Ketepikan Perbezaan Demi Selamatkan Negara Sedia Berunding Muhyiddin


agendaily.com29/08/2022
Sidang media Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Usaha untuk menyelamatkan negara adalah lebih penting bagi mengelak negara kembali ke era kleptokrasi dan rasuah sebelum ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas berhubung cadangan rundingan dengan parti-parti politik lain.

Walaupun Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli enggan berunding dengan Perikatan Nasional (PN), tetapi ia bukan alasan kepada usaha tersebut terhenti begitu sahaja, sebaliknya Pengerusi PN itu menegaskan kepentingan menyelamatkan negara adalah lebih penting.

“Yang saya baca tolak itu Rafizi, tak apalah kita, kita terima pandangan dia, tak apa.

“Apa-apa sebab pun kita (PN) berikan pandangan begitu kerana kita nak menentukan supaya masa depan negara ini lebih selamat. Kita tak mahu terus terjerumus dalam kancah kleptokrasi, rasuah, salah guna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan barisan Barisan Nasional. Itu kebimbangan saya,” katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) petang ini.

Jelas Muhyiddin, langkah membuka pintu rundingan itu adalah demi rakyat yang bimbang sekiranya negara kembali menjadi seperti sebelum ini apabila rasuah dan salah guna kuasa berleluasa.

“Sebab itu yang saya suarakan itu bukan soal kepentingan politik Perikatan Nasional atau Bersatu. Ianya adalah kepentingan negara.

“Saya serahkan kepada pimpinan-pimpinan politik memikirkan soal itu. Adakah kamu memikirkan tentang parti atau kamu memikirkan tentang negara,” katanya lagi.

Baginya, isu kepentingan negara adalah lebih utama dan parti-parti politik perlu berani untuk duduk satu meja berunding tetapi jika Rafizi berkata tidak mahu diteruskan, ia terpulang kepada partinya untuk memutuskan berhubung isu rundingan.

“Bagi saya negara lebih utama daripada parti, disini menuntut orang kata satu keberanianlah untuk menyelamatkan keadaan.

“Pasal saya tahu di luar sana ramai rakyat mahu kalau boleh ada usaha dibuat untuk menyatukan bukan pihak pembangkang sahaja tetapi parti-parti lain supaya kita dapat menawarkan satu yang agak lebih baik kepada rakyat bila sampai pilihan raya.

Jadi tak apalah itu satu pandangan (Rafizi) dan kalau dia kata no go (tidak boleh). No go untuk dialah,” jelasnya lagi.

Sekiranya UMNO kembali berkuasa dominan, Muhyiddin bimbang negara akan kembali ke asal apabila semua institusi dirosakkan dan isyarat jelas itu sudah diperlihatkan semasa perhimpunan yang diadakan oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu apabila peguam negara dan badan kehakiman dikecam pemimpin UMNO.

“Saya lihat macam mana cara nak menyelamatkan supaya tidak ada berulang hal-hal yang kita lihat berlaku dalam negara ini, kerosakan, kebobrokan, kehilangan harta benda, hilang duit rakyat, salah guna kuasa.

“Ditambah pula ada orang tidak lagi menghormati independence of the judiciary (kebebasan badan kehakiman), nak mencabar Perdana Menteri (PM) supaya menukar peguam negara, tidak setuju dengan keputusan hakim,” katanya lagi.

Untuk rekod, UMNO semasa mengadakan taklimat pada Sabtu kepada akar umbinya selepas Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara bertindak menyerang peguam negara dan mempertikaikan keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan.

Malah, Penasihat Khas Undang-Undang kepada PM, Datuk Seri Azalina Othman Said juga mempersoalkan mengapa peguam negara tidak ditukar sehingga menerima kecaman banyak pihak.

Namun, sekiranya cadangan untuk berunding itu gagal, Muhyiddin berkata tiada jalan lain dan mungkin semua parti politik bertanding akan perlu berdepan pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Saya sebutkan parti saya buat pendirian, kita akan hadap apa pun situasi. Orang kata tiga penjuru, dua penjuru, empat penjuru pilihan raya itu biasalah begitu,” katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin masih mengharapkan semua parti dapat menimbang cadangan untuk berunding dan duduk satu meja demi menyelamatkan negara tercinta.

“Tapi yang saya melihat ialah situasi sekarang ni, negara begini rupa saya terpaksa menyuarakan pandangan.

“Bukan atas kepentingan politik parti saya, kepentingan soal negara. And I think we all love of country to save this country we must have to sit down together and forget our differences.

“It’s okay tak usah fikir siapa nak jadi perdana menteri selamatkan negara dulu,” ujarnya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/ketepikan-perbezaan-demi-selamatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Muhyiddin Mahu Kerjasama Dengan Ph Demi Kuasa Bukan Negara

Awani Ringkas Muhyiddin Mahu Kerjasama Dengan Ph Demi Kuasa Bukan Negara

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 184 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Selamatkan Negara Daripada Pengkhianat Penipu Hadi Awang

Selamatkan Negara Daripada Pengkhianat Penipu Hadi Awang

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 214 hits
agendaily com20 08 2022Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengajak rakyat Malaysia menyelamatkan negara daripada pengkhianat dan penipu serta golongan ...
Trak Rafizi Mula Jelajah Seluruh Negara Sabtu Ini

Trak Rafizi Mula Jelajah Seluruh Negara Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 137 hits
Insya Allah saya Nurul Izzah Anwar dan rakan rakan yang lain akan mula berkempen setiap minggu menjelajah ke seluruh negara Kami akan mula panaskan enjin trak dan suhu kempen dengan ceramah trakAyuhMalaysia yang pertama bagi kerusi parlimen...
Umno Mula Serang Hina Badan Kehakiman Negara Kata Peguam

Umno Mula Serang Hina Badan Kehakiman Negara Kata Peguam

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 162 hits
agendaily com18 08 2022Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Muhammad Rafique Rashid Ali Gambar BernamaSeorang peguam bela dan peguam cara berpendapat tindakan dan kenyataan yang dibuat pemimpin UMNO berhubung rayuan akhir Datuk Seri ...
Kenapa Tidak Pada Peguambela Luar Negara

Kenapa Tidak Pada Peguambela Luar Negara

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 222 hits
Bayangkanlah kalau peguam luar dibenar untuk mewakili Berapa tahun pula agaknya minta tangguhkan untuk peguam ITU mengkaji perlembagaan negara dan kanun acara jenayah serta faseh bahasa Malaysia dan budaya rakyat Malaysia Andaian juga berap...
6 Rekomendasi Film Luar Tentang Perbudakan Di Berbagai Negara Kejam Dan Diwarnai Aksi Heroik

6 Rekomendasi Film Luar Tentang Perbudakan Di Berbagai Negara Kejam Dan Diwarnai Aksi Heroik

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 296 hits
Film tentang kejamnya perbudakan dan penjajahan perang sipil hingga era modern di berbagai negara
Tun M Hasrat Dirikan Kerajaan Pulih Semula Negara Melalui Gta

Tun M Hasrat Dirikan Kerajaan Pulih Semula Negara Melalui Gta

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 362 hits
Gerakan Tanah Air yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding di 120 kerusi Parlimen dan 280 kerusi Dewan Undangan Negeri Presiden GTA itu berkata jumlah kerusi itu hanya di Semenanjung dan tidak termasuk Sabah yang mana memp...
Penipuan Kerja Di Luar Negara 168 Rakyat Malaysia Terkandas

Penipuan Kerja Di Luar Negara 168 Rakyat Malaysia Terkandas

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 284 hits
Penipuan kerja di luar negara 168 rakyat Malaysia terkandas Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Aug 2022 6 5
Isu Tempat Tinggal Gaji Pekerja Asing Calar Imej Negara Kata Menteri

Isu Tempat Tinggal Gaji Pekerja Asing Calar Imej Negara Kata Menteri

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 231 hits
Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata majikan yang gagal menyediakan penginapan yang kondusif kepada pekerja asing akan diambil tindakan KAJANG Menteri Sumber Manusia M Saravanan mengakui imej negara tercalar dari segi urus tadbir peke...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas