Umno Mula Serang Hina Badan Kehakiman Negara Kata Peguam


agendaily.com18/08/2022
Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi, Muhammad Rafique Rashid Ali.- Gambar Bernama
Seorang peguam bela dan peguam cara berpendapat tindakan dan kenyataan yang dibuat pemimpin UMNO berhubung rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan sekarang ini, adalah serangan dan penghinaan terhadap badan kehakiman.

Muhammad Rafique Rashid Ali seorang peguam Mahkamah Tinggi berkata propaganda UMNO bermula setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib memasukkan bukti baharu dan menangguhkan perbicaraan rayuan akhirnya.

“Sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu pada Selasa lepas, tiada sebarang komen diberikan oleh UMNO. Malah ada juga desas-desus menyatakan UMNO terpaku kerana ‘raja media sosial/FB’ mereka gagal dalam langkah terakhirnya.

“Namun, semalam propaganda UMNO telah bermula. Kepimpinan tertinggi UMNO melalui Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda telah membuat kenyataan-kenyataan yang boleh dianggap mempersoal keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut,” katanya.

Muhammad Rafique mengingatkan bahawa Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi negara dengan panel lima hakim itu pula bukannya calang-calang apabila diketuai sendiri Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Beliau berkata UMNO dan pimpinannya perlu sedar bahawa mahkamah dan badan kehakiman menjalankan tugas mengikut Perlembagaan Negara dan tidak berkiblatkan mana-mana parti atau personaliti politik, sebaliknya ia berasaskan undang-undang.

“Ianya tidak partisan. Dalam menjamin “Kedaulatan Undang-Undang”, mahkamah hanya membuat keputusan berdasarkan kepada fakta, keterangan dan peruntukan undang-undang yang ditampilkan di hadapannya.

“Ketiga-tiga pemimpin UMNO yang memberi kenyataan tersebut tiada latar belakang perundangan. Persoalannya: adakah mereka faham skop keputusan Mahkamah Persekutuan tempoh hari?

“Tanpa melihat jauh, cukuplah sekadar kita merujuk kepada dua alasan penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan pada Selasa. Kelima-lima hakim tersebut dengan jelas menyatakan merit sebenar rayuan masih belum diputuskan. Maknanya keputusan pada Selasa itu hanya berkaitan kononnya keterangan baharu serta penangguhan pendengaran rayuan,” katanya lagi.

Katanya pertuduhan terhadap Najib membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram dan di situlah rasional Mahkamah Persekutuan menolak permohonan pengemukaan bukti baharu tersebut.

“Sekiranya UMNO mudah lupa, sukacita diingatkan bahawa Najib adalah antara tertuduh yang memfailkan pelbagai permohonan paling banyak dalam sejarah undang-undang di Malaysia.

“Dalam tempoh empat tahun, Najib tidak pernah dihalang di pelbagai peringkat mahkamah untuk perkara tersebut. Penyembunyian fakta apa lagi yang wujud jika segala ruang dan peluang telah diberikan kepada Najib selama ini.

“Bukan itu sahaja, kalaulah UMNO tiba-tiba mendabik dada menyatakan perlu ada kesamarataan dan keadilan, wajarkah sehingga kini tertuduh-tertuduh lain dilihat tidak mempunyai keistimewaan sepertimana Najib perolehi selama ini sepanjang proses mahkamah?

“UMNO tidak perlu mempersoalkan integriti badan kehakiman yang menjadi tunjang kepercayaan rakyat. Kenyataan-kenyataan pimpinan UMNO boleh terjumlah kepada penghinaan kepada badan kehakiman dan juga kepada sistem semak imbang,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/umno-mula-serang-hina-badan-kehakiman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Src Khalid Beri Amaran Umno Jangan Main Api Serang Kehakiman

Src Khalid Beri Amaran Umno Jangan Main Api Serang Kehakiman

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 252 hits
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad membidas tindakan Umno yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak untuk mengemukakan bukti baru dalam rayuan akhir kes SRC Khalid turut menyifatkan kenyataan kenyata...
Najib Gali Kubur Sendiri Pemimpin Umno Jadi Cacing Kepanasan Serang Kehakiman

Najib Gali Kubur Sendiri Pemimpin Umno Jadi Cacing Kepanasan Serang Kehakiman

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 291 hits
Tindakan Dat Seri Najib Razak bermain pelbagai taktik penangguhan kes ibarat menggali kubur sendiri Sebelum ini beliau kerap kali mengatakan tidak bersalah dan mengatakan wang SRC yang dicuri sebanyak RM42 juta adalah derma dari Putera Arab...
Kerjasama Dengan Dap Selepas Pru15 Loke Akui Kekuatan Umno Kata Ahmad Maslan

Kerjasama Dengan Dap Selepas Pru15 Loke Akui Kekuatan Umno Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 302 hits
freemalaysiatoday com August 10 2022 11 35 PMSetiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook memberi bayangan kesediaan bekerjasama dengan Umno selepas pilihan raya umum menunjukkan parti seteru itu ...
Isu Tempat Tinggal Gaji Pekerja Asing Calar Imej Negara Kata Menteri

Isu Tempat Tinggal Gaji Pekerja Asing Calar Imej Negara Kata Menteri

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 324 hits
Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata majikan yang gagal menyediakan penginapan yang kondusif kepada pekerja asing akan diambil tindakan KAJANG Menteri Sumber Manusia M Saravanan mengakui imej negara tercalar dari segi urus tadbir peke...
Nak Tegur Boleh Tapi Janganlah Sampai Hina Kerjaya Kami Kata Ani Maiyuni

Nak Tegur Boleh Tapi Janganlah Sampai Hina Kerjaya Kami Kata Ani Maiyuni

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 374 hits
Penyanyi dangdut Ani Maiyuni 44 berpendapat golongan selebriti sentiasa terbuka menerima teguran namun jangan keterlaluan sehingga sanggup memandang rendah dan menghina kerjaya pilihan mereka Peserta program Gegar Vaganza musim kelapan
Makna Kata Pas Dan Bersatu Lah Yang Kencing Umno Gitu Lah Ya Pas Kan Bersama Bersatu Dalam Pn Oooo Kencing Lagi Yak

Makna Kata Pas Dan Bersatu Lah Yang Kencing Umno Gitu Lah Ya Pas Kan Bersama Bersatu Dalam Pn Oooo Kencing Lagi Yak

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 251 hits
Muafakat Nasional Jangan salahkan UMNO Bersatu tidak ikhlas Shahril HamdanMadiha AbdullahOgos 4 2022 Shahril berkata UMNO tidak melengahkan penubuhan gabungan tersebut namun proses berkenaan tergendala disebabkan penubuhan Perikatan Nasiona...
Pemimpin Pas Umno Masih Teruskan Kerjasama Kata Takiyuddin

Pemimpin Pas Umno Masih Teruskan Kerjasama Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 322 hits
Takiyuddin Hassan berkata PAS akan terus berusaha untuk mempertahankan MN demi perpaduan ummah dan penyatuan nasional PETALING JAYA Kerjasama antara pemimpin PAS dan Umno masih diteruskan walaupun pemimpin Umno menganggap hubungan kedua dua...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara

Emas Sasarkan Rekod Tertinggi

Rindu Yang Diam Diam Berdoa