Muhammad Zulsyamini Sufian SuriIPOH 20 Dis Perdana Menteri ...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Mata Wang Kripto Di Luno

Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan

Puasa Sebagai Terapi Jiwa Menghadapi Stres Dan Cabaran Hidup

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Turun Berat Badan Di Bulan Puasa Dengan Mengelakkan 4p

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April