Keuntungan Sebelum Zakat Dan Cukai Bimb Holdings Berhad Melepasi Rm1 0 Bilion Untuk Tahun Kewangan 2018
MALAYSIAKINI 
    Pendapatan BIMB Holdings Berhad ("BHB")  mencecah paras tertinggi baharu dengan Keuntungan Sebelum Zakat dan  Percukaian (“PBZT”) pada RM1.07 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31  Disember 2018 ("TK2018").
Ketua Pegawai Eksekutif BHB, Mohd  Muazzam Mohamed, berkata "Kami ingin mengumumkan bahawa prestasi yang  kukuh ini telah diterjemahkan kepada 15.4% ROE selepas cukai, melebihi  kebanyakan rakan industri. Pendapatan sesaham juga lebih tinggi pada  40.36 sen berbanding 37.94 sen pada tahun kewangan sebelumnya, manakala  aset bersih sesaham meningkat kepada RM2.97 berbanding RM2.77 pada akhir  Disember 2017 ".
Bagi tempoh yang ditinjau, keuntungan bersih  yang boleh diagihkan kepada para pemegang saham meningkat 10.1% atau  RM62.3 juta kepada RM682.1 juta.
Sepanjang tahun tersebut, dividen  interim satu peringkat sehingga RM262.5 juta atau 15.5 sen sesaham  telah dicadangkan untuk sembilan bulan berakhir September 2018. Lembaga  Pengarah juga mencadangkan supaya Pelan Pelaburan Semula Dividen ("DRP")  dibuat untuk keseluruhan dividen interim satu peringkat yang  dicadangkan. BHB mencatatkan kadar langganan DRP sebanyak 85.95%,  menunjukkan komitmen dan penyertaan pemegang saham yang kukuh.
Perbankan Islam
Kumpulan  Bank Islam ("Bank Islam" atau "Bank") mencatatkan PBZT sebanyak RM810.3  juta untuk TK2018, peningkatan RM43.2 juta atau 5.6% berbanding tahun  kewangan sebelumnya sebanyak RM767.1 juta.
Peningkatan  keuntungan Bank Islam adalah disebabkan oleh pendapatan lebih tinggi  berikutan kenaikan Kadar Asas dan Kadar Pembiayaan Asas sebanyak 25 mata  asas berkuat kuasa Februari 2018 serta pertumbuhan pembiayaan yang  kukuh sebanyak 8.5%, hampir dua kali ganda pertumbuhan pembiayaan purata  industri sebanyak 4.3 % (November 2018). Pembiayaan meningkat RM3.6  bilion untuk mencecah RM45.7 bilion pada 31 Disember 2018 dengan kualiti  aset kekal kukuh dan berdaya tahan, meskipun persekitaran ekonomi yang  mencabar
Kualiti aset yang kukuh ditunjukkan dalam nisbah  pembiayaan terjejas kasar yang rendah iaitu 0.92%, lebih rendah daripada  0.93% yang didaftarkan pada akhir 2017. Ia positif berbanding 1.49%  yang didaftarkan oleh sistem perbankan pada akhir November 2018.
Nisbah  perlindungan pembiayaan rugi Bank berjumlah 187.8%, hampir dua kali  ganda purata industri sebanyak 97.5% pada akhir Disember 2018.
Dari  sudut pendanaan, deposit pelanggan dan akaun pelaburan Bank berada pada  RM49.9 bilion dan RM5.2 bilion pada 31 Disember 2018 dengan peningkatan  masingmasing sebanyak RM3.7 bilion dan RM0.9 bilion. Akaun Semasa dan  Simpanan ("CASA") dan Akaun Pelaburan (IA) tanpa matang, deposit kos  rendah / nisbah IA berada pada 32.1%. Kedudukan pembiayaan Bank juga  kekal sihat dengan nisbah pembiayaan kepada dana sedia ada sebanyak  77.7%.
Kedudukan modal Bank kekal sihat seperti yang ditunjukkan oleh Nisbah Modal sebanyak 17.7%.
Langkah-langkah  sokongan yang diterima pakai oleh kerajaan Malaysia seperti yang  diumumkan dalam Bajet 2019 adalah untuk memastikan pertumbuhan ekonomi  Islam. Ini termasuklah keutamaan berterusan ke atas perbankan Islam,  pengembangan industri produktiviti halal, meningkatkan Skim Pembiayaan  Perusahaan Kecil dan Sederhana ("SME") patuh Syariah dan inisiatif  digital.
Dalam hal ini, pelan strategik Bank untuk tiga tahun akan  datang adalah untuk menghasilkan prestasi yang mampan dengan fokus  strategik menyokong ekonomi, komuniti dan alam sekitar. Hala tuju  korporat Bank adalah berdasarkan kepada Pengantaraan Berasaskan Nilai  (“VBI”) yang menjadi pemacu model perniagaan. Dengan Prinsip Syariah /  Halal dan Dipercayai menjadi ciri terpenting, Bank akan meneruskan  langkahnya menggunapakai prinsip VBI seperti Triple Bottom Line ("TBL"),  iaitu mementingkan masyarakat, alam sekitar dan kemakmuran.
Takaful
Kumpulan  Takaful Malaysia Keluarga Berhad ("Takaful Malaysia") mencatat kenaikan  32.9% dalam PBZT kepada RM337.0 juta untuk TK2018, berbanding RM253.7  juta yang dicapai pada tahun sebelumnya. Keuntungan lebih tinggi adalah  disebabkan oleh pendapatan lebih tinggi yuran wakalah yang timbul  daripada pertumbuhan mantap dalam perniagaan Keluarga dan Takaful Am.
Pendapatan  operasi Takaful Malaysia meningkat 23.4% pada TK2018 kepada RM2.639  bilion daripada RM2.139 bilion pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini  disebabkan terutamanya oleh jualan lebih tinggi yang dihasilkan oleh  perniagaan Takaful Keluarga dan Takaful Am
Bagi 12 bulan yang  ditinjau, Takaful Keluarga telah menjana sumbangan diperoleh kasar  sebanyak RM1.608 bilion, peningkatan 27.2% berbanding RM1.264 bilion  yang dicatat pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini disebabkan  terutamanya oleh jualan lebih tinggi daripada produk berkaitan kredit.
Bagi  tempoh yang ditinjau, Takaful Am mencatatkan sumbangan diperoleh kasar  sebanyak RM685.8 juta, meningkat sebanyak 23.7%, berbanding RM554.2 juta  yang dicatat pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini disebabkan  terutamanya oleh kelas kebakaran dan motor.
Dalam tempoh yang  ditinjau, Takaful Malaysia telah memuktamadkan penyusunan semula  perniagaan Perniagaan Takaful Keluarga dan Am mengikut keperluan Seksyen  16 (1) dan 286 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ("IFSA"). Bank  Negara Malaysia pada 29 Jun 2018 telah mengeluarkan sijil berlesen bagi  perniagaan Takaful Keluarga dan Takaful Am masing-masing berkuat kuasa 1  Jun 2018.
Walaupun sentimen perniagaan kekal berhati-hati untuk  tahun 2019, industri Takaful dijangka akan mengungguli  penanggung-penanggung insurans konvensional memandangkan permintaan yang  kukuh dalam produk Takaful. Takaful Malaysia bersedia untuk  memperluaskan lagi bahagian pasarannya pada tahun 2019.
Untuk  mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran, syarikat akan  meneruskan strategi-strategi inovatif menerusi pelaksanaan strategi  digital, pengenalan penyelesaian dalam talian, pengembangan keupayaan  pengedaran, perkongsian strategik dengan bank-bank Islam terkemuka serta  inisiatif kesedaran Jenama.
Untuk menyokong pertumbuhan  perniagaan dan berpusatkan/mengutamakan pelanggan, syarikat akan  meneruskan strategi digitalnya untuk membina ekosistem digital  sepenuhnya dan memperluaskan tumpuan perniagaan di luar perniagaan  berkaitan kredit untuk mendekati pangkalan pelanggan runcit yang luas  rakan kongsi bank utama.
Adalah  menjadi komitmen Takaful Malaysia untuk terus memberi perhatian  terhadap keperluan pelanggan yang layak dengan penyelesaian dan  perkhidmatan perlindungan yang boleh dipercayai dan lebih baik bagi  mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai pilihan utama untuk insurans.
For further information on BHB, please visit www.bimbholdings.com 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/keuntungan-sebelum-zakat-dan-cukai-bimb.html