Ketaasuban Mahathir Terhadap Ppsmi Menghairankan


MOHAMED KHALED NORDIN




ULASAN | Hari ini saya ingin berkongsi pandangan sahabat saya, Prof Emeritus Dato Dr Ibrahim Komoo, Felo Utama, Institut Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI) UKM; Pengerusi, Majlis Warisan Kebangsaan mengenai perkara yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Sains bukan sekadar Fizik, Kimia, Biologi, Geologi dan Matematik seperti yang difahami oleh kebanyakan masyarakat Malaysia. Sains Gunaan juga bukan sekadar bidang teknikal yang berkaitan dengan kejuruteraan, pertanian dan perubatan.

Sains ialah kaedah berfikir berasaskan logik, menggunakan fakta hasil ujikaji dan satu kaedah menyelesaikan masalah secara bersistem. Hari ini banyak ilmu bukan Sains Tulen, termasuk ekonomi, pengurusan, antropologi, sosiologi, arkeologi dan sebagainya ialah ilmu sains, umumnya dikenal sebagai Sains Sosial.

Oleh itu, apakah objektif yang cuba dicapai dengan memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)? Apakah, demi kemajuan negara berasaskan bidang teknikal atau sekadar memandaikan warga Malaysia berkomunikasi dalam bahasa Inggeris?

Saya menghormati wawasan Tun Mahathir, beliau pemimpin agung dan ikhlas untuk membantu warga Malaysia. Banyak jasa beliau kepada pembangunan negara dan banyak dasar beliau saya kagumi.

Begitupun, ketaasuban beliau mengenai PPSMI menghairankan saya. Walaupun memahami hasrat beliau, iaitu menjadikan bangsa Melayu mempunyai keupayaan bersaing dalam teknologi tinggi di peringkat global, saya khuatir, usaha ini jika diteruskan ibarat ‘Yang dikejar tak dapat, yang dikandung keciciran’.

Punca kecelaruan pendidikan semasa
Izinkan saya memberikan pandangan mengenai, situasi pendidikan negara dan implikasi menghasilkan modal insan berkeupayaan tinggi.

Isu pendidikan negara bukan soal sistem pendidikan kebangsaan, tetapi soal dasar dan perlaksanaan yang lemah. Membenarkan kepelbagaian pendidikan jenis kebangsaan (Melayu, China, India dan Agama) dan menggalakkan pembangunan pendidikan jenis swasta, pada hemat saya adalah punca kecelaruan pendidikan semasa.
Dengan terdapatnya banyak sistem untuk satu urusan yang sangat penting, pelbagai isu boleh ditimbulkan, dan ramai yang mengambil kesempatan untuk menunjukkan sistem merekalah yang terbaik.

Dalam sistem pendidikan, kerajaan perlu tegas untuk menyelaras satu dasar pendidikan kebangsaan yang jelas dan diterima oleh majoriti, serta memberikan sokongan terbaik mungkin untuk menjayakannya.

Kedua ialah polemik kepentingan mengenai penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa dunia lain. Saya yakin kementerian mengetahui pelbagai masalah dalam menjayakan program ini.

Antaranya ialah kekurangan guru berkualiti dan berkemahiran tinggi mengenai bahasa. Secara berperingkat kita perlu melaksanakan langkah intervensi untuk mengatasi isu ini, umpamanya 
menghantar guru berpotensi belajar ke negara Inggeris atau institusi khas diwujudkan dalam negara.

Atau, mengimpot lebih ramai guru berkalibar dari negara berbahasa Inggeris. Masih banyak yang boleh diperbaiki mengenai urusan ini. Seperti kata perpatah ‘hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih’.

Ketiga, dasar negara membangunkan teknologi watan sebagai pemacu perindustrian moden kurang berjaya dan tidak disokong oleh para pengusaha. Pengusaha dan pengilang lebih cenderung mengimport teknologi luaran kerana lebih mudah, pantas dan menguntungkan.

Sementara institusi R&D negara tidak dibangunkan secara berstrategi, sehingga keupayaan mengeluarkan teknologi watan terbatas. Keadaan ini menyebabkan kurang peluang graduan S&T untuk mendapat pekerjaan, bukan disebabkan kelemahan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Ribuan tesis dalam bahasa Melayu
Tun Mahathir mungkin tidak dimaklumi, perkembangan bahasa Melayu untuk Sains dan Matamatik yang kini telah mencapai tahap matang, setanding dengan bahasa ilmu lain di dunia. Ribuan tesis MSc dan PhD, buku ilmiah dan kertas jurnal berimpak telah ditulis dalam bahasa Melayu.

Semua ini telah dijayakan oleh ilmuwan Melayu sejak tahun 1970 apabila UKM, USM, UPM dan UTM diwujudkan. Hanya mereka yang tidak pernah terdedah dengan urusan keilmuan paras tinggi sahaja kurang mengetahui dan tidak meyakini keupayan bahasa ibunda sebagai bahasa ilmu. Apa yang diperlukan sekarang ialah iltizam politik supaya semua laporan teknikal dan tulisan ilmiah diterbitkan dalam negara mesti ditulis dalam bahasa Melayu.
Tomahan bahawa pelajar dari Sekolah Kebangsaan aliran Melayu tidak berdaya saing dan lemah berkomunikasi adalah usaha berniat jahat dan memperkecilkan dasar pendidikan kebangsaan. Saya adalah bekas pelajar aliran Melayu, masuk ke UKM mendapat ijazah SnSn Kepujian (Geologi) pada tahun 1976. Enam bulan berikutnya saya ke UK melanjutkan pelajaran dan terus mendapat ijazah PhD kurang dari tiga tahun. Memang sukar untuk menulis tesis dalam bahasa Inggeris, tapi itu bukan halangan besar bagi kami dari aliran bahasa Melayu.

Apabila kembali menjadi ahli akademik, saya diundang untuk menyampaikan ratusan Kertas Dasar di luar negara, termasuk negara berbahasa Inggeris, ini tidak menjadi masalah dan pemikiran saya terus dihormati. Saya yakin, ribuan lepasan pelajar aliran Melayu seperti saya berjaya dan dikenali di peringkat global. Sekolah Kebangsaan aliran Melayu telah terbukti memajukan negara dan menyatupadukan warga Malaysia.

Saya mengakui, warga Malaysia sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran, khususnya akibat arus globalisasi. Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan penting adalah satu daripada cabaran ini. Jika tidak berhati-hati, semua pengorbanan untuk nembina tamadun negara bangsa dan jatidiri kebangsaan akan menjadi sia-sia.

Tun Mahathir begitu kagum dengan sikap dan kejayaan masyarakat Jepun dan Korea. Saya juga sering ke sana diundang untuk memberikan khidmat nasihat dalam pembangunan gagasan geopark.
Mereka menyedari kepentingan bahasa Inggeris untuk komunikasi global, tetapi tetap tidak berganjak untuk menjadikan bahasa ibunda sebagai bahasa ilmu yang dihormati dunia.

Saya membuat catatan ini untuk menyatakan pandangan ikhlas, suatu yang amat dekat di hati bangsa Melayu, iaitu penduduk majoriti Malaysia. Usaha yang baik, terbukti berjaya dan telah digerakkan sejak selepas negara mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun lalu, janganlah dikuburkan melalui dasar yang bakal merugikan bangsa Melayu secara jangka panjang.

Apakah ertinya sebuah bangsa berharta, jika bahasanya tidak dihormati dan dipinggirkan di tanah air sendiri.

MOHAMED KHALED NORDIN ialah Naib Presiden Umno.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/ketaasuban-mahathir-terhadap-ppsmi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Ada Sebut Ppsmi Ke Guan Eng

Dr Mahathir Ada Sebut Ppsmi Ke Guan Eng

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 368 hits
Rancangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris terus mendapat kritikan Dan persoalan sama ada ia dibincangkan dalam mesyuarat kabinet bersama jemaah ...
Isu Ppsmi Siti Zainon Anggap Tun Mahathir Hanya Berjenaka

Isu Ppsmi Siti Zainon Anggap Tun Mahathir Hanya Berjenaka

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 338 hits
GOMBAK Penerima Anugerah Sastera Negara ke 14 Profesor Dr Siti Zainon Ismail menyifatkan pengumuman Perdana Menteri yang juga pemangku Menteri Pendidikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains ...
Mahathir Firm On Ppsmi But Concedes Cabinet Has Final Say

Mahathir Firm On Ppsmi But Concedes Cabinet Has Final Say

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 272 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad continues to make his case for the teaching of maths and science in English but conceded that the cabinet will have the final say Mahathir who is also the acting Education Minister had previously taken gov...
Undi Percaya Pas Terhadap Mahathir Sama Seperti Undi Tidak Percaya

Undi Percaya Pas Terhadap Mahathir Sama Seperti Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 296 hits
PAS akan bentang usul undi percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen Implikasinya atau kesannya sangat luas dan sekiranya undi percaya ini gagal maka ia akan dianggap sebagai undi tidak percaya
Ppsmi Menyerlahkan Ciri Maharaja Mahathir

Ppsmi Menyerlahkan Ciri Maharaja Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 272 hits
Dahulu ketika 1MDB menjadi isu hangat Zaid Ibrahim pernah melabelkan Najib Razak memimpin negara bak seorang maharaja Najib dilabelnya sedemikian kerana dilihat mentadbir negara ini secara berkuasa penuh tak boleh ditegur dan sesiapa yang m...
Ppsmi Guan Eng Keliru Tentang Rancangan Dr Mahathir

Ppsmi Guan Eng Keliru Tentang Rancangan Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 307 hits
Diminta mengulas lanjut perkata tersebut setiausaha agung DAP itu berkata beliau tidak pasti mengenai apa yang sebenarnya dinyatakan Mahathir Rancangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula pelaksanaan pengajaran sa...
Memorandum Bantahan Terhadap Perlaksanaan Ppsmi

Memorandum Bantahan Terhadap Perlaksanaan Ppsmi

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 261 hits
Tarikh 1 Februari 2020Kepada Tun Dr Mahathir Mohamad Daripada Pelajar Doktor Falsafah di Jerman Farhan Nasir Calon Doktor FalsafahBidang Logik dan Falsafah BahasaJabatan Sains KomputerFakulti Sains dan MatematikUniversiti T bingen Nor Aziza...
Ppsmi Dr Mahathir Walasal Balik Asal

Ppsmi Dr Mahathir Walasal Balik Asal

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 406 hits
SUSUPAN SOREDr Mahathir Mohamad yang memangku jawatan Menteri Pendidikan selepas Dr Maszlee Malik diminta berundur mengumumkan bahasa pengantar pembelajaran Sains dan Matematik dikembalikan dalam bahasa Inggeris semula Pengumuman ini secara...
Kaji Dulu Masalah Ppsmi Sebelum Laksana Semula Nutp Beritahu Mahathir

Kaji Dulu Masalah Ppsmi Sebelum Laksana Semula Nutp Beritahu Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 382 hits
Putrajaya perlu meneliti dan mengkaji masalah dihadapi semasa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris bermula 2003 hingga 2012 sebelum melaksanakannya kembali kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Ke...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah