Anwar Selar Sprm Berhubung Penyelesaian Kes Riza Aziz
FMT Reporters
-May 20, 2020 2:52 PM
Presiden PKR Anwar Ibrahim
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim hari ini menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung keputusan memberikan memberikan pelepasan tanpa dibebaskan (DNNA) kepada Riza Aziz, anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak yang berdepan tuduhan pengubahan wang haram.“Ini menunjukkan SPRM tidak agresif dalam memerangi rasuah,” katanya sambil mengejek bekas peguam PKR Latheefa Koya, yang merupakan ketua pengarah SPRM ketika Riza membuat representasi untuk menyelesaikan kesnya.Anwar juga berkata Latheefa membisu berhubung perkara itu.“Kami ingin mempersoalkan apakah betul untuk menyelesaikan kes itu (dengan cara ini),” katanya dalam sesi Facebook live, hari ini.Komennya dibuat menjawab reaksi bekas peguam negara Tommy Thomas yang marah dengan keputusan yang membenarkan Riza mengembalikan wang yang didakwa dari 1MDB.Riza dituduh dengan 5 tuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta yang dibayar kepada syarikat penerbitan Red Granite Pictures di Hollywood antara 2011 dan 2012.Dalam penyelesaian yang diumumkan Mahkamah Sesyen pada 14 Mei, Riza akan menyerahkan hak ke atas 3 hartanah yang dirampas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan membolehkan kerajaan melucutkan haknya ke atas wang yang dirampas daripadanya.Riza juga akan membayar kompaun RM500,000 mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla).SPRM dan Peguam Negara sekarang, Idrus Harun berkata penyelesaian itu mengikut prosedur dan dibuat selepas Thomas bersetuju secara prinsip dengan cadangan tersebut.FMT hari ini melaporkan mengenai dokumen yang menunjukkan Thomas dimaklumkan dan dikemas kini tentang permohonan wakil Riza, yang pertama kali dibuat dalam surat oleh peguamnya pada November tahun lalu.Anwar hari ini mempersoalkan jumlah wang yang perlu dikembalikan oleh Riza di bawah penyelesaian itu.“Perkara sama adalah (ketika seseorang) mencuri 10 basikal, dan setelah perbincangan, kes diselesaikan dengan mengembalikan 1 basikal,” katanya.Thomas berulang kali menjarakkan diri dari keputusan pengadilan untuk memberikan Riza DNAA, mengatakan beliau tidak akan mengkhianati Pakatan Harapan (PH).Malah beliau mengatakan penyelesaian itu merupakan “urus janji yang baik untuk Riza”, dengan berkata, wang AS$108 juta yang akan diperolehi oleh kerajaan “DoJ memang akan serah kepada Malaysia”.Bagaimanapun penyiasat di SPRM yang biasa menangani jenayah pengubahan wang berkata langkah membenarkan representasi untuk Riza “bukanlah pelik”.“Dasar kami sejak Jun 2019 dalam hal skandal 1MDB itu adalah mendapatkan kembali aset,” kata seorang penyiasat kanan badan itu kepada FMT.“Atas sebab itu juga kami menamakan 41 entiti dan individu untuk pelucuthakan sivil. Kemudian kami keluarkan notis kompaun terhadap mereka yang terima dana 1MDB yang haram itu,” kata sumber.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/05/anwar-selar-sprm-berhubung-penyelesaian.html