Kesedaran Tentang Autism Spectrum Disorder Adakah Anda Memahaminya


Assalamualaikum
Bismillah

Selamat Ulang Tahun yang ke 9 tahun buat adikku yang bongsu Akim. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Aku jarang sebenarnya nak berkongsi kisah peribadi di blog. Cuma kisah kali ini aku ingin pahatkan di dalam blog sebagai kenangan kerana adikku yang satu ini begitu istimewa.

Ya, istimewa kerana adikku disahkan sebagai Autisme pada penghujung tahun 2022. 
Kisah Adikku AutismeAku pernah kongsikan sebelum ini di blog bahawa adik aku lambat bercakap walaupun pada ketika itu umurnya dah masuk 5 tahun.
Sebenarnya kami dah mengambil langkah awal waktu adik aku masih berusia 3 tahun lagi. Cuma nak tunggu temujanji untuk mendapatkan rawatan juga mengambil masa beberapa bulan kerana perlu mengikut giliran. 
Nak pergi swasta tak mampu. Jadi pergi Hospital Kerajaan sahaja. 
Temujanji pertama adik aku ialah berjumpa dengan speech therapist. Kemudian jumpa pakar untuk bahagian pendengaran kerana risau adik aku mempunyai masalah pendengaran. 
Alhamdulillah setelah diteliti, adik aku tidak mempunyai masalah pendengaran. Setelah itu, adik aku kena berjumpa pula dengan pakar psikiatri. 
Dan proses nak jumpa pakar pun mengambil masa bertahun sampailah adik aku masuk pra-sekolah. 
Mulanya, aku pun ingat adik aku mungkin ada masalah kurangnya pergaulan menyebabkan dia lambat bercakap. Dan ternyata sangkaan aku meleset. Apabila dah masuk pra-sekolah keadaan semakin teruk. 
Pada masa itu lagi PKP, adik aku sekolah cuma 3 bulan sahaja. Bayangkan nak pujuk ke sekolah pun punyalah susah. Hari-hari bergaduh dengan adik. Hari-hari paksa mandi. Allahu kalau ingat balik, nak menangis pun ada, nak ketawa pun ada. Hahaha~
Apabila dia dah mula rasa seronok nak sekolah, tiba-tiba PKP. Sepanjang PKP pula langsung tak belajar online walaupun dah puas dipujuk oleh mak dan cikgu. Dan setiap kali kelas online mak aku pula belajar. Adik aku langsung tak nak dengar. Malahan mengamuk. Aku kasihan sangat dengan mak masa tu. 
Aku pun tak tahu nak buat apa sebab kerja-kerja rumah semua pun di handphone mak aku. Dan masa tu lagi mak aku kerja. Memang complicated. Sampaikan kami dah give up nak paksa adik aku belajar kelas online. Hahaha
Cikgu adik aku pun tak dapat nak buat apa juga. Bayangkan sampai hujung tahun adik aku tak hadir kelas online. 
Pejam celik adik aku pun masuk tahun 1. Dahlah susah nak pujuk pergi sekolah. Saat fikiran dia masih lagi fikir dia pra-sekolah, sekali sampai sekolah tiba-tiba masuk kelas lain pula. Pening kami memikirkan macam mana nak terangkan kat adik aku. 
Hari-hari hantar ke sekolah dan tanya guru-guru macam mana perkembangan dia. Cikgu sampai putus asa sebab adik aku bergaul dengan kawan pun tidak. Dan paling sedih sekali apa-apa yang diajar pun tak faham. Dengan silibus yang semakin susah. 
Cuma yang bagusnya, adik aku sangat mendengar arahan cikgu dan mengikut peraturan. Itu yang kebanyakkan guru-guru puji. Namun, apabila melibatkan soal akademik dan kokurikulum, adik aku sangat slow dan tidak boleh follow up apa yang guru ajar

Apabila dia tak dapat catch up, akhirnya dia rasa dirinya tidak pandai. Kawan-kawan semuanya pandai. Apabila ditanya, satu patah apapun cikgu tak faham. Sebenarnya aku rasa sedih tau. 
Bayangkan kita berada di dalam satu kelas, kawan-kawan semuanya pandai bercakap, boleh membaca. Kita sorang saja pelat, nak bercakap orang tak faham. Bila ditanya struggle nak bagi orang faham. 
Kita yang dewasa kalau orang tak faham pun jenuh juga nak explain benda tu berulang-kali apatah lagi kanak-kanak. 
Sampai akhirnya adik aku hilang rasa keyakinan terhadap dirinya. Tidak dapat express emosi menyebabkan dia cepat mengamuk. 
Dipendekkan cerita, masuk Tahun 2 keadaan masih tidak berubah. Adik aku tidak ke sekolah sebab rasa dirinya tak pandai. Tahun lalu adik aku datang ke sekolah semasa ujian sahaja. 
Bukan itu sahaja, semasa menonton televisyen tak silap aku filem P.Ramlee, adik aku nampak scene kena denda, terus adik aku bagitau cikgu ada denda dia. Kami terkejut juga sebenarnya. 
Bukannya marah pasal cikgu denda. Cuma tidak dimaklumkan saja dengan kami. Aku cuma tak nak adik aku trauma saja ke sekolah. Dan apabila mak aku tanya cikgunya. Tiada yang mengaku. Kecewa sebenarnya, tetapi tak apalah

Sepanjang adik aku tahun 2 tu, pelbagai usaha yang kami lakukan untuk pujuk dia pergi sekolah sebab kami tidak mahu dia ketinggalan pelajaran sahaja sementara tunggu temujanji dia yang berbulan lamanya. 
Sampaikan pada suatu hari, adik aku mengamuk di sekolah tanggalkan baju. Dan cikgu tak maklumkan langsung dengan mak aku masa tu. Sebab kalau mak aku tahu, dia takkan biarkan adik aku macam tu. Kami akan bawa adik aku balik supaya tidak mengganggu sesi pembelajaran. 
Itupun kami tahu dari guru besar sebab mak aku nak minta kebenaran untuk tidak menghantar adik aku ke sekolah sehingga temujanji adik aku berjumpa dengan doktor. 
Autism Spectrum Disorder (ASD)Dan apabila dah sampai tarikh temujanji Bulan September, mak aku terus minta surat daripada doktor untuk berjumpa dengan pakar di Hospital Bukit Padang. Sebab kami nak surat dari doktor supaya adik aku dapat pindah dari kelas aliran perdana ke pendidikan khas. 
Cuma pihak sekolah tak dapat pindahkan adik aku tanpa surat pengesahan dari doktor. 
Pada sekitar bulan Oktober barulah doktor buat pengesahan bahawa adik aku dikategorikan sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD) tahap sederhana. Pada waktu ini, aku berasa lega sangat-sangat sebab at least kami tahu adik aku lain dari kanak-kanak yang lain kerana dia kanak-kanak yang istimewa. 
Bayangkan dari umur 2 tahun lebih sampailah umur dia 9 tahun. Banyak sangat prosesnya dan penantian mencari tahu punca kenapa itu akhirnya terjawab. 
Apabila dah dapat tahu keadaan sebenar adik aku, kena pergi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengurus KAD OKU. Dan hantar surat ke Kementerian Pendidikan untuk peralihan kelas dari aliran perdana ke kelas pendidikan khas. 
Alhamdulillah... syukur sangat-sangat Ya Allah..

Sekarang adik aku dah masuk Kelas Pendidikan Khas. Mulanya memang susah nak pujuk tetapi sekarang dia dah minat balik untuk ke sekolah. Tak perlu dipaksa, tak perlu bergaduh dan menangis haha. 
Kanak-kanak istimewa memang sangat istimewa. Cara berfikir tidak seperti kita, cara belajar juga tidak sama. Bahkan nak berkomunikasi dengan mereka memang kena banyak bersabar untuk faham. Salah sikit memang mengamuk. Tetapi itulah yang membuatkan adik aku istimewa dan paling disayang antara kami adik-beradik

Macam mana nak tahu ciri-ciri Autisme (Autism Spectrum Disorder - ASD) ?Menurut Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5), seorang kanak-kanak mesti memenuhi 3 kriteria A (A1, A2, A3) dan sekurang-kurangnya 2 kriteria daripada B (B1 – B4):

A. Masalah dalam komunikasi sosial dan interaksi sosialA1. Masalah timbal balik sosial-emosi dan kegagalan perbualan yang normal

Misalnya,
Tiada respons bila dipanggilMasalah berkomunikasi secara normal
A2. Masalah dalam komunikasi nonverbal

Misalnya,
Tiada kontak mataKurang ekspresi wajah dan komunikasi non-verbal
A3. Masalah dalam menjalinkan, mengekalkan, dan memahami hubungan sosial

Misalnya,
Kesukaran untuk berkongsi permainan khayalan (imaginative play)Tiada minat pada rakan sebayaSuka bermain seorang
B. Corak tingkah laku, minat, atau aktiviti yang terhad dan berulangB1. Corak berulang dalam pergerakan, penggunaan objek, atau pertuturan

Misalnya,
Membariskan mainan atau membalikkan objek,Echolalia (mengulangi perkataan atau frasa)Mengibas-ngibaskan tangan (hand-flapping)Selalu bermain dengan sesuatu mainan atau objek yang sama tanpa rasa jemu
B2. Kegigihan pada persamaan atau kepatuhan terhadap rutin.

Misalnya,
Makan makanan yang sama setiap hariMemakai pakaian yang sama
B3. Minat yang sangat terhad dan terpaku dalam intensiti atau fokus yang tidak normal

Misalnya,
Terpaku dengan objek berputarFokus yang tidak normal pada satu bahagian objekMelihat objek dengan pelik atau dari satu sudut yang berlainan secara lama
B4. Hiperaktiviti atau hiporeaktiviti terhadap rangsangan sensori persekitaran

Misalnya,Menutup teliga atau takut dengan bunyi yang kuatMencium bau objek yang disentuhSumber : http://rawatan-autism.blogspot.com/
Ini sumber yang dari pakar psikiatri yang mak aku bagitau. Apapun, sekiranya ada kanak-kanak yang dalam kalangan keluarga yang terdekat mempunyai ciri-ciri tersebut. Teruslah berjumpa dengan pakar untuk pengesahan. 
Maaf sebab entri kali ini agak panjang. Aku cuma nak kongsikan sudut pandangan dan perasaan aku sebagai kakak yang mempunyai adik autisme. 
Bukan semua orang faham. Dan walaupun orang tahu, tidak semua juga yang mempunyai kesedaran dan boleh faham tentang kanak-kanak Autisme. Hanya ibu bapa dan adik-beradik sahaja boleh faham dan menerima kekurangan yang merupakan kelebihan bagi kami. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2023/01/autism-spectrum-disorder.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pejabat Suk Terengganu Pengurusan Majlis Dan Protokol Adakah Mb Tidak Tahu

Pejabat Suk Terengganu Pengurusan Majlis Dan Protokol Adakah Mb Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 144 hits
Pejabat SUK TERENGGANUPengurusan Majlis dan PROTOKOL MengaturI Kunjungan Mengadap ke atas DYMM TUANKU SULTAN II Kunjungan hormat ke atas YAB MBYang hadhir menyambut YAB PM ialah SUK iaitu Ketua Pengurusan Majlis dan PROTOKOL Yang Berhormat ...
Ea Guna Teknik Martingale Adakah Berjaya

Ea Guna Teknik Martingale Adakah Berjaya

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 271 hits
Original Content Apa Itu Martingale Strategi Martingale adalah satu teknik trading berdasarkan idea bahawa seorang trader harus meningkatkan pelaburan selepas mengalami kerugian untuk akhirnya menebus dengan keuntungan Strategi Martingale k...
Empat Ksu Ditukar Adakah Tindakan Ini Desakan Ph Umno

Empat Ksu Ditukar Adakah Tindakan Ini Desakan Ph Umno

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 225 hits
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkongsi hantaran mengenai pertukaran Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Satu rombakan dalam pentadbiran awam melibatkan Ket...
Adakah Cikgu Akan Lepaskan Anak Murid Dari Kes Mahkamah Tun M

Adakah Cikgu Akan Lepaskan Anak Murid Dari Kes Mahkamah Tun M

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 151 hits
agendaily com18 01 2023Bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri Malaysia paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat akan melihat sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyelamatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada kes ra...
Tak Berani Pecat 10 Mp Bn Adakah Zahid Takut Hilang Jawatan Tpm

Tak Berani Pecat 10 Mp Bn Adakah Zahid Takut Hilang Jawatan Tpm

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 151 hits
agendaily com13 01 2023Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya akan menyokong anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai Presiden UMNO demi survival politik dan kerusi Perdana Menteri yang telah lama diidam idamkan Sud...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Will Artificial Intelligence Disappoint

Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Singgah Kebun Komuniti Kg Melayu Pekan Rawang

Ayam Goreng Kunyit

Bekal Seorang Mukmin Menuju Kesalehan Dan Ketakwaan

Sarapan Di Tea Garden Taman Impian Emas

Nt3h By Sirotov Architects A Minimalist Design That Blends Nature And Modern Architecture

Casa Of Sloping Roof A Minimalist Duplex Penthouse Embracing Light And Spatial Fluidity