Kesalahan Membawa Penumpang Berlebihan Paling Tinggi Dikompaun Di Sabah


Membawa penumpang berlebihan adalah kesalahan paling tinggi yang dicatatkan dalam keseluruhan 16 kesalahan dikompaun kelmarin.


KOTA KINABALU: Membawa penumpang berlebihan adalah kesalahan paling tinggi yang dicatatkan dalam keseluruhan 16 kesalahan dikompaun kelmarin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataan harian COVID-19 berkata kesalahan itu direkodkan dalam pemeriksaan 191 Sekatan Jalan Raya (SJR) seluruh Sabah pada Selasa.

“Kesemua SJR terbabit berjaya membuat pemeriksaan sebanyak 38,605 kenderaan dan daripada jumlah tersebut, 404 kenderaan diarah berpatah balik.

“16 kompaun yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 berjaya dikeluarkan di seluruh Sabah dan daripada jumlah itu tujuh kesalahan membawa penumpang paling tinggi direkodkan diikuti lima individu tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tiga yang lain adalah kesalahan melanggar arahan pergerakan keluar dari kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala seorang lagi gagal mendaftar masuk ke dalam premis,” katanya.

Beliau berkata penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) membabitkan 84 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 68 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat dalam kesemua operasi berkenaan.

Tambahnya Pihak Berkuasa Tempatan turut melaksanakan pemeriksaan di 1,316 premis perniagaan serta penjaja dan satu notis dikeluarkan di daerah Kudat bagi kesalahan yang menyalahi undang-undang.

“Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga menjalankan pematuhan SOP terhadap 153 premis perniagaan serta 456 individu di 18 kawasan dan empat individu gagal mendaftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera atau Buku Pendaftaran dikompaun.

“Satu notis amaran turut diberikan kepada permis perniagaan yang tidak mematuhi SOP hasil rondaan Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) dan Rondaan Pemantauan Pematuhan SOP Peringkat Komuniti oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di 429 Premis Perniagaan melibatkan 195 anggota APM,” katanya.

Beliau berkata untuk tempoh sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah juga berjaya melaksanakan prosed sanitasi awam di 26 premis, melibatkan 14 buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/kesalahan-membawa-penumpang-berlebihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Tinggi Dari Sabah Mangsa Pertama Kematian Covid 19 Berkaitan Parlimen

Pegawai Tinggi Dari Sabah Mangsa Pertama Kematian Covid 19 Berkaitan Parlimen

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 290 hits
SEMUA yang berada dalam Parlimen semasa Sidang Khas Dewan Rakyat hujung bulan lalu menjalani ujian saringan susulan terdapat kes positif Covid 19 di Parlimen Kementerian Kesihatan mencatatkan kes kematian pertama Covid 19 melibatkan seorang...
Malaysia Negara Dengan Kadar Kematian Covid 19 Paling Tinggi

Malaysia Negara Dengan Kadar Kematian Covid 19 Paling Tinggi

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 249 hits
Malaysia negara dengan kadar kematian Covid 19 paling tinggi Najib Malaysia adalah negara yang tergolong dalam kelompok paling tinggi kematian akibat Covid 19 kata bekas perdana menteri Najib Razak Jelasnya semalam saja Malaysia berada di t...
Penularan Covid 19 Di 2 Tempat Kerja Punca Sabah Catat Kes Tinggi

Penularan Covid 19 Di 2 Tempat Kerja Punca Sabah Catat Kes Tinggi

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 293 hits
Jurucakap perkembangan harian Covid 19 Sabah Datuk Masidi Manjun Kota Kinabalu Penularan wabak Covid 19 di dua tempat kerja menyebabkan jumlah kes harian di Sabah mengalami peningkatan melepasi angka 2 000 hari ini Jurucakap perkembangan ha...
Pemerintah Percepat Vaksinasi Di Daerah Alami Kasus Dan Kematian Covid 19 Paling Tinggi

Pemerintah Percepat Vaksinasi Di Daerah Alami Kasus Dan Kematian Covid 19 Paling Tinggi

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 280 hits
Vaksinasi pada bulan Agustus dan September nanti akan lebih ditingkatkan Sebab dua bulan tersebut Indonesia akan kedatangan vaksin
Kes Di Sabah Dijangka Kekal Tinggi

Kes Di Sabah Dijangka Kekal Tinggi

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 227 hits
Jumlah kes hanya akan mula turun apabila lebih ramai penduduk divaksin Masidi Kota Kinabalu Kes kes Covid 19 di Sabah dijangka kekal tinggi sehingga satu peratusan signifikan rakyat Sabah divaksin sepenuhnya kata Jurucakap Covid 19 Sabah Da...
Sam Mannan Dilantik Timbalan Pengarah Yayasan Sabah

Sam Mannan Dilantik Timbalan Pengarah Yayasan Sabah

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 175 hits
Datuk Sam Mannan Timbalan Pengarah Yayasan Sabah yang baru dilantik bercakap dengan pengarah yayasan milik negara Datuk Ghulam Haidar Khan Bekas ketua konservatori Hutan Sabah Datuk Sam Mannan dilantik sebagai timbalan pengarah Yayasan Saba...
Anifah Sabah Should Be Given First Priority In The Delivery Of Cansino

Anifah Sabah Should Be Given First Priority In The Delivery Of Cansino

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 277 hits
Former foreign minister Datuk Seri Anifah Aman said the vaccine should be despatched according to schedule without interruption NSTP file picKOTA KINABALU Sabah should be given the first priority in the delivery of the single dose Cansino v...
Qhazanah Sabah Peroleh Hak Eksklusif Bangun Infrastruktur Telekomunikasi

Qhazanah Sabah Peroleh Hak Eksklusif Bangun Infrastruktur Telekomunikasi

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 271 hits
SAKSIKAN Hajiji Salleh dan Bung menyaksikan tandatangan perjanjian diantara Safar dan Ghazalie KOTA KINABALU Bahagian pelaburan strategik kerajaan negeri Qhazanah Sabah diberi hak eksklusif untuk menerajui pembangunan infrastruktur telekomu...
Sabah Goes All Red After Nabawan Falls To Higher Cases

Sabah Goes All Red After Nabawan Falls To Higher Cases

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 273 hits
All districts in Sabah are red zones with active cases beyond the threshold of 40 cases KOTA KINABALU The whole of Sabah is now a red zone after Nabawan district the last in the orange zone recorded an increase of eight new cases today Loca...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik