Selamatkan Negara Daripada Pengkhianat Penipu Hadi Awang


agendaily.com20/08/2022
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengajak rakyat Malaysia menyelamatkan negara daripada pengkhianat dan penipu, serta golongan yang terlibat dengan rasuah.

Menurutnya banyak laporan yang menyenaraikan mereka yang telah dihukum menerima rasuah, termasuk mereka yang masih dibicarakan di mahkamah.

“Ada juga kalangan mereka yang nasibnya menjadi kambing hitam yang disembelih menjadi korban atau yang menjadi proksi kepada penyangak yang sebenarnya bersembunyi melakukan rasuah yang lebih besar jumlahnya sehingga berlipat kali ganda.

“Dalam kalangan yang memberi rasuah itu pula tidak kelihatan, mungkin senarainya lebih panjang dan jumlahnya lebih ramai. Malah, ada yang terlibat dengan projek yang dinamakan ‘Ali Baba’ bersama penyamun hasil negara yang dicuri atau dibocorkan.

“Pada masa sama, mereka juga pelaksana projek yang gagal atau runtuh setelah selesai dibina. Termasuklah bertindak membocorkan peruntukan sehingga tidak sampai ke sasarannya, khususnya kepada rakyat yang menderita kemiskinan yang tidak dapat diselesaikan dan sentiasa bertambah jumlahnya,” katanya dalam kenyataan hari ini tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.

Ahli Parlimen Marang itu turut mengingatkan mengenai kalangan pembiaya politik wang yang mengangkat sesiapa sahaja yang tidak layak menjadi pemimpin kerana jahil dan fasik.

“Selain itu, ada dalam kalangan yang membiayai politik wang bagi mengangkat sesiapa yang tidak layak menjadi pemimpin kerana jahil atau fasiq. Oleh yang demikian, disebabkan pemimpin sedemikian rupa boleh dipergunakan selepasnya, amalan khianat yang paling bahaya kerana menjadi sumber segala penyelewengan dan kezaliman,” katanya lagi.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga mengingatkan bahawa sifat integriti hanya terdapat pada kalangan mereka yang beriman dan budiman, bukan sekadar mempunyai ilmu sahaja.

Oleh itu, Abdul Hadi berkata sepatutnya semua golongan yang terlibat dengan rasuah mestilah dihapuskan.

“Saya pernah membuat satu perbandingan melawan rasuah dengan usaha mencegah penyakit denggi. Hal ini disebabkan mencegah denggi bukan sekadar merawat pesakit dan membunuh nyamuknya, tetapi hendaklah juga bertindak terhadap takungan air yang membiakkan nyamuk. Pada masa yang sama, bertindak terhadap manusia yang tidak menjaga kebersihan.

“Begitulah juga dengan usaha menangani penyakit rasuah, ia wajib dilakukan secara holistik supaya tidak menjadi wabak apabila diambil tindakan yang tidak menyeluruh sehingga ke akar umbinya. Khususnya, terhadap mereka yang menjadi punca rasuah kerana mengejar harta secara haram;

“Sehinggakan, dalam kalangan mereka itulah yang menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman. Malah, mereka juga golongan yang paling besar merosakkan politik dan ekonomi negara, majoritinya daripada kalangan bukan Islam dan bukan bumiputera,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/selamatkan-negara-daripada-pengkhianat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berapa Banyak Syarikat Perniagaan Di Negara Kita Yang Wujud Sejak Lebih Dari 100 Tahun Lalu

Berapa Banyak Syarikat Perniagaan Di Negara Kita Yang Wujud Sejak Lebih Dari 100 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 225 hits
Apa syarikat yang paling lama wujud di negara kita yang sampai sekarang masih ada lagi Jawapannya POS Malaysia Mungkin anda terkejut kalau saya beritahu syarikat POS Malaysia tu dah wujud sejak tahun 1800 Dah lebih 222 tahun Lama gila tu Sa...
Dewan Negara Unanimously Votes Through Anti Party Hopping Bill

Dewan Negara Unanimously Votes Through Anti Party Hopping Bill

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 206 hits
Minister in the Prime Minister s Department Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar speaks at a press conference in Parliament August 9 2022 Bernama photo KUALA LUMPUR The Dewan Negara has unanimously approved the anti part
Razali Happy To Be Dewan Negara Speaker For A Day

Razali Happy To Be Dewan Negara Speaker For A Day

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 182 hits
Senator Razali Idris said he was happy that he was given the opportunity to preside over Dewan Negara proceedings yesterday According to Berita Bersatu Razali said he was called to act as the speaker because Dewan Negara deputy president Mo...
Pm Dewan Negara Members Exempted From Anti Hopping Law

Pm Dewan Negara Members Exempted From Anti Hopping Law

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 210 hits
The Constitution Bill that prohibits MPs from switching parties does not apply to Dewan Negara senators Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob when tabling the bill for the second reading at the Dewan Negara today said the matter was...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme