Hanya Kestabilan Politik Dapat Kembalikan Keyakinan Pelabur


Hanya kestabilan politik dapat kembalikan keyakinan pelabur. TANYALAH kepada sesiapa pun, semua daripada kita sudah muak dengan krisis politik yang berlaku di dalam negara.Perbalahan yang berlaku, perebutan jawatan dan perpecahan dalam kalangan pimpinan politik sering menghiasi persekitaran isu di dalam negara. Semua itu mengheret Malaysia kepada keadaan yang lebih sukar apabila pada masa sama terpaksa berdepan dengan kes Covid-19 yang memasuki angka harian 20,000 kes positif.
Memperbaharui rekod baharu kes positif tidak membanggakan sama sekali kerana bukannya rekod sukan Olimpik.
Bahkan situasi tidak menentu dalam negara memberikan signal negatif kepada pihak luar terutama pelabur asing.
Menurut laporan MIDF Research, aliran keluar dana asing telah berlaku berterusan dan setakat tahun ini, pelabur asing sudah membawa keluar sebanyak RM5.54 bilion.
Turut mengeluarkan pelaburan ialah institusi-institusi tempatan dengan nilai sebanyak RM3.43 bilion.
Berdasarkan keadaan tersebut, prestasi pasaran saham Malaysia kini menjadi paling corot dalam Asia Pasifik dan kedua paling corot dalam dunia di belakang Venezuela.
Mengulas mengenai pasaran semasa, Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia, Nazarry Rosli berkata, sentimen di Bursa Malaysia dipengaruhi dua faktor yang besar ketika ini iaitu kes Covid-19 yang meningkat dan juga isu kestabilan politik di mana kerajaan Perikatan Nasional berada pada keadaan kritikal.
“Tetapi syukur Alhamdulilah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau masih mendapat mandat untuk memerintah dan kita lihat pasaran pada sebelah petang Rabu memberi reaksi yang agak positif daripada penjelasan yang dibuat oleh PM.
“Tetapi apa saya lihat faktor yang masih menjadi penentu kenaikan dan kejatuhan Bursa Malaysia dan di seluruh dunia ialah Covid-19 sebenarnya,” katanya.
Mengulas lanjut, Nazarry berkata, FBMKLCI dijangka berada pada paras sekitar 1480 mata (paras sokongan) dan 1500 mata (paras halangan) semasa.
Berkongsi pandangan isu sama, Top Performing Remisier Kenanga Investment Bank Berhad, Faizal Yusup Al Haj berkata, ketidaktentuan politik, darurat, pandemik Covid-19 dan lockdown menjejaskan ekonomi dan keyakinan pelabur dalam dan luar negara.
Katanya, semua itu perlu ditangani secara objektif bermula dengan kestabilan politik.
 
Nazarry  
Menurut Faizal yang lebih dikenali sebagai FY, kestabilan politik iaitu kepimpinan kerajaan yang mempunyai sokongan kukuh adalah penting untuk mengemudi kerajaan dengan memudah cara polisi perniagaan.Katanya, jaminan kepada pelabur bahawa kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan demokrasi yang stabil perlu menjadi fokus utama.
“Nampaknya dewasa ini ia seakan begitu sukar berdasarkan senario politik semasa,” katanya.
Ujar FY, trend pelabur luar menjual pegangan akan terus berlaku sehingga sentimen politik kembali pulih. Namun apabila semua selesai, mereka akan kembali melabur dan ia adalah normal apabila berlaku sentimen begini di mana-mana negara.
Menurut beliau, pemulihan ekonomi negara berkait rapat dengan kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang kini memasuki fasa kedua.
“Pemulihan ini akan membawa kepada kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan membolehkan aktiviti ekonomi kembali rancak.
“Ini pastinya membawa kepada kenaikan perolehan dan keuntungan syarikat tersenarai lantas membawa kepada kenaikan pasaran saham menjelang hujung tahun ini atau paling lewat suku pertama tahun hadapan,”katanya.
Kata beliau lagi, Malaysia bernasib baik kerana ekonominya terdiri daripada aktiviti yang pelbagai.
“Kenaikan harga minyak mentah dan kelapa sawit pastinya membawa kebaikan kepada industri itu di samping industri sarung tangan, kesihatan dan teknologi yang masih membawa keuntungan kepada syarikat terlibat walaupun dalam keadaan pandemik ketika ini,” katanya.
Jelas beliau, indeks dijangka menaik apabila kemelut politik dan Covid-19 menunjukkan petanda baik.
“FBMKLCI berada dalam keadaan oversold dengan jumlah dagangan yang rendah dan ini sebenarnya petanda menunjukkan ia tak akan jatuh lebih jauh lagi. Pasaran hanya sedang menanti sentimen-sentimen positif mula keluar untuk ia kembali naik.
“Harga saham yang rata-rata undervalue dewasa ini pastinya akan menarik minat pelabur asing untuk kembali tak lama lagi,”katanya.
Mengulas mengenai pelabur runcit yang memeriahkan Bursa Malaysia dengan belian sebanyak RM8.97 bilion sejak awal tahun lalu, FY berkata nasihat penting ialah untuk tidak over trade di kala pasaran diselubungi sentimen negatif.
“Sentiasa ikut perkembangan pasaran dan bersedia untuk masuk di masa sesuai. Di waktu begini timing dan strategi yang betul untuk masuk dan keluar pasaran amat penting.
“Sebenarnya dari satu sudut lagi senario sekarang membolehkan pelabur mengumpul saham-saham fundamental yang baik pada harga yang murah,” katanya.
Katanya, fokus harus diberikan kepada saham-saham yang pulih paling awal. Antaranya saham-saham produk pengguna yang dijangka membawa pulangan yang baik menjelang hujung tahun ini.
Hanya kestabilan politik dapat kembalikan keyakinan pelabur
Baca Artikel Menarik :
Pandelela cemas kepala hampir terkena platform Saya dan Dhabitah sudah lama berpisah Resepi Gulai Nangka Muda Ikan Masin Sempoi Najib memberi teguran kepada pengkritik kerajaan Najib, UMNO Peroleh Kembali Aset Yang Disita Bernilai RM114 juta Tuduh saya mencuri tapi pujuk suruh sokong PM Horse-trading for the PM’s post, Muhyiddin keep fighting Layari Laman Facebook MYKMU
The post Hanya kestabilan politik dapat kembalikan keyakinan pelabur appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/06/hanya-kestabilan-politik-dapat-kembalikan-keyakinan-pelabur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketidaktentuan Politik Negara Gusarkan Pelabur Asing

Ketidaktentuan Politik Negara Gusarkan Pelabur Asing

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 234 hits
PETALING JAYA Kerajaan diminta berusaha lebih keras bagi mengembalikan kestabilan politik negara sekali gus member impak yang lebih positif terhadap ekonomi Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global Prof Madya ...
Pandemik Politik Hanya Di Putrajaya Kedah Tak Terjejas Kata Sanusi

Pandemik Politik Hanya Di Putrajaya Kedah Tak Terjejas Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 244 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan situasi di pusat sekarang tidak menjejaskan kedudukan kerajaan negeri PETALING JAYA Krisis politik ketika ini adalah pandemik yang terhad kepada Putrajaya dan tidak memberi kesan kepada...
Sedikit Kecoh Politik Hanya Hiburan Hujung Minggu Ia Bukan Kaitan Untuk Kecekapan Bendung Covid19

Sedikit Kecoh Politik Hanya Hiburan Hujung Minggu Ia Bukan Kaitan Untuk Kecekapan Bendung Covid19

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 313 hits
Hari ini Isnin semua KEMBALI seperti biasa It s all about power and money No Parlimen Usul yang tidak menguntungkan politik tidak AKAN jadi kenyataan
Hanya Majlis Raja Raja Boleh Hentikan Sikap Gila Pemimpin Politik Rebut Kuasa

Hanya Majlis Raja Raja Boleh Hentikan Sikap Gila Pemimpin Politik Rebut Kuasa

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 218 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Denyut nadi rakyat makin lemah kewangan dan ekonomi rumah tangga semakin kritikal BANGI Tindakan lebih keras dan tegas daripada kepimpinan tertinggi negara termasuk campur tangan Majlis Raja Raja dilihat mamp...
Gopal Sri Ram Menjawab Isu Kemelut Politik Dari Sudut Undang Undang Dan Perlembagaan Persekutuan

Gopal Sri Ram Menjawab Isu Kemelut Politik Dari Sudut Undang Undang Dan Perlembagaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 191 hits
Gopal Sri Ram menjawab isu kemelut politik dari sudut undang undang dan Perlembagaan Persekutuan
Kerjasama Dr M Ph Bertaut Kembali Pemerhati Politik Berbeza Pendapat

Kerjasama Dr M Ph Bertaut Kembali Pemerhati Politik Berbeza Pendapat

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 184 hits
Nora MahparPETALING JAYA Trio pembangkang Anwar Ibrahim Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu masih memerlukan aura Dr Mahathir Mohamad jika Pakatan Harapan mengimpikan sebuah kerajaan yang dominan menjelang pilihan raya umum akan datang kata penga...
Perdana Menteri Mengutamakan Politik Maslahat Dan Bukan Politik Muslihat

Perdana Menteri Mengutamakan Politik Maslahat Dan Bukan Politik Muslihat

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 153 hits
Oleh Rudi Hairy Aziz Kes COVID di Malaysia secara keseluruhannya hampir mencapai angka 1 17 juta Kematian lebih 9 500 orang Ekonomi susah Rakyat berhadapan kesukaran Ini fakta Perdana Menteri hari ini mengambil laluan yang cukup baik dan po...
5840 Gencatan Politik Bantu Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Berita Harian 04 08 2021

5840 Gencatan Politik Bantu Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Berita Harian 04 08 2021

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR Gabungan 13 badan bukan kerajaan menggesa gencatan politik dilakukan segera oleh semua pihak bagi membolehkan kerajaan menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara dan kesihatan rakyat dijalankan tanpa gangguan Langkah itu perlu ...
Anwar Merayu Golongan Profesional Penjawat Awam Jangan Jadi Perkakas Orang Politik

Anwar Merayu Golongan Profesional Penjawat Awam Jangan Jadi Perkakas Orang Politik

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 187 hits
August 5 2021Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada golongan profesional dan penjawat awam agar tidak menjadi perkakas kepada orang politik dan tidak diperalatkan oleh mana mana badan politik Beliau berkata biarkan segala perka...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration