Ketua Pengarah Jabatan Hutan Sahkan Tiada Lesen Pembalakan Di Hutan Simpan Lentang


BENTONG - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mengesahkan tiada lesen dikeluarkan di kawasan di Hutan Simpan Lentang.
Mengulas dakwaan beberapa pihak terdapatnya penerokaan, Ketua Pengarah JPSM Datuk Mohd Ridza Awang berkata, maksud penerokaan adalah terlalu umum.
Sedangkan, katanya, ada kawasan hutan yang diwartakan Hutan Simpan Kekal seperti Hutan Simpan Lentang, ada juga kawasan hutan yang berstatus tanah milik dan ada yang tanah kerajaan.
Beliau berkata, berdasarkan rekod memang tidak ada pembalakan di Hutan Simpan Lentang iaitu kawasan yang terhampir dengan beberapa penempatan penduduk terjejas bencana banjir lumpur disertai timbunan kayu pada 18 Disember lalu.
"Hutan Simpan Lentang sudah diwartakan oleh kerajaan negeri Pahang dan di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Pahang.
"Kawasan itu juga sudah diwartakan sebagai hutan tadahan air. Ia adalah kawasan hutan perlindungan, memang tak ada pembalakan di hutan simpan.
"Kayu kayan balak hanyut itu kena semak dari mana datangnya. Macam saya kata tadi, ada kawasan hutan yang di luar daripada hutan simpan kekal, mungkin tanah kerajaan dan tanah milik pun mungkin. Jadi kena buat semakan terperinci di mana sumber kayu (hanyut) berkenaan," katanya.
Menurutnya, ada pihak lain juga sudah membuat kenyataan seperti pakar geobencana Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komo yang berdasarkan lawatan ke lapangan serta pemantauan melalui dron mendapati runtuhan bukit besar dan kayu hanyut berkenaan adalah daripada faktor geologi semula jadi ketika hujan lebat.
Apapun, tegasnya, tiada lesen pembalakan dikeluarkan di semua hutan perlindungan termasuk Hutan Simpan Lentang.
"Kita juga sudah semak melalui imej satelit. Memang tiada perubahan hutan berdasarkan imej sebelum ini dan imej sekarang. Litupan hutan itu sama.
"Cuma Jabatan Perhutanan Pahang sedang membuat lagi semakan di lapangan kerana dibimbangi ada orang teroka.
"Jika didapati ada penerokaan, kita akan ambil tindakan. Setakat ini tidak jumpa lagi," katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, di luar dari Hutan Simpan Lentang itu masih belum dapat dipastikan jika terdapat pembangunan tanah oleh pemilik tanah, contohnya durian atau pun getah yang ditebang untuk ditanam spesies lain.
Terdahulu, Jabatan Perhutanan Pahang menerusi kenyataan pada Rabu menjelaskan tinjauan dron mendapati tiada pembalakan secara sah atau haram di Hutan Simpan Lentang, tanah kerajaan serta tanah milik berhampiran Jalan Bentong-Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong.
Kenyataan itu, memaklumkan semakan di kedua-dua tempat mendapati sisa kayu yang berselerak di atas jalan dan jambatan itu yang dikaitkan dengan pembalakan menerusi media sosial, ialah sisa sampah-sarap daripada kejadian kepala air di Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul yang berlaku pada 18 Disember lalu.
Sementara itu, Ketua Balai Polis Telemong (OCS), Sarjan Mejar Ibrahim Md Nasir berkata, keadaan sejurus bencana, kiri dan kanan jalan dipenuhi kayu-kayan sehingga menyekat laluan utama dan menutup pemandangan rumah penduduk.
Namun, katanya, dengan kerjasama agensi kerajaan serta semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang segera hadir membantu membolehkan laluan dibersihkan untuk membolehkan dilalui semula selain operasi pembersihan kawasan terjejas.
Bagi Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Telemong Karak, Bentong Pahang, Lai Wah Foong pula yang mengimbas kejadian, katanya, ia adalah pengalaman pertamanya berdepan bencana terburuk.
"Bukan sahaja banjir naik melebihi tujuh kaki (2.13 meter) tetapi lebih teruk disertai lumpur dan balak.
"Waktu kejadian, kira-kira 4 petang apabila air mula naik memasuki rumah di Kampung Sungai Perdak ini, kami mengarahkan penduduk segera meninggalkan kediaman masing-masing," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/01/jabatan-perhutanan-semenanjung-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Musim Tengkujuh Jabatan Perhutanan Pahang Arah Tangguhkan Aktiviti Pembalakan

Banjir Musim Tengkujuh Jabatan Perhutanan Pahang Arah Tangguhkan Aktiviti Pembalakan

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 366 hits
KUANTAN Jabatan Perhutanan Pahang mengeluarkan arahan supaya aktiviti pembalakan diberhentikan sementara bermula semalam berikutan banjir dan musim tengkujuh yang melanda negara Pengarah Perhutanan Pahang Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata kep...
Unboxing Isteri Jabatan Mufti Nasihat Cukuplah Simpan Untuk Rekod Peribadi

Unboxing Isteri Jabatan Mufti Nasihat Cukuplah Simpan Untuk Rekod Peribadi

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 267 hits
Allah SWT perintah suami isteri lindung keaiban satu sama lain BANGI Jabatan Mufti Perak menasihatkan pasangan pengantin untuk menyimpan detik detik manis raja sehari sebagai rekod peribadi dan bukan dijadikan tatapan umum Ini kerana Allah ...
Pembalakan Di Bentong Pengarah Perhutanan Pahang Dakwa Video Yang Di Tular Isu Lama

Pembalakan Di Bentong Pengarah Perhutanan Pahang Dakwa Video Yang Di Tular Isu Lama

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 364 hits
KUANTAN Isu pembalakan di kawasan Hutan Simpan Lentang Bentong yang ditularkan kembali melalui sebuah akaun Facebook baru baru ini adalah kawasan lesen pembersihan hutan berstatus tanah milik Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Datuk ...
Fuziah Salleh Dedah Kenyataan Pada 2016 Isu Pencerobohan Hutan Simpan Kekal Di Bentong

Fuziah Salleh Dedah Kenyataan Pada 2016 Isu Pencerobohan Hutan Simpan Kekal Di Bentong

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 279 hits
KUANTAN Susulan isu banjir lumpur dasyat yang membawa bersama kayu balak di Karak dan Bentong baru baru ini terkini aktivis alam sekitar Fuziah Salleh menarik perhatian ramai apabila mendedahkan beliau pernah membangkitkan perkara itu pada ...
Ceroboh Hutan Simpan Kenapa Ada Double Standard

Ceroboh Hutan Simpan Kenapa Ada Double Standard

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 227 hits
Rakyat tertanya tanya mengapa wujud sikap seolah olah double standard dalam menangani isu pencerobohan hutan simpan kekal Ini selepas seorang guru di sebuah madrasah bersama pelajarnya didenda masing masing RM1 500 oleh Mahkamah Sesyen di S...
Aktivis Dedah Ratusan Hektar Hutan Simpan Kekal Di Kelantan Musnah

Aktivis Dedah Ratusan Hektar Hutan Simpan Kekal Di Kelantan Musnah

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 335 hits
ARIF ATANSeorang aktivis berkongsikan puluhan gambar dan rakaman video hasil tinjauannya di kawasan Hutan Simpan Kekal Sungai Durian di Kuala Krai Kelantan yang musnah ditarah Beliau yang di Facebook menggunakan nama gelaran Pauh Putit mend...
Guru Madrasah Pelajarnya Di Denda Rm1 500 Dakwaan Ceroboh Hutan Simpan Kekal

Guru Madrasah Pelajarnya Di Denda Rm1 500 Dakwaan Ceroboh Hutan Simpan Kekal

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 333 hits
SUNGAI PETANI Guru di sebuah madrasah bersama seorang pelajarnya didenda masing masing RM1 500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menceroboh Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi Sik tahun lalu Mahkamah turut memerintahkan tertud...
Netflix Sahkan Produksi Black Knight Akan Dibintangi Kim Woo Bin E Som Kang You Seok

Netflix Sahkan Produksi Black Knight Akan Dibintangi Kim Woo Bin E Som Kang You Seok

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 339 hits
Netflix telah mengesahkan penerbitan Black Knight dengan penglibatan pengarah Cho Ui seok dan barisan pelakon bintang seperti Kim woo bin Kang you seok dan E Som Dalam Siri Netflix baharu ini Cho dan Kim woo bin akan bersatu semula The post...
Polis Sahkan Shebby Singh Meninggal Dunia Ketika Berbasikal Di Iskandar Puteri

Polis Sahkan Shebby Singh Meninggal Dunia Ketika Berbasikal Di Iskandar Puteri

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 374 hits
Polis sahkan Shebby Singh meninggal dunia ketika berbasikal di Iskandar Puteri JOHOR BAHRU Bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Johor FA Shebby Singh disahkan meninggal dunia ketika sedang berbasikal di sekitar Sunway Iskandar pukul 7 mal...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia