Cerita The Rm1 Bilion Dollar Man Yang Pasti Mengejutkan Seluruh Rakyat Malaysia




Dalam ramai rakyat yang menyindir kerajaan baru kononnya kena kencing atau pakatan kencing,admin mohon korang baca dan hadam kisah ini. artikel kali ini telah diambil dari fb tuan fdaus ahmad.

Minggu ini kecoh apabila RM1 bilion akan diperuntukkan untuk membaiki sekolah daif di Sarawak. Agak hairan juga sebenarnya mana datang wang sebanyak ini? Hari-hari kita mendengar kerajaan tak ada duit, bajet kena potong, “penurunan 70%”, tapi tiba-tiba KPM boleh dapat RM1 bilion untuk sekolah daif?

Apa benda ni?
PH nak kencing lagi ke?
Buat Uturn sharp corner pulak ke?

Ajaib sungguh!

Mana datang duit ini? Pak Arab mana pula yang derma?

Ok sebenarnya macam ni;

Pada September 2018, YB Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melakukan lawatan ke Sarawak untuk meninjau keadaan sekolah daif di negeri berkenaan.

Maszlee singgah di daerah Samarahan dan Simunjan untuk melihat keadaan empat sekolah di kedua-dua daerah itu. Termenung jauh beliau melihatkan kedaifan yang ada, pintu tercabut, bangunan usang, tangga hampir reput, tiang dimakan anai-anai.

Tapi biasa lah, belum pun Maszlee naik kapal terbang balik Putrajaya, askar askar pembangkang dah mulakan kempen serang Maszlee dan KPM.

"Pergi berlakon je tu minta kesian. Walhal kencing!"

"Pergi lawat je buat apa? Bagi duit laaa!"

"Alaahh Maszlee sembang. Sudahnya duit ke Sek cina!"

Ya tuan puan takkan lupa kot kutukan kutukan tu berlegar di seluruh fesbuk dan wassap nak undermine kepimpinan Maszlee.

Buat kerja biarlah berstrategi, tunggu masa sesuai, kemudian dah tiba masa terus strike!

Itu lah yang dibuktikan oleh kepimpinan KPM melalui Dr Maszlee.

Bak kata orang putih;

Show, don't tell.

Dan masa yang tepat itu muncul ketika Maszlee bertemu dengan YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Selasa tadi.

Masa tepat untuk apa?

Masa yang tepat untuk Maszlee sebagai kepala kementerian Pelajaran bagi cadangan dan solusi mutlak tentang bagaimana hutang Kerajaan Negeri Sarawak sebanyak 1billion tak perlu dibayar kepada kerajaan pusat, sebaliknya digunakan terus untuk tujuan pembaikan dan pembangunan semula sekolah-sekolah daif di seluruh negeri Sarawak!

Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai hutang berjumlah RM1 bilion dengan Kerajaan Persekutuan dan kalau difikirkan logik, pembayaran hutang ini sudah tentu akan mengambil masa yang lama dan manfaatnya pun tidaklah menyeluruh.

Jadinya, kerajaan Sarawak bayar hutang ke kerajaan pusat dengan cara bangunkan fasiliti, dan tingkatkan kualiti pendidikan secara menyeluruh ke negeri Sarawak.

Kalau susah kau nak faham, dia macam anak ada hutang ayah, ayah cakap duit bayar hutang tu pakai untuk beli sofa dan perabot rumah kau tak payah bayar ke ayah.

Akhirnya Maszlee setuju, Abang Johari pun setuju. Selesai!

Ini penyelesaian pintar di mana pembayaran hutang ditukar ganti untuk pembangunan sekolah yang jelas akan memberikan manfaat dan kegembiraan kepada 436 ribu (436,000) anak-anak di Sarawak. Selepas ini mereka akan mendapat sekolah yang lebih selesa dan kondusif.

Dengan kata lain, setiap anak anak di Sarawak mendapat kurang lebih RM2,293 manfaat dalam bentuk pendidikan jangka panjang melalui penstrukturan penyelesaian hutang kerajaan Persekutuan.

Pulang dari Sarawak, Dr Maszlee tanpa bertangguh mengemukakan persetujuan yang dicapai kepada Jemaah Menteri untuk menggunakan hutang Kerajaan Negeri Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan sekolah daif.

Jemaah Menteri bersetuju tanpa bantahan!

Ini sebuah idea yang steady kerana tidak melibatkan apa-apa peruntukan tambahan, sebaliknya menggunakan wang hutang demi manfaat rakyat yang
pulangannya amat berharga buat rakyat Sarawak.

Tapi macam mana nak pastikan RM1 billion ni dipakai dengan elok tak ada sakau duit macam kes solar panel dulu?

Caranya mudah, Jemaah Menteri akan pantau semua projek yang berkaitan ini dan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan serta Kerajaan Negeri Sarawak akan ditubuhkan untuk memastikan tadbir urus pelaksanaan projek ini menepati ciri-ciri bersih, cekap, amanah.

Jemaah Menteri juga menyatakan persetujuan untuk Jabatan Kerja Raya Sarawak menjadi agensi pelaksana.

Ya jangan kau ingat Jemaah Menteri ni ada Maszlee, Dr Mahathir dan Syed Saddiq saja. Dalam tu ada PKR, ada AMANAH dan paling penting ada wakil parti DAP yang kau selalu amukkan tu.

Begitulah kisahnya tuan puan,
bagaimana RM1 bilion dapat diperoleh dalam masa satu hari untuk projek baik pulih seluruh sekolah daif di Sarawak.

1.Hutang selesai

2. Sekolah naik taraf

3. Ekonomi setempat pun bergerak kerana peluang pekerjaan daripada projek-projek baik pulih.

4. Semua orang pun gembira.

Tapi nombor 4 ni bukan semua orang gembira lah.

Orang orang yang suka mencari salah, suka memperlekeh, suka sabotaj, suka sebar spekulasi dan fitnah, suka kutuk usaha dan inisiatif baik manusia lain,

orang orang ini tidak akan pernah bertemu kegembiraan tuan puan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahualam. © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/02/cerita-rm1-bilion-dollar-man-yang-pasti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemegang Saham Wargakerja Bank Rakyat Seluruh Malaysia

Pemegang Saham Wargakerja Bank Rakyat Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 851 hits
KEPADA YAB TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMEDPERDANA MENTERI MALAYSIAPejabat Perdana MenteriBlok Utama Bangunan Perdana PutraPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA Tarikh 01 Januari 2019 BANK RAKYAT Kami pemegang saham dan wargakerj...
Rakyat Jangan Benarkan Bn Kembali Mentadbir Malaysia

Rakyat Jangan Benarkan Bn Kembali Mentadbir Malaysia

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 345 hits
Rakyat diharap jangan labelkan Pakatan Harapan sebagai kerajaan sepenggal dan dibandingkan dengan rejim Umno BN yang merosakkan negara selepas diberi peluang mentadbir selama lebih 60 tahun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah ...
Tahniah Marzuki Kerana Membuatkan Seluruh Dunia Gelakkan Malaysia

Tahniah Marzuki Kerana Membuatkan Seluruh Dunia Gelakkan Malaysia

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 635 hits
Cerita mengenai penipuan ijazah oleh Timbalan Menteri Luar PH telah menjadi buah mulut rakyat dan kini dikongsi bersama seluruh warga dunia Buat malu negara jer bila seseorang bertaraf Menteri boleh pula menipu memilik ijazah SATU DUNIA SED...
Masalah Logistik Kini Halang Bawa Pulang 47 Rakyat Malaysia

Masalah Logistik Kini Halang Bawa Pulang 47 Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 358 hits
KUANTAN Kesemua 47 rakyat Malaysia yang dibebaskan di Kemboja semalam masih berada di negara itu selepas menghadapi masalah pentadbiran dan logistik yang menghalang mereka menaiki pesawat pulang ke tanah air pagi ini kata Menteri Luar Datuk...
Senarai Waktu Operasi Utc Di Seluruh Malaysia 2019

Senarai Waktu Operasi Utc Di Seluruh Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 1041 hits
Senarai Waktu Operasi UTC di Seluruh Malaysia 2019 Yang Terkini Bagi Mypt3 idea meletakkan agensi penting kerajaan yang rakyat Malaysia yang kerap melakukan urusan diletakkan pada satu bumbung sangat sangat memudahkan rakyat Rakyat boleh me...
Semakan No Plat Terkini Jpj Seluruh Negeri Di Malaysia

Semakan No Plat Terkini Jpj Seluruh Negeri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 3242 hits
Semakan No Plat Terkini JPJ Seluruh Negeri di Malaysia Jikalau sebelum ini rekod harga nombor plat paling mahal di Malaysia jatuh kepada number plate V1 yang dibeli dengan nilai RM989 000 Nampaknya kedudukan tersebut tidak bertahan lagi apa...
Jokowi Kami Dan Seluruh Rakyat Ri Mendoakan Kesembuhan Ibu Ani Yudhoyono

Jokowi Kami Dan Seluruh Rakyat Ri Mendoakan Kesembuhan Ibu Ani Yudhoyono

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 229 hits
Presiden Joko Widodo atau Jokowi dan Ibu Negara Iriana menjenguk istri Presiden ke 6 RI Susilo Bambang Yudhoyono Ani Yudhoyono di Rumah Sakit National University Hospital Singapura Setiba di ruang perawatan Ani Jokowi dan Iriana disambut SB...
Vivo Jenama Telefon Pintar Paling Dicintai Rakyat Malaysia

Vivo Jenama Telefon Pintar Paling Dicintai Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 443 hits
Dalam sebuah artikel baru baru ini yang diterbitkan oleh portal industri perdagangan Pengiklanan Pemasaran Socialbakers sebuah agensi analisis telah menyenaraikan Vivo sebagai jenama telefon pintar yang paling disukai oleh rakyat Malaysia d...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord