Ketika Ziarah Kubur Jangan Sesekali Cabut Rumput Ini Sebabnya


Jangan Cabut Rumput Diatas Kubur
Mungkin ramai tidak tahu atau tak sengaja. Niat kita mungkin hanya mahu membersihkan kubur sahaja kerana jarang menziarahi ahli keluarga yang terlebih dahulu dijemput Illahi. Tapi rupanya perbuatan mencabut rumput di atas kubur mempunyai hukum berbeza. Baca penjelasan diberi oleh Ustaz Azhar Idrus berkaitan hukum cabut rumput yang tumbuh atas kubur ini.
”Hendaklah diketahui bahawa maksud rumput di atas kubur adalah segala yang tumbuh di atas kubur. Ia tidak termasuk kawasan lain seperti jalan di sekeliling kubur atau tanah lapang yang ada di dalam sempadan tanah perkuburan. Hukum mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur ini berlaku khilaf dalam kalangan ulamak mazhab padanya.
Mazhab Syafie
Haram Cabut Tumbuhan Di Atas Kubur. Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :
ويحرم أخذ شيء منهما ما لم ييبسا لما في أخذ الأولى من تفويت حظ الميت المأثور عنه صلى الله عليه وسلم
Erti : “Dan haram mengambil (cabut) suatu dari keduanya (yaitu pelepah kurma atau pokok yang ditanam diatas ku bur) selama ia belum kering (m4ti) kerana mengambil (umpama pelepah kurma yang ditanam d atas kubur) itu menghilangkan hak m4yat yang datang kisahnya dari hadith Nabi SAW.”
Yang dimaksudkan haram di sini ialah jika yang mencabut rumput yang ada di atas kubur itu ialah bukan pemiliknya (waris atau penjaganya). Ada pun pemiliknya maka tidak haram mencabutnya.
HARUS MENCABUT TUMBUHAN ATAS KU BUR
Tersebut pada kitab Hasyiah Al-Qalyubi :
وَلَا يَجُوزُ لِغَيْرِ مَالِكِهِ أَخْذُهُ مَا دَامَ رَطْبًا لِتَعَلُّقِ حَقِّ الْمَيِّتِ بِهِ، وَإِذَا جَفَّ جَازَ لِكُلِّ أَحَدٍ أَخْذُهُ
Erti : “Dan tidak harus mencabut tumbuhan di atas ku bur oleh selain pemiliknya selama tumbuhan itu masih hidup kerana bergantung hak m4yat dengannya. Dan apabila tumbuhan itu telah m4ti nescaya harus bagi sesiapa sahaja mencabutnya.”
Maka difahami dari perkataan Syeikh Qalyubi ini bahawa kalau pemilik kubur yang mencabutnya maka tidaklah haram.
Dan tersebut pada kitab An-Nihayah bagi Syeikh Ramli :
ويمتنع على غير مالكه أخذه من على القبر قبل يبسه
Erti : “Dan tertegah atas selain pemiliknya mencabut tumbuhan di atas ku bur sebelum tumbuhan itu m4ti.”
Dan tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani ala At-Tuhfah :
وَ (قَوْلُهُ وَيَحْرُمُ أَخْذُ ذَلِكَ) أَيْ عَلَى غَيْرِ مَالِكِهِ
Erti : “Dan maksud perkataan Syeikh Ibnu Hajar haram mencabut tumbuhan atas ku bur itu ialah atas yang bukan pemiliknya.”
Dan tersebut pada kitab Al-Iqna’ bagi Syeikh Khatib As-Syarbini :
وَلَا يَجُوزُ لِلْغَيْرِ أَخْذُهُ مِنْ عَلَى الْقَبْرِ قَبْلَ يُبْسِه
Erti : “Dan tidak harus bagi selain pemilik ku bur mencabut tumbuhan atas ku bur itu jika ia belum kering (m4ti).”
PEMILIK DIHARAMKAN MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR
Dan maksud pemilik atau waris empunya kubur boleh mencabut tumbuhan atau rumput di atas kubur itu ialah selama masih ada tinggal sebahagiannya.Ada pun mencabut semuanya hingga tidak ada satu pun yang tumbuh di atas kubur itu hukumnya tetap haram.
Berkata Syeikh Al-Bujairimi :
وَحَاصِلُهُ أَنَّهُ إنْ كَانَ الشَّيْءُ الْأَخْضَرُ قَلِيلًا كَخُوصَةٍ أَوْ خُوصَتَيْنِ مَثَلًا لَا يَجُوزُ لَهُ أَخْذُهُ وَهُوَ أَخْضَرُ لِأَنَّهُ صَارَ حَقًّا لِلْمَيِّتِ فَحُرِّمَ أَخْذُهُ، أَمَّا إذَا كَانَ كَثِيرًا فَإِنَّهُ يَجُوزُ الْأَخْذُ مِنْهُ
Erti : “Dan kesimpulannya jika adalah sedikit yang tumbuh di atas kubur itu seperti beberapa helai sahaja nescaya tidak harus bagi pemiliknya mencabutnya ketika masih hidup kerana ia menjadi hak m4yat maka haram mengambilnya. Ada pun jika banyak yang tumbuh hidup maka sungguhnya harus bagi pemiliknya mengambil sebahagian daripadanya.” (Hasyiah Bujairimi)
Maksudnya jika banyak tumbuh rumput atau pokok di atas ku bur itu maka pemiliknya hanya boleh mencabut sebahagian sahaja bukannya kesemuanya. Dan jika hanya sedikit yang tumbuh maka tidak boleh mengambilnya kerana akan hilang kesemua yang ada.
MAZHAB HANAFI MEMAKRUHKAN CABUT RUMPUT ATAS KUBUR
Berkata Syeikh Al-Khadimi Al-Hanafi :
: ومنها قلع الشوك والحشيش الرطبين على القبر، فإنه مكروه، فإن النباتات ما دامت رطبة تسبح الله، فحينئذ ينتفع الميت ويستأنس بتسبيحها
Erti : “Dan setengah dari yang dilarang itu ialah mencabut pokok dan rumput yang masih hidup keduanya yang tumbuh di atas ku bur maka sungguhnya hukumnya adalah makruh. Dari kerana bahawasanya segala yang tumbuh itu selama ia hidup ia bertasbih akan Allah maka pada ketika itu akan memberi guna kepada m4yat dan menumpang rahmat dari tasbihnya itu.” (Kitab Bariqah Mahmudiyyah)+
KESIMPULAN
Haram atas bukan pemilik atau waris penghuni ku bur men cabut rumput atau mengambil tumbuhan yang hidup di atas ku bur orang lain daripada rumput atau pokok-pokok. Harus ke atas pemiliknya mengambil atau men cabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas ku bur dengan syarat ditinggalkan hidup sebahagiannya.
Jika dicabut semuanya sekali maka hukumnya adalah haram. Harus memotong atau membuang pokok-pokok dan rumput yang bukan di atas kubur yang tumbuh di sekeling kubur kerana memudahkan orang lalu dan ziarah atau supaya tidak tinggal haiwan yang berbisa padanya.
Sumber: https://mymediamaya.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/3oVzOGn
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2021/02/ketika-ziarah-kubur-jangan-sesekali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amaran Jangan Buka Cap Radiator Ketika Panas

Amaran Jangan Buka Cap Radiator Ketika Panas

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 369 hits
Baru baru ni ada video kes yang mana seorang perempuan telah membuka penutup air radiator enjin kereta ketika panas Kata nya dia tidak mengetahui bahawa perkara itu boleh mengundang bahaya Setelah dia membuka penutup tersebut kelihatan air ...
Hiburan Kau Jangan Pecah Amanah Didie Alias Dakwa Rakan Kongsi Songlap Ratusan Ribu Duit Syarikat

Hiburan Kau Jangan Pecah Amanah Didie Alias Dakwa Rakan Kongsi Songlap Ratusan Ribu Duit Syarikat

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 780 hits
Didie Alias bukan saja merupakan seorang pelakon dia juga ada membuka sebuah syarikat bersama rakan kongsinya Menerusi laporan mstar syarikatnya telah mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit gais Apa dah jadi ni Kerugian yang diala...
Jangan Ingkar Patuhi Sop Ketat Atau Bersedia Kompaun Lebih Tinggi

Jangan Ingkar Patuhi Sop Ketat Atau Bersedia Kompaun Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 205 hits
Pengumuman Perdana Menteri sebentar tadi adalah bukan berkaitan dengan bantuan tunai tambahan atau moratorium automatik yang diharapkan rakyat tetapi tumpuan kerajaan ketika ini adalah untuk mengetatkan SOP dan kompaun lebih tinggi Ini adal...
Surat Dari Atok 95 Kepada Tommy Thomas Baca Boleh Percaya Jangan

Surat Dari Atok 95 Kepada Tommy Thomas Baca Boleh Percaya Jangan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 185 hits
TOMMY THOMAS 3 Feb 2021 1 Saya terkejut membaca petikan dari buku Tommy Thomas My Story Justice in the Wilderness Tommy adalah salah seorang peguam yang benci saya Tetapi sebelum saya menjadi Perdana Menteri semula Tommy telah datang bersam...
Jangan Ingat Selamat Walaupun Dikelilingi Komando Pendedahan Penulis Terkenal Ini Mungkin Akan Buat Ebit Lew Terdiam

Jangan Ingat Selamat Walaupun Dikelilingi Komando Pendedahan Penulis Terkenal Ini Mungkin Akan Buat Ebit Lew Terdiam

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 351 hits
Perkongsian pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew di Instagram yang memaklumkan beliau tidak dibenarkan meneruskan misi menghantar bantuan makanan ke pulau pulau di Semporna menarik perhatian ramai Pemilik nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew turu...
Video Jenazah Jamali Shadat Selamat Dikebumikan Arwah Pesan Jangan Malukan Keluarga

Video Jenazah Jamali Shadat Selamat Dikebumikan Arwah Pesan Jangan Malukan Keluarga

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 297 hits
CUACA cerah mengiringi majlis pengebumian pelawak terkenal era 80an Datuk Jamali Shadat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pinang Pulau Indah Jenazah selamat dikebumikan kira kira pukul 3 50 petang Rabu selepas dimandi dan disolatkan ...
Jangan Takut Bertangguh Jalani Rawatan Kanser

Jangan Takut Bertangguh Jalani Rawatan Kanser

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 164 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM MUHYIDDIN YASSINPUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi keperitan dan kesukaran yang ditanggung pesakit kanser dalam melawan penyakit itu Sebagai bekas pesakit kanser beliau memberitahu penges...
Untuk Kamu Yang Belum Juga Menemukan Cinta Jangan Khawatir Karena Cinta Memang Harus Diperjuangkan

Untuk Kamu Yang Belum Juga Menemukan Cinta Jangan Khawatir Karena Cinta Memang Harus Diperjuangkan

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 178 hits
Kalau boleh jujur cinta itu memang tak ada yang sesederhana dan semagis cinta pada pandangan pertama kok
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga