Kes Src Nasib Najib Diputus Selasa Ini


BernamaNajib Razak merupakan perdana menteri pertama negara berdepan pertuduhan jenayah.KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, dan mungkin juga penduduk dunia, menanti dengan penuh debaran tarikh 28 Julai atau Selasa ini untuk mengetahui nasib bekas perdana menteri Najib Razak didakwa menyelewengkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Tarikh itu bakal dicatat sebagai detik penting dalam sejarah kehakiman Malaysia yang menyaksikan Mahkamah Tinggi memutuskan sama ada Najib, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-67 pada Khamis lepas, didapati bersalah atau sebaliknya.
Beliau berdepan 3 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), 3 pertuduhan pengubahan wang haram dan 1 pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.
Najib, perdana menteri ke-6 dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan menjadi tumpuan pada Selasa ini kerana beliau bakal menentukan nasib Najib apabila memikul tanggungjawab untuk membuat keputusan dalam kes itu, yang dijangka diumumkan pada kira-kira 10 pagi.
Pada 5 Jun lepas, beliau menetapkan 28 Julai untuk mengumumkan keputusan dalam kes itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak pada akhir kes pembelaan yang bermula pada 1 Jun.
Pada 11 Nov 2019, hakim mengarahkan Najib membela diri atas kesemua pertuduhan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membukti kes prima facie terhadapnya.
Dalam penghakimannya, Mohd Nazlan antara lain memutuskan bahawa Najib menggunakan kedudukan atau kuasanya bagi mendapatkan ganjaran dan menggunakan dana SRC sebanyak RM42 juta, yang beliau mempunyai kepentingan, untuk kepentingan peribadi dan manfaat sendiri.
Hakim itu juga memutuskan bahawa tertuduh mempunyai pengaruh yang besar, di samping kuasa penuh dalam SRC dan pendakwaan berjaya membuktikan terdapat unsur pecah amanah oleh Najib yang melibatkan dana syarikat itu.
Bagi 3 pertuduhan pengubahan wang haram, Mohd Nazlan berkata, hasil RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Najib adalah berasal daripada aktiviti haram seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan CBT.
Pada 3 Dis 2019, Najib memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan untuk menjawab pertuduhan terhadapnya.
Pembelaan memulakan kesnya dengan Najib membaca penyataan saksi setebal 243 muka surat yang menyentuh, antara lain, pelantikan pengarah dana pelaburan negara 1MDB dan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
Najib, yang juga menteri kewangan ketika beliau menyandang jawatan perdana menteri, turut bercakap panjang tentang penubuhan 1MDB, peranan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dalam penubuhan TIA yang kemudian dikenali sebagai 1MDB, serta idea di sebalik penubuhan SRC.
Ahli Parlimen Pekan itu juga memberitahu mahkamah bahawa beliau “terkejut” semasa menerima RM42 juta daripada SRC dalam akaun bank peribadinya pada Disember 2014 dan Februari 2015, namun beliau tidak memulangkan wang itu kerana ingin melihat hasil siasatan yang dijalankan pihak berkuasa.
Dalam keterangannya, Najib juga mengaku memasukkan perkataan “bersetuju” dalam minit mesyuarat di atas sepucuk surat daripada SRC yang meminta persetujuan beliau sebagai menteri kewangan bagi pinjaman sebanyak RM3.95 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).
Najib berkata, beliau memasukkan perkataan itu ke dalam minit mesyuarat untuk perhatiannya sendiri bagi menunjukkan sokongan kepada permohonan pinjaman oleh SRC.
Beliau menambah bahawa ketika itu, perkara tersebut adalah isu semasa dan menarik perhatiannya, jadi beliau memutuskan untuk memanjangkan sokongan kepada permohonan yang dikemukakan SRC pada 3 Jun 2011.
Bagaimanapun katanya, perkataan “bersetuju” itu tidak membawa maksud bahawa ia adalah muktamad dan tidak boleh diubah.
Turut memberi keterangan pada peringkat pembelaan ialah 2 bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Dzulkfili Ahmad serta Latheefa Koya dan bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali.
Pendakwaan diketuai timbalan pendakwa raya ad hoc V Sithambaram, manakala Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan.
Perbicaraan itu bermula pada 3 April 2019 dengan pendakwaan memanggil 57 saksi sebelum menutup kesnya pada 27 Ogos tahun sama.
Semasa perbicaraan, pendakwaan mengemukakan lebih 750 eksibit, termasuk dokumen bank berkaitan akaun bank Najib, dokumen transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan menerusi Blackberry Messenger berhubung transaksi bekas perdana menteri itu.
Saksi yang memberi keterangan, termasuk pengurus Cawangan AmBank Jalan Raja Chulan R Uma Devi; bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) KWAP Azian Mohd Noh, bekas anggota lembaga pengarah SRC Ismee Ismail dan pengarah bukan eksekutif SRC Suboh Md Yassin.
Turut memberi keterangan bekas ketua setiausaha Kementerian Kewangan Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; bekas pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu Ging Ping; bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah dan pegawai penyiasat Rosli Husain.
Pada mulanya Najib dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 4 Julai 2018 yang menyaksikan beliau berdepan 3 pertuduhan CBT dan 1 pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Pada 8 Ogos 2018, beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sekali lagi dan berdepan 3 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.
Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan kesemua pertuduhan digabung dalam 1 perbicaraan.
Bagi pertuduhan CBT, Najib sebagai seorang ejen dan penjawat awam, iaitu perdana menteri dan menteri kewangan serta penasihat emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC), didakwa menyeleweng RM27 juta dan RM5 juta daripada dana sebanyak RM4 bilion milik SRC.
Beliau didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Kumpulan Ambank, No 55, Jalan Raja Chulan di sini antara 24 Dis 2014 dan 29 Dis 2014.
Bagi pertuduhan ke-3, Najib didakwa menyeleweng RM10 juta daripada RM4 bilion milik SRC di tempat sama antara 10 Feb 2015 dan 2 Mac 2015.
Ketiga-tiga pertuduhan adalah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman maksimum penjara 20 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya, Najib sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, didakwa menggunakan kedudukannya untuk melakukan rasuah membabitkan RM42 juta menerusi penglibatan atau penyertaannya dalam keputusan untuk menyediakan jaminan kerajaan bagi pinjaman yang dipohon daripada KWAP oleh SRC yang berjumlah RM4 bilion.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat perdana menteri, Presinct 1, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 8 Feb 2012 mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda 5 kali ganda nilai rasuah atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa menerima RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta hasil aktiviti haram menerusi Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Tepat Masa (Rentas) ke dalam 2 akaun AmIslamic Bank Berhad beliau bernombor 2112022011880 dan 2112022011906.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, AmBank Group Building, No. 55, Jalan Raja Chulan di sini, antara 26 Dis, 2014, dan 10 Feb, 2015.
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan jika sabit kesalahan, bekas perdana menteri itu berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda 5 kali ganda nilai hasil haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, bagi setiap pertuduhan.
Selain 7 pertuduhan membabitkan dana SRC, Najib berdepan 4 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan ganjaran sebanyak RM2.3 bilion membabitkan dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.
Kes itu masih dibicarakan di peringkat pendakwaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.
Najib turut didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan terhadap laporan akhir audit 1MDB yang dimuktamadkan ketua audit negara sebelum laporan itu sekali lagi dimuktamad dan dibentang di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Manakala itu, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy didakwa bersubahat dengan Najib melakukan pindaan itu bagi melindungi beliau daripada diambil tindakan.
Kes itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.
Najib juga berdepan 3 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC dan ia masih di peringkat pengurusan kes di hadapan Mohamed Zaini.
Beliau juga berdepan 6 pertuduhan CBT membabitkan RM6.6 bilion bersama bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Mohd Irwan Serigar Abdullah berkaitan urusan membabitkan pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) di hadapan Mohd Nazlan. Kes itu belum dibicarakan.
Secara keseluruhan, Najib berdepan 42 pertuduhan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/kes-src-nasib-najib-diputus-selasa-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Kes Src Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun Denda Rm210 Juta

Mahkamah Kes Src Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun Denda Rm210 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR DIKEMASKINI Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dihukum penjara 72 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah tujuh pertuduhan salah guna pecah amanah dan pengubahan ...
Kes Src Najib Kawalan Ketat Polis Di Kompleks Mahkamah Kl

Kes Src Najib Kawalan Ketat Polis Di Kompleks Mahkamah Kl

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 263 hits
129 total views 129 views today Polis memperketatkan kawalan di sekitar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur termasuk dua laluan masuk utama bangunan itu berikutan Mahkamah Tinggi dijadual mengumumkan keputusan kes Datuk Seri Najib Razak yang men...
Mahkamah Kes Src Najib Bersalah Di Atas Tujuh Pertuduhan Libatkan Dana Rm42 Juta

Mahkamah Kes Src Najib Bersalah Di Atas Tujuh Pertuduhan Libatkan Dana Rm42 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tujuh pertuduhan tuduhan pecah amanah salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC ...
Keputusan Seleweng Dana Src Sebahagian Kecil Kes Libat Najib

Keputusan Seleweng Dana Src Sebahagian Kecil Kes Libat Najib

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 225 hits
SHAH ALAM 28 JULAI Keputusan mahkamah hari ini mensabitkan hukuman salah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebahagian kecil berbanding banyak lagi kes melibatkannya terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad Ketua penerangan K...
Kes Src Najib Balun Duit Rakyat

Kes Src Najib Balun Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 312 hits
1 Dijatuhkan hukuman bersalah 12 tahun penjara dan denda RM210 000 000 00 Jika tidak membayar denda maka tambahan 5 tahun penjara akan dikenakan 2 Bukti nyata Najib balun duit rakyat melalui SRC apabila dia disabitkan bersalah ke atas semua...
Keputusan Kes Src Najib Didapati Bersalah Terhadap Semua Tujuh Pertuduhan

Keputusan Kes Src Najib Didapati Bersalah Terhadap Semua Tujuh Pertuduhan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 270 hits
334 total views 334 views today Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah terhadap ketujuh tujuh pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kuasa melibatkan RM42 juta dana S...
Ribuan Penyokong Najib Masih Menanti Keputusan Akhir Kes Rm42 Juta Src

Ribuan Penyokong Najib Masih Menanti Keputusan Akhir Kes Rm42 Juta Src

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 269 hits
Hari ini tibalah waktunya bagi menentukan nasib Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak samaada bersalah atau tidak atau dibebaskan bagi tujuh pertuduhan melibatkan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana sebanyak RM42 juta milik SRC...
Najib Selesai Bayar Rm1 Juta Duit Ikat Jamin Anak Anak Jadi Penjamin Kes Src

Najib Selesai Bayar Rm1 Juta Duit Ikat Jamin Anak Anak Jadi Penjamin Kes Src

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 243 hits
Selepas dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dengan perlu membayar denda sebanyak RM210 juta bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM1 Juta Bayar duit ikat jaminTengahari tadi beliau te...
Bicara Kes Najib Libatkan Rm27 Juta Src Bermula 5 Julai 2021

Bicara Kes Najib Libatkan Rm27 Juta Src Bermula 5 Julai 2021

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 258 hits
76 total views 76 views today NNajibPerbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd akan bermula 5 Julai tahun depan Hakim Mahk...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven