Ketua Bahagian Keluar Parti Bersatu Bahagian Bangi Dibubarkan Video


BANGI – Lebih 300 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Bangi (Serdang) dijangka ‘angkat kaki’ daripada parti itu apabila ketua mereka mengesahkan pembubaran bahagian itu hari ini.
Ketua Bersatu Bahagian Bangi, Mohd Sufian Mat Junus berkata, sebanyak lima daripada 11 cawangan bahagian itu juga telah dibubarkan secara rasmi serentak keputusan dibuat mesyuarat khas jawatankuasa Bersatu Bahagian Bangi.
Menurutnya, pengesahan itu sekali gus menyangkal kenyataan dibuat oleh Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Bangi semalam yang cuba menafikan pembubaran bahagian itu.
“Hanya lima yang tidak bersama kami iaitu Timbalan Ketua bahagian, Ketua Armada bahagian, Ketua Sri Kandi bahagian dan dua Ahli Jawatankuasa bahagian.
“Saya selaku ketua bahagian secara rasmi setelah mendapat keputusan seluruh Ahli Jawatankuasa untuk meletak jawatan bersama saya. Dengan itu saya menzahirkan pembubaran Bersatu Bahagian Bangi dengan rasminya,” katanya pada sidang akhbar pembubaran rasmi Bersatu Bahagian Bangi (Serdang) di sini hari ini.
Mohd Sufian berkata, perjuangan bersama Bersatu terhenti selepas mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti itu yang disifatkan melanggar perlembagaan Bersatu.
Sehubungan itu, katanya, perjuangan akan diteruskan bersama bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah mengumumkan penubuhan parti baharu.
ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir tubuh parti baharu, tidak terikat dengan PH atau PN
‘Gelombang keluar Bersatu dijangka merebak ke seluruh negara’
Menurutnya, keputusan beliau meninggalkan parti hari ini tidak dibuat secara terburu-buru sebaliknya memberi laluan kepada keputusan mahkamah terlebih dahulu.
“Ini bukan mengenai perjuangan ikut Dr Mahathir. Kita ahli parti merasai apa yang berlaku. Kita bukan ikut beliau tapi ikut perjuangannya untuk memartabatkan bangsa Melayu.
“Ada seorang menteri hubungi saya. Namun saya kata keputusan telah dibuat, prinsip tidak boleh digadai dan saya tidak mahu dilihat sebagai orang yang tidak berprinsip,” dakwa beliau.
Sementara itu, Naib Ketua Timbalan Bersatu Bahagian Bangi, Hizri Hasshan berkata, Timbalan Ketua Bahagian Bangi tidak pernah dilantik sebagai pemangku ketua bahagian.
“Fasal 30.1 perlembagaan Bersatu hanya merujuk kepada pembubaran Bersatu dan fasal tersebut tidak terpakai bagi pembubaran Bahagian.
“Lanjutan daripada pembubaran Bersatu Bahagian Bangi ini, maka pihak kami mengembalikan semula segala punca kuasa di bawah perlembagaan parti kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang akan dipilih dalam pemilihan.
“Ini untuk menubuhkan semula jawatankuasa penaja Bahagian Bangi dengan kelulusan Pendaftar Pertubuhan (Ros) selaras Fasal 11.2 dan Fasal 19.10 perlembagaan Bersatu,” katanya.
Difahamkan, Bersatu Bahagian Bangi mempunyai seramai 1,200 ahli, bagaimanapun hanya 500 sahaja dikatakan masih sah dan aktif.
SH
The post Ketua bahagian keluar parti, Bersatu Bahagian Bangi dibubarkan [Video] appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/09/ketua-bahagian-keluar-parti-bersatu-bahagian-bangi-dibubarkan-video/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Timbalan Ketua Bahagian 22 Ajk Bersatu Langkawi Umum Keluar Parti

Timbalan Ketua Bahagian 22 Ajk Bersatu Langkawi Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 500 hits
LANGKAWI nbsp Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Langkawi Shukor Bahari mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar dari parti tersebut berkuat kuasa serta merta Turut sama meletakkan jawatan dan keluar parti ialah 22 daripada 25 ahli jawatank...
Ketua Bersatu Letak Jawatan Keluar Parti Bersama 23 Ajk Bahagian

Ketua Bersatu Letak Jawatan Keluar Parti Bersama 23 Ajk Bahagian

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 1069 hits
1 183 total views 39 views today Ketua Bahagian Bersatu Klang Datuk Syed Abdillah Syed Abd Aziz hari ini mengumumkan peletakan jawatannya itu dan keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta merta Turut mengumumkan keluar daripada par...
Bekas Ketua Bersatu Kuala Krau Bersama Ajk 200 Ahli Isytihar Keluar Parti Dan Sertai Pkr

Bekas Ketua Bersatu Kuala Krau Bersama Ajk 200 Ahli Isytihar Keluar Parti Dan Sertai Pkr

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 667 hits
KUANTAN Calon Pakatan Harapan Parlimen Kuala Krau pada Pilihan Raya Umum Ke 14 lalu Mohamad Rafidee Hashim hari ini mengistiharkan keluar parti bersama 200 ahlinya dan umum kemasukan ke dalam Parti Keadilan Rakyat nbsp Rafidee yang sebelum
15 Ajk 500 Ahli Bersatu Bahagian Kota Raja Keluar Parti

15 Ajk 500 Ahli Bersatu Bahagian Kota Raja Keluar Parti

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 673 hits
433 total views 96 views today Sebanyak 15 daripada 17 ahli jawatankuasa dan 500 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Kota Raja di Selangor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta Bagaimanapun langkah 15 AJK itu tidak ter...
Ketua Armada Muar Isytihar Keluar Parti Bersatu Bersama 40 Ahli

Ketua Armada Muar Isytihar Keluar Parti Bersatu Bersama 40 Ahli

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 422 hits
MUAR 9 OGOS Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia bahagian Muar Riadilafan Ahmad mengumumkan keluar parti itu berkuatkuasa serta merta Perkara itu dinyatakan beliau menerusi satu kenyataan video hari ini Dalam kenyataan bersama Riad b...
Jahil Perlembagaan Bersatu Bahagian Tidak Terbubar Walau Semua Ajk Keluar Parti

Jahil Perlembagaan Bersatu Bahagian Tidak Terbubar Walau Semua Ajk Keluar Parti

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 609 hits
Kelakar sungguh melihat keghairahan sesetengah golongan dalam BERSATU mengumumkan kononnya BERSATU Bahagian mereka terbubar bila mereka dan AJK mereka keluar parti di mana antaranya adalah Datuk Syed Abdillah Syed Abdul Aziz dari Bahagian K...
Ketua Armada Bersatu Gerik Isytihar Keluar Parti

Ketua Armada Bersatu Gerik Isytihar Keluar Parti

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 441 hits
Ketua Armada Bersatu Gerik Dr Ahmad Safwan Mohamad mengisyhtiharkan keluar daripada parti itu Bekas calon dan Penyelaras DUN Pengkalan Hulu itu mengambil tindakan tersebut selepas melihat idealisme perjuangan Bersatu tidak lagi sesuai denga...
Ketua Bahagian Bersatu Kuala Krau Sertai Pkr Game Changer Di Pahang

Ketua Bahagian Bersatu Kuala Krau Sertai Pkr Game Changer Di Pahang

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 404 hits
Penyertaan Ketua Bahagian Bersatu Kuala Krau Mohamad Rafidee Hashim ke dalam keluarga besar KEADILAN Pahang dilihat sebagai satu perkembangan menarik ketika sokongan ke atas kerajaan Perikatan Nasional kian tergugat berikutan penubuhan part...
Pemimpin Bersatu Tariq Ismail Keluar Parti Serta Merta

Pemimpin Bersatu Tariq Ismail Keluar Parti Serta Merta

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 354 hits
PETALING JAYA Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Tariq Ismail Mustafa mengumumkan meletakkan jawatan sebagai ahli parti itu berkuat kuasa serta merta Perjuangan yang asalnya berlandaskan prinsip prinsip dipegang bersama menentang korupsi d...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Ayam Phet

Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998