Kesal Masjid Jadi Agenda Peribadi Pemimpin Politik


Kumara Sabapatty Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melafazkan sumpah laknat menafikan beliau mengarahkan bekas Inspektor Azilah Hadri membunuh model Monggolia, Altantuya Shaaribuu di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL,  
KUALA LUMPUR – Tindakan Datuk Seri Najib Razak melafazkan sumpah laknat di Masjid Jamek Kampung Baru semalam  menafikan pembabitannya dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu memperlihatkan sikap terdesak dan gopohnya bekas perdana menteri itu.

Kerana keghairahannya mahu ‘menyucikan’ dirinya, Najib sanggup mengenepikan peraturan dan larangan dengan menjadikan rumah Allah untuk tujuan politik sempit dan kepentingan peribadi, kata Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi.

Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Zon Titiwangsa itu dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, sikap Ahli Parlimen Pekan itu seumpama menganggap dirinya masih berkuasa dan menjadi pemimpin negara yang boleh mengarahkan mana-mana pihak untuk tunduk dengan kehendaknya.

“Tindakan beliau (Najib) melafazkan sumpah laknat dilihat sangat terdesak dan terburu-buru dalam keadaan kes pendengaran permohonan pendengaran Azilah Hadri akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 1 April 2020.

“Demi mengelakkan dirinya dari didakwa serta prejudis rakyat ke atasnya, beliau sanggup memperalatkan kemuliaan institusi Masjid untuk membersihkan diri dengan melakukan sumpah laknat yang tidak selari dengan Islam dan sistem perundangan negara apatah sumpah laknat tidak terpakai dalam kes-kes jenayah, lebih-lebih lagi kes bunuh seperti ini.

“Bagi umat Islam, tidak sukar untuk kita memahami bahawa dalam keadaan terdesak seseorang sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan diri daripada dihukum. Terlebih lagi jika ia melibatkan nyawa, maruah dan kehormatan diri,” dakwanya dalam kenyataan yang sama.

Bahkan tambah Ahmad Zamri, seakan menjadi budaya, Najib menggunakan masjid untuk membuktikan kesucian diri dengan bersumpah laknat seperti Saiful Bukhari sebelum ini yang juga bersumpah laknat di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan walaupun umum mengetahui terdapat banyak keraguan di sudut perundangan dalam kes tersebut.

Dalam hal ini, katanya beliau menyesal dengan kelemahan pemantauan dan penguatkuasaan pihak Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Baru serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Sepatutnya pihak Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Baru dan JAWI bertindak tegas dengan menyekat usaha itu dengan tidak membenarkan sebarang agenda politik murahan dan peribadi digunakan di masjid dan rumah Allah, tambahan pula pada hari Jumaat yang mulia.

“Masjid perlu dihormati sebagai rumah Allah yang perlu dimuliakan, disanjung serta tempat penyatuan umat Islam, bukannya diremeh dan diperalatkan untuk kepentingan pihak tertentu,” ujarnya.

Menurut Ahmad Zamri, Najib sepatutnya ‘membersihkan’ dirinya di Mahkamah melalui dakwaan itu kerana kesnya terlalu berat apatah lagi melibatkan jenayah pembunuhan berprofil tinggi dan salah guna kuasa beliau sebagai pemimpin negara sewaktu kejadian tersebut.

“Jika sumpah laknat di masjid boleh digunapakai untuk mengenepi atau menafikan sesuatu kes, sudah tentu ramai penjenayah dan pembunuh akan melakukan perkara yang sama demi mengelakkan dihukum.

“Jangan cemarkan institusi dan kesucian masjid serta meruntuhkan integriti sistem perundangam negara dengan perkara yang jelek seperti ini,” katanya.- MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/kesal-masjid-jadi-agenda-peribadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Agenda Politik Di Sebalik Laporan Audit 1mdb Ambrin

Tiada Agenda Politik Di Sebalik Laporan Audit 1mdb Ambrin

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 275 hits
Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang menegaskan beliau tidak mempunyai agenda politik di sebalik laporan 1Malaysia Development Bhd yang disediakan Jabatan Audit Negara pada 2016 Mahkamah Tinggi diberitahu pada Khamis Saksi berusia ...
Syed Saddiq Tak Setuju Elaun Penjawat Awam Dipotong Menteri Ahli Politik Patut Dipotong

Syed Saddiq Tak Setuju Elaun Penjawat Awam Dipotong Menteri Ahli Politik Patut Dipotong

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 816 hits
Nampaknya Menteri Belia Dan Sukan kita Syed Saddiq telah bersuara gais Baru baru ini ada yang mengatakan bahawa bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal yang merupakan bayaran elaun kepada Doktor Pharmachist dan Nurse bakal dimansuhkan pada J...
Potong Elaun Ahli Politik Menteri Bukan Doktor Pharmachist Nurse Syed Saddiq Bantah Perkeliling Baru Jpa

Potong Elaun Ahli Politik Menteri Bukan Doktor Pharmachist Nurse Syed Saddiq Bantah Perkeliling Baru Jpa

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 658 hits
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dilaporkan bakal dimansuhkan menjelang Januari 2020 Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam pemberian BIPK adalah berdasarkan kriteria khusus antaranya ciri ciri penawaran yang rendah serta sukar melakukan p...
Nasib Hayat Politik Baru Bian Umpama Nasib Azminali Di Tangan

Nasib Hayat Politik Baru Bian Umpama Nasib Azminali Di Tangan

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 252 hits
Kenyataan berani mati Baru Bian pada 20 Julai sebagaimana dilaporkan berita bahawa Saya tak tanda tangan dan tidak akan memeterainya katanya lapor The Star dalam keadaan majoriti ketua cabang dan pimpinan PKR menyatakan sokongan terhadap pr...
Biarlah Politik Murahan Asal Ada Manafaat

Biarlah Politik Murahan Asal Ada Manafaat

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 298 hits
Lebih baik dari lim kit siang atau pemimpin lain yg sedang racist dan memperalat pdrm dan buli polis untuk motif politic merekaIni yang mahal
Mahfud Md Anggap Pengunduran Diri Wabup Nduga Bagian Manuver Politik

Mahfud Md Anggap Pengunduran Diri Wabup Nduga Bagian Manuver Politik

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 174 hits
Menko Polhukam Mahfud MD mengatakan mundurnya Wakil Bupati Nduga Wentius Nimiangge belum jelas masalahnya Kabar yang beredar Wentius mundur karena ada warganya yang tewas tertembak
Syed Saddiq Raih Politik Murahan

Syed Saddiq Raih Politik Murahan

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 391 hits
Setakat ini sekurang kurangnya dua orang menteri Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Dzulkefly Ahmad telah tampil memberi reaksi tidak setuju dengan keputusan JPA menamatkan pemberian elaun kritikal kepada doktor jururawat jurutera dan profes...
Asb 5 5 Kelembapan Pelaburan Ketidakstabilan Politik

Asb 5 5 Kelembapan Pelaburan Ketidakstabilan Politik

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 285 hits
R HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN BEBERAPA hari lepas Pengerusi PNB Tan Sri Zeti Aziz telah mengumumkan pengagihan pendapatan ASB adalah sebanyak 5 sen seunit ditambah dengan bonus 0 5 sen seunit menjadikan hasil keuntungan tahunan sebanyak 5 5 p...
Protes Kesewenangan Pemerintah Arab Saudi Tiga Tahanan Politik Mogok Makan

Protes Kesewenangan Pemerintah Arab Saudi Tiga Tahanan Politik Mogok Makan

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 274 hits
Tiga tahanan politik terkemuka Arab Saudi narablog Raif Badawi aktivis Khaled al Omari dan pengacara juga aktivis HAM Waleed Abu al Khair melakukan mogok makan di penjara untuk memprotes kondisi di dalam tahanan mereka dan sel isolasi diman...
Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Ramai Yang Skeptikal

Full House Bangkok Residence A Modern Dual Family Home By Warchitect

Mca S Chong Short Sighted Says Umno Youth Leader

From Ai To Robotics The Creative Forces Driving Change In Dental Education

Man Hurt Trying To Stop Snatch Thieves Outside Kampung Pandan Temple