Kes Src Najib Balun Duit Rakyat




1. Dijatuhkan hukuman bersalah. 12 tahun penjara dan denda RM210,000,000.00. Jika tidak membayar denda maka tambahan 5 tahun penjara akan dikenakan.

2. Bukti nyata Najib balun duit rakyat melalui SRC apabila dia disabitkan bersalah ke atas semua 7 pertuduhan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.

3. Adakah Najib akan dipenjarakan dan  membayar denda?

4. Najib pasti akan merayu di Mahkamah Rayuan dalam tempoh 14 hari. Oleh itu dia tidak akan dipenjara dan membayar denda pada waktu ini.

5. Mahkamah Rayuan akan bersidang entah bila. Mungkin cepat mungkin lambat.

6. Jika Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib dengan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Najib kekal bersalah.

7. Najib akan mengemukakan permohonan ke Mahkamah Persekutuan pula. Keputusan Mahkamah Persekutuan adalah keputusan muktamad dan terakhir sama ada Najib bersalah atau tidak.

8. Keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020 memberi kegembiraan kepada rakyat yang bencikan rasuah dan penyelewengan. Sebaliknya memberi khabar sedih kepada mereka yang sukakan rasuah, sogokan dan penyelewengan.

9. Aki mengambil pendirian lebih berwaspada walau jauh di sudut hati memanjatkan rasa syukur ke hadhrat Allah SWT dengan keputusan ini.

10. Tumbangnya Najib di Mahkamah (sehingga Mahkamah Persekutuan) bererti beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan.

11. TS Muhyiddin Yassin mendapat sokongan majoriti yang sangat kecil terhadap beliau selaku Perdana Menteri di kalangan Ahli Parlimen. Kedudukan beliau tidak kukuh.

12. Hukuman kepada Najib akan mengurangkan satu kerusi sokongan terhadap Muhyiddin.

13. Keputusan akhir terhadap Najib nanti akan menentukan kelansungan PN selaku kerajaan sama ada kekal atau tumbang.

14. Adakah Muhyiddin sanggup mengambil risiko?

15. Ini belum lagi berhadapan dengan tindakan Ahli-Ahli Parlimen Muafakat Nasional - Umno dan Pas yang amat sayang kepada Najib.

16. Bagi menyelamatkan kedudukan beliau, Muhyiddin hanya mempunyai dua pilihan.

17. Pilihan pertama ialah campurtangan dalam urusan Mahkamah dengan mengarahkan sama ada Hakim Mahkamah Rayuan mahupun Hakim Mahkamah Persekutuan membebaskan Najib.

18. Pilihan kedua ialah membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya tergempar.

19. Terdahulu Aki menyatakan mengambil sikap berwaspada dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini ialah kerana Aki fikir  Muhyiddin akan tetap campurtangan dalam urusan mahkamah yang lebih tinggi nanti iaitu dengan membebaskan Najib bagi menyelamatkan kedudukan beliau.

20. Tidak salah untuk rakyat yang baik-baik untuk bergembira dengan keputusan hari ini.
Namun jangan berhenti memperjuangkan kebebasan badan kehakiman dari cengkaman pemerintah yang zalim.

Salam Reformasi,

Aki Rock

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/kes-src-najib-balun-duit-rakyat-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Selesai Bayar Rm1 Juta Duit Ikat Jamin Anak Anak Jadi Penjamin Kes Src

Najib Selesai Bayar Rm1 Juta Duit Ikat Jamin Anak Anak Jadi Penjamin Kes Src

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 402 hits
Selepas dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dengan perlu membayar denda sebanyak RM210 juta bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM1 Juta Bayar duit ikat jaminTengahari tadi beliau te...
Mahkamah Kes Src Najib Bersalah Di Atas Tujuh Pertuduhan Libatkan Dana Rm42 Juta

Mahkamah Kes Src Najib Bersalah Di Atas Tujuh Pertuduhan Libatkan Dana Rm42 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 484 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tujuh pertuduhan tuduhan pecah amanah salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC ...
Mahkamah Kes Src Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun Denda Rm210 Juta

Mahkamah Kes Src Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun Denda Rm210 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 496 hits
KUALA LUMPUR DIKEMASKINI Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dihukum penjara 72 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah tujuh pertuduhan salah guna pecah amanah dan pengubahan ...
Kes Src Najib Kawalan Ketat Polis Di Kompleks Mahkamah Kl

Kes Src Najib Kawalan Ketat Polis Di Kompleks Mahkamah Kl

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 425 hits
129 total views 129 views today Polis memperketatkan kawalan di sekitar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur termasuk dua laluan masuk utama bangunan itu berikutan Mahkamah Tinggi dijadual mengumumkan keputusan kes Datuk Seri Najib Razak yang men...
Bicara Kes Najib Libatkan Rm27 Juta Src Bermula 5 Julai 2021

Bicara Kes Najib Libatkan Rm27 Juta Src Bermula 5 Julai 2021

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 418 hits
76 total views 76 views today NNajibPerbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd akan bermula 5 Julai tahun depan Hakim Mahk...
Kes Src Dan Sudut Pandang Saya Najib Razak Video

Kes Src Dan Sudut Pandang Saya Najib Razak Video

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 359 hits
Saya faham ramai yang tertanya tanya dan bimbang tentang keputusan kes SRC terhadap saya Saya gunakan peluang ini untuk menjelaskan sedikit dari sudut saya The post appeared first on
Inilah Apa Yang Berlaku Dalam Perbicaraan Mahkamah Kes Src Najib Razak

Inilah Apa Yang Berlaku Dalam Perbicaraan Mahkamah Kes Src Najib Razak

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 599 hits
Ada kad Thank you ke tidak ini adalah apa yang berlaku dalam perbicaraan mahkamah kes SRC 1 PERBICARAAN kes SRC 29 April 2019 Pengurus Ambank R Uma Devi mengesahkan kemasukan dana berjumlah RM642 juta daripada Putera Faisal Turki dan Kement...
Ada Lebai Kagum Lihat Semangat Juang Najib Dalam Kes Rasuah Src

Ada Lebai Kagum Lihat Semangat Juang Najib Dalam Kes Rasuah Src

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 703 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Seorang pemimpin PAS menyifatkan Najib Razak sebagai pejuang selepas dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM120 juta atas 7 pertuduhan rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International Ahli Jawatankuas...
Kes Src Nasib Najib Diputus Selasa Ini

Kes Src Nasib Najib Diputus Selasa Ini

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 363 hits
Najib Razak merupakan perdana menteri pertama negara berdepan pertuduhan jenayah KUALA LUMPUR Rakyat Malaysia dan mungkin juga penduduk dunia menanti dengan penuh debaran tarikh 28 Julai atau Selasa ini untuk mengetahui nasib bekas perdana ...
Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Best Recipetin Beef Ribs

Sprm Rakam Keterangan Bekas Menteri Disyaki Terima Rasuah Rm5 Juta Lamborghini

Kalendar Akademik 2026 Versi Kartun Kumpulan A Dan B

Cindy Prado S Legs And Feet In Tights

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Podcast Ppim Cabaran Pasti Berganda Kupasan Podcast Ppim Bersama Toqqi Ppim 30 12 2025

Di Sebalik Kehidupan Mengapa Bentuk Molekul Menentukan Segalanya

Anak Dara Ke Janda Baik

Destinasi Rasa 3 0 Bila Tradisi Rasa Ramadan Bertemu Di Shah Alam

Kita Berjanji Berusaha Allah Menentukan Segalanya

Permohonan Bantuan Usahawan Maju Johor 2026