Kes Di Sabah Dijangka Kekal Tinggi


Jumlah kes hanya akan mula turun apabila lebih ramai penduduk divaksin: Masidi


Kota Kinabalu: Kes-kes Covid-19 di Sabah dijangka kekal tinggi sehingga satu peratusan signifikan rakyat Sabah divaksin sepenuhnya, kata Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Sabah merekodkan empat angka yang tinggi secara berterusan sejak minggu lalu, dengan rekod terbaru pada Selasa ialah 1,383 kes, satu lagi rekod tertinggi dan lonjakan sebanyak 136 kes berbanding 1,247 Isnin lepas.

“Angka itu boleh diramal dan dijangka. Sehingga sekurang-kurangnya satu tahap peratusan signifikan penduduk diberikan vaksin, bilangan itu akan kekal tinggi.

“Kes-kes hanya akan mula turun apabila kita berjaya memberikan vaksin kepada penduduk pada satu tahap peratusan yang signifikan,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Beliau menjelaskan bahawa dalam keadaan di mana virus Covid-19 telah pun berada di tengah-tengah masyarakat, kita sedang bersaing dengan masa untuk memberi vaksin kepada setiap orang yang layak untuk disuntik dengan kadar segera.

“Ini bermakna kes-kes baharu akan terus berada dalam angka yang tinggi sehingga lebih ramai penduduk memperolehi vaksin. Kes hanya akan mula menurun apabila kita berjaya memberi suntikan vaksin kepada penduduk pada satu tahap peratusan yang signifikan,” katanya.

“’Padang permainan’ virus itu telah berkembang dan kini lebih sukar untuk menangkapnya.

“Strategi kita sekarang ialah memberikan vaksin kepada setiap orang dewasa secepat mungkin supaya virus itu akan kehabisan mangsa atau bilangan mangsa kurang untuk dijangkiti,” katanya.

Masidi menjelaskan bahawa Jabatan Kesihatan Sabah dan agensi-agensi berkaitan bekerja dengan proaktif untuk memberi vaksin kepada orang ramai pada kadar yang pantas.

“Setakat 9 Ogos, 1,126,645 dos telah diberikan dan ini bermakna 40.9 peratus penduduk dewasa Sabah telah disuntik dengan sekurang-kurangnya dos pertama.

“Mereka yang telah melengkapkan kedua-dua dos masih rendah, iaitu hanya 17.6 peratus atau 485,880 dos.

“Kerajaan akan meneruskan usaha untuk meningkatkan kapasiti suntikan JKNS sambil memastikan bekalan mencukupi vaksin yang ada,” kata Masidi.

Menurutnya, 22,784 individu di bawah fasa dua telah menerima dos pertama pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan 1,081,380 sementara 13,989 telah menerima dos kedua, menjadikan angka keseluruhan 430,353.

Sementara itu Masidi menasihatkan rakyat agar terus memainkan peranan penting untuk mengawal penularan jangkitan virus itu dengan mengamalkan disiplin dan penjagaan kesihatan diri yang tinggi dengan mematuhi semua SOP.

“Bilangan tinggi kes membabitkan kontak rapat menunjukkan bahawa segelintir kita masih cuai dalam mematuhi SOP.

“Ia juga adalah satu peringatan untuk kita mengurangkan aktiviti sosial bersama rakan-rakan supaya kita tidak terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19,” katanya.

Sabah merekodkan 12 kematian pada Selasa iaitu lima di Tawau, tiga di Sandakan dan masing-masing satu di Keningau, Kota Kinabalu, Telupid dan Tenom.

Satu kluster baharu dikenal pasti di Ranau, dinamakan Kluster Timbua, yang tercetus oleh satu perhimpunan dalam majlis korban di Masjid Timbua.

“Kes indeks ialah seorang pesakit kanser lelaki berumur 52 tahun yang diuji positif pada 23 Julai dalam satu saringan pra-kemasukan. Penjaganya di wad turut diuji positif,” kata Masidi.

Beliau menambah dari 239 kontak yang disaring, 48 diuji positif, sementara 95 negatif dan 97 sampel ujian masih menunggu keputusan.

“Selain Kg Timbua, kes-kes dalam kluster ini juga membabitkan lokaliti lain termasuk Kg Lembah Permai, Kg Kembiroi, Kg Merungin 2 dan Ibu Pejabat Polis Ranau,” katanya.

Mengenai jumlah kes di Sabah, Kota Kinabalu merekodkan jumlah tertinggi dengan 326, disusuli Tawau dengan 168, Sandakan (138) dan Tuaran dengan 92.

Kontak rapat terus menjadi penyumbang terbesar dengan 749 kes, merupakan 54.2 peratus jumlah kes, disusuli kes bergejala (322), kes kluster (111) dan kes saringan bersasar (73).

Sementara itu, 11 lokaliti akan diletakkan di bawah PKPD bermula esok (12 Ogos) hingga 25 Ogos, iaitu tiga lokaliti di Kota Kinabalu (kuarters Kilang J&L, Kg Gudon, Manggatal dan Kg Lobou) serta di Kg Menunggui di Kota Belud, Kg Tengah di Kinarut, Kg Petagas di Putatan, Kg Pogunon di Penampang, Kg Timbua-Kembiroi-Lobou Baru di Ranau, Kg Batu 1 di Sipitang, Kg Bukit Kukusan di Tawau dan Kg Batu-Batu di Tenom.

PKPD di enam lokaliti di KK dilanjutkan bermula esok hingga 25 Ogos iaitu Bandar Sierra, Kg Kalasanan, Kg Pulau, Penampang, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia dan Taman Putera Jaya.

PKPD di 21 lokaliti ditamatkan hari ini iaitu lima lokaliti di KK (Kg Unggun, Lorong Cina 1,2&3, Kg Tebobon, Plaza Kingfisher dan Polytechnic Commercial Centre) serta lapan lokaliti di Penampang (Country Heights Fasa 1,2 dan 3, Cyber City Fasa 1, Kg Nabangkung, Kg Ramayah, Taman Vista Kiranau, Kg Sarapung Kolopis, Vista Minitod dan Kg Tuunon).

Turut tersenarai ialah empat lokaliti di Beaufort (Kg Lumadan, Kg Kebulu Petani, Kg Beaufort Selatan dan Taman Arjuna), tiga lokaliti di Tawau (Kg Blok 31, Kg Tg Batu Darat, Kg Darat Inderasabah) dan Perumahan Ladang Tinabau di Kinabatangan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/kes-di-sabah-dijangka-kekal-tinggi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penularan Covid 19 Di 2 Tempat Kerja Punca Sabah Catat Kes Tinggi

Penularan Covid 19 Di 2 Tempat Kerja Punca Sabah Catat Kes Tinggi

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 238 hits
Jurucakap perkembangan harian Covid 19 Sabah Datuk Masidi Manjun Kota Kinabalu Penularan wabak Covid 19 di dua tempat kerja menyebabkan jumlah kes harian di Sabah mengalami peningkatan melepasi angka 2 000 hari ini Jurucakap perkembangan ha...
Permintaan Sawit Dijangka Kekal Tinggi

Permintaan Sawit Dijangka Kekal Tinggi

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 268 hits
Harga minyak sawit mentah dalam norma baru akan tetap tinggi di tengah isu pengeluaran kata peniaga KUALA LUMPUR Harga minyak sawit mentah dijangka kekal kukuh dalam tempoh terdekat dengan paras sokongan psikologi sekitar RM4 000 satu tan d...
913 Kes Baharu Sabah Rekod Kes Semakin Tinggi

913 Kes Baharu Sabah Rekod Kes Semakin Tinggi

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 313 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun KOTA KINABALU Kes COVID 19 di Sabah semakin meningkat tinggi dengan 913 kes baharu dicatatkan hari ini Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Mas...
Tempat Kerja Interaksi Sosial Penyumbang Kes Baharu Covid 19 Di Sabah

Tempat Kerja Interaksi Sosial Penyumbang Kes Baharu Covid 19 Di Sabah

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 263 hits
Masidi Manjun berkata kes baharu di Sabah hari ini turut disumbangkan kluster aktif KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata selain kluster aktif kes baharu yang dilaporkan di negeri itu hari ini keb...
Jangkitan Covid 19 Turun Lagi 18 688 Kes Hari Ini Sabah Catat 1 379

Jangkitan Covid 19 Turun Lagi 18 688 Kes Hari Ini Sabah Catat 1 379

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 246 hits
Sebanyak 18 688 kes jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini SHAH ALAM Sebanyak 18 688 kes jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini menunjukkan penurunan berbanding 19 257 kes semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ber...
Zahid Pasukan Propaganda Rm40 Juta Tanam Persepsi Kes Tinggi Covid Tak Dapat Dielak

Zahid Pasukan Propaganda Rm40 Juta Tanam Persepsi Kes Tinggi Covid Tak Dapat Dielak

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 173 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa satu pasukan propaganda cuba memperkecilkan keseriusan pandemik Covid 19 ketika beliau terus mengulangi kegagalan kerajaan dalam menangani krisis kesihatan itu Katanya leb...
1 291 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Hari Ini

1 291 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 358 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun KOTA KINABALU Sabah sekali lagi mencatatkan kes baharu tertinggi COVID 19 hari ini dengan sejumlah 1 291 kes Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun b...
20 889 Kes Direkodkan Hari Ini Sabah Catat 1 291

20 889 Kes Direkodkan Hari Ini Sabah Catat 1 291

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 140 hits
Jangkitan Covid 19 terus meningkat 20 889 kes direkodkan hari ini Jangkitan Covid 19 hari ini meningkat kepada 20 889 kes berbanding semalam 20 596 kes Ini menjadikan negara mencatatkan peningkatan tertinggi selama tiga hari berturut turut ...
Sabah Mengesan 1 379 Kes Positif Covid 19

Sabah Mengesan 1 379 Kes Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 228 hits
1 379 kes baharu COVID 19 di Sabah hari ini KOTA KINABALU Sabah sekali lagi merekodkan jumlah kes baharu COVID 19 tertinggi yang mana hari ini sebanyak 1 379 kes Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata data ...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Kempen Ramadan Dan Raya 2024 Kuskop Mari Beli Lokal Kembali Lagi

Sustainable And Ethical Practices

Aktiviti Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia 04 05 2024

Aktiviti Majlis Perasmian Richiamo Mart Dan Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Richiamo 2024 Ppim 05 05 2024

Suspek Simbah Asid Faisal Halim Ditahan Direman Hari Ini

Kita Berada Di Dalam Kubur Lebih Lama Daripada Hidup Di Atas Dunia