Memorandum Bantahan Terhadap Perlaksanaan Ppsmi




Tarikh: 1 Februari 2020

Kepada: *Tun Dr. Mahathir Mohamad*

Daripada: *Pelajar Doktor Falsafah (PhD) di Jerman*

*Farhan Nasir* (farhannasir.academia.edu)
Calon Doktor Falsafah
Bidang: Logik dan Falsafah Bahasa
Jabatan Sains Komputer
Fakulti Sains dan Matematik
Universiti Tübingen (Eberhard Karls)

*Nor Azizah binti Othman* ([email protected])
Calon Doktor Falsafah
Bidang: Linguistik Melayu
Jabatan Pengajian Asia Tenggara
Fakulti Linguistik, Kebudayaan, dan Kesenian
Universiti Frankfurt (Goethe)

*Faraha Hamidi* ([email protected])
Calon Doktor Falsafah
Bidang: Sastera Malaysia
Jabatan Pengajian Asia Tenggara
Fakulti Linguistik, Kebudayaan, dan Kesenian
Universiti Frankfurt (Goethe)

*Fairuzzaman Shaharuddin* ([email protected])
Calon Doktor Falsafah
Bidang: Politik Asia Tenggara
Jabatan Pengajian Asia Tenggara
Fakulti Linguistik, Kebudayaan, dan Kesenian
Universiti Frankfurt (Goethe)

Kami beberapa pelajar warganegara Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian doktor falsafah di Jerman ingin menyuarakan bantahan terhadap cadangan perlaksanaan PPSMI yang disuarakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Mahathir Mohamad pada beberapa hari yang lepas. Kami merasakan suara kami harus didengari atas kapasiti kami sebagai pelajar pasca siswazah yang sedang mengkaji bahasa dari sudut pandang sejarah, kebudayaan, sastera, dan politik sehinggalah ke sudut pandang teori, formal, dan teknikal. Kami akan hujahkan suara kami di sini dalam tiga tema utama: (1) bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kerana sifat bahasa itu yang hidup, (2) bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara pendidikan kerana majoriti rakyat berbahasa Melayu sebagai bahasa pertama, (3) dan prestasi penterjemahan bahasa Melayu berbanding bahasa Jerman.

*(1) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu.*

Dengan mengatakan suatu bahasa sebagai bahasa ilmu kami maksudkan penggunaan bahasa tersebut secara menyeluruh sama ada pada tahap perbincangan keilmuan sehinggalah penggunaannya dalam bahasa pendidikan dan bahasa percakapan seharian.

Kami lihat ianya bukanlah satu masalah untuk bahasa Melayu digunakan sebagai pengantar dalam perbincangan keilmuan dalam kalangan pakar. Jika pakar sesuatu bidang itu sudah menguasai bahasa Melayu dalam masa yang sama sudah menguasai bidang tersebut, apalah lagi masalah beliau untuk menjelaskan bidang kepakarannya itu dalam bahasanya. Pakar juga seharusnya mempunyai hak untuk terjemah suatu istilah. Pakar lain juga mempunyai hak untuk membantah. Namun akhirnya, istilah terjemahan suatu bidang itu bergantung kepada pakar bidang itu sendiri dan bukannya kepada orang lain. Maka, masalahnya menjadi sama ada pakar itu hendak atau tidak hendak membuat penyampaian dalam bahasa Melayu; dan, bukannya lagi masalah boleh atau tidak boleh ianya disampai dalam bahasa Melayu.

Persoalan yang lebih utama ialah mengapa perlunya kita menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Selain dengan menjawap mengapa pula tidak perlunya atas alasan ini identiti kita sendiri, ingin juga kami menekankan bahawa bahasa ialah suatu pengantara yang langsung untuk manusia mencapai kebenaran. Kesemua takrif dan penghujahan, bagi suatu konsep contohnya, akan diabadikan dalam bentuk kata-kata. Maka bukankah ianya lebih mudah bagi kita untuk faham suatu perkara apabila ianya diungkapkan dengan bahasa ibunda kita? Ambil contoh perkataan terhadap konsep “compute”, “computable”, “computability”, “incomputable”, dan “incomputability” dalam sains komputer. Bukankah ianya lebih intuitif jika kami sebut hitung, boleh hitung, kebolehhitungan, tak boleh hitung, dan ketakbolehhitungan? Bukankah sesiapa yang cuma membayangkan jasad suatu komputer riba apabila disebut perkataan “komputer” kepadanya selama ini sekurang-kurangnya sekarang akan terlintas di fikiran mereka perkaitan antara komputer dengan perbuatan menghitung? Ya, memang ada perkaitan yang sangat-sangat asasi (rujuk tesis Church-Turing). Akhirnya hampir semua takrif dan penghujahan bagi suatu konsep amat berkait rapat dengan pengabdiannya dalam bentuk perkataan dan ayat. Takrifnya kemudian dijadikan dengan lebih rapi oleh pakar dan penghujahan terhadapnya boleh di buat dengan secara intuitif di mata pakar juga di mata bukan pakar.

Namun situasi keilmuan di Malaysia pula sudah menjadi kebiasaan untuk meminjam bahasa Inggeris secara membuta tuli. Malah menggunakannya dengan secara rojak dalam perbualan keilmuan. Jangan terkejut jika ditanya apa itu “hipotesis nul” pada graduan PhD sains juga sains sosial di Malaysia akan tetapi sedikit pun mereka tidak tahu mengenainya walaupun ianya suatu kaedah paling asasi dalam sains. Juga dengan alasan mereka berulang kali mengatakan istilah sains sudah terlalu banyak dalam bahasa Inggeris walaupun tiada masalah pun untuk pakar atau mereka sendiri menterjemahkannya. Terjemahan istilah boleh dibuat terhadap konsep akarnya. Terbitan-terbitan istilah yang lain terhadap konsep akar ni kemudiannya akan menjadi lebih mudah untuk diterjemah dan justeru difahami. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

*(2) Minat maka Mampu.*

Bagi kami minat pelajar sekolah terhadap bidang STEM adalah jauh lebih utama dan penting berbanding pembelajaran bidang STEM dalam bahasa Inggeris. Kemampuan mereka dalam bahasa Inggeris dalam bidang STEM boleh diajar selepas minatnya sudah dipupuk.

Secara teorinya, seperti yang saya telah perjelaskan tadi bukankah lebih mudah untuk pelajar sekolah yang buah fikirannya masih berlegar dalam bahasa Melayu memahami konsep-konsep penting dalam STEM dengan menggunakan bahasa Melayu? Secara empiriknya pula, bukankah sudah ada beberapa kajian yang menunjukkan kemeruduman penyertaan dan markah dalam bidang STEM selepas perlaksanaan PPSMI yang lepas? Apa pula respons tuan terhadap dapatan-dapatan kajian ini?

Bahasa Melayu sudah cukup dan mampu secara sepenuhnya untuk digunakan sebagai pengantara sehingga ke tahap sekolah menengah (malah di tahap universiti sekalipun). Jika pelajar tersebut sudah memahami suatu konsep dalam bidang STEM dalam masa yang sama sudah menguasai asas bahasa Inggeris apakah pula alasannya lagi walaupun beliau contohnya ingin melanjutkan pengajian di luar negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar?

Minat terhadap ilmu STEM datang dahulu, kemudian usaha. Tidak kisah jugalah jika beliau masih tidak fasih dalam bahasa Inggeris. Jika minat itu sudah ada beliau seharusnya mampu berusaha kemudiannya untuk mengatasi masalah kekangan bahasa tersebut. Jika minat pun tiada apa gunanya tahu istilah sains dalam bahasa Inggeris. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Bak kata ada seorang saudara di Facebook: Persatuan Bumi Penyek pun boleh buat persidangan dalam bahasa Inggeris. 

*(3) Budaya Keilmuan di Jerman.*

Tidak dinafikan lagi bagaimana penggunaan bahasa Jerman yang menyeluruh di Jerman untuk urusan rasmi juga tidak rasmi dalam industri, pendidikan, dan pengurusan pendidikan sehinggalah ke tahap universiti. Namun kami ingin tumpukan perhatian kepada budaya dalam penggunaan bahasa Jerman terhadap keilmuan di Jerman.

Sangat lazim untuk perbualan keilmuan antara pakar sesama pakar, pakar sesama pelajar, mahupun pelajar sesama pelajar dibuat dalam bahasa mereka sendiri melainkan ada orang bersamanya yang tidak memahami bahasa rasmi mereka. Bahasa Inggeris mereka secara purata tidaklah jauh lebih hebat daripada kita. Seringkali juga mereka terlupa istilah dalam bahasa Inggeris semasa berbual dalam bahasa Inggeris. Namun mereka masih boleh sahaja berkomunikasi dengan mentakrif terus istilah tersebut tanpa mengetahui istilahnya dalam bahasa Inggeris. Ini menunjukkan mereka berfikir di kepala mereka terhadap konsep-konsep asasi ini dengan menggunakan bahasa ibunda mereka sungguhpun mereka sudah berpangkat profesor. Ini juga dalam masa yang sama menunjukkan ketidaktahuan istilah dalam bahasa Inggeris bukanlah suatu masalah besar pun. Konsep atau makna terhadap suatu istilah adalah lebih penting terhadap istilah tu sendiri.

Terjemahan mereka terhadap konsep-konsep yang kompleks boleh dikatakan jauh lebih rapi yang melambangkan pemahaman pengetahuan mereka secara umum terhadap konsep tersebut. Bukanlah alasan kita untuk katakan mudah untuk mereka dalam penterjemahan kerana mereka sudah “terkehadapan”. Mereka telah dan masih lagi berusaha keras dalam penterjemahan istilah kerana banyak istilah ilmu dalam bahasa Inggeris diterbit daripada rumpun bahasa Roman (cth: Latin) walaupun bahasa Inggeris berada di dalam rumpun bahasa Jermanik. Konsep perhitungan seperti contoh di atas itu tadi orang Jerman menggunakan kata kerja “rechnen” sebagai kata dasar berbanding meminjam daripada terbitan bahasa Latin “compute” seperti yang dilakukan Inggeris.

Jika kita mengambil contoh dinamika bahasa negara jiran serumpun, Indonesia, kita dapati bahawa kemajuan bahasa mereka dilihat semakin jitu. Malah, banyak sarjana luar mahupun penduduk dari Benua Eropah yang datang mempelajari dan beradaptasi dengan bahasa Indonesia sekaligus berintegrasi dengan budaya tempatan. Ini kerana setiap warga Indonesia percaya dan mengakui peri pentingnya identiti itu dipertahankan meskipun dalam sub-etnik yang rencam mereka bersatu dalam identiti ini: Bhinneka Tunggal Eka. Pada hemat kami, jika kita, khususnya pemerintah sendiri, ragu-ragu dengan kebolehan identiti negara sendiri justeru siapa lagi yang mahu kita harapkan?

*Penutup.*

Akhir kata, tiada alasan lagi untuk kata bahasa Melayu tidak boleh digunakan sebagai bahasa ilmu. Kerana ianya bukan masalah boleh atau tidak boleh tapi hendak atau tidak hendak. Juga tiada alasan lagi untuk kata pengajian STEM dalam bahasa Inggeris boleh meningkatkan perkembangan dalam sains dan teknologi di Malaysia. Kerana penggunaan bahasa bukan ibunda boleh menghancurkan minat pelajar itu sendiri dalam bidang STEM.

Nasihat akhir kami adalah untuk memohon tuan untuk tidak bertindak mengikut pendapat yang autoritatif tanpa merujuk kepada suara-suara yang lain. Berikanlah peluang kepada suara-suara sarjana, penulis, ibubapa dan semua rakyat Malaysia sebelum perkara ini dilaksanakan. Berikanlah kepercayaan kepada rakyat sendiri. Apakah semangat sidang umum (town hall meeting) telah turut mati?

Berikanlah musabab sama ada secara empirik ataupun teori. Rujuklah kajian-kajian yang sudah dilaksanakan supaya pendapat itu boleh kita bahaskan sebelum perkasaannya. 

Jika kita sendiri sedari awal mensudutkan pendapat-pendapat ini ataupun kajian-kajian ini, ibaratnya semua usaha kajian sebelum ini seperti hujan yang jatuh ke pasir.

Sekian, terima kasih takterpermanai.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/memorandum-bantahan-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketaasuban Mahathir Terhadap Ppsmi Menghairankan

Ketaasuban Mahathir Terhadap Ppsmi Menghairankan

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 225 hits
MOHAMED KHALED NORDIN ULASAN Hari ini saya ingin berkongsi pandangan sahabat saya Prof Emeritus Dato Dr Ibrahim Komoo Felo Utama Institut Alam Sekitar Pembangunan UKM Pengerusi Majlis Warisan Kebangsaan mengenai perkara yang sedang hangat d...
Dedah Dapatan Kajian Ppsmi Baru Buat Keputusan Mahdzir

Dedah Dapatan Kajian Ppsmi Baru Buat Keputusan Mahdzir

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 217 hits
Mahdzir Khalid KUALA LUMPUR Kesiapsiagaan para pendidik dalam aspek penguasaan bahasa Inggeris dalam dua subjek Sains dan Matematik adalah perkara yang perlu diberi keutamaan serius sebelum melaksanakan pengajaran itu dalam bahasa tersebut ...
Perkasakan Dlp Sebelum Perkenal Semula Dasar Ppsmi

Perkasakan Dlp Sebelum Perkenal Semula Dasar Ppsmi

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 343 hits
2 Feb 2020 Pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kembali menjadi isu yang hangat ketika ini Jika pada tahun 2008 PPSMI pernah dilaksanakan tetapi dimansuhkan secara berperingkat pada tahun 2012 ekoran bantahan daripada...
Ppsmi Kerajaan Diharap Tidak Tergesa Gesa Dedahkan Dahulu Hasil Kajian Mahdzir

Ppsmi Kerajaan Diharap Tidak Tergesa Gesa Dedahkan Dahulu Hasil Kajian Mahdzir

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 386 hits
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berpandangan hasil kajian Pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang kembali menjadi isu yang hangat ketika ini perlu didedahkan kajiannya Menurut beliau yang juga mantan Me...
Ppsmi Apa Nie Ching Buat Selama Ini

Ppsmi Apa Nie Ching Buat Selama Ini

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 216 hits
Dr Kamarul Zaman YusoffPada 16 Julai 2019 Fahmi Fadzil Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai pernah bertanya kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Apakah pendirian kerajaan terhadap PPSMI adakah ia akan diperkenalkan semula dan jika ya a...
Kembalikan Ppsmi Tidak Adil Kepada Pelajar Luar Bandar

Kembalikan Ppsmi Tidak Adil Kepada Pelajar Luar Bandar

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 203 hits
Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan sebahagian pembeli Residensi Jaya Rumah Selangorku mengenai isu kediaman residensi tersebut di Bili...
Kita Boleh Maju Tanpa Ppsmi

Kita Boleh Maju Tanpa Ppsmi

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 237 hits
Datuk Dr Ir Ts Badhrulhisham Abd Aziz Orang Jepun masih kuasai Sains teknologi bangga bahasa ibundaKEBELAKANGAN ini isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris hangat diperbahaskan bila Tun Dr Mahathir Mohamad ...
Ppsmi Dasar Yang Gagal Rugikan Anak Anak Kita Khaled Nordin

Ppsmi Dasar Yang Gagal Rugikan Anak Anak Kita Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR Cadangan melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menunjukkan kegagalan kerajaan untuk tampil dengan dasar yang segar dan baharu ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled...
Perkasa Dulu Dlp Jangan Tergesa Gesa Laksana Ppsmi

Perkasa Dulu Dlp Jangan Tergesa Gesa Laksana Ppsmi

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 284 hits
Dah lama tak dengar kempen Program Imersif TinggiBANGI Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengingatkan kerajaan supaya tidak tergesa gesa dalam memutuskan pelaksanaan dasar dasar berkaitan pendidikan termasuk Pengajaran dan ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


29 Flights Half Price Cruises Whether It S Black Friday Or Travel Tuesday Deals Abound

Hiburan Saya Dah Hari Ke 34 Doakan Saya Misi Selawat 40 Hari Hampir Selesai Ruhainies Akui Rasai Perubahan

Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah