Kestabilan Institusi Raja Lebih Penting Daripada Politik Perlis Dr Maza













KANGAR – Krisis politik yang melanda Perlis ketika ini dilihat tidak begitu menggusarkan rakyat negeri itu selagi institusi Raja terus berfungsi seperti biasa dan memainkan peranan aktif menjaga kebajikan rakyat.


Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, suasana politik di Perlis tidak boleh disamakan sepenuhnya dengan negeri lain kerana ia dibentuk oleh budaya serta hubungan rapat antara Istana dan rakyat.


Menurut beliau, walaupun terdapat berita mengenai penarikan sokongan terhadap kerajaan negeri, pemecatan pemimpin serta peletakan jawatan Menteri Besar, majoriti rakyat Perlis dilihat tenang dan tidak menganggap situasi itu sebagai satu kegawatan besar.


“Bagi kebanyakan rakyat Perlis, selagi Istana Perlis berfungsi seperti biasa, perubahan kerajaan atau ahli politik tidak terlalu meresahkan mereka,” katanya.


Dr. Mohd Asri menjelaskan, antara faktor utama yang membentuk kestabilan emosi rakyat Perlis ialah peranan institusi Raja yang dekat dengan denyut nadi kehidupan rakyat, hidup sederhana serta tidak dikaitkan dengan kemewahan melampau.


Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan aktif Raja Muda Perlis yang disifatkan sebagai faktor penting dalam mencorakkan wajah negeri itu hari ini, khususnya dalam aspek kebajikan rakyat dan pembangunan negeri.


Katanya, melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), pelbagai usaha turun padang dilaksanakan secara konsisten bagi membantu rakyat yang memerlukan.


“Keprihatinan Raja dan Raja Muda Perlis terhadap hal ehwal rakyat, termasuk perkara kecil, memberi rasa selamat dan keyakinan kepada rakyat bahawa kebajikan mereka tetap terbela,” ujarnya.


Tambah beliau, keadaan itu menyebabkan rakyat Perlis lebih menaruh harapan kepada kestabilan institusi Raja berbanding pergolakan politik semasa.


“Jika sebuah kerajaan yang berwawasan dapat bergerak seiring dengan Istana yang bertanggungjawab, Perlis berpotensi untuk melangkah lebih jauh dalam pelbagai aspek,” katanya.


Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
.
Sumber : KOSMO!
.
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.
.
#PerlisPermai
#VisitPerlis
#VisitPerlis20242026
#PakatMaiPerlis
#TahunMelawatPerlis






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/kestabilan-institusi-raja-lebih-penting.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raja Perlis Tegur Adun Mahu Polemik Politik Dihentikan Segera

Raja Perlis Tegur Adun Mahu Polemik Politik Dihentikan Segera

papar berkaitan - pada 30/12/2025 - jumlah : 89 hits
ARAU 28 Disember Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menegur sikap Ahli Dewan Undangan Negeri susulan pergolakan politik yang berlaku antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di negeri berkenaan Titah Baginda pergolakan poli...
Krisis Politik Perlis Wujud Dalang Perlukan Lampu Ajaib Pastikan Situasi Tidak Berjangkit

Krisis Politik Perlis Wujud Dalang Perlukan Lampu Ajaib Pastikan Situasi Tidak Berjangkit

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 113 hits
Faida RahimDr Mohamad Tawfik berkata kegagalan menghargai mandat pengundi sehingga tercetus krisis politik ini amat mengejutkan FB Mohammad Tawfik YaakubKUALA LUMPUR Situasi keadaan politik di Perlis jelas dipelopori oleh pihak tertentu yan...
Pergolakan Berlaku Sebab Lebih Berpolitik Berbanding Utamakan Rakyat Pengerusi Ph Perlis

Pergolakan Berlaku Sebab Lebih Berpolitik Berbanding Utamakan Rakyat Pengerusi Ph Perlis

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 88 hits
Pergolakan yang berlaku di Perlis menunjukkan kepimpinan Perikatan Nasional lebih mengutamakan politik berbanding kestabilan negeri dan rakyat Pengerusi Pakatan Harapan Perlis Noor Amin Ahmad berkata situasi tersebut tidak sepatutnya berlak...
Menjelang Pru16 Pas Akan Bincang Kesan Politik Perlis Kerjasama Bersatu

Menjelang Pru16 Pas Akan Bincang Kesan Politik Perlis Kerjasama Bersatu

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 104 hits
Mohamad FadliKUALA LUMPUR PAS akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan kesan isu politik di Perlis termasuk kerjasama dengan Bersatu kata Naib Presiden Mohd Amar Abdullah Amar berkata isu berkenaan masih belum dibincangkan ...
Hadi Awang Isu Projek Antara Punca Krisis Politik Di Perlis

Hadi Awang Isu Projek Antara Punca Krisis Politik Di Perlis

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 105 hits
Malaysiakini nbsp Isu melibatkan beberapa projek di Perlis antara punca krisis politik yang membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar Mohd Shukri Ramli Bercakap pada satu sidang media di Marang hari ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang be...
Wan Saiful Salahkan Mahiaddin Yassin Berkait Krisis Politik Di Perlis

Wan Saiful Salahkan Mahiaddin Yassin Berkait Krisis Politik Di Perlis

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 96 hits
Krisis politik Perlis Wan Saiful salahkan Mahiaddin YassinK PRAGALATHAhli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan menyalahkan presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin ekoran Langkah Kangar yang telah berlaku Bagi saya apa yang berl...
Dr Maza Mahu Bukti Anggap Tuduhan Projek Di Perlis Tak Ikut Peraturan Menakutkan

Dr Maza Mahu Bukti Anggap Tuduhan Projek Di Perlis Tak Ikut Peraturan Menakutkan

papar berkaitan - pada 28/12/2025 - jumlah : 99 hits
Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr MAZA menegaskan sebarang tuduhan yang mengaitkan krisis politik di Perlis dengan beberapa projek di negeri itu yang didakwa tidak mengikut peraturan perlu disertakan bukti kukuh dan bukan sekadar...
Prestasi Ekonomi Perlis Terus Perlahan Krisis Politik Pn Tambah Parah Keadaan

Prestasi Ekonomi Perlis Terus Perlahan Krisis Politik Pn Tambah Parah Keadaan

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 103 hits
December 26 2025Prestasi ekonomi negeri sebelum ini tidak banyak berubah Buktinya apabila data rasmi menunjukkan negeri itu gagal mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan sepanjang tempoh pentadbiran Perikatan Nasional Lebih membimbangkan...
Bersatu Seru Semua Pihak Bertenang Susulan Kemelut Politik Perlis

Bersatu Seru Semua Pihak Bertenang Susulan Kemelut Politik Perlis

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 142 hits
KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia menegaskan perkembangan politik di Perlis yang melibatkan pengguguran keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri PAS serta peletakan jawatan Menteri Besar perlu ditangani secara matang dan berhemah ...
Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Easy Beef Liver Recipe Goan Style

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


2025 Bukan Tahun Sempurna Tetapi Cukup Bermakna

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Doorgift Kenduri Dapat Kek Coklat Moist

Tabir Jendela 2026 Bermula Selamat Tahun Baru Buat Semua

Hari Bonus 2025 30 12 25

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025