Guna 5 Cara Ini Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat


Guna 5 Cara Ini Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat || Fuh pening bila sinki tersumbat. Pernah terjadi beberapa kali dekat aku. Kebetulan sangat berlaku pada waktu suami pula tiada di rumah! Pergh, memang aku naik gila nak menghadap sinki tersumbat dekat rumah.

Lagi teruk rumah aku ni, bila sinki tersumbat, air akan bertakung keluar dari floor trap di dapur dan juga di tandas! Pendek kata, akan banjirlah dapur dan tandas rumah aku.

Faktor Yang Menyebabkan Sinki TersumbatPaip sinki tersumbat merupakan masalah yang sering berlaku di rumah kediaman sama ada ianya berlaku pada rumah yang telah lama ataupun baru dihuni.

Masalah ini berlaku apabila sisa buangan pada saluran paip tidak melalui penyaringan (grating) ataupun sistem saliran yang telah lama tidak dibuat pembersihan, menyebabkan pepejal daripada bahan buangan terkumpul pada perangkap aliran (trap) yang akhirnya menyebabkan saliran paip tersebut tersumbat.

Selain itu, pembuangan sisa minyak melalui sinki juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan minyak melekat, terkumpul dan tersumbat pada saliran paip.

Selain tersumbat pada perangkap saliran, ianya juga boleh berlaku pada sesimpang paip (T) atau elbow (L) pada sistem sebelum sampai ke saliran utama.

Keadaan ini berlaku kerana aliran pada sesimpang atau elbow akan perlahan dan menyebabkan sisa bahan termendap, terkumpul dan akhirnya tersumbat.
t a unit of weight equivalent to 1000 kilograms More (Definitions, Synonyms, Translation)
Berikut Adalah 5 Cara Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat Mengikut Keadaan Ada banyak cara untuk baiki sinki tersumbat, tapi kamu pilihlah iku mana yang sesuai dengan keadaan kamu.

1) Guna Pelocok (Plunger)Ini kaedah paling ekonomi dan mudah dilakukan.

Pelocok adalah bahan getah yang direka untuk membolehkan lubang saliran sinki dipam bagi menggerakkan aliran yang tersumbat supaya ianya bergerak dan menolak terus ke saliran utama. 

Kaedah ini perlu dibuat (dipam) secara berulangkali supaya berlaku pergerakan sedikit demi sedikit pada saliran dan akhirnya membuatkan sisa buangan yang tersumbat bergerak terus ke saliran utama melalui pergerakan graviti.

Namun, bagi keadaan kritikal kaedah ini tidak mampu mengatasinya dan perlu kepada kaedah atau alternatif lain.
2) Menggunakan Bahan Peluntur Ia merupakan kaedah paling mudah dilakukan iaitu memasukkan bahan peluntur ke dalam saliran melalui lubang sinki.

Terdapat banyak jenis bahan peluntur dijual dipasaran mengikut tujuan kegunaan serta ramuan daripada setiap pembekal dan ianya boleh didapati di pasar raya, kedai perkakasan, kedai peralatan rumah dan sebagainya. 

Setiap bahan peluntur yang dijual disyorkan dengan kaedah tertentu sesuai dengan bahan yang diolah supaya ianya bertindakbalas dengan air yang berfungsi sebagai pengurai terhadap sisa buangan yang tersumbat pada saliran.

Tunjukajar dan ramuan bahan-bahan peluntur selalunya dilekatkan pada bekas peluntur tersebut sebagai rujukan kepada pengguna.
Campuran vinegar dan bikarbonat soda yang biasa terdapat di dapur rumah kalian , kemudian dibancuh dengan air panas dan di tuang ke dalam saluran air paip juga boleh membantu meleraikan masalah sinki tersumbat. 
3) Menggunakan Dawai PenjolokDawai penjolok adalah sejenis alat yang direka bersifat fleksibel untuk menjolok saliran paip tersumbat melalui lubang pada sinki ataupun mana-mana lubang saliran yang tersumbat. 

Alat ini mempunyai pemegang (handle) dan bentuk khas pada hujung penjolok yang bertindak sebagai penghurai sisa bahan yang tersumbat supaya ianya bergerak ke saliran utama. 
Sifat dawai penjolok yang fleksibel dan mudah digerakkan secara putar melalui handle akan memasuki lubang saliran dan boleh melepasi perangkap saliran dan juga sesimpang (T) atau elbow (L) dan akan menembusi kedudukan yang tersumbat sekaligus mendorong saliran untuk bergerak melalui konsep graviti sistem saliran tersebut. 
Ketika penjolokan dibuat adalah lebih berkesan dengan menuang air ke dalam saliran paip sambil menggerakkan dawai penjolok agar kotoran yang melekat pada saliran paip terhakis. 
Dawai penjolok boleh didapati di pasar raya, kedai perkakasan, kedai peralatan rumah dan sebagainya. Dan nama lain dawai penjolok ini juga dikenali sebagai drain snakes / plumber's snake / snake pipe cleaner.
4) Membuat Penyelenggaraan Pembersihan Salah satu kaedah mengatasi paip sinki tersumbat adalah membuat penyelenggaraan iaitu dengan membuka perangkap saliran dan membuat pembersihan. 
Kaedah ini memerlukan sedikit pengetahuan dan peralatan tertentu. Biasanya perangkap saliran direka dengan kriteria yang boleh dibuka untuk tujuan penyelenggaraan. 

Peralatan yang diperlukan untuk membuka penutup perangkap saliran adalah seperti spanar paip (pipe wrench), pembuka rahang laras besar, pemutar skru dan sebagainya. 
Setelah perangkap saliran dibuka, pembersihan dilakukan dengan mengeluarkan sisa bahan yang tersumbat serta membersihkan kotoran yang melekat pada permukaan dalam perangkap saliran sebelum ianya dipasang semula

5) Mendapatkan Perkhidmatan Bertauliah. Mengatasi paip sinki tersumbat bagi masalah ditahap kritikal pastilah memerlukan perkhidmatan yang bertauliah. 
Terdapat keadaan tertentu yang mana anda terpaksa memerlukan khidmat daripada mereka yang pakar serta mempunyai peralatan yang lengkap untuk mengatasi masalah tersebut seperti rumah mengalami overflow walaupun plebagai kaedah biasa sudahpun dilakukan dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan akibat sinki tersumbat



Terdapat banyak syarikat atau orang perseorangan yang menawarkan perkhidmatan mengatasi masalah sinki tersumbat.


Mereka boleh dihubungi melalui carian pada iklan di media cetak atau internet, kontraktor perpaipan, kontraktor dalaman rumah, syarikat ubahsuai rumah kediaman dan sebagainya.

Biasanya mereka akan datang melawat masalah yang berlaku, menawarkan perkhidmatan pembaikan dengan disertakan sebutharga untuk rundingan harga dan persetujuan kedua-dua pihak sebelum ianya dibuat.

Setelah selesai dan lengkap dengan ujian yang dibuat bersama tuan rumah barulah bayaran dibuat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

gambar: kredit Google

cheers


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2021/01/cara-mengatasi-sinki-tersumbat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Terbaik Selesaikan Masalah Dengan 6 Langkah Mudah Untuk Anda Amalkan

Panduan Terbaik Selesaikan Masalah Dengan 6 Langkah Mudah Untuk Anda Amalkan

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 290 hits
Kalau anda nak selesaikan masalah perlu ada cara yang terbaik untuk selesaikannya Tak boleh sekadar mencongak dalam kepala sambil duduk atas kerusi malas dan cuba selesaikan dalam fikiran sahaja Sepanjang The post appeared first on
Cara Masak Makaroni Bakar Guna Resipi Paling Mudah Ada Keju Memang Sedap

Cara Masak Makaroni Bakar Guna Resipi Paling Mudah Ada Keju Memang Sedap

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 366 hits
Sedapnya Makaroni Bakar Jika anda penggemar hidangan ini resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni tentunya harus dicuba Resipi Makaroni Bakar ini tidak menggunakan banyak bahan Malah cara penyediaannya juga cukup mudah Sesuai bagi anda yang...
Lelaki Ini Kongsi Cara Cetak Kerja Sekolah Anak Terus Ke Printer Guna Handphone Tak Perlu Laptop Mudah Jimat

Lelaki Ini Kongsi Cara Cetak Kerja Sekolah Anak Terus Ke Printer Guna Handphone Tak Perlu Laptop Mudah Jimat

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 448 hits
Apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bukan hanya mereka yang bekerja terlibat bahkan anak anak turut menerima tempias Ini kerana mereka tidak menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah Terbaru Pihak Kementerian Pel...
Cara Buat Popia Carbonara Sedap Mudah Tanpa Guna Sos Segera

Cara Buat Popia Carbonara Sedap Mudah Tanpa Guna Sos Segera

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 419 hits
Teringin nak makan Popia Carbonara yang sangat mudah dan sedap Resipi perkongsian saudari Raja Amanina ni antara yang boleh dicuba Bahan bahannya pun ringkas sahaja Paling penting ia sedap dan buka selera Jom lihat resipinya RESIPI POPIA CA...
Atuk Ini Potong Rambut Pelanggan Guna Besi Panas Kekalkan Cara Tradisional

Atuk Ini Potong Rambut Pelanggan Guna Besi Panas Kekalkan Cara Tradisional

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 260 hits
Penggayaan rambut yang bermacam rupa telah berubah dari zaman ke zaman sama juga seperti kaedah pemotongan yang digunakan kebanyakkan telah beralih kepada teknologi moden yang lebih memudahkan si pemotong rambut Menarik perhatian apabila se...
Menteri Komunikasi Sila Buat Kerja Selesaikan Masalah Internet Dulu

Menteri Komunikasi Sila Buat Kerja Selesaikan Masalah Internet Dulu

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 233 hits
January 25 2021 BANYAK kali dah saya ratibkan Covid 19 ini bukannya baru semalam ada Rancak kita salahkan Kementerian Pendidikan cikgu ibu bapa murid majikan para pekerja et cetera et cetera Tapi sedar atau tidak kita langsung tak menyentuh...
Menggantung Parlimen Tak Bantu Selesaikan Masalah Ekonomi Negara Guan Eng

Menggantung Parlimen Tak Bantu Selesaikan Masalah Ekonomi Negara Guan Eng

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 273 hits
Pada 26 Januari 2021oleh AzieraOleh Aziera NHSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata penggantungan Parlimen oleh Kerajaan Perikatan Nasional tidak akan membantu rakyat Malaysia yang menghadapi masalah dalam krisis Covid 19 ini Guan Eng ya...
5 Cara Mudah Atasi Masalah Susah Tidur Di Malam Hari

5 Cara Mudah Atasi Masalah Susah Tidur Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 409 hits
Susah tidur Selalu tak korang alaminya Sis selalu jugak mengalami masalah susah tidur nie Lagi lagi kalau tengah stress atau ada sesuatu perkara yang menganggu fikiran Jenuh oiii kalau tak boleh tidur nie seakan hilanglah salah satu nikmat ...
Ketahui 7 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut

Ketahui 7 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 400 hits
Kembung perut atau perut masuk angin adalah satu keadaan yang mana perut mengeluarkan gas yang membuatkan seseorang itu berasa tidak selesa Ia boleh dikesan dengan bunyi kembung apabila diketuk dengan jari ataupun berbunyi seperti buih gas ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari