Zahid Saman Dr M Berhubung Dakwaan Minta Bantuan Gugur Tuduhan Rasuah



(FMT) – Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memfailkan satu lagi saman fitnah – kali ini terhadap Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa beliau meminta bantuan bekas perdana menteri itu untuk menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya.
Zahid mempertikaikan dakwaan bahawa beliau pergi ke rumah Mahathir bersama dua atau tiga individu lain sejurus selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Mahathir, yang juga pengerusi Pejuang, membuat kenyataan itu pada majlis parti di Yayasan Perdana, Putrajaya pada 23 Feb, dengan rakaman videonya disiarkan di beberapa portal berita.
Watch the video here. Zahid mendakwa kata-kata Mahathir itu adalah tidak benar, tidak wajar, tidak berasas dan berniat jahat.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut mendakwa kata-kata tersebut bermakna beliau menggunakan jalan pintas bagi menyelesaikan kes jenayahnya untuk kepentingan peribadi.
Beliau berkata, kata-kata menerusi sindiran itu bermakna beliau mempunyai imej yang buruk dan tidak menghormati pihak berkuasa atau sistem keadilan.
Selanjutnya katanya, ia membawa maksud bahawa sebagai ahli Parlimen dan pemimpin Umno paling kanan, beliau tidak boleh dipercayai dalam tindakan mahupun keputusannya.
Selain itu, ia juga bermaksud beliau mahu menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi perdana menteri ketika itu agar campur tangan dalam siasatan, katanya.
Zahid berkata, beliau tidak pernah berjumpa Mahathir untuk meminta bantuan menyelesaikan kesnya.
Mahathir menjadi perdana menteri buat kali kedua dari Mei 2018 hingga Februari 2020.
Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini minggu lepas melalui firma Tetuan Shahrul Hamidi dan Haziq, Zahid memohon injunksi untuk menghalang Mahathir daripada mengulangi dakwaannya selain menuntut ganti rugi teruk, am dan teladan.
Bulan lepas, beliau memfailkan saman serupa terhadap seorang lagi bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, yang dikatakan membuat dakwaan serupa semasa kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor.
Zahid dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah membabitkan wang bernilai berjuta-juta ringgit daripada Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa beliau menjadi menteri dalam negeri.
Beliau turut berdepan 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta (RM42 juta) daripada Ultra Kirana Sdn Bhd berhubung sistem Visa Luar Negara.
Zahid didakwa atas tujuh tuduhan lagi kerana memperoleh wang tunai SGD1.15 juta, RM3 juta, €15,000 dan USD15,000 sebagai menteri dalam negeri daripada syarikat yang sama berhubung kerja rasminya.
Semua perbicaraan membabitkan Zahid sedang berjalan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/04/27/zahid-saman-dr-m-berhubung-dakwaan-minta-bantuan-gugur-tuduhan-rasuah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Di Pengaruhi Minta Campur Urusan Mahkamah Zahid Saman Fitnah Tun Mahathir

Dakwaan Di Pengaruhi Minta Campur Urusan Mahkamah Zahid Saman Fitnah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 148 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk mencampuri perbicaraan mahkamah Ahmad Zahid 69 ...
Nfcorp Pengerusi Kalah Rayuan Berhubung Saman Fitnah Terhadap Rafizi

Nfcorp Pengerusi Kalah Rayuan Berhubung Saman Fitnah Terhadap Rafizi

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 106 hits
April 21 2022 NFCorp dan pengerusinya Mohamad Salleh Ismail menyaman bekas ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli kerana membuat kenyataan berunsur fitnah berhubung dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan membatalkan ...
Seorang Lagi Aktivis Di Saman Rm1 Juta Oleh Kerajaan Pahang Dakwaan Fitnah Banjir Balak

Seorang Lagi Aktivis Di Saman Rm1 Juta Oleh Kerajaan Pahang Dakwaan Fitnah Banjir Balak

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 181 hits
KUANTAN Seorang lagi aktivis menerima writ saman daripada Kerajaan Pahang atas dakwaan fitnah kaitkan pembalakan dalam isu banjir lumour di Bentong pada Disember lalu Mohd Shukri Mohd Ramli 50 yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau...
Zahid Saman Mahathir

Zahid Saman Mahathir

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 124 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu penyelesaian kes mahkamah yang dihadapi Ahmad Zahid 69 selaku plaintif memfailkan saman it...
Saya Tiada Kuasa Berbuat Demikian Zahid Nafi Dakwaan Melindungi Siti Bainun

Saya Tiada Kuasa Berbuat Demikian Zahid Nafi Dakwaan Melindungi Siti Bainun

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 240 hits
Kes remaja Sindrom Down Bella didera pengasas Rumah Bonda masih hangat dibincangkan di media sosial Terbaru timbul dakwaan yang mengatakan pengasas berkenaan Siti Bainun adalah anak angkat kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ...
Senarai Bantuan Raya 2022 Bantuan Persiapan Raya Kepada Mereka Yang Layak

Senarai Bantuan Raya 2022 Bantuan Persiapan Raya Kepada Mereka Yang Layak

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 189 hits
Senarai Bantuan Raya 2022 Bantuan Persiapan Raya Kepada Mereka Yang Layak Hari raya tidak lama lagi akan tiba Ramai orang sedang membuat persiapan raya Oleh itu terdapat bantuan daripada kerajaan untuk membantu golongan yang tidak mampu unt...
Pelesu Hantaran Tular Berkait Bantuan Suri Rumah Palsu Kata Jkm

Pelesu Hantaran Tular Berkait Bantuan Suri Rumah Palsu Kata Jkm

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 107 hits
April 25 2022 Orang ramai dinasihat agar tidak mudah mempercayai maklumat palsu sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab menurut JKM PETALING JAYA Hantaran Tarikh Bantuan Raya JKM Mei 2022 Bantuan Kanak Kanak Suri Ru...
Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Penjawat Awam Pesara 2022

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Penjawat Awam Pesara 2022

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 200 hits
Kepada Penjawat Awam dan juga Pesara Kerajaan kebiasaannya Kerajaan akan memberikan Bantuan khas kewangan sebagai salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan untuk menyambut Hari Ray...
Bantuan Maik Permohonan Bantuan Am Rm500 Rm3 000 L Terma Dan Syarat

Bantuan Maik Permohonan Bantuan Am Rm500 Rm3 000 L Terma Dan Syarat

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 324 hits
Bantuan Maik Bantuan Am RM500 RM3 000 Terma Dan Syarat Di zaman Pandemik COVID 19 ini ramai diantara kita yang terjejas dan amat memerlukan bantuan dari pihak kerajaan pusat atau negeri Bagi membantu mereka yang memerlukan dan terjejas piha...
Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Tinta Bernoktah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama My Stolen First Kiss

Emy Yusuf Feat Driant Kenyang Beraya Chord

Dani Kurama Sumpah Kali Ini Chord

Kedai Mamak Sorok Minyak Masak And Then

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Aafiyah Minta Datuk Siti Nurhaliza Doa Supaya Dapat Adik Perempuan Di Makkah Curi Perhatian Warga Maya