Sprm Nafi Tuduhan Ke Atas Syed Saddiq Pertuduhan Bermotif Politik
SPRM nafi tuduhan ke atas Syed Saddiq pertuduhan bermotif politik. Bekas Menteri Belia dan Sukan PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyalahgunakan dana Bersatu bernilai RM1.12 juta.
Bekas menteri belia dan sukan itu mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan di depan hakim, Azura Alwi.
Menurut pertuduhan pertama, Syed Saddiq dituduh menyalahgunakan wang Bersatu itu melalui cek CIMB Bank, di CIMB Bank, KL Sentral, Kuala Lumpur, pada 6 Mac tahun lalu.
Pertuduhan kedua mula mendakwa Syed Saddiq secara curang menyalahgunakan dana yang dikumpulkan Armada – bernilai RM120,000 – yang sepatutnya untuk pilihan raya umum (PRU) lalu
Dia didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Maybank Islamic Berhad cawangan Taman Pandan Jaya, Kuala Lumpur, antara 8 April dan 21 April 2018.
Azura kemudian membenarkan Syed Saddiq diikat jamin RM330,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.
Hakim terbabit juga memerintahkan Syed Saddiq menyerahkan pasportnya ke mahkamah, serta melapor diri ke pejabat SPRM terdekat di Kuala Lumpur setiap bulan sehingga kesnya selesai.
Bagaimanapun Azura membenarkan permohonan Gobind Singh Deo agar Syed Saddiq membayar RM80,000 daripada ikat jamin itu pada hari ini manakala bakinya dijelaskan selewat-lewatnya Selasa depan.
Faridz Gohim Abdullah bertindak sebagai timbalan pendakwa raya.
Pada Julai tahun lalu, Syed Saddiq membuat laporan polis berkenaan kehilangan kira-kira RM250,000 dari peti besi di rumahnya di Petaling Jaya.
Dia berkata sebahagian besar wang berkenaan disimpan bagi kerja-kerja pengubahsuaian rumahnya.
Namun, kehilangan wang itu menggerakkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana jumlah wang tunai yang “mencurigakan” dan dia disiasat selama lebih 11 jam.
Bagaimanapun, SPRM sebelum ini menafikan siasatan tersebut bermotif politik.
Untuk rekod, sebelum ini Syed Saddiq merupakan ketua Pemuda Bersatu (Armada) namun meninggalkan parti berkenaan selepas Langkah Sheraton berlaku dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) – yang mendapat mandat daripada rakyat pada PRU lalu – dijatuhkan.
SPRM nafi tuduhan ke atas Syed Saddiq pertuduhan bermotif politik
Baca Artikel Menarik :
Cadangan tidak dipeduli, Mahathir akui ‘berang’ dengan kerajaan
Speaker perlu letak jawatan jika tidak penuhi 3 tuntutan
Pharmaniaga dapat kelulusan bekal 14 juta dos vaksin Sinovac terus kepada kerajaan negeri, syarikat
Tabby (DOLLA) Tercalon Antara 100 Wajah Tercantik 2021 Bersama Rose Blackpink [VIDEO]
Seleweng RM1.12 juta, bekas menteri didakwa esok [VIDEO]
Resepi Kuah Kacang Sedap Sangat
Layari Laman Facebook MYKMU
Polis tahan lelaki tikam jiran buat bising
The post SPRM nafi tuduhan ke atas Syed Saddiq pertuduhan bermotif politik appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/07/22/syed-saddiq-mengaku-tidak-bersalah-salah-guna-dana-rm1-12-juta/