Prestasi Ekonomi Perlis Terus Perlahan Krisis Politik Pn Tambah Parah Keadaan




 

Zahid AmranDecember 26, 2025Prestasi ekonomi negeri Perlis sebelum ini tidak banyak berubah. Buktinya, apabila data rasmi menunjukkan negeri itu gagal mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan sepanjang tempoh pentadbiran Perikatan Nasional (PN).


Lebih membimbangkan, kelembapan ekonomi itu berlaku serentak dengan krisis politik dalaman yang kini menggugat kestabilan pentadbiran negeri.


Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Perlis kekal sebagai negeri dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) paling kecil di Malaysia, menyumbang kurang daripada 0.5 peratus kepada ekonomi negara




Malah, pertumbuhan ekonomi Perlis sepanjang tempoh 2020 hingga 2023 jauh ketinggalan berbanding purata nasional, walaupun negara mencatat pemulihan ketara pasca pandemik COVID-19.
Menurut Laporan KDNK Negeri oleh DOSM dan Tinjauan Ekonomi Kementerian Ekonomi, struktur ekonomi Perlis terlalu bergantung kepada sektor tradisional seperti pertanian, perkhidmatan asas dan perbelanjaan kerajaan.




Negeri itu gagal menarik pelaburan berskala besar atau membangunkan sektor bernilai tinggi yang mampu menjana pekerjaan serta pendapatan baharu kepada rakyat.




Lebih ketara, sepanjang tempoh pemerintahan PN, tiada projek pemangkin ekonomi berskala besar diumumkan di Perlis.
Ini menyebabkan pemulihan ekonomi negeri bergerak perlahan, sedangkan negeri-negeri lain mula menunjukkan peningkatan hasil dan pelaburan.
Keadaan ini bertambah buruk apabila Perlis kini berdepan krisis politik dalaman, walaupun hanya mempunyai satu kerusi pembangkang.
Pertelingkahan dalam kalangan wakil rakyat PN sendiri sehingga mencetuskan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar mencerminkan kegagalan tadbir urus yang serius.




Hakikatnya, kegagalan memulihkan ekonomi Perlis tidak boleh dipisahkan daripada ketidakstabilan politik.
Ketika pimpinan negeri sibuk bergelut mempertahankan jawatan, rakyat terus berdepan kekurangan peluang pekerjaan, pendapatan rendah dan ketiadaan hala tuju ekonomi yang jelas.
Negeri seperti Perlis memerlukan kepimpinan stabil, dasar pelaburan agresif dan sokongan persekutuan yang kukuh untuk keluar daripada perangkap ekonomi kecil.
Namun sehingga kini, semua itu masih gagal dizahirkan.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/prestasi-ekonomi-perlis-terus-perlahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Awang Isu Projek Antara Punca Krisis Politik Di Perlis

Hadi Awang Isu Projek Antara Punca Krisis Politik Di Perlis

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 81 hits
Malaysiakini nbsp Isu melibatkan beberapa projek di Perlis antara punca krisis politik yang membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar Mohd Shukri Ramli Bercakap pada satu sidang media di Marang hari ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang be...
Krisis Politik Perlis Wujud Dalang Perlukan Lampu Ajaib Pastikan Situasi Tidak Berjangkit

Krisis Politik Perlis Wujud Dalang Perlukan Lampu Ajaib Pastikan Situasi Tidak Berjangkit

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 86 hits
Faida RahimDr Mohamad Tawfik berkata kegagalan menghargai mandat pengundi sehingga tercetus krisis politik ini amat mengejutkan FB Mohammad Tawfik YaakubKUALA LUMPUR Situasi keadaan politik di Perlis jelas dipelopori oleh pihak tertentu yan...
Wan Saiful Salahkan Mahiaddin Yassin Berkait Krisis Politik Di Perlis

Wan Saiful Salahkan Mahiaddin Yassin Berkait Krisis Politik Di Perlis

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 74 hits
Krisis politik Perlis Wan Saiful salahkan Mahiaddin YassinK PRAGALATHAhli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan menyalahkan presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin ekoran Langkah Kangar yang telah berlaku Bagi saya apa yang berl...
Bersatu Seru Semua Pihak Bertenang Susulan Kemelut Politik Perlis

Bersatu Seru Semua Pihak Bertenang Susulan Kemelut Politik Perlis

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 116 hits
KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia menegaskan perkembangan politik di Perlis yang melibatkan pengguguran keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri PAS serta peletakan jawatan Menteri Besar perlu ditangani secara matang dan berhemah ...
Pas Lawan Pas Krisis Tebuk Atap Di Perlis Paling Hina Mahfuz

Pas Lawan Pas Krisis Tebuk Atap Di Perlis Paling Hina Mahfuz

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 91 hits
Malaysiakini nbsp Amanah melihat pergolakan kerajaan Perlis adalah potret sebenar kegagalan PAS dan PN apabila diberi kuasa tanpa disiplin dan keupayaan mentadbir sekali gus menyaksikan tebuk atap paling hina berlaku Naib presidennya Mahfuz...
Pas Bersatu Dari Halal Tebuk Atap Ke Komedi Politik Di Perlis

Pas Bersatu Dari Halal Tebuk Atap Ke Komedi Politik Di Perlis

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 80 hits
DR SHAHNOR BASRIDecember 26 2025Kenyataan Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu lima ADUN Bersatu turut dikenakan tindakan seperti trio Pas di Perlis sebenarnya bukan soal disiplin parti atau integriti politik Ia ...
Mb Perlis Letak Jawatan Politik Machiavelli Pas Dan Pn Pusat

Mb Perlis Letak Jawatan Politik Machiavelli Pas Dan Pn Pusat

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 86 hits
Syam GhazShukri Ramli Disingkirkan Tanpa Perikemanusiaan oleh PAS Pusat PN Pusat dan Pas Perlis Ini Nasib bekas MB Perlis yang disingkirkan secara terancang oleh PAS Pusat PN Pusat dan PAS Perlis Dilantik oleh PAS dan Perikatan Nasional kem...
Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Terus Meningkat Kepada 10 740 Orang Berbanding 2 027 Mangsa Yang Direkodkan Semalam

Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Terus Meningkat Kepada 10 740 Orang Berbanding 2 027 Mangsa Yang Direkodkan Semalam

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 129 hits
KUANTAN Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 10 740 orang berbanding 2 027 orang yang direkodkan semalam Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Che Adam A Rahman berkata kesemua mangsa daripada 3 566 keluarga...
Apa Itu Luno Cara Aku Faham Bitcoin Dengan Cara Paling Perlahan

Apa Itu Luno Cara Aku Faham Bitcoin Dengan Cara Paling Perlahan

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 118 hits
Aku bukan mula dengan niat nak kaya Aku mula sebab nak faham Bitcoin ni lama dah aku dengar Orang cerita naik orang cerita jatuh Ada yang tunjuk screenshot untung ada yang diam bila rugi Masa tu aku sedar satu benda ramai bercakap tapi tak ...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Uqasha Senrose Tegas Rumah Baharu Dibeli Dengan Duit Sendiri Tidak Terpengaruh Kritikan Netizen


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Walaupun Tak Dapat Grand Prize Rezeki Tetap Ada

Kerabat Diraja Dan Kerajaan Arab Saudi Semakin Keliru Dengan Sistem Kehakiman Negara Kita

Iskandar Ismail Golimaar Chord

Factory Specials The 10 Best Production And Concept Bikes Of 2025

Tips Urus Kewangan Bersama Pasangan Cara Elak Konflik