Ketahui 7 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut


Kembung perut atau perut masuk angin (bloated) adalah satu keadaan yang mana perut mengeluarkan gas yang membuatkan seseorang itu berasa tidak selesa. 
Ia boleh dikesan dengan bunyi kembung apabila diketuk dengan jari ataupun berbunyi seperti buih gas yang bergerak dan terkumpul serta membentuk sedikit kembang pada bahagian perut.


Biasanya ini bukanlah sesuatu masalah besar kepada seseorang kerana ianya tidak membuatkan rasa sakit namun ia menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan dan berisiko kepada gejala penyakit lain sekiranya dibiarkan tanpa pencegahan.

Punca Berlaku Kembung Perut 
1/ Pengambilan makanan tertentu 
Terdapat beberapa jenis makanan yang berisiko menyebabkan berlakunya kembung perut. Antaranya seperti kekacang, kobis, brokoli, susu, pulut, beberapa jenis buah, makanan manis dan sebagainya

Namun setiap individu mempunyai situasi berbeza tentang jenis makanan yang diambil

Sebagai contoh sesetengah individu tidak mengalami perut berangin apabila memakan brokoli, namun sesetengah individu lain pula mengalami kembang perut jika memakan brokoli. 
Oleh itu, setiap individu sendiri perlu mengenalpasti jenis makanan yang diambilnya untuk mengelakkan daripada berdepan dengan masalah bloated.

2/ Cara pemakanan


Tidak mengunyah makanan dengan secukupnya, jadual makan yang lewat, mengunyah sesuatu yang terlalu lama seperti gula-gula getah, makan sambil melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan tatacara makan yang tidak teratur dan sebagainya, semua ini boleh menyebabkan masalah kembung perut.

3/ Masalah usus (Penyakit radang usus)
Penyakit radang usus juga dikenali sebagai Inflammatory Bowel Disease (IBD) menyerang sistem pencernaan yang menyebabkan pembengkakan pada usus besar dan halus radang lalu memberi kesan kepada gejala kembung perut.

4/ Masalah sistem pencernaan
Sesetengah individu mempunyai masalah sistem pencernaan yang mana makanan yang dimakan tidak mampu dihadam dengan sempurna hingga terhasil gas berlebihan yang menyebabkan kembung perut.

5/ Kesan tekanan emosi
Apabila individu mengalami tekanan emosi dan gagal mengawalnya, otak mampu memberi kesan kepada sistem pencernaan yang mendorong kepada terjadinya kembung perut serta rasa mual.

6/ Kesan masalah kesihatan
Apabila seseorang mengalami gangguan kesihatan seperti masalah buah pinggang, kanser, gastrik, penyakit seliak (coeliac disease), kekurangan bakteria baik dalam usus dan lain-lain ianya memberi kesan kepada sistem pencernaan yang menyebabkan makanan tidak tercerna dengan sempurna dan keadaan ini akan mengakibatkan terhasilnya gas terkumpul yang menyebabkan kembung perut. 
Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut
1/ Kenalpasti jenis makanan yang menyebabkan kembung perut


Disebabkan sesetengah individu mempunyai perbezaan dari segi kesan pemakanan bagi sesuatu jenis makanan, maka perlu kepada individu tersebut mengenalpasti makanan apakah yang berisiko kepadanya

Dan cuba elak daripada memakan makanan tersebut atau mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit sahaja. 
2/ Elakkan makanan yang berisiko buat perut bloated
Kebiasaannya makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi atau masakan berminyak adalah sangat berisiko kepada berlakunya perut bloated

Kurangkan pengambilan produk tenusu (dan sebagai alternatif, gunakan produk tenusu tanpa laktosa)

Elakkan ataupun kurangkan pengambilan jenis makanan seperti minuman berkarbonat, soda, kopi, jenis kekacang, berkrim, roti, bawang, ubi, brokoli, epal, pic, prun, asparagus, kobis, gula-gula getah dan sebagainya.

3/ Jaga jadual pemakanan, pastikan teratur
Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit untuk tempoh lebih kerap. Cara ini membuatkan perut anda tidak terlalu kenyang juga mengelakkan berlaku terjadinya perut kosong atau lapar

Perut yang lapar boleh menyebabkan kemasukkan angin. Selain itu, kekerapan meminum air putih juga dapat menghalang perut kosong

4/ Bertungku atau guna tekap pemanasan


Antara sebab kenapa ibu yang baru habis bersalin menggunakan tungku ialah untuk memastikan perut tidak berangin

Jadi, samalah juga dengan anda yang mengalami masalah kembung perut, disyorkan untuk bertungku ataupun menggunakan tekap pemanasan

Caranya ialah menekap bahagian perut dengan menggunakan kain panas atau bantal. 
Sekarang ini, ada banyak tungku pelbagai bentuk dan jenis dijual di pasaran, seperti tungku batu, besi, kayu atau ramuan herba yang dipanaskan pada suhu yang mampu dipegang dan dibungkus dengan kain lalu ditekap pada bahagian perut dan dibiarkan seketika.

Baca : Beli set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin
5/ Menyapu minyak angin di perut 
Terdapat banyak jenis minyak angin dijual dipasaran seperti minyak bidara, minyak herba, vicks, minyak cap kapak, minyak angin petani, minyak angin cap lang, minyak angin serai wangi, minyak kayu putih dan sebagainya.

Semua minyak angin tersebut membantu untuk mengurangkan / menghilangkan masalah kembung perut.

6/ Petua tradisional merawat kembung perut 


Terdapat beberapa petua tradisional yang boleh diamalkan seperti menggunakan jintan manis yang telah dihancurkan lalu dimakan ataupun dipanaskan terlebih dahulu. 
Amalan memasukkan potongan halia kedalam teh panas mampu membantu mengembangkan saluran penghadaman yang dapat mengelakkan daripada kembung perut. 
Selain itu, meminum secawan teh panas yang dicampur dengan daun pudina juga dapat meredahkan pembentukkan gas dalam perut

7/ Dapatkan rawatan doktor, mereka bertuliah dan pakar
Apabila masalah kembung perut semakin kritikal dan berterusan, jangan dibiarkan kerana boleh menyebabkan gejala lain seperti cirit birit (gastroenteritis), gastrik, sembelit, ketidakhadaman, usus mengembang (diverticulosis atau diverticulitis) dan lain-lain. 
Lazimnya, pihak pakar lebih arif dalam membuat penelitian dan akan mengesyorkan kaedah rawatan sesuai seperti pengambilan makanan tambahan (supplement), ubat-ubatan, dan kaedah rawatan lain

Antara penyakit yang boleh terjadi berpunca dari kembung perut ialah Irritable bowel syndrome (IBS), radang usus, pedih ulu hati, intelorensi makanan, masalah hormon seperti tiroid, jangkitan parasit usus (Giardiasis), masalah anoreksia nervosa, bulimia nervosa, kemurungan dan lain-lain.

Jaga kesihatan dan jangan ambil mudah dengan perut berangin. Dapatkan rawatan jika masalah berpanjangan

Semoga bermanfaat

cheers
Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2021/01/7-cara-atasi-kembung-perut.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Untuk Mengatasi Lag Di Game Mobile Legend

Cara Untuk Mengatasi Lag Di Game Mobile Legend

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 211 hits
Untuk kamu kamu yang mau banget dapat memainkan game PC Dot A 2 tetapi tidak banyak mempunyai koneksi internet yang sangat memadai Tentunya 3 game untuk multiplayer online battle arena di Smartphone Android ini dapat menghilangkan sedikit k...
Cara Terbaik Untuk Atasi Masalah Kurang Keyakinan Diri Adalah Dengan Dapatkan Bantuan Seorang Coach

Cara Terbaik Untuk Atasi Masalah Kurang Keyakinan Diri Adalah Dengan Dapatkan Bantuan Seorang Coach

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 504 hits
Apa cara mudah nak tahu samada anda punya masalah kurang keyakinan diri Ramai yang tak sedar dia ada masalah kurang keyakinan diri Anda mungkin salah seorang darinya Bila anda tak The post appeared first on
5 Cara Mudah Atasi Masalah Susah Tidur Di Malam Hari

5 Cara Mudah Atasi Masalah Susah Tidur Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 429 hits
Susah tidur Selalu tak korang alaminya Sis selalu jugak mengalami masalah susah tidur nie Lagi lagi kalau tengah stress atau ada sesuatu perkara yang menganggu fikiran Jenuh oiii kalau tak boleh tidur nie seakan hilanglah salah satu nikmat ...
Guna 5 Cara Ini Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat

Guna 5 Cara Ini Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 900 hits
Guna 5 Cara Ini Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat Fuh pening bila sinki tersumbat Pernah terjadi beberapa kali dekat aku Kebetulan sangat berlaku pada waktu suami pula tiada di rumah Pergh memang aku naik gila nak menghadap sinki ter...
Mengapa Tea Tree Oil Efektif Mengatasi Jerawat Ketombe Dan Masalah Kulit Lain

Mengapa Tea Tree Oil Efektif Mengatasi Jerawat Ketombe Dan Masalah Kulit Lain

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 273 hits
Kandungan terpinen 4 ol yang dimiliki tea tree oil terbukti dapat membunuh bakteri jamur dan beberapa jenis virus
Cara Ping Blog Di Kakiping Com Dan Troubleshoot Masalah Berkaitan Ping Blog

Cara Ping Blog Di Kakiping Com Dan Troubleshoot Masalah Berkaitan Ping Blog

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 263 hits
Cara Ping Blog Di Kakiping com Dan Troubleshoot Masalah Berkaitan Ping BlogAssalamualaikum dan salam sejahteraSebagai seorang blogger salah satu tujuan anda membuat blog adalah mendapatkan trafik yang tinggi Salah satu cara untuk mendapatka...
Terapkan 3 Cara Marketing Jitu Ini Dalam Berbisnis

Terapkan 3 Cara Marketing Jitu Ini Dalam Berbisnis

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 320 hits
Gambar linkedin com in joshuakennedy1Bisnis adalah dunia yang sangat kompleks untuk dipelajari Berbagai faktor dan kemungkinan dapat mempengaruhi kesuksesan suatu bisnis Namun semakin berkembangnya zaman membuat bisnis menjadi salah satu bi...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Mysalam 2025 Semakan Kelayakan Cara Membuat Tuntutan

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Logo Maskot Visit Malaysia 2026

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Does The E90 Bmw 3 Series Have A Sway Bar All You Need To Know

Our Soft Offer


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Remaja Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 16 Kondominium

Hasil Kerjasama Tng Dengan Unhcr Makin Bermaharajalela Pendatang Haram Di Malaysia

Menteri Ekonomi Terlalu Obses Lupa Portfolio Diri Sendiri

Yayaa2106 Selalu Masuk Fyp Teruskan Hadirkan Flutedwallpanel Marblewall

To Buy Me Grilled Fish Husband Of Slain Food Vendor Claims He Met Suspect Once

Koleksi Ucapan Selamat Berpuasa Menarik 2025