Maafkan Ibu Sapu Minyak Angin Di Hidung Bayi Muka Merah Mulut Berbuih


Dalam musim anak-anak banyak yang kena selesema dan batuk ni, biasanya kita akan sapukan minyak angin atau balm kan? Barulah rasa lega sikit, kalau hidung tersumbat tu dapatlah kurangkan rasa tak selesa.
Artikel Menarik: [“Rasmi Divaksin, Tak Demam & Sakit Badan.” Diana Kongsi Pengalaman Anak Dapat Suntikan]
Mama kena tahu peringkat umur yang sesuai bila kita nak guna minyak angin ni. Dalam pada kita nak kurangkan rasa tak selesa, rupanya boleh mendatangkan bahaya!
Perkongsian dari Faranem Rosmadi ni sememangnya boleh kita jadikan iktibar. Ini yang terjadi bila dia sapukan minyak angin pada hidung bayinya. Biarpun sudah setahun berlalu, namun tetap berkesan di hati;
Foto Faranem bersama suami dan anak-anak INGAT, JANGAN SAPU MINYAK ANGIN DEKAT HIDUNG BABY! HATTA BATANG HIDUNG SEKALIPUN.
Dekat setahun aku simpan kekuatan nak cerita tentang ni. Tentang pengalaman sendiri. Perit bagi aku, tapi ilmu bg korang sebagai ibubapa. Trauma sungguh aku. Ye jadi dekat aku, yg kerja misi ni.
Ayad Fayaash ni lahir dengan sangat mudah. Alhamdullilah atas rezeki. Tapi start dia umur 20 hari, pernafasan dia mcm berbunyi. Bunyi macam hidung tersumbat tu. So aku memang ade sapu beberapa jenis minyak dekat batang hidung dia. Malam, siang aku akan sapu sikit, kekadang spray sterimar, kononnyaa nak bg dia lega.
Artikel Menarik: [Tak Payah Beli Baru. Cuci Guna Teh, Emas Berkilat Macam Keluar Kedai. Mudah!]
Balik berpantang di Kuantan
Nak jadikan cerita, aku bersalin di Kelantan, tp balik pantang kat Kuantan. Kat Balok, rumah umi abah. Ni je masanya boleh rentas negeri. Nak balik sesaja, memang tak dapat la, musim PKP ketat masa tu. Kirenya suami aku hantar n dia balik sana semula utk kerja.
Rutin biasa baby, khamis, jam 0130 petang, masa tukar pampers Ayad. Sambil tu aku pon sapu minyak telon dr 1 jenama ni. Sebelum ni aku memang tak pernah guna minyak tu. Tp kalini aku nak try, mana tahu ok. Bidan yg bagi, kata dia minyak ni bagus n sesuai utk baby. Yee aku percaya.
Muka Ayad merah, mulut berbuih..
Lepas sapu dekat hidung tu, aku pun pusing badan nak letak minyak kat tepi n masa aku paling ke Ayad, tak smpai sesaat pun, ALLAHH!!!! Aku tgk muka Ayad merah. Mulut dia berbuih. Suara dia mcm tercekik. Aku terus jeriittt panggil umi, abah smbil lari pergi sinki dekat dapor. Aku basuh muka Ayad.
Umiii. umiii. tolongg umii. Nape Ayad nii?
Umi ambil Ayad. Ayad lembikk. Suara tak keluar bunyi, muka Ayad merah. Mulut ada buih lagi. Abah ambil Ayad, tepuk2 blkg dia. Masih sama.
Ko buat apee ni kakkkk. Allahhh. lembik anakk niii.
Abah jerit pgl Kday(adik aku). Kdayy! Cepat start kereta, bawak kak pergi klinik. Cepattt.
Masok dlm kereta, aku tepuk2 blkg Ayad.
Adikkk adikkk jgn mcm ni dikkk. Ibu sorryyy..
Aku masok jari kelinking dlm mulut Ayad, nak clearkan mulut dia dr air liur berbuih tu. Pusing blkg tepuk2 blkg badan, pusing kedepan semula, mulut Ayad still berbuih lg + darah.
Cepat Kday, ade darah nii. Kenapeee niii Ayad.
Teringat nak buat CPR
Tiba2 terdetik dlm hati aku, eh CPR! Aku terus buat mouth to mouth breathing. Sekali buat, aku dengar suara Ayad merengek.
Kdayyyy, mu dengar tak suaraa Ayad td. Dengar!
Aku angkat Ayad, tepuk2 lagi. Ok aku buat lg sekalii, aku hembus sekali di hidung n mulut Ayad, (Cara CPR baby dan dewasa lain ye. Boleh google)
Gambar ketika hari kejadian HUWAAAAA. WAAAA. Suara Ayad menangis kuat. Muka dia yg merah td, slow2 dah jd pink semula.
ALLAHUUUU ANAK AKUUUU. aku pelok Ayad kuat.
Kdayy, Ayad nngis dahhh, Ayad nangiss ni.
Lari ke ‘emergency’, Ayad tak pakai lampin
Aku? Dari awal, setitis air mata pun tak menitis. Yg aku tahu, aku nak anak aku hidup. aku yg buat salah, aku kena brtanggungjawab. 2 minit lepas tu, aku sampai di klinik Balok.
Aku lari masuk kecemasan dengan Ayad yang tak sempat pakai pampers, keadaan aku pulak? Hmm aib sangat kalau nak cerita. Kata staf, selalunya kalau baby dtg mcm tu, jarang yg dpt dengar bunyi nangis. Alhamdullilah anak ibu kuat.
Ohh jarak rumah aku ke klinik Balok dlm 7 min je. Sampai kt klinik, ayad dah ok. Muka dah jd pink semula. tp doc still pasangkan oxygen incase dia ada masalah lain, so Ayad kena refer ke HTAA.
Masa ni baru aku call suami. ‘Thank you yg sbb selamatkan anak kita’.. masa ni baru aku menangis.
Kena marah dengan pakar
Ayad admit HTAA utk 3 hari. Bila org tanya ank sakit apa, segan aih nk jawab. Admit sbb hidung tersumbat tapi aku kena marah teruk dengan specialist. Mak misi tp boleh sapu minyak angin dkt hidung anak.
Awak tahu tak,
BABY BAWAH DARI UMUR 3 BULAN, TIDAK BOLEH DISAPU SEBARANG MINYAK ANGIN/TELON.
Baby pd umur ni cuma bernafas dr hidung. Bila awak sapu minyak angin, minyak ni akan block saluran pernafasan dia. Sebab tu mulut dia berbuih, dia tengah berusaha sedaya upaya bernafas dgn mulut dia. Take note yee.
Lagi satu, tak semestinya minyak yg baby org lain guna, selamat untuk baby awak. Jgn jadikan baby bahan ujikaji. elakkan sebarang minyak/balm kepada baby.
Masih trauma tapi bersyukur..
Maafkan ibu, ayad. Lepas kejadian tu, lama aku trauma. Aku pantang dengar Ayad bernafas lain sikit, Ayad tercungap sbb susu banyak pun aku akan berlari cari sesapa kt rumah tu. Aku takot!
Tapi jauh dlm hati aku, aku bersyukur benda ni jadi..
Jadinya waktu petang, bukan waktu malam masa aku tengah mamai, bukan dlm bilik tidur yg lampunya malap dan bukan waktu klinik tutup. Tapi cukup lah sekali.
Ayad dah besar, makin comel! Kata umi, kalau ingat balik lembiknya Ayad masa dia pegang waktu tu. Boleh meremang satu badan.. dia tak dpt nak luah, dia cuma geleng kepala. ALLAHHUU
Terima kasih ALLAH sbb bg aku ilmu CPR dan terdetikkan hati aku untuk buat CPR. Terima kasih sbb bg aku peluang lagi utk terus jaga amanat ini.
Lastly: APA YANG BAGUS UNTUK BABY LAIN TAK SEMESTINYA BAGUS UNTUK BABY KITA. TAKE NOTE YA.
Buat Ayad Fayaash si bongsuku. Maafkan ibu.
Berdebar-debar bila baca kisah ibu ni. Memang cemas bila tiba-tiba muka anak berubah merah dan mulutnya berbuih. Mujurlah ibu ini pantas bertindak dan nyawa anaknya dapat diselamatkan. Perkongsian ini memberi kita ilmu baharu, bayi bawah umur tiga bulan tak sesuai kita sapukan sebarang minyak angin atau balm di hidung mereka.

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!

Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
The post “Maafkan Ibu.” Sapu Minyak Angin Di Hidung Bayi, Muka Merah & Mulut Berbuih! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/maafkan-ibu-sapu-minyak-angin-di-hidung-bayi-muka-merah-mulut-berbuih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 246 hits
Benar kita tidak cukup ilmu mengenai kehamilan yang kita lalui Namun bila mana setiap pemeriksaan bulanan atau apa jua rutin kehamilan yang diminta doktor jangan sekali kita abaikan Setiap temujanji amatlah penting lebih lebih lagi bagi ibu...
Riuh Mulut Rina Dapat Main Pantai Sampai Merah Muka Daddy Pun Suka Menyakat

Riuh Mulut Rina Dapat Main Pantai Sampai Merah Muka Daddy Pun Suka Menyakat

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 174 hits
Alahai comelnya Rina Video gelagat anak Maryam ketika berada di pantai buatkan ramai geram dengan gelagatnya Bukan main Rina menjerit tengok ombak Riuh sungguh mulut macam mommynya Menerusi perkongsian di instagran Maryam You Narae pasangan...
Bayi Lelaki Yang Baharu Lahir Maut Di Tikam Ibu Sendiri Di Felcra Sri Bandi Chukai Pagi Tadi

Bayi Lelaki Yang Baharu Lahir Maut Di Tikam Ibu Sendiri Di Felcra Sri Bandi Chukai Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 201 hits
KUALA TERENGGANU Seorang bayi lelaki yang baharu sahaja dilahirkan ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di dada dipercayai akibat ditikam dengan objek tajam di sebuah rumah di Felcra Seri Bandi Chukai di Kemaman pagi tadi Ketua...
Hiburan Ibu Tertumpah Gam 3 Saat Atas Muka Anak Kelopak Mata Melekat Hingga Terpaksa Buat Pembedahan

Hiburan Ibu Tertumpah Gam 3 Saat Atas Muka Anak Kelopak Mata Melekat Hingga Terpaksa Buat Pembedahan

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 249 hits
Malang tidak berbau apabila seorang ibu menghadapi detik cemas setelah anaknya yang berusia dua tahun telah tertumpah gam 3 saat di seluruh wajahnya Tragedi tersebut dikongsi oleh Pegawai Perubatan Oftalmologi Dr Syaz menerusi sebuah hantar...
Hiburan Syak Ada Kawan Lain Sebab Kerap On The Phone Suami Simbah Isteri Bayi Dengan Minyak Panas

Hiburan Syak Ada Kawan Lain Sebab Kerap On The Phone Suami Simbah Isteri Bayi Dengan Minyak Panas

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 180 hits
Gara gara berlaku pertengakaran seorang lelaki bertindak menyimbah minyak panas kepada isteri dan bayi perempuannya berusia empat bulan Kejadian berlaku pada 11 Februari jam 5 50 petang di Semabok Dalam Semabok Melaka AdvertisementMenurut K...
Bayi Menggelupur Kepanasan Isteri Melecur Disimbah Minyak Panas

Bayi Menggelupur Kepanasan Isteri Melecur Disimbah Minyak Panas

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 206 hits
PETALING JAYA Seorang pemotong ayam dipercayai sanggup menyimbah minyak panas terhadap isteri dan bayi perempuannya yang berusia empat bulan akibat cemburu kononnya pasangannya itu mempunyai hubungan sulit Dalam kejadian pada petang Jumaat ...
Kasihan Muka Merah Menangis Nak Meneran Urutan Ni Bantu Baby Sembelit

Kasihan Muka Merah Menangis Nak Meneran Urutan Ni Bantu Baby Sembelit

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 193 hits
Alahai tak sampai hati kalau tengok anak sembelit kan Muka merah merah waktu meneran Lepas tu menangis sebab rasa tak selesa Sembelit adalah antara masalah yang biasanya berlaku dalam kalangan bayi selain kembung perut Artikel Menarik Apabi...
Pertama Kali Tengok Adik Nangis Ibu Wanita Tinggi 119cm Lahirkan Bayi Lelaki

Pertama Kali Tengok Adik Nangis Ibu Wanita Tinggi 119cm Lahirkan Bayi Lelaki

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 215 hits
Alhamdulillah selepas melalui pengalaman mengandung selama 9 bulan wanita bertubuh genit Syakila Norazma yang pernah tular di media sosial sebelum ini kerana saiz badannya seperti kanak kanak sekolah rendah telah pun selamat melahirkan caha...
Pandai Pandai Dakwa Susu Ibu Tak Ada Nutrisi Bayi Usia 34 Hari Disuap Madu Oleh Suami Ibu Mentua

Pandai Pandai Dakwa Susu Ibu Tak Ada Nutrisi Bayi Usia 34 Hari Disuap Madu Oleh Suami Ibu Mentua

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 169 hits
Walaupun madu diketahui mempunyai pelbagai kelebihan dan merupakan makanan sunnah yang berkhasiat namun ianya tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi berumur bawah 12 bulan Seorang ibu bernama Intampersari di TikTok berkongsi satu kisah ya...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran