Kesan Pakai Pelitup Muka Kepada Kesihatan


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Kesan pakai pelitup muka kepada kesihatan | Memakai pelitup muka atau “mask” sudah menjadi norma baru bagi masyarakat dunia hari ni, berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Jika dulu, hanya sesetengah orang sahaja yang pakai mask dan para kakitangan kesihatan sahaja yang pakai pelitup muka, sekarang semua orang pakai. Sebab dah jadi rutin dan ianya salah satu cara mencegah penyakit Covid-19

Sebenarnya, sebelum wujudnya penyakit Covid-19 ni, di fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik kesihatan telah menyediakan pelitup muka ni di kaunter bagi yang bergejala seperti batuk dan selesema untuk mengelakkan dari berjangkit dengan orang lain. 
Jadi, bukan sesuatu yang pelik dan asing sebenarnya pakai pelitup muka untuk elak penyakit ni. Cuma kita tak biasa pakai kan sebelum ni. 
Tapi sejak Covid-19 kita kena biasakan pakai sebagai langkah pencegahan. 
Walau bagaimanapun, ada segelintir masyarakat yang degil, tak nak pakai pelitup muka dengan pelbagai alasan. Namun, satu perkara yang MF terkejut bila terbaca satu komen di Facebook,
“Pelitup muka boleh menyebabkan oksigen kurang ke otak, dan boleh juga menyebabkan kanser”
Komen sebegitu memang mengejutkan. 
Jadi, MF buat carian dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, benarkah dakwaan itu

Mitos tentang pelitup muka

Rupanyanya dakwaan ini, adalah hasil bacaan artikel yang pernah tular, mengatakan memakai pelitup muka boleh menyebabkan Pneumonia

Tulisan sebuah artikel oleh John C.A Manley pula baru-baru ini bertajuk “Medical Doctor Warns that “Bacterial Pneumonias Are on the Rise” from Mask Wearing” menimbulkan rasa bimbang apabila Dr James Meehan melaporkan beliau mendapati kes ruam dimuka akibat jangkitan bakteria dan fungus disamping kes pneumonia telah meningkat . Artikel ni yang tular menyebabkan orang lain panik

Tapi artikel ni disangkal oleh seorang doktor yang lain. 
Dr Rossana Rosa di dalam penulisannya berpendapat pemakaian pelitup mengakibatkan pneumonia adalah mitos. Katanya penyebab pneumonia sebahagian besar disebabkan apabila manusia menghirup udara yang tercemar dengan virus, bakteria mahupun fungus. Kuman tersebut seterusnya masuk ke dalam tisu paru-paru yang mengakibatkan pneumonia. Oleh itu semasa kita sihat, apabila kita memakai pelitup muka, udara “sihat” yang kita sedut kembali setelah kita hembus tidak memungkinkan terjadinya pneumonia

Tulisan Dr Rossana Rosa disokong oleh Dr Anne Monroe yang merupakan pakar epidemiologi di George Washington University’s Milken Institute School of Public Health dan juga disokong oleh seorang doktor pakar pakar penyakit berjangkit di Boston University  iaitu Dr Davidson Hamer

Kajian yang dilakukan oleh Dr Chiu NC contohnya telah membuktikan di dalam artikel yang telah diterbitkan oleh Journal Of Medical Internet Research pada Ogos 2020 bahawa pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan kebersihan tangan berkesan menurunkan kadar jangkitan paru-paru. 
Ada juga orang kata  pemakaian pelitup muka yang dikhabar boleh menjejaskan kesihatan seperti rosak tisu paru paru dan keadaan dipanggil “hypercapnia” dimana situasi tersebut menyebabkan pemakainya mempunyai kadar karbon dioksida yang tinggi di dalam darah akibat penyedutan balik udara yang dihembus. Ini adalah tak besar sama sekali. 
Sebenarnya, pelitup muka memang terbukti boleh mencegah penyakit berjangkit akibat dari batuk dan selesema sama ada yang dibawa oleh virus Covid-19 atau virus-virus lain, namun mestilah pakai dan urus dengan cara yang betul. 
Cara pakai pelitup muka yang betul

Untuk Pelitup Muka pakai buang surgikal:Pemakaian maximum 8 jam sehari; jangan guna semula.Buang/ganti dengan yang baru sekiranya basah, koyak, atau kotor. Tak perlu nak tunggu sampai 8 jam la kan kalau dah basah, berpeluh atau jatuh kat lantai/jalan.Jangan sesekali menyentuh permukaan luar pelitup muka sewaktu memakai.Jangan kongsi pelitup muka terpakai.Putuskan tali pelitup muka ketika buang.Untuk Pelitup Muka Fabrik1. Cuci sekali sehari mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Rendam dulu dengan Dettol atau pencuci fabrik... kemudian baru cuci macam biasa. 2. Jangan kongsi pelitup muka
3. Jangan sesekali menyentuh permukaan luar pelitup muka sewaktu memakai
Pelitup muka boleh memberi kesan buruk kepada kesihatanItu cara pakai dan urus pelitup muka. Kalau tak ikut dan tak patuh itu yang boleh bagi kesan kepada kesihatan. Ini adalah kerana pelitup muka tersebut boleh tercemar dan akan memberi risiko jangkitan kepada orang yang pakai dan juga orang sekeliling. 
Contohnya jika si pemakai bersin ketika memakai pelitup muka, kebaikannya adalah orang yang berdekatan terlindung kerana bersin itu terperangkap dalam pelitup muka si pemakai. Tapi, bahayanya adalah kalau si pemakai menyambung untuk memakai pelitup muka ini lebih dari 8 jam, risiko untuk si pemakai mendapat jangkitan kuman adalah tinggi

Satu lagi cara yang salah ketika pakai pelitup muka,  membuka pelitup muka (walaupun sekejap sahaja) dan meletaknya di atas permukaan yang berhabuk, kotor dan kemudian memakai nya semula, risiko tingkahlaku tersebut untuk mendapat jangkitan penyakit adalah tinggi. Apatah lagi sekiranya pelitup muka didapati basah dari luar atau dalam, tetapi si pemakai rasakan ianya tidak kotor atau koyak atau baru sahaja pakai tak sampai 8 jam, ni juga adalah amalan yang boleh menjejaskan kesihatan




Pakai pelitup muka dengan betulMemastikan pemakaian arah lapisan pelitup muka yang betul juga penting. Kita perlu sentiasa beringat bahawa arah lapisan pelitup muka yang mana sewaktu membuka dan memakainya semula. Ini adalah kerana sekiranya arahnya salah, bahagian luar akan terkena hidung dan mulut dan sekiranya pelitup muka itu tercemar, maka jangkitan akan terjadi di muka dan kuman boleh masuk ke paru-paru semasa kita menarik nafas. Amat penting untuk kita membasuh atau sanitasi tangan sebelum dan selepas memegang pelitup muka

Putuskan tali pelitup mukaIni bertujuan untuk:mengelakkan daripada ianya diambil oleh individu lain yang kemudiannya memakainya semula atau lebih teruk, menjualnya kembali. mengelakkan binatang seperti burung, ikan dan penyu terseksa atau boleh mati akibat terjerat dengan pelitup muka, disebabkan “hanyutan” pelitup muka yang dibuang ke sungai dan laut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
Jadi, sebenarnya nak pakai pelitup muka kena tau cara dia, kalau salah cara itu yang memudharatkan. 
Setakat ni, memakai pelitup muka tak menyebabkan sesak nafas atau kekurangan oksigen ke apa. Tambah-tambah MF sendiri ada asma, Alhamdulillah tak risau dan tak lemas, bahkan rasa lebih selamat bila berhadapan dengan orang ramai. 
Kalau dulu orang batuk, kita mengelak, sekarang dah pakai mask kan, rasa lebih selamat. 
Pilih pelitup muka yang sesuai


Sekarang ni banyak jenis dan patern pelitup muka. Pilih lah yang mana bersesuian dengan kita. Macam MF sendiri, dulu pakai yang jenis 3ply tu je... Lepas tu try yang jenis fabrik, tapi tak sesuai pula rasa lemas dan rimas. Beli tapi tak guna pun. 
Lepas tu keluar pula jenis korea design... Cuba pakai yang tu, Alhamdulillah serasi pakai mask K94 Korea style tu... 
Tak ketat dan tak longgar, bahkan selesa juga waktu mengajar dalam kelas. Bercakap banyak ketika mengajar pun tak rasa lemas. 
Jadi, kita tahu yang mana sesuai dengan kita, jadi pilih lah yang bersesuaian dengan kita dan pakai biar selesa. 
Tak guna ikut trend dan cantik tapi takde fungsi dan tak selesa ye tak. 
Kenapa pakai mask kes tak turun?MF ada terbaca post persoalan ni... Sebab trend yang sekarang ni kan... Kes makin mencanak naik kan... 
Padahal dah pakai mask dah kan.. kenapa kes tak turun. 
Sebenarnya, pakai pelitup muka sahaja tanpa mengamalkan SOP yang lain memang tak bagi kesan apa. 
Syarat untuk cegah penyebaran virus Covid ni:1. Pakai pelitup muka2. Jaga jarak3. Jangan bersentuhan4. Sentiasa basuh tangan atau pakai hand sanitizer
5. Doa6. Amalkan semua di atas. 
Itu syarat dia.. macam kita nak wuduk.. ada syarat dia kan.. kalau tak cukup syarat tak sah kan... 
Camtu gak nak cegah penyakit... Kena patuh syarat dia.. kalau buat salah satu tapi yang lain tinggal takde makna.. 
Dan penyakit ni pun dalam kelompok masyarakat.. kita buat tapi orang lain sambil lewa tu jadinya kes mencanak. 
Tu belum kes tak patuh kuarantin lagi.. lagilah cepat virus tu merebak... 
Info pasal ni banyak sangat.. tapi tak ramai ambil tahu sebenarnya kan ... 



Usaha kitaMemakai pelitup muka adalah usaha kita sahaja, selebihnya kita doa dan tawakal kepada yang Maha Esa. 
Ibarat kata, nak elakkan kemalangan teruk pakai tali pinggang keledar, kalau kemalangan pun tak teruk bahkan insha Allah selamat. 
So, pelitup muka tak memberi kesan negatif kepada pemakainya kalau kita uruskan dan ikut cara yang betul. Insha Allah. Semoga bermanfaat. 



Rujukan : https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/pakai-pelitup-muka-memudaratkan-kesihatan-2/Sumber infografik: portal MyHealth

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2022/02/kesan-pakai-pelitup-muka-kepada-kesihatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelitup Muka Boleh Dikitar Semula Jadi Pengecas Telefon

Pelitup Muka Boleh Dikitar Semula Jadi Pengecas Telefon

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 169 hits
Pelitup Muka Boleh Dikitar Semula Jadi Pengecas Telefon TAIPEI Pandemik COVID 19 bukan sahaja mengancam jutaan nyawa malah ia mengakibatkan pencemaran sisa berpunca daripada pelitup muka terpakai yang sering dibuang merata Baru baru ini seb...
Disuruh Buka Pelitup Muka Netizen Puji Sikap Tegas Irene Red Velvet Untuk Kekal Jaga Sop

Disuruh Buka Pelitup Muka Netizen Puji Sikap Tegas Irene Red Velvet Untuk Kekal Jaga Sop

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 187 hits
Semalam telah berlangsungnya majlis 11th Gaon Chart Music Awards Acara itu telah dihadiri oleh ramai kumpulan popular seperti NCT DREAM OH MY GIRL STAYC dan juga RED VELVET sendiri Pada hari majlis anugerah tersebut terdapat 14 000 kes baha...
Nabila Razali Duta Pelitup Muka Baharu Himaya H99

Nabila Razali Duta Pelitup Muka Baharu Himaya H99

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 278 hits
NABILA RAZALI DUTA PELITUP MUKA BAHARU HIMAYA H99 Assalammualaikum semua Sejak pelancaran pelitup muka Himaya H99 pada 17 hingga 23 Januari 2022 yang lalu banyak maklumbalas positif yang Ruby baca di media sosial Ramai menantikan pelitup mu...
Sepanyol Akan Akhiri Peraturan Pemakaian Pelitup Muka

Sepanyol Akan Akhiri Peraturan Pemakaian Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 140 hits
MADRID Sepanyol akan menamatkan pemakaian pelitup muka di luar rumah pada minggu hadapan sekali gus membatalkan peraturan yang dilaksanakan pada hujung Disember 2021 akibat penularan varian Covid 19 Omicron lapor akhbar Saudi Gazette kelmar...
Fakta Atau Auta Minum Air Sejuk Beri Kesan Buruk Pada Kesihatan Apa Kata Kajian

Fakta Atau Auta Minum Air Sejuk Beri Kesan Buruk Pada Kesihatan Apa Kata Kajian

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 187 hits
Fakta Atau Auta Minum Air Sejuk Beri Kesan Buruk Pada Kesihatan Apa Kata Kajian SETIAP kali mengalami demam atau sakit tekak pasti ramai di antara kita yang mengelak daripada minum minuman sejuk atau berais kerana ia dikatakan dapat memburu...
Maafkan Ibu Sapu Minyak Angin Di Hidung Bayi Muka Merah Mulut Berbuih

Maafkan Ibu Sapu Minyak Angin Di Hidung Bayi Muka Merah Mulut Berbuih

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 181 hits
Dalam musim anak anak banyak yang kena selesema dan batuk ni biasanya kita akan sapukan minyak angin atau balm kan Barulah rasa lega sikit kalau hidung tersumbat tu dapatlah kurangkan rasa tak selesa Artikel Menarik Mama kena tahu peringkat...
5 Solusi Jitu Mengumpulkan Uang Muka Kredit Rumah Lumayan Membantu

5 Solusi Jitu Mengumpulkan Uang Muka Kredit Rumah Lumayan Membantu

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 144 hits
Mengandalkan tabungan saja untuk DP rumah bakal berat buatmu yang gajinya pas pasan
Muka Anak 2 Tahun Terkena Gam 3 Saat Terpaksa Operate Buang Gam Pada Mata

Muka Anak 2 Tahun Terkena Gam 3 Saat Terpaksa Operate Buang Gam Pada Mata

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 171 hits
Benda nak jadi sekelip mata Ibu ayah yang ada anak kecil walaupun dalam rumah sendiri jika tak berhati hati sekejap saja boleh berlaku perkara tak diingini Sama ada kesilapan itu dari ibu bapa atau anak anak kecil yang mula nak meneroka Sep...
Buat Muka Ke Netizen Pelik Tengok Muka Fathia Latiff

Buat Muka Ke Netizen Pelik Tengok Muka Fathia Latiff

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 188 hits
Selepas sekian lama menyepi pelakon Fathia Latiff kembali aktif dalam dunia lakonan apabila bergandingan dengan Kamal Adli dalam sebuah filem Baru baru ini Fathia ada memuat naik gambarnya memakai baju kurung hijau sedondon dengan tudung se...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco