Amaran Jangan Buka Cap Radiator Ketika Panas
Baru baru ni ada video kes yang mana seorang perempuan telah membuka penutup air radiator enjin kereta ketika panas. Kata nya dia tidak mengetahui bahawa perkara itu boleh mengundang bahaya. Setelah dia membuka penutup tersebut, kelihatan air memercik keluar dengan laju tanpa sempat membuat apa-apa. Video itu menjadi bualan orang ramai. Jadi, disini kita boleh lihat antara sebab kenapa enjin boleh ‘overheat’?
1 – KEBOCORAN
Perkara pertama diperiksa (jangan sentuh atau suka suka buka radiator cap sewaktu enjin masih panas) ialah jika ada nampak tanda tanda kebocoran coolant. Sudah tentu engine anda akan overheat jika sistem anda kekurangan coolant. Lihat di bahagian bawah dan juga buka bonet untuk melihat jika anda nampak kebocoran air atau coolant.
Apabila enjin telah sejuk, buka dengan kain tutup radiator dan periksa kandungan air coolant atau radiator samada berkurangan atau tidak. Kebocoran boleh berlaku di mana-mana bahagian sistem penyejukan yang disebutkan di atas, antaranya radiator itu sendiri yang telah berkarat dan bocor, hos-hos getah yang telah lama, keras dan merekah. Jika terdapat kebocoran coolant ke dalam enjin, kereta anda mungkin mengeluarkan asap putih.
2 – KEROSAKAN KOMPONEN
Selain dari kebocoran atau kekurangan coolant, satu sebab lain overheat ialah salah satu komponen dalam sistem penyejukan yang disebutkan tadi tak berfungsi. Antara contohnya, Thermostat rosak, Water pump yang rosak, Belting water pump, Radiator cap telah rosak, Kipas radiator
Bergantung kepada jenis kereta, mungkin ada sensor yang perlu ditukar atau sistem komputer perlu di resetkan dan mana mana komponen yang disebutkan tadi tersumbat oleh karat atau ada kotoran.
3 – MASALAH ENJIN
Selain sistem penyejukan, masalah enjin juga boleh menyebabkan overheat. Biasanya masalah enjin akan menyebabkan suhu naik beberapa darjah, mungkin tak cukup untuk menyebabkan ‘overheat’, tapi jika ada masalah lain ia akan menjadi bertambah teruk.
Contoh masalah enjin adalah timing pembakaran yang tak betul. Misalnya, pembakaran terjadi apabila piston telah turun. Ini mungkin disebabkan oleh spark plug, rocker arm, piston tersumbat dan sebagainya.
4 – LANGKAH PENJAGAAN
Periksa coolant anda dari masa ke semasa, untuk memastikan ia sentiasa cukup
Jika ada coolant bocor, sila bertindak cepat, bawa ke bengkel untuk kesan tempat kebocoran
Coolant
Sebaiknya gunakan coolant untuk radiator, bukan air. Kalau nak guna air pun, guna air suling. Kenapa guna coolant? Kerana coolant lagi sukar untuk mendidih. Apabila cecair mendidih, akan terbentuk buih. Buih ini akan mengurangkan haba yang dipindahkan dari coolant ke radiator. Selain dari itu, pengunaan coolant juga melambatkan karat.
Coolant sebenarnya memang perlu dibancuh dengan air, cuma di pasaran ada dijual 2 jenis coolant, yang dah siap dibancuh dan lagi satu jenis pekat dan perlu dibancuh dengan air. Kalau anda tukar sendiri coolant atau ke bengkel, pastikan jika coolant yang digunakan perlu dibancuh, ia dibancuh dengan air suling.
Air suling adalah jauh lebih baik dari air paip biasa. Kenapa? air paip biasa mengandungi bahan bahan mineral yang akan mempercepatkan endapan yang menyumbatkan komponen dan juga karat.
Tukar cecair coolant anda setiap 60,000 km sekali atau setiap 2 tahun. Ini adalah untuk menjamin dan mengurangkan risiko karat dan masalah lain yang mungkin akan berlaku. Servis secara berkala bagi mengelakkan overheat. Ini termasuklah antaranya penukaran minyak hitam, pengunaan minyak hitam yang betul dan penukaran spark plug.
Kredit: sini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.buytyresellwheel.com.my/car/amaran-jangan-buka-cap-radiator-ketika-panas/