Jahil Perlembagaan Bersatu Bahagian Tidak Terbubar Walau Semua Ajk Keluar Parti




Kelakar sungguh melihat keghairahan sesetengah golongan dalam BERSATU mengumumkan kononnya BERSATU Bahagian mereka terbubar bila mereka dan AJK mereka keluar parti, di mana antaranya adalah Datuk Syed Abdillah Syed Abdul Aziz dari Bahagian Klang, Shukor Bahari dari Bahagian Langkawi dan Shahul Hameed Abdul Wahab dari Bahagian Kota Raja.
Penjelasan Shahul Hameed Abdul Wahab contohnya adalah: “Seramai 15 daripada 17 AJK keluar parti, bermakna mengikut peruntukan perundangan, parti perlukan 3/4 untuk keluar baru bahagian itu terbubar, sekarang AJK yang keluar lebih dari 3/4 atau 75 peratus bermakna BERSATU Kota Raja terbubar serta-merta dan enam cawangan di bahagian ini terbubar secara automatik.”
Tidak mereka ketahui bahawa peruntukan 3/4 itu adalah membabitkan pembubaran seluruh parti, dan ini termaktub di dalam Fasal 30.1. Perlembagaan BERSATU yang berbunyi “Parti ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga per empat (3/4) daripada jumlah ahli yang layak hadir dalam suatu Persidangan Perhimpunan Agung Khas.”
Sehubungan dengan perletakan jawatan atau tindakan keluar parti di peringkat Bahagian, walau kesemua AJK Bahagian meletak jawatan atau keluar parti sekali gus sekalipun BERSATU Bahagian tersebut tidaklah terbubar, sebaliknya apa yang berlaku adalah MPT akan mengadakan Persidangan Khas Bahagian untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Bahagian itu.
Ini termaktub di dalam Fasal 19.10. Perlembagaan BERSATU yang berbunyi “Jika kesemua Ahli-Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian berhenti serentak maka Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) akan mengadakan Persidangan Khas Bahagian untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Bahagian itu dan menentukan tempoh perkhidmatannya.”
Malah, walau kesemua Ahli MPT meletak jawatan atau keluar parti sekali gus sekalipun BERSATU sendiri tidaklah terbubar, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pengerusi Tetap atau Timbalannya hendaklah mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula MPT itu.
Ini termaktub di dalam Fasal 16.12. Perlembagaan BERSATU yang berbunyi “Jika kesemua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) berhenti serentak maka Pengerusi Tetap atau Timbalannya hendaklah dalam tempoh tidak lebih daripada enam puluh (60) hari mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan Perhimpunan Agung Khas itu hendaklah menetapkan tempoh perkhidmatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang baru tertubuh itu.”
Sungguh pelik sekali bila bekas pemimpin BERSATU yang keluar parti ini boleh tidak tahu peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan BERSATU sendiri.
Pada hemat saya, tindakan sesetengah pemimpin BERSATU keluar parti, walaupun cuba digambarkan sebagai “gelombang” oleh sesetengah pihak, tidaklah memberikan kesan besar kepada BERSATU kerana yang berbuat demikian adalah mereka yang sudah dijangka.
Apa yang baik daripada tindakan ini adalah ia membersihkan BERSATU daripada duri-duri yang ada sekali gus memberi peluang kepada Tan Sri Muhyiddin untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Bahagian dengan mengisikan jawatan ini dengan mereka yang lebih setia.
Dan apa yang paling penting adalah tindakan ini tidak menjejaskan kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Pusat, malah ahli akademik yang dilihat rapat dengan DAP, Dr Wong Chin Huat, sendiri menyebut “The chance of defection at MP level is next to zero” (“Kemungkinan untuk MP lompat hampir tiada”) dan “No wave for now” (“Tiada gelombang sekarang”).
Kamarul Yusoff#Sumber : Facebook    
 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/jahil-perlembagaan-bersatu-bahagian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Ajk 500 Ahli Bersatu Bahagian Kota Raja Keluar Parti

15 Ajk 500 Ahli Bersatu Bahagian Kota Raja Keluar Parti

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 665 hits
433 total views 96 views today Sebanyak 15 daripada 17 ahli jawatankuasa dan 500 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Kota Raja di Selangor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta Bagaimanapun langkah 15 AJK itu tidak ter...
Timbalan Ketua Bahagian 22 Ajk Bersatu Langkawi Umum Keluar Parti

Timbalan Ketua Bahagian 22 Ajk Bersatu Langkawi Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 492 hits
LANGKAWI nbsp Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Langkawi Shukor Bahari mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar dari parti tersebut berkuat kuasa serta merta Turut sama meletakkan jawatan dan keluar parti ialah 22 daripada 25 ahli jawatank...
Ketua Bersatu Letak Jawatan Keluar Parti Bersama 23 Ajk Bahagian

Ketua Bersatu Letak Jawatan Keluar Parti Bersama 23 Ajk Bahagian

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 1058 hits
1 183 total views 39 views today Ketua Bahagian Bersatu Klang Datuk Syed Abdillah Syed Abd Aziz hari ini mengumumkan peletakan jawatannya itu dan keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta merta Turut mengumumkan keluar daripada par...
Ketua Bahagian Keluar Parti Bersatu Bahagian Bangi Dibubarkan Video

Ketua Bahagian Keluar Parti Bersatu Bahagian Bangi Dibubarkan Video

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 381 hits
BANGI Lebih 300 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Bangi dijangka angkat kaki daripada parti itu apabila ketua mereka mengesahkan pembubaran bahagian itu hari ini Ketua Bersatu Bahagian Bangi Mohd Sufian Mat Junus berkata sebanyak...
Bekas Ketua Bersatu Kuala Krau Bersama Ajk 200 Ahli Isytihar Keluar Parti Dan Sertai Pkr

Bekas Ketua Bersatu Kuala Krau Bersama Ajk 200 Ahli Isytihar Keluar Parti Dan Sertai Pkr

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 656 hits
KUANTAN Calon Pakatan Harapan Parlimen Kuala Krau pada Pilihan Raya Umum Ke 14 lalu Mohamad Rafidee Hashim hari ini mengistiharkan keluar parti bersama 200 ahlinya dan umum kemasukan ke dalam Parti Keadilan Rakyat nbsp Rafidee yang sebelum
Bekas Calon Bersatu Dan Ketua Penaja Bahagian K Krau Dan Beberapa Bekas Ajk Bersatu Sertai Keadilan

Bekas Calon Bersatu Dan Ketua Penaja Bahagian K Krau Dan Beberapa Bekas Ajk Bersatu Sertai Keadilan

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 411 hits
Disaat Bersatu berada di dalam kerajaan pintu belakang setelah mengkhianati mandat rakyat dan ketika kumpulan Tun M menubuhkan parti baru semalam pagi tadi bekas alon Parlimen K Krau dari Bersatu yang juga bekas Ketua Penaja Bersatu Bahagia...
200 Ahli Bersatu Kubang Pasu Keluar Parti

200 Ahli Bersatu Kubang Pasu Keluar Parti

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 441 hits
159 total views 159 views today Kira kira 200 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Kubang Pasu mengisytiharkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa hari ini Ia diketuai Bendahari Penaja bahagian Tengku Anwar Tengku Daud yang turu...
Ahli 11 Cawangan Bersatu Bagan Permatang Pauh Isytihar Keluar Parti

Ahli 11 Cawangan Bersatu Bagan Permatang Pauh Isytihar Keluar Parti

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 389 hits
Ahli cawangan Parti Peribumi Bersatu Malaysia dari enam cawangan dalam bahagian Bagan dan lima cawangan dalam bahagian Permatang Pauh telah nengisytiharkan keluar parti bagi menyertai parti baru pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam sidang...
13 Bekas Calon Pru14 Bersatu Umum Keluar Parti

13 Bekas Calon Pru14 Bersatu Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 340 hits
923 total views 923 views today Sebanyak 13 bekas calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 14 sembilan kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri hari ini mengisytiharkan keluar parti Bekas calon bertanding...
Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Nintendo Switch 2 Malaysia Harga Rasmi Spesifikasi Tarikh Pelancaran 2025

Doa Hari Arafah

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia

Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Bayi Anda Sebenarnya Cuba Sampaikan Bongkar Bahasa Tubuh Si Kecil

Ini Pembahagian Daging Korban Yang Lebih Afdal

Cerita Cerita Menjelang Aidiladha

Sekarang Ramai Orang Kejar Nak Jadi Content Creator Perlu Ke Sambung Belajar

Guardian Hairppiness Segala Galanya Tentang Rambut

Lelaki 50 50 Choi