Ketam Bercili Ala Chef Martin Yan


 Assalamualaikum WBT 


HARI Jumaat, selepas menziarah jenazah Nurakma di Masjid Al Jawaher,  Taman Mutiara Rini, kami menapau Nasi Padang di Avenue 68, Gelang Patah. Lupa la nama kedai nasi padang tu. Nak makan tomyam, takut tak menepati citarasa, jadi tapau nasi padang sajalah, kebetulan kedai masih buka dan ada lagi lauk cuma tak banyak pilihan.



Sk cuma ambil lauk Ayam Berlado, kemudian tuang kuah masak lemak kuning ikan, sedikit sambal hijau dan sedikit sambal merah nasi padang, RM7



Sk diri jauh sikit, nampak mulut kakak yang kira sebut 17. Ingatkan total RM17 dengan nasi Sk tapi pelik pulak kenapa Pak Inche hulur RM25. Rupa-rupanya RM17 harga PI punya nasi. Lauknya, Daging Rendang Minang, Gulai Tetel Minang dan Daging Dendeng. Daging dendeng tu PI ingatkan paru


Malam tu, PI tak sedap perut. Rasa mual dan sebu. Sk cakap, banyak sangat makan daging tadi. Dia salahkan lauk berminyak padahal sendiri yang pilih lauk berminyak. Sk bancuhkan teh o panas, dah separuh cawan minum, teringat ada eno, bancuhkan dan suruh minum, baru lega



Esoknya, tanya.. jadi tak sarapan di Restoran Thoufeeq yang telah dirancang sejak semalam. Dia kata, jadi.. tapi perut macam tak berapa okey lagi. Sk makan Puri, PI makan tosei. Lepas tu dia kata, jom pergi Pasar Pontian? Ikutkan malas tapi layan aje laaa. Sampai pasar, sihat memberrrr




Haaaa.. nak cerita pasal masak ketam jer kan, meleret dia punya intro, hahahaha. Geram betul tengok ketam besar-besar, banyak pulak yang betina. Teringat Iman nak balik, belilah 4 ekor tapi abang jual tu tambah lagi seekor, bijak betul! Sekilo RM39, 5 ekor, RM49. 
Sk cakap, ketam tu tak nak simpan, nak terus masak. PI suruh masak ketam bercili ala-ala Chef Martin Yan. Jangan pedas, letak gula banyak, pesan PI.  Ialah, baik, tuan! 
Ketamnya Sk kukus dulu sebelum masukkan dalam sambal. Tapi, dah masuk dalam sambal, laaahhh... lupa kerat dua ketamnya, hahaha. Kalau ikut Chef Martin, dia rebus dulu ketam, tapi Chef Martin guna ketam bangkang, hehehe


Kerja mengerat dibuat terus dari kuali, guna gunting besar. Petang tu PI bertugas di Stadium Sultan Ibrahim, jadi kena bagi makan tengahari la, nanti kelaparan pulak walaupun nanti di stadium tu ada jamuan jugak, tapi petang lah jamuannya


Ketam Bercili ala Chef Martin Yan
Bahan-bahan:
Semestinya kena ada ketam30 tangkai cili kering8 ulas bawang merah4 ulas bawang putih1" halia1 batang serai diketuk3 tbs sos tiram3 tbs sos tomatoGaram secukupnya4 tbs gula pasirSedikit minyak untuk menumis
Daun ketumbar untuk tabur (Sebetulnya daun ketumbar tapi Sk ada daun sup aje, jadilah buat penyeri, huhu)
Cara Memasak:
1. Kukus ketam bersama halia hingga masak (sepit ketam bertukar merah)
2. Kisar halus cili kering (telah dibuang biji dan direbus lembut), bawang merah, bawang putih, halia

3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar dan serai hingga terbit minyak

4. Masukkan sos tiram dan sos tomato, garam dan gula. Kacau lagi

5. Masukkan ketam yang telah dikukus,  gaul rata dengan sambal, biar merenih sekejap

6. Tutup api, taburkan daun ketumbar. Sk tak ada daun ketumbar, guna daun sup aje




Malam, baru Iman balik sebab banyak urusan di kolej. Iman kata, dah makan dengan kawan. Sk pesan, esok tengahari masak nasi, ajak babah makan lauk ketam yang Sk dah simpankan. PI belum balik kerja. Sk cakap, tengok eh, nanti babah balik, mesti dia cakap lapar lepas tu ajak pergi Restoran Thoufeeq

Seperti dikata, PI balik kerja, lapar katanya. Sk kata, ajaklah Yaya gi Thoufeeq bonda malas, nak tidur, esok kerja, ada pendaftaran asrama. Lepas tu Iman pujuk, jomlah bonda. Alaaa.. bonda saja jer cakap tak nak ikut padahal dah terbayang Roti Telur cicah kari kambing, hahahaha



Iman kata, selalu dia pergi mamak dengan kawan-kawan makan murah-murah aje, kali ni nak makan sedap-sedap. Kemahen pukul 11 malam makan Nan Cheese dengan Ayam Tandoori ya. Minum pulak Kopi Ais, hurmmm.. nak berjaga malam la tu. Itulah budak-budak jaman now, berbeza dengan kita dulu, pukul 10 semua dah tutup lampu

Amek kau, pagi malam makan kat Restoran Thoufeeq, hahaha! Eh, Sori.. panjang pulak kisah Ketam Bercili ni 😁

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/07/ketam-bercili-ala-chef-martin-yan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masakan Pakistan Resipi Ayam Karahi Ala Ayam Masak Merah

Masakan Pakistan Resipi Ayam Karahi Ala Ayam Masak Merah

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 273 hits
Dah lama umi nak masak ayam karahi ni tapi asyik tertangguh sebab kekadang tu tak ada daun ketumbar cari garam masala tak jumpa walhal ada jer elok dalam bekas kat dalam almari Akhirnya 2 minggu sudah terlaksana hasrat untuk masak untuk kel...
Jom Nikmati Buffet Ala Thai Double Tree By Hilton Jb Sehingga Bulan Ogos

Jom Nikmati Buffet Ala Thai Double Tree By Hilton Jb Sehingga Bulan Ogos

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 170 hits
BUFFET ALA THAI DOUBLE TREE BY HILTON JB SEHINGGA BULAN OGOS Macam dah lama sangat kan tak ke Food Thai Festival ni Teringin tekak ni nak makan makanan Thai especially Miang Kham dan makanan Thai yang lain Tapi hari tu uols umi berkesempata...
Zim Zim Ala Kazim

Zim Zim Ala Kazim

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 219 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Filem Pertama yang mengangkat seorang Ustaz atau Pendakwah terkenal sebagai Bintang Utama Filem Dato Ustaz Kazim Elias antara pendakwah yang tersohor di Malaysia dan ceramah beliau mudah mendapat perhatia...
Court Orders Chef Wan To Pay Rm150 000 To Former Son In Law For Defamation

Court Orders Chef Wan To Pay Rm150 000 To Former Son In Law For Defamation

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 156 hits
The Court of Appeal says Chef Wan s social media posts defamed his former son in law while he had also defied a High Court order to remove them PUTRAJAYA The Court of Appeal today ordered celebrity chef Redzuawan Ismail better known as Chef...
Persediaan Yang Rapi Memang Sangat Perlu Untuk Yan

Persediaan Yang Rapi Memang Sangat Perlu Untuk Yan

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 115 hits
Persediaan yang rapi memang sangat perlu untuk yang nak ambil exam Pegawai Tadbir Diplomatik Belajar juga supaya kawal rasa gemuruh supaya tak beri kesan masa jawab exam
Sup Daging Ala Thai Bersama Tulang Rusuk

Sup Daging Ala Thai Bersama Tulang Rusuk

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 214 hits
Memandangkan di rumah ni suami demam Makanya selepas zohor semalam terus ke pasaraya mencari bahan bahan penyediaan Sup Daging Ala Thai Kecuali daging dan tulang rusuk menggunakan daging korban Ini pertama kali sepanjang 13 tahun perkahwina...
Baju Sukan Sekolah Mana Ni Ramai Kecewa Lihat Baju Rasmi Skuad Olimpik Malaysia Didakwa Rekaan Hanya Ala Kadar

Baju Sukan Sekolah Mana Ni Ramai Kecewa Lihat Baju Rasmi Skuad Olimpik Malaysia Didakwa Rekaan Hanya Ala Kadar

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 161 hits
Majlis Olimpik Malaysia baru baru ini telah melancarkan uniform rasmi atlet Malaysia yang akan beraksi dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama sahaja lagi Namun begitu pelancaran baju rasmi itu tidak diterima baik peminat sukan te...
Resipi Nasi Goreng Usa Sedap Ala Kedai Tomyam

Resipi Nasi Goreng Usa Sedap Ala Kedai Tomyam

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 177 hits
Nasi Goreng USA adalah antara sajian nasi goreng yang popular di kedai masakan panas Nama seakan berasal dari luar negara tetapi sebenarnya USA adalah singkatan kepada nasi goreng udang sotong dan ayam Bahan sampingan yang perlu ada adalah ...
Cara Buat Dan Resepi Ayam Ala Kenny Rogers Yang Awesome

Cara Buat Dan Resepi Ayam Ala Kenny Rogers Yang Awesome

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 197 hits
Cara Buat dan Resepi Ayam Ala Kenny Rogers yang Awesome Ayam Ala Kenny Rogers bukan sahaja menjadi kegemaran ramai tetapi juga boleh disediakan dengan mudah di rumah memberikan anda dan keluarga pengalaman makan yang lazat dan memuaskan Mar...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran