Syed Saddiq Raih Politik Murahan


Setakat ini sekurang-kurangnya dua orang menteri, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Dzulkefly Ahmad telah tampil memberi reaksi tidak setuju dengan keputusan JPA menamatkan pemberian elaun kritikal kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain dalam pengambilan baru perkhidmatan awam bermula tahun depan.

Sementara Menteri Kesihatan hanya mengeluh dengan ciapan “Aduhh” di laman Twitternya, Menteri Belia dan Sukan sebaliknya dengan pantas membuat rakaman video dan menyebarkan melalui media sosialnya.

Dalam rakaman itu, Syed Saddiq secara jelas membantah keputusan JPA itu sambil menegaskan bahawa elaun ahli politik dan menteri sepertinya yang harus dipotong, bukan pekerja profesional dalam kerajaan tersebut.

Seterusnya, sebagai tanda simpati, beliau turut mengumumkan keinginan mengurangkan cuti tahunannya, memulangkan elaun percutian dan meneruskan pemotongan gaji bulanan sebanyak 10 peratus.

Berbanding keluhan Dzulkefly yang tidak banyak mendapat reaksi, apa yang lakukan Syed Saddiq lebih mengundang kecaman banyak pihak terhadapnya.

Ramai yang menyifatkan tindakan Syed Saddiq itu lebih bermotifkan mahu publisiti murahan dan ingin menampilkan dirinya seolah-olah pejuang rakyat, khususnya kepada anak-anak muda.

Sejujurnya Syed Saddiq harus sedar beliau kini adalah seorang menteri dan anggota kabinet, maka beliau seharusnya mendokong dan menyokong dasar serta keputusan kerajaan.

Apalagi, difahamkan keputusan JPA itu adalah berdasarkan hasil mesyuarat jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri.

Maka, sebagai menteri dan anggota jemaah kabinet, Syed Saddiq tidak boleh sesuka hati menampilkan dirinya dalam rakaman video yang dibuatnya sendiri untuk membantah perkara itu.

Beliau harus ada etika atas kedudukannya sebagai anggota jemaah menteri.

Jika mahu membantah dan tidak setuju dengan perkara itu, beliau seharusnya menggunakan saluran yang betul iaitu melalui mesyuarat kabinet yang diadakan pada setiap minggu.

Kenapa Syed Saddiq tidak boleh menunggu mesyuarat kabinet untuk menyuarakan pandangan serta bantahannya dan mengapa mesti melalui video secara terbuka?

Kalau bukan kerana mencari populariti, apa lagi tujuan dan motifnya?

Apakah Syed Saddiq merasakan dirinya masih seorang pembangkang?

Jika beliau tidak setuju dengan sesuatu keputusan kerajaan dan kalau pun tidak mahu menggunakan saluran mesyuarat kabinet, langkah yang lebih terpuji ialah meletakkan jawatan sebagai menteri.

Jika mahu umum letak jawatan, bolehlah juga diterima jika dilakukan melalui video.

Itu baru betul, itu pun kalau betul-betul beranilah!!

Shahbudin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/12/syed-saddiq-raih-politik-murahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Tak Setuju Elaun Penjawat Awam Dipotong Menteri Ahli Politik Patut Dipotong

Syed Saddiq Tak Setuju Elaun Penjawat Awam Dipotong Menteri Ahli Politik Patut Dipotong

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 835 hits
Nampaknya Menteri Belia Dan Sukan kita Syed Saddiq telah bersuara gais Baru baru ini ada yang mengatakan bahawa bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal yang merupakan bayaran elaun kepada Doktor Pharmachist dan Nurse bakal dimansuhkan pada J...
Potong Elaun Ahli Politik Menteri Bukan Doktor Pharmachist Nurse Syed Saddiq Bantah Perkeliling Baru Jpa

Potong Elaun Ahli Politik Menteri Bukan Doktor Pharmachist Nurse Syed Saddiq Bantah Perkeliling Baru Jpa

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 675 hits
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dilaporkan bakal dimansuhkan menjelang Januari 2020 Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam pemberian BIPK adalah berdasarkan kriteria khusus antaranya ciri ciri penawaran yang rendah serta sukar melakukan p...
Syed Saddiq Mohon Maaf Gagal Di Sukan Sea

Syed Saddiq Mohon Maaf Gagal Di Sukan Sea

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 483 hits
MENTERI Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertanggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf atas kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran ditetapkan pada Sukan Sea 2019 di Filipina Sebagai Menteri Belia dan Sukan saya memikul tang...
Syed Saddiq Says Sorry For Sea Games Failure

Syed Saddiq Says Sorry For Sea Games Failure

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 407 hits
Sports minister Syed Saddiq Syed Abdul Raman said the athletes should not be criticised KUALA LUMPUR Youth and sports minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has apologised for the country s failure to meet 70 gold target at the recent SEA G...
Belum Sempat Aku Tanya Dia Terus Jawab Wayang Tuduh Syed Saddiq Menipu 2 Doktor Tampil Sekolahkan Netizen Lempar Fitnah

Belum Sempat Aku Tanya Dia Terus Jawab Wayang Tuduh Syed Saddiq Menipu 2 Doktor Tampil Sekolahkan Netizen Lempar Fitnah

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 757 hits
Baru baru ini Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq memuat naik gambar dirinya yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan apendisitis dan diziarahi oleh isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Malangnya ada netizen yang mendakwa Syed Sad...
Biarlah Politik Murahan Asal Ada Manafaat

Biarlah Politik Murahan Asal Ada Manafaat

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 308 hits
Lebih baik dari lim kit siang atau pemimpin lain yg sedang racist dan memperalat pdrm dan buli polis untuk motif politic merekaIni yang mahal
Boleh Menangis Syed Saddiq Bila Baca Kenyataan Ni

Boleh Menangis Syed Saddiq Bila Baca Kenyataan Ni

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 549 hits
Klik gambar untuk lebih jelasTidakkah ini mendatangkan tanda tanya apabila seorang atlet cemerlang Sukan Sea baru baru ini langsung tak mention nama Syed Sadiq selaku Menteri yang menerajui Kementerian itu dalam ucapan penghargaan beliau Na...
Need To Engage Young People In Decision Making Syed Saddiq

Need To Engage Young People In Decision Making Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 382 hits
Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman greeting a delegate during the opening of Youth Kuala Lumpur Summit 2019 at the Kuala Lumpur Convention Centre today 8211 Bernama photo KUALA LUMPUR The Muslim world should listen to t...
What Are Your Funding Priorities Syed Saddiq

What Are Your Funding Priorities Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 347 hits
Given our performance in this edition of the SEA Games which marks our fifth least impressive away showing since the inception of the Games at 55 gold medals what is going on in the Ministry of Youth and Sports Some would blame our lacklust...
Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Malaysian Engagement With Brics Not Ideologically Guided Says Govt

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

Daging Masak Hitam Sarawak Gula Apong Buat Rasa Lagi Sedap Ini Resipinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kebun Halaman Rumah

Badan Kehakiman Perlu Bebas

Nak Cerahkan Wajah Jom Makan Buah Buah Ini

Itinerary Cameron Highland 2025 4d 3n

Breakfast

Rafizi Lancar Ayuh Malaysia Bagi Gempur Perusahaan Sosial Akar Umbi