Kesan Kalau Kita Kurang Minum Air Kosong Setiap Hari


Kesan Kalau Kita Kurang Minum Air Kosong Setiap Hari! Dalam keadaan yang panas, memang nikmat kalau dapat minum air manis berais dan sejuk. Air kosong memang dianggap pilihan terakhir! Sungguhpun cuaca yang panas melanda negara sekarang ini, masih ramai yang kurang minum air dan tidak peka dengan keperluan tubuh badan. Ada juga yang mengehadkan minum air untuk mengelakkan kekerapan ke tandas. Sebenarnya tubuh badan orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memastikan tubuh badan berfingsi dengan baik. Jika tidak, mulalah datang masalah kesihatan. Nak tahu kesannya?

9 KESAN TERHADAP TUBUH JIKA KURANG MINUM AIR KOSONG Kurang air dalam badan sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan badan. Jadi, jika anda terpaksa hadapi simptom-simptom di bawah jika kurang minum air kosong. Ia juga adalah isyarat yang menandakan tubuh badan anda kekurangan air secukupnya.

1. MULUT KERING Jika mulut terasa kering, elak minum air manis untuk atasi masalah kering. Sebaliknya, amalkan minum air kosong kerana ia memastikan mulut sentiasa dalam keadaan lembap.

2. KULIT KERING Kulit kering ini apabila dipegang terasa kasar. Kulit pun menjadi kurang anjal apabila ditekan. Lebih teruk kalau ianya mula mengelupas. Jadi, apabila tubuh badan menerima air yang secukupnya, kulit akan nampak lembap dan lebih berseri.

3. NAMPAK LEBIH TUA Kulit yang kering menyebabkan kulit mudah berkedut dan timbul garisan halus terutamanya di bahagian muka. Kalau dibiar berterusan, tentulah akan menyebabkan anda nampak tua daripada umur yang sebenarnya. Takutnya!

4. MATA KERING Apabila kurang air dalam badan, bukan sahaja mulut dan kulit kering malah mata turut terjejas. Bukankah ini bahaya? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memakai kanta pelekap atau ‘contact lense’. Mata anda akan sentiasa rasa gatal dan pedih.

5. LENGUH DAN SAKIT SENDI Jika kurang minum air, fungsi badan pun akan menjadi kurang efisyen. Badan mudah terasa lenguh dan sengal sendi setiap kali membuat pergerakan yang berat seperti berlari dan melompat.

6. LAMBAT SEMBUH Selalu kencing sebenarnya bukanlah sesuatu yang tidak bagus. Badan sebenarnya sedang membuang toksin daripada badan. Jadi, lebih banyak toksin akan terkumpul dalam badan kalau anda kurang minum air. Apabila anda terkena penyakit seperti demam, ia akan berlarutan kerana panas dalam badan sukar dikeluarkan akibat kurang air.

7. MUDAH LETIH Apabila air kurang dalam badan, oksigen juga akan kurang mengalir dalam badan. Ini menyebabkan badan cepat letih dan kurang stamina.

8. CEPAT LAPAR Bagi yang sedang ‘diet’, pastikan anda mencapai air kosong dahulu sebaik timbul rasa lapar. Kenapa? Apabila badan kurang air, ia memberi tindak balas pada badan dan menyangka anda perlukan makanan. Namun, hakikatnya badan anda memberikan insyarat kurang air. Apabila anda makan, badan perlu melakukan kerja berlebihan dan anda mudah letih.

9. SEMBELIT Selepas makan dengan banyak, perut akan memproses untuk perkumuhan. Apabila kurang air dalam badan, sisa perkumuhan akan bertukar menjadi pepejal yang mana sukar untuk dikeluarkan. Akhirnya terjadi sembelit yang menyakitkan.

SESIBUK MANA PUN, CUBALAH MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA Memang banyak perubahan anda akan lihat sekiranya ia dijadikan amalan. Kurang sakit-sakit, badan pun terasa ringan. Pastikan anda minum secukupnyanya setiap hari, lebih-lebih lagi dalam cuaca panas melampau sekarang.
Artikel lain

Cepat Berpeluh? Atasinya dengan 7 Cara Ini Lebih-lebih lagi bila anda ‘stress’ ataupun panik. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluh dengan banyak hingga timbul rasa malu untuk bertemu dengan orang.

BAU BADAN PUN TERJEJAS! Sudahlah berpeluh, badan juga akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Selain badan, kaki turut akan terkesan hingga timbul rasa tidak selesa dan bau busuk.

1. TUKAR KEPADA DEODORAN ‘HIGHER-STRENGTH’ ATAUPUN ‘ANTI-PERSPIRANTS’ Cari deodoran yang berlabel ‘higher-strength’ atau ‘anti-perspirants’. Ia menghalang proses perpeluhan berlaku di kawasan yang mudah mengeluarkan bau busuk dan kurang menyenangkan.

2. GUNA DEODORAN PADA WAKTU MALAM Jika anda biasa guna deodoran pada waktu siang, amalkan juga menggunanya pada waktu malam. Menurut seorang Profesor Dermatology dari Universiti St. Louis, apabila mengguna deodoran pada waktu malam, kandungan aktif dalam deodoran akan meresap dengan lebih cepat pada kawasan yang cepat berpeluh dan menghalang perpeluhan berlaku dengan banyak. Kini terdapat pelbagai kemajuan dalam produk deodoran. Cuba dapatkan yang paling serasi dengan anda.

3. PILIH BAJU JENIS KAPAS Seeloknya pakai baju daripada bahan kapas (‘cotton’) setiap kali keluar. Ini kerana ia bersifat ‘breathable’, iaitu boleh menyerap peluh dan tidak panas. Amat sesuai untuk cuaca di Malaysia, terutamanya bagi kulit yang sering berpeluh. Bagi yang bertudung, janganlah memilih material yang panas untuk nampak cantik. Ringkaskan gaya dan kurangkan juga bilangan lilitannya kerana ia boleh menyebabkan bau yang tidak enak di bahagian kepala.

4. KERAP TUKAR STOKIN Jika anda kuat berpeluh, digalakkan kerap menukar stokin agar kaki sentiasa dalam keadaan kering. Anginkan kasut atau jemurkannya sebentar setiap kali selepas digunakan. Jika perlu, beli 2 pasang kasut supaya anda dapat lebih kerap memberi pengudaraan dan menggantinya.

5. ELAK MAKANAN PEDAS Apabila anda makan makanan pedas, ia menggalakkan lagi anda berpeluh. Jika anda kerap mengambil makanan yang kuat rasanya seperti bawang dan petai, ia juga boleh mempengaruhi bau badan anda. Jadi, cuba kurangkan pengambilan makanan tersebut, lebih-lebih lagi semasa makan di luar atau di tempat yang panas. Kalau teringin, nikmati sajian sedemikian di rumah supaya anda lebih selesa.
Sumber: Sirap Limau
The post Kesan Kalau Kita Kurang Minum Air Kosong Setiap Hari! appeared first on Apakes.com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kesan-kalau-kita-kurang-minum-air-kosong-setiap-hari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Cuka Epal Dan Air Suam Ketika Perut Kosong Jangan Terkejut Apabila Ini Berlaku

Minum Cuka Epal Dan Air Suam Ketika Perut Kosong Jangan Terkejut Apabila Ini Berlaku

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 718 hits
Minum Cuka Epal Dan Air Suam Ketika Perut Kosong Jangan Terkejut Apabila Ini Berlaku
Minum Air Putih Di Pagi Hari Bikin Lebih Fokus Daripada Kopi

Minum Air Putih Di Pagi Hari Bikin Lebih Fokus Daripada Kopi

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 260 hits
Minum air putih di pagi hari bikin lebih fokus daripada kopi Kopi bisa membantu mengaktifkan kinerja tubuh serta lebih rendah risiko jika dibandingkan dengan kopi
Operasi Kesan Pesawat Lion Air Jt610 Kini Masuk Hari Kelima

Operasi Kesan Pesawat Lion Air Jt610 Kini Masuk Hari Kelima

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 306 hits
JAKARTA Operasi pencarian bangkai dan sebahagian lagi kotak hitam pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lepas memasuki hari kelima hari ini dengan Presiden Indonesia Joko Widodo turut meninjau pusat utama operasi itu di Tanjung Priok dekat ...
Peluk Dan Ciumlah Anak Setiap Hari Kalau Tak Mahu Ada Kesan Pada Otaknya Tak Rugi Pun

Peluk Dan Ciumlah Anak Setiap Hari Kalau Tak Mahu Ada Kesan Pada Otaknya Tak Rugi Pun

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 368 hits
Anak kecil kita yang baru berusia 2 hingga tahun memang tak tahu apa apa Dunianya hanyalah bermain Walaupun mereka leka dengan dunia mereka sendiri tapi janganlah abaikan mereka Ada banyak kesannya pada perkembangan mereka lebih lebih lagi ...
Pemerintah Jamin Tarif Air Minum Maksimal 4 Persen Dari Ump

Pemerintah Jamin Tarif Air Minum Maksimal 4 Persen Dari Ump

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 261 hits
Anggota BPPSPAM Unsur Penyelenggara Henry M Limbong menyampaikan ketetapan biaya tersebut telah tercantum dalam Peraturan Menteri Dalam Negeri Nomor 71 Tahun 2016 tentang Perhitungan dan Penetapan Tarif Air Minum
Setiap Hari Gosok Rosak Juga Bukan Susu Je Tapi Ada Lagi Faktor Lain Penyebab Karies Gigi Anak

Setiap Hari Gosok Rosak Juga Bukan Susu Je Tapi Ada Lagi Faktor Lain Penyebab Karies Gigi Anak

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 1250 hits
Gosok gigi setiap hari tapi gigi anak rosak juga Apa punca sebenarnya Ini antara persoalan yang selalu di tanya oleh ibu bila berdepan masalah ini Ada yang kata sebab minum susu botol Tak kurang juga yang kongsikan salah satu puncanya sebab...
Dr M Syor Bersenam 15 Minit Setiap Hari Pada Waktu Pejabat

Dr M Syor Bersenam 15 Minit Setiap Hari Pada Waktu Pejabat

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 301 hits
Semua pejabat dari sektor awam dan swasta di seluruh negara disaran untuk membenarkan pekerja mereka bersenam selama 15 minit pada setiap hari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah itu bagi memastikan para pekerja sentiasa...
Hari Ini Tim Boeing Akan Bertemu Pihak Lion Air

Hari Ini Tim Boeing Akan Bertemu Pihak Lion Air

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 216 hits
Terkait inspeksi seluruh pesawat Boeing 737 MAX 8 milik Lion Air Daniel mengatakan selama diinspeksi tidak beroperasi hingga setelah diperiksa tidak ditemukan hal hal yang mungkin membahayakan keselamatan baru beroperasi kembali
Setiap Hari Rakyat Dihina Najib Razak

Setiap Hari Rakyat Dihina Najib Razak

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 513 hits
SUBSIDI BUAT RAKYAT TAK MAMPU BERFIKIR DAN BERDIKARI Baru semalam dalam FB Live saya cakap mengenai perlunya Kerajaan hari ini fikirkan masalah yang dihadapi rakyat dan tingkatkan usaha beri bantuan Hari ini keluar kenyataan bahawa Kerajaan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut